Dec 13, 2008

Membolosi

Jam 11 pagi, aku bergegas dengan motor ke SRAR, Tjg Malim. Pejabatnya tak bukak. Aku naik jejantas lintas rel kereta api. Aku menuju ke SRA Hulu Bernam pulak. Pejabat dibuka. Aku bersembang dengan ustazah yang bertugas. Nampak gayanya, kurikulum sekolah agama dalam negeri Selangor lebih tersusun macam negeri Johor.

Aku berkeputusan. Daftar nama anak-anak di SRA Hulu Bernam. Kebetulan, malam tadi aku dah call KakAni, pemandu van yang tinggal di Kg Ketoyong. Tak ada masalah untuk menghantar budak ke SRAR T.Malim atau SRA Hulu Bernam. Bayarannya tetap juga sama.

Dalam perjalanan balik, aku masih berkira2. Jika anak aku ke SK Sg Behrang, agak sukar dan suntuk masa mereka untuk bersiap ke sek agama pulak. Aku kelencong masuk ke SKTM. Manalah tahu kalau rezeki sabut, timbul. Kalu rezeki batu, tenggelam.

Aku ke pejabat, GB masih di biliknya. Alhamdulillah. Kerani di pejabat maklumkan bahawa aku nak berjumpanya. Aku maklumkan bahawa aku baru berpindah ke T.Malim atas tujuan belajar. Aku berminat untuk mendaftar anak-anak aku ke SKTM. Sayangnya aku hadapi masalah semasa pendaftaran di PPD semalam.

Makin berbual, GBnya semakin tertarik untuk mengetahui tentang belajar aku di UPSI. Akhirnya dia unjukkan senarai nama student Master di UPSI. Namanya juga tersenarai. Sayangnya nama aku pulak tak ada dalam tersenarai itu. Katanya mungkin kesilapan teknikal. Bagi aku, aku terpandang bahawa itu adalah senarai part time. Aku pulak yang sebaliknya. Memang la tak ada dalam senarai. Aku tetap membodohkan diri di khalayak yang tunjuk pandai. Itulah aku. Aku memang tak reti nak memandai-mandai di kalangan orang yang pandai sebab.....aku je yang tau! Hehehhehe.

Akhirnya, alhamdulillah. Anak-anak aku mendaftarkan diri di SKTM dan SRA Hulu Bernam.


6 Coretan Lain:

Rashid on 12/13/2008 8:17 AM said...

ooo cikgu buat master ekk.. tahniah!! moga berjaya jua hingga dpt sarjana.

Sukanya melihat semangat belajar..

Abang Long on 12/14/2008 8:17 AM said...

Inilah tugas kita sebagai bapa. Bulan 11, 12 pergi ke sekolah buat segala urusan.

azlanlin on 12/14/2008 11:07 AM said...

To Rashid :

Rezeki Cikgu Rashid.... Alhamdulillah. Kalu nak dikirakan semangat, orang yang terdahulu lebih dasyat semangat mereka...Macam Cikgu Rashid juga.. Saya sekadar mengikut lorong yang mereka dah lalui...

azlanlin on 12/14/2008 11:11 AM said...

To Abang Long:

Itulah kita.. dah bergelar bapa!
Bagaimana pula sesetengahnya, urusan sebegini adalah tugas si ibu? Ermmm...

sonata anak kancil on 12/14/2008 5:39 PM said...

Bapa sebagai ketua keluarga, memang patut urus ni semua, sebab cepat boleh buat kata putus. Kalau ibu, hah sibuk le, kena telefon si bapa dulu untuk dapat keputusan...Itulah saya! Sebab saya kena uruskan semua!!!

azlanlin on 12/14/2008 11:57 PM said...

To Sonata:

Bagi saya pula, untuk urusan ini, mana-mana pihak pun boleh uruskan. Yang penting keputusan boleh dibuat seawalnya sebelum tindakan.

Fokus dan matlamat adalah utama... proses mencapai matlamat, terpulang pada cara dan kaedah masing-masing... kan?

Demi anak-anak, tak kisah...siapa yang sempat untuk lakukan, teruskan.. bantu-membantu, kan?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template