May 9, 2008

Syukur setelah TERKENDON!

Hati-hati dengan persepsi sendiri dalam minda kita!

"Rasbee, keputusan untuk temuduga biasiswa Master dah keluar ke belum?", tanya aku semasa dalam dewan MITC sempena konvo semalam.

"Dah, 2 minggu lepas....kat laman web Kementerian", jawabnya dengan selamba.

"Ye ke?" balas aku semula.

Aku mula terkedu. Alamak..kenapa aku terlepas pandang. Sedangkan aku sentiasa layari laman web tersebut. Malam tadi, tiba di rumah aku terus layari laman web itu lagi. Aku klik untuk ruangan PEMBERITAHUAN. Aku terkendon lagi. Maklumat yang dipaparkan pada 5 Mei ialah rayuan temuduga. So...apa keputusannya dengan permohonan aku yang lalu? Takkan tak ada apa-apa berita.

Hari ini, lepas solat Jumaat, aku call Kementerian Pelajaran, Bahagian Biasiswa tentang status permohonan aku. Aku perlu tahu keputusannya dahulu, baru aku boleh membuat rayuan. Then, aku bersoal jawab seketika dengan staff yang bertugas untuk berkaitan perkara itu. Oooooooo..betapa muncungnya mulut aku apabila aku mula sedar akan kesilapan aku. Berkali-kali aku mengucapkan terima kasih setelah aku tahu di mana punca kesilapan aku yang membuatkan aku terlepas pandang. Rupa-rupanya, keputusan untuk mengetahui status permohonan itu tercatuk di muka utama laman web Kementerian. Waaaddduuuuhhhh...macam mana aku boleh terlepas pandang sebegitu rupa. Alhamdulillah.....

Dah printscreen...

Aku terus call Rasbee, toce-toce bertalu-talu kepadanya...

Nampak gayanya, aku perlu Rush Hour sikit minggu depan untuk menyediakan semua dokuman yang diperlukan...maklum le 14 Mei, aku perlu ke Putrajaya dan bermalam di rumah BangCik dan KakDah! Selamat bertandang lagi aku di Putrajaya....

Aminnnn....

p/s:

1. Toce-toce Mr. Rasbee...
2. Usah terpedaya dengan PERSEPSI di Minda sendiri.. ingatkan aku dah gagal!
3. OKU yang akan mencorakwarnakan dunia pendidikan di kalangan guru OKU.
4. I'm very proud with all my family.

.... rupa-rupanya, inilah puncanya mood aku agak "gering & sardin!" sepagi nih..heheheh


9 Coretan Lain:

echah_syed on 5/09/2008 4:36 PM said...

alhamdulilah..tahniah

semoga hg lulus t/duga tu ekk :)

~ buat solat hajat byk2..

Pak Ngah: on 5/10/2008 6:46 AM said...

:: salam... tahniah awal... 50% dah ada peluang... 50% lagi adalah usaha & persiapan diri dlm proses temuduga, doa dan tawakkal...

CikguZue on 5/10/2008 6:50 PM said...

salam...
peluang sudah ada...teruskanla usaha. Didoakan semoga berjaya, insya-Allah.

^aNgRiAni^ on 5/13/2008 9:38 AM said...

oooo...semoga berjaya menghadapi temuduga itewww...and berjaya sambung belajor... :-)

ANAKIRANA on 5/13/2008 3:54 PM said...

tahniah...bagus bersemangat nk sambung studi ...

Mak Su on 5/14/2008 2:21 PM said...

moralnyer? jgn risau selalu (?)

Qaseh Bidadari on 5/14/2008 3:46 PM said...

tahniah!rezki tu!

arsaili on 5/14/2008 5:12 PM said...

salam..semoga lulus temuduga ok

silversarina on 5/16/2008 10:02 PM said...

SELAMAT HARI GURU !!

Semoga berjaya menyambung pelajaran , InsyaAllah berjaya !!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template