Semasa aku mendengar RadioKita, ada permintaan lagu pendengar dari Sabah yang memang menarik dan tertarik untuk aku mengetahui dan merenungi lirik tersebut. Lagu itu di didendangkan ole The Zikry yang bertajuk, Isteri Solehah. Aku meminta bantuan PakCik Google, dapat le jugak lirik tu...
Lirik ini amat baik di renungi oleh semua pembaca blog ini..
Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan)
Isteri Solehah
( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
( ulang 1 )
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
( ulang 1 )
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
( ulang 1 )
( ulang korus )
9 Coretan Lain:
harap ramai gak suami2 yg baik2..hehehee
syahdu betul lg ni...
ececehhh sayu lak bila aku membacanye :))
saya memang suka lagu2 nasyid... the zikr ni salah satu kumpulan yang paling banyak lagunya disadur kembali...
To Muadzlife:
adakah wujudnya suami yg baik2 drp isteri yang baik-baik?
atau
adakah wujudnya isteri yang baik2 drp suami yang baik2?
atau.....?
To Mamaranggie & Aleeya:
Syahdu dan sayu diiringi pulak dengan keinsafan...tentunya ada hikmahnya...kan? Bayangkan kalu dihayati tetapi buat derkkkkk jer.. jenuh juga yek?
To Suealen:
Ini kali pertama saya mendengar nama kumpulan tu... terus jatuh hati!...hehehhe Apa lagu lagu nasyidnya yang menambah kesyahduan yek?
cuba tengok Lirik Nasyid The Zikr
dinyanyikan semula:
1. sepohon kayu - saujana.
2. dinul huda - hijjaz.
3. tanpa agama - hijjaz.
4. rasulullah - raihan + lain-lain.
antara ahlinya termasuk nazri (x-singer raihan)..
To Suealeen :
Tima kasih sesangat.... bangga saya ada kengkawan mcm suealeen... toce-toce...
Post a Comment