Dec 11, 2008

Macam-macam Ada!

Scene 1:

Jam 9 pagi aku bergerak ke Tapah untuk urusan pertukaran sekolah anak-anak aku. Semasa di PPD Batang Padang, hp cokia aku berbunyi...

"Boleh saya bercakap dgn En Azlan," sayup-sayup jer suara yang keluar daripada corong handphone 'cokia' aku.

"Ya, saya bercakap. Dengan siapa saya bercakap ni?," balas aku semula.

"Saya, XXXXX dari TMnet. Nak buat wiring telefon di rumah encik," kata kontraktor wiring telefon itu lagi.

"Baiklah, saya di Tapah sekarang. Encik ke rumah saya di Taman Pelangi. Isteri saya ada di rumah. Nanti bincang dengan isteri saya kat mana nak letak telefon tu. Untuk bayaran, isteri saya akan sattlekan. Lepas ni, saya akan call isteri saya tentang perkara ni." Itu je yang boleh aku perkatakan melalui telefon.

Aku masih meronda di Pasar Tani Tapah. Sempat juga aku beli keledek ungu dan keledek oren untuk buat cucog keria petang nanti. Hehehhe. Tetiba..

"Ayah, Astro dan boleh." jelas sekali suara si Amirul menelefon aku menggunakan telefon rumah yang baru dipasang.

" Ye ke? Best la macam tu.... Amirul tengok cerita apa tu?"

" Amirul tengok cerita kartun. Bidaman!"

" Aaaaa.. tengok la dulu, panggil mama kejap!" balas aku..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Scene 2:

"Assalamualaikum, saya dari PPD Batang Padang. En Azlan ni cikgu ke?" suara lunak yang keluar dari telefon cokia aku.

"Walaikumsalam. Ya, kenapa?" balas aku.

"Pertukaran anak cikgu ke sekolah SKTM ada masalah sikit. Sekolah ...bla..bla..bla... Cikgu cuba call GBnya untuk mendapatkan maklumat hal ni," katanya lagi.

Bla..bla..bla...

Aku call semula Mem Besor kat Tanjung Malim. Aku tak dapat balik awal. Kena stay kat Tapah lagi hingga petang ni...

"Nampak gayanya pertukaran budak tu kena ubah. Ada beberapa hal sikit. Depa pi sekolah ikut Yang ajer la di SK Sg Behrang. Depa kena ke sekolah tu sebab...bla...bla...bla..."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Scene 3:

Nampak gayanya, aku kena stay di Tapah hingga jam 2.00 petang ni. Kena tunggu pegawai untuk tandatangan untuk hal yang berkenaan. Maka semasa aku nak keluar daripada PPD tadi, aku tanya pengawal keselamatan tentang lokasi Perpustakaan Awam Tapah... Aku dimaklumkan. Rupa-rupanya, lokasi perpustakkan tu berhampiran dengan pasar tani yang aku meronda2 pagi tadi. Hehehhe.

Maka, untuk entri yang aku tulis ni...aku lepak kat Perpustakaan Awam Tapah! Hehehheh....
p/s : Bila Streamyx di rumah aku akan sattle haaaa? hehehheh. Minggu depan sattle la kutttt....moga-moga gitu le!

10 Coretan Lain:

Unknown on 12/11/2008 1:20 PM said...

salam bro : sebelum tu selamt hari raya.selamat tengahari.selamat berpindah......kita semakin dekat....insyalah.ada masa saya boleh panjangkan kaki kesana.sebab ada urusan kat kem plkn kat behrang tu....

azlanlin on 12/11/2008 1:43 PM said...

To Jinggo:

Cukup menarik untuk menemui 'seseorang' yang sememangnya GAGAH. Jinggo namanya...

Terima kasih. Memang ingin berjumpa tuan, cuma masa masih belum mengizinkan!

Tirana on 12/11/2008 4:10 PM said...

Macam-macam ada..macam-macam cerita.. Bukan senang berpindah randah..macam-macam urusan kena diselesaikan...Tapi semua untuk sementara waktu saja.. Lepas semuanya beres tentu Cikgu Azlan akan kembali aktif di blogger...Setia menunggu....

DUN Behrang 2020 on 12/12/2008 11:21 AM said...

Buat masa ni SKTM memang payah nak tembus...Julai sok ok kot...

Mak Su on 12/12/2008 1:45 PM said...

Lan, moga segala urusan, beres.

sonata anak kancil on 12/12/2008 2:06 PM said...

Kekadang rasa 'frust' juga bila kita mintak tak dapat, tetapi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kita je yang tak tahu!Pengalaman sonata: Rayu anak ke SBP/MRSM tak lepas juga, tapi dapat yang lain.

azlanlin on 12/12/2008 11:53 PM said...

To Tirana:

Setakat ni alhamdulillah..akan datang belum pasti apa yang menanti pulak. hehehhe

azlanlin on 12/12/2008 11:56 PM said...

To DUN:

Alhamdulillah, setakat ni, what i want, i'll get it! SKTM berjaya dibolosi dan ditembusi...hehehe

>> GBnya sama kuliah dgn aku utk di USPSI nanti..hehe. Boleh jadi kengkawan!

azlanlin on 12/13/2008 12:21 AM said...

To MakSu:

Beresssss utk setakat ni. Akan datang tak tau lagi.. hehehhe

azlanlin on 12/13/2008 12:26 AM said...

To Sonata:

Aku sentiasa bersedia dengan apa jua keputusan sama ada seperti diingini atau sebaliknya.

Jika tak bersedia menerima apa jua kemungkinan dan keputusan, kita mewujudkan 'mental block'... susah untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah.

Namun, hanya Dia yang lebih mengetahui segalanya...Tak gitu Sonata?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template