Sep 22, 2008

Cari kata sepakat - Siri 1

Agak terlambat aku ikuti perbincangan kaum ibu di blog Combi. Amat menarik. Tapi aku terlepas. Walaupun sekadar bertajuk sms, membawa konotasi yang amat besar. Konsepnya ialah kepercayaan dan saling mempercayai antara dua jiwa. Biasanya tajuk entri dan pendapat sebegini sememangnya hangat diperkatakan. Hampir tiada kata sepakat. Heheheh. Ye ke Combi? Sorry la Daklan terlepas untuk entri itu. Kalu idak, kompom panas. Hahahhaaha.

Begitu juga di blog emkayjb. Pandangan seorang yang bernama lelaki. Keinginan dan harapan. Semuanya berlegar dalam minda. Kenapa itu berlaku? Jarang kita duduk semeja dengan hidangan kopi o, akhirnya berbincang secara terbuka. Kenapa dan mengapa, dua jiwa tiada kompromi dalam hal sebegini. Ini mungkin fitrah hakiki antara dua jiwa antara wanita dan lelaki. Tiada jalan penghujungnya... Tanpa perbincangan, hanya sekadar memendam perasaan, minda berkecamuk akhirnya punah sebuah bahtera yang dilayari. Itu hakikatnya jika tiada kompromi.

Jika berterusan tanpa kata sepakat untuk ke arah yang lebih baik antara wanita dan lelaki, maka benarlah seperti yang digambarkan oleh Bro Jinggo. Penceritaan yang bersahaja dengan pengalaman langsung yang terpamer di hadapannya membuatkan cari kata sepakat di lokasi itu. Itu yang bahayanya.

Dengan ke semua entri yang aku perhatikan, aku berminat untuk kongsikan maklumat dalam majalah yang aku menjadi koleksi dan pembacaan aku dan mem besar.

++++++++++++++++++

En Jamal b Hj No berkesempatan ditemubual oleh penulis. En Jamal memilih tajuk yang menarik untuk berkongsi pandangan dengan pembaca. Ikuti pandangan En Jamal sebagai pakar psikologi, lelaki dan suami terhadap seorang isteri dan apa yang sebenarnya diperlukan oleh seorang lelaki.


Khas buat isteri-isteri....


Ketahui apa kehendak suami sebenarnya.


Kebanyakan wanita dan masyarakat selalu menyalahkan si suami apabila terjadi keretakan. Rumahtangga. Masalah yang paling besar dan sering berlaku ialah kerana suami cari perempuan lain dan keinginan suami untuk mengamalkan poligami. Tetapi punca sebenarnya berlaku masalah ini adalah dari rumah sendiri. Bagi seorang lelaki, kalu sudah bertekad mahu berumahtangga, maknanya dia sudah fokuskan dirinya itu tidak lagi hidup membujang dan bersedia mengubah cari hidup kepada seorang ketua dan suami yang bertanggungjawab serta memahami keadaan berumah tangga.



Lelaki perlukan kemanjaan dan kelembutan:

Lelaki tetap lelaki. Dia perlukan kemanjaan sampai bila-bila pun. Memang benar, si isteri mungkin sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak-anak, namun, keperluan suami usah diabaikan kalau mahu rumah tangga aman dan berjaya hingga ke akhirnya.



Tumpuan emosi isteri kepada suami harus berterusan. Jangan anggap, walaupun sudah berumur, lelaki tidak memerlukan semua itu. Jangan pula anda merungut, ”buang tebiat ke orang tua ni...?”

Sememangnya semakin berumur, lelaki semakin memerlukan kemanjaan dan belaian isterinya. Apabila lelaki tidak mendapatkannya daripada isteri, mulalah dia mencari dari luar dan itulah punca yang boleh menyebabkan keretakan rumah tangga..


++++++++++++++++

Komen aku:

Kata sepakat perlu di cari. Sikap sebegini yang ingin dimanjakan sememangnya ada dalam diri kedua-duanya antara wanita dan lelaki. Cuma pemahaman ke arah itu yang berbeza. Jika perbezaan itu cuba disama ratakan tentunya lebih menarik. Oleh itu, cuba cari kata sepakat. Kata sepakat dapat dicapai melalui komunikasi berkesan yang hebat. Komunikasi hebat diumpamakan seutas tali yang menjerut. Dijerut kuat, terjerut. Dijerut lembut dan perlahan, mengikat. Ermmm..fikir-fikirkanlah.

Maka, fahamilah kemanjaan yang ada dalam diri pasangan masing-masing. Layanlah sebagaimana anda ingin dilayan...Amalkan petua, apa yang diberi, itulah yang diterima. Yang penting KATA SEPAKAT, MEMBAWA BERKAT! Insyallah.



13 Coretan Lain:

Sharifah Hassan on 9/23/2008 12:26 AM said...

