May 29, 2008

Apa kaedah kita?

Problem Talk

A : Apa masaalah awak?

B : Saya sedih sangat. Setiap hari saya balik kerja lewat tapi bos saya masih tidak puas hati.

A : Kenapa bos awak macam itu?

B : Entahlