Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bikin muafakat!
Ingat lagi aku akan lagu yang sering didendangkan di kaca televisyen suatu waktu dahulu. Cuma kali ini, aku paparkan coretan ini menggunakan sarikata lagu itu untuk makna yang sama tetapi situasi yang berbeza.
Lumrahnya, makna sarikata itu lebih menjurus kepada dua situasi yang berbeza tetapi digabung dalam situasi lain agar menjadi satu situasi yang penuh makna!. Begitu juga dengan aku. Kebiasaannya, tugasan seorang guru tak pernah menemui titik penghujungnya. Ada saja yang mendatang. Malah, sesuatu tugasan sedang dilaksanakan, datang pula tugasan lain. Begitulah kita dalam apa jua pekerjaan pun. Tambahan pula, aku menyibuk juga dalam urusan bengkel JITU AUTO SERVICE CENTRE. Bertambah-tambah keritih lagi kaki dan tangan aku. Di sini, jelaslah bahawa, tugasan seorang guru dan pengurusan bengkel adalah suatu bidang yang amat berbeza. Corak watak kita juga berubah.
Oleh itu, bertepatan dengan sarikata lagu tadi, aku gabungkan kerja seharian aku sebagai pendidik dan pengurus bengkel dalam satu situasi lain. Inilah dia!
Kebetulan, sekolah aku selaku Pengelola Pertandingan Bola Jaring dan aku juga salah seorang yang berada di lekasi berkenaan. Kawan-kawan pulak yang dipanggil bertugas. Maklum le, dalam pendidikan, untuk pengurusan pertandingan seperti ini, budgetnya sememangnya ciput. Tapi, seperti kebiasaannya, takkan le nak nak mengurus pertandingan peringkat negeri dalam keadaan yang sempoi! Maka dalam pada dok berbincang dengan kawan-kawan, terhasillah tag itu sebagai sumbangan bengkel kepada masyarakat! Do the best! Done!

6 Coretan Lain:
Selamat Hari Pekerja !
Satu usaha murni yang InsyaAllah mendatangkan kebaikan buat bengkel cikgu juga .
Pasal 'ayamas' di entry lalu, kawan hubby saya sekarang dah berjaya , dia involve dalam penternakan ayam pembekal ayam ayamas ... teruskan niat murni cikgu itu ,saya doakan agar berjaya.
:: salam... orang yang bijak akan menggunakan kebijaksanaannya untuk menggunapakai setiap ruang, peluang dan kesempatan... syabas dan tahniah...
cewahh pandai bro buat promosi bengkel..
ni laa peribahasa..sambil menyelam minum air..bole ke gituu??
bole aje..dimana ade kemahuan..disitu ade jln..
caiyoklaa bro !!
To Silversarina:
Demi kebaikan untuk semua pihak...kan?
MySis... saya berminat utk menghubungi rakan hubby u berkaitan projek ayam tu. Boleh emailkan no phonenya ke email saya: azlanlinn@yahoo.com
tq mysis...
To PakNgah:
Tapi PakNgah...orang yang LEBIH BIJAK ialah berjaya mengetahui dan mengenali orang-orang DI SEKELILING yang bijak...kan PaKNgah?
Cuma bergantung pd org yg lebih bijak untuk sama-sama manfaatkan kebijaksanaan demi kebaikan bersama... tak gitu?
To Combi:
Boleeee aje my sis! Yang penting demi kebaikan semua pihak...jgn le asyik2 utk mencari kepentingan diri jerrr... kan?
Post a Comment