Dec 27, 2008

Serendah Tempat Tinggi

Petang ni aku sefamili meronda hingga ke Rawang, Selangor. Ikut jalan lama. Tak sampai 80km. kalu dari Tanjong Malim. Terasa jauh sungguh. Kebiasaannya, kalau ke mana-mana pun, aku main highway je sebelum ni. Aku ke Rawang dengan satu tujuan. Mencari tempat solek/klinik ChentaHati aku.

Dalam perjalanan, aku menyinggah di pekan Kuala Kubu. Macam biasa-biasa aja. Dalam pada itu, aku nampak singboard ke Bukit Fraser. Aku masih meneruskan perjalanan. Aku nampak signboard Bukit Beruntung. Aku call Mr Jinggo. Masih lagi sibuk sedara aku ni. Di Bangi, katanya. Takpa, lain kali masih ada. Aku jumpa pula signboard Serendah. Teringat aku akan MasterJie. Aku call dia...beberapa maklumat aku dapat tentang rumahnya.

Aku masih meneruskan perjalanan ke Rawang. Aku ternampak kedai bundle. Aku singgah. Itu tabiat aku, nak buat macam mana lagi. Ternampak jaket kulit hitam Harley Davidson. Aku bertanyakan ngheganya. Menarik. Aku test jaket tu...ngam sungguh. Bila dibelek-belek, alamakkkk, terkoyak la pulak! Tak jadi.. Aku sembang ngan tokeynya tentang bengkel motor besar di Rawang. Dia kenal. Aku dapat no telefon pemiliknya. Bila sampai Maiden di Rawang, aku call pemilik bengkel tu. Aku dapat petua ke arah bengkelnya. Saja nak riki-riki untuk masa akan datang..hehhehe

Aku tiba di sana. Aku berborak kejap dengan tokeynya. Aku belek sana, belek sini pada motor-motor yang ada di bengkelnya! Kebanyakan motorsikal berkuasa tinggi di bengkelnya adalah ahli kelab motorsikal berkuasa tinggi iaitu Lanun Bikerz.

Lanun Bikerz

Jam 6.15 petang, aku gerak semula ke Tanjong Malim. Aku tercari-cari mana pulak peginya signbord SERENDAH. Datin Kujie dah antor sms untuk ke rumahnya. Aku kalah dengan pujukan...hehehh. Aku terlajak. Terpaksa berpatah balik untuk masuk ke kawasan banglo Datin Kujie. Dalam pencarian itu, aku terlajak lagi. Telefon lagi. Untung juga kerana Datin Kujie ni penyabar orangnya. Akhirnya aku jumpa dan ketemu juga! Alhamdulillah.

Dapat juga ngeteh ngan Datin Kujie. Aku sefamili dapat merasa pisang goreng yang RANGUP! Lain kali aku nak pegi lagi. Nak rasa pisang goreng lagi. Hehehehhe.

"Ayah, lain kali kalu nak datang lagi, cakap tau. Amir nak bawak seluar mandi!" bisik si Amir semasa nak bergerak pulang. Baik punya permintaan tu Datin Kujie oooiiii...

8 Coretan Lain:

Jie on 12/28/2008 8:36 AM said...

hahaha...ni entri terlebih sudu ni:p

cakap dgn Amir.. belum pernah orang datang sini kemudian serik tak mau datang lagi..hahaha

acik jie ada umpannnnn.....baik punya!

bab rangup tu..hahaha....terbalik tu sbb pisang terkahir kat tandan....dpt bayangkan? lembek la tu

tapi mmg sy terlupa nk bagi sesuatu yg dah disediakan....pancing utk suruh dtg lagi le tu :p

Abang Long on 12/28/2008 9:01 AM said...

Peminat HD ?

Bila nak datang ke Pelabuhan Klang ?

Sulamankasihabadi on 12/28/2008 10:02 AM said...

KLU G RAWANG LAGI MEH LA SINGGAH KAT TEMPAT UJIE LAK HE3..

azlanlin on 12/28/2008 11:27 AM said...

To Kujie:

Walaupun pisang tu adalah last edition, rangup tetap rangup sebab tepungnya...ermmmm. Air tangan Datin Kujie le katakan...hehehe

azlanlin on 12/28/2008 11:28 AM said...

To Abg Long:

Peminat HD? Idak le jugak..berkenan mana-mana yang berkenan jer...tak kira apa jenis...hehhehe

Pelabuhan Kelang area mana ha? Mcm best je kalu pegi...kan?

Meh le Tanjong Malim...

azlanlin on 12/28/2008 11:29 AM said...

To Ujie:

Macam mana nak contact ujie lak? Tentunya saya akan ke Rawang lagiiii...sebab ada benda yang dicari..hehheh

Unknown on 12/28/2008 11:58 AM said...

bro.kat rawang tu - memang kedai Bundle tu tempat utama saya.jangan lupa datang ke Ali Maju.restoren mamak pekena roti canai kambing....

saya memang sibuk.tapi jangan lupa janji kita.kedepan sikit.tempat uji kerja.ada restoren Haslam.Abang Yusuf Haslam..kedepan sikit.Batu Cave.ke depan sikit....kem saya....

Sulamankasihabadi on 12/28/2008 12:22 PM said...

ha..betol2 Jinggo tahu mana ujie keje..hehe3

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template