Salam semua pembaca. Sempena awal bulan Ramadhan ni, tak banyak pengkisahan yang boleh dititipkan di blog ini. Macam maleh pun ada, macam sengal pun ada. Yang pasti, aku tak merokok di siang hari... hehehhe. Satu perkembangan sihat untuk sebulan!
Sebelum bulan puasa baru-baru ni, aku dapat pengalaman baru yang cukup berharga. Aku menjadi "kepala runding" untuk tapak masjid. Bagaimana nak memulakan cerita, pertengahan cerita serta pengakhiran cerita untuk rundingan itu. Inilah pegalaman yang amat bermakna bagi aku.
Dalam proses rundingan itu, akulah yang paling muda dan berinteraksi dengan orang yang berpengalaman dan pemimpin masyarakat di kawasan tersebut. Aku pula jenis brutal tetapi tetap ada lenggok ketika situasi itu. Alhamdulillah juga le sebab ramai penduduk di kawasan tapak masjid yang aku pergi berunding itu mengenali aku. Mereka lebih kenali aku dalam politik dan Gerakan Belia 4B tetapi tetap dengan panggilan Cikgu.
Aku belajar on the spot untuk menyebut tujuan kedatangan agar tidak tersasar daripada landasan tujuan sebenar. Semua ini berlaku secara tidak dirancang. Hari Khamis (28/08/08) aku sebagai wakil untuk merisik tanah tapak masjid pada tuan tanah yang menyediakan wakil untuk aku berbincang. Pada Sabtu (30/08/08) pula sekali lagi aku datang untuk berbincang untuk hantar deposit tapak masjid itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sebagaimana janji yang termetrai antara pihak aku dan tuan tanah, insyaallah pada awal November, akan melaksanakan pelancaran secara besar-besaran pecah tanah di tapak masjid itu. Tentunya ramai penduduk di kawasan sekitar akan dijemput menghadiri majlis pecah tanah tapak masjid itu.
Harapan aku agar urusan pembinaan dan menambah seri masjid oleh tuan masjid itu akan kukuh hingga ke akhir hayat. Insyallah.

6 Coretan Lain:
:: salam... Anwar berbisik kat mamanya... takkan PakTam meminang untuk dirinya sendiri kot... tapi Angah pula menambah... kalau untuk PakTam pastinya MakTam yang meminangnya... manakala MakNgah mencelah dengan kata2 yang sedap dan sejuk didengar... untung MakTam dapat payung emas... emmm...
To PakNgah:
Depa yang lain dok tengok saja... Anwar, Angah, MakNgah sudah berkata. PakNgah juga dok tak kata apa-apa. Hahahah. Mungkin dok senyum simpul kot.....
ada soklan ni cikgu, rundingan nak mendirikan mesjid ni tuk sape bebenornya...
takkan la plak tuk diri sendiri?!
To CendawanIntim:
Nape kulat? Tak boleh ke kalau sendiri runding untuk diri sendiri?
Konsep berunding tu kan adat jer...yang penting maksud rundingan..kan?
Yang penting, mem besar turut bersama meraikan dalam rundingan tu, tak salah kan?
salam cikgu..
masjid utk manfaat semua..
masjid utk diri sendiri..?..
eekkeke..
ada rombongan merisik jugak ya?
Post a Comment