Tali...

Sayangnya tidak ramai yang dapat memahami sekaligus menerima hakikat bahawa lelaki memerlukan perempuan juag memerlukan..

Semua terikat dengan EGO!
berharap satu pihak lain yang memulakan...dan berharap terus menerima tanpa mampu memberi semula..

Tirana on 9/23/2008 4:28 AM said...

Bagi seorang suami, isteri itu merupakan amanah Allah yang perlu dijaga, dididik dan dibentuk. Dan bagi seorang isteri pula, suami itu merupakan syurga baginya kerana isteri yang derhaka kepada suami tidak akan mencium bau syurga. Kerdhaan suami adalah dari keredhaan Allah. Inilah prinsip yang perlu dipegang.

Suami perlu memahami kehendak isteri dan isteri pulak perlu memahami kehendak suami. Di sinilah pentingnya kemahiran dalam komnikasi. Kadang-kadang suami tidak pandai menyatakan keinginannya sebaliknya expect isteri tahu apa yang dia inginkan dan begitu juga isteri. Isteri kebiasaannya suka berkias-kias sehingga suami tidak faham apa yang isteri inginkan. Bila berlaku keadaan begini, timbullah rasa tidak puas hati, rasa tidak dipedulikan dan kurang layanan.

Berinteraksilah dengan menggunakan bahasa cinta (love language)pasangan masing-masing. Mungkin di ruang dan kesempatan lain kita boleh bincangkan tentang "love language" ini.

azza_irah on 9/23/2008 4:48 AM said...

salam cikgu..
benar..sepakat membawa berkat. tidak bermakna jika hanya sebelah pihak bertindak, sebelah lagi hanya menanti saja. perasaan dibelai dan dimanja ada dalalm diri semua org. dan sy setuju yang lelaki memang suka dimanja.

terkadang rasa berlebihan apabila meningkat umur, mgkin kita masih dikongkong dengan adab dan budaya timur, menjaga tatasusila..sebab itu timbul ayat2 seperti "buang tebiat" dan sebagainya. jika dilihat di negara barat, tiada istilah buang tebiat. kasih sayang dipamer di merata2, baik di public mahupun bersama pasangan.

kita disini bila umo dah meningkat 40 an dah malu nak jalan berpegangan tangan, takut apa kata dek anak menantu, dek cucu2 sedangkan itulah yang boleh mengeratkan lagi hubunagn antara pasangan dan tanda kita masih tetap tak berubah, tetap masih spt bcinta dahulu .mulut kita mmg dah agak berat untuk mengucapkan 'i luv u' bila usia telah menginjak ke ambang senja. tapi tidak dibarat. kongkongan budaya kadang menyekat kita...

namun banyak alternatif lain boleh digunakan..di sinilah pentingnya peranan kedua belah pihak..
komunikasi penting...teramat penting..

jadi sama2 lah kita muhasabah diri agar hubunagn kita bersama pasangan dapat dpertingkat dan sentiasa dirahmati..

Brahim Nyior on 9/23/2008 5:57 AM said...

Lelaki juga perlukan kelembutan dan belaian.. Teman tertarik dengan klausa itu.

Apa yang penting dalam hubungan pasangan suami isteri ialah ...kerjasama. Apa yang penting, ...kerjasama (meminjam nada lagu tema Wonder Pet, siri kegemaran anak teman)

Baik dalam apa jua keadaan, kalau tiada kerjasama, rumah tangga porak peranda.

Dalam hal ini, ego lelaki perlulah diketepikan. Bukan susah kalau nak ambil hati isteri. Jadikan mereka rakan dan teman berbual, bersembang. Isteri pula harus bijak menggunakan ruang dan peluang untuk memastikan suami sentiasa rasa selesa.

Unknown on 9/23/2008 10:29 AM said...

isu yang menarik - perempuan + lelaki - apa di hujung.kita dijadikan berbeda dari segi karektor. Ilmu kefahaman mengenainya ( karektor ) perlu di jadikan asas sebelum kahwin.Semasa kahwin - setuju dengan tirana - komuniasi - kajian menyatakan : samada kita kalah - menang , menang - memang atau kalah- kalah : EGO sebagaimana kata Sharifah : berkurun lamanya perempuan menjadikan lelaki ( melayu )EGO.Lelaki EGO sebab perempuan menjadi lelaki EGO - contoh perempuan bila bercakap di hujungnya mesti ada...kan...kan...kan...yang penting saudara azlan , azza , tirana dan sharifah - skill berumahtangga

Sharifah Hassan on 9/23/2008 10:35 AM said...

Salam semua,

Persepsi dimainkan dengan semua meluahkan pandangan.

Tetapi lihat kembali perlakuan diri. Ramai diantara kita cakap tak serupa bikin!

Malahan ramai diantara kita penat dengan suami/isteri kita sendiri dengan alasan:
1. Dia tidak memahami aku
2. Dia tak tahu keperluan aku
3. Dia memenatkan aku dengan sikapnya

Dan akhirnya kita semua menjadi pemberi yang hebat, menolak tepi hakikat bahawa kita juga ingin merasa nikmat sebagaimana yang diterima oleh pasangan kita.

Wallahualam...

Unknown on 9/23/2008 11:03 AM said...

ok sharifah ( sori azlan ) begitulah hidup - kita yang buat pilihan , untuk itu 1 jari pada orang lain 4 jari kepada diri sendiri.....

echah_syed on 9/23/2008 11:38 AM said...

pompuan 'tua' pun perlukan belaian & kasih syg suami 'tua' tp biasa suami 'tua' lebih tertarik kpd wanita yg berhingus..mmg napsu lelaki sentiasa membuak WALOPUN terpaksa mencari ubat 'kuat' dipaso mlm kuikuikui :(

tapi bila lelaki 'tua' berpaling tadah wanita 'tua' juga disalahkan..adil ke??

zaman dah berubah ..wanita 'tua' lebih berdikari so lelaki 'tua' sendiri mau ingat laa beb !

azlanlin on 9/23/2008 12:26 PM said...

To Sharifah:

Dalam pada ramai2 yang tak paham, tentu ada juga yang memahami bahawa antara lelaki dan wanita saling memerlukan belai membelai antara keduanya.

Kebiasaanya, EGO mendepani diri dalam berinteraksi membuatkan segala perlakuan menjadi terhenti...

>>Kenapa EGO harus mendepani segalanya? Ermmmm..sbb rasa mcm bagus kut, entah-entah tak boleh terima kelemahan diri? Hehehhe

azlanlin on 9/23/2008 12:39 PM said...

To Tirana:

Isu 1:
Prinsip saling menjaga dan dijaga, memang baik diamalkan. Sayangnya tidak ramai yang memahami konsep ini. Ramai yang ingin lebih "dijaga" berbanding dengan lebih "menjaga"... Bagi mereka menjaga lebih memenatkan dan dijaga lebih selesa untuk penerimanya..
Kenapa berlakuketidakseimbangan memahami prinsip ini?

Isu 2:

timbullah rasa tidak puas hati, rasa tidak dipedulikan dan kurang layanan.

Bukankah kekangan perbezaan individu kedua pasangan seperti budaya hidup, didikan sedari kecil, tiada perkembangan mengikut zaman kehidupannnya...mencetuskan hal ini?

Interaksi yang menggunakan komunikasi cinta hebat ini tak mampu oleh ramai org. Lebih ramai pasangan yang sekadar hadap kehidupan mereka tanpa pandai menghargai walau ucapan terima kasih sekalipun walaupun selepas bersama...itu lagi parah!
Kenapa begitu Tirana?

^aNgRiAni^ on 9/24/2008 9:49 PM said...

sama2 saling memerlukan antara satu dengan lain...

sepakat membawa berkat :D

selamat hari raya dakLan :D

Emi Farez on 9/25/2008 5:40 AM said...

maaf pendapat saya ni seperti ister memberontak sikit...

Bagi saya, saya takkan buat apa yang saya x mampu... saya akan buat setakat kemampuan saya sahaja.. begitu juga sebaliknya! pernah suatu hari saya bergaduh dengan seseorang, bila dia mengatakan "Tak guna aku kahwin, kalau menyusahkan, lebih baik bujang"... bagi saya pulok... "ko hengat bini ko kahwin ngan ko nak jadi kuli ko, pastu menderita" ... lelaki tipikal ni boleh blah! Jadi saya setuju dengan sepakat membawa berkat or dengan bahasa mudahnya "give and take"

echah_syed on 9/26/2008 11:21 AM said...

aku suke jwpn ibu kumbang..kalo dah banyak 'songeh' bole blah !!!

lelaki mmg tak pernah sedar diri..dari dulu smpi skrg selalu aje mencari kesalahan pompuan utk berpaling tadah..

kawen jek ikut sunnah nabi sbb bole kawen banyak tp bab menjaga solat & tanggung jwp pada famili hampehh :(

aku ade kwn..ustaz lagi.kalo cakap mcm guruh kunun dia pas U dpt ijazah pengajian islam..tp tiap2 mlm dok lepak kat markas ( dotdotdot).sedangkan bnda yg wajib solat berjemaah dgn isteri,

ajar anak solat & mengaji adooo ??bini berhempas pulas sorang2 kat umah..contoh ape dia nak tunjuk kat bini & anak2..??

rugi je kalo buat LAKI :p

tolong laa lelaki yg mengaku 'alim'.. siket2 sunnah..siket2 sunnah..

loya tau cheQ !

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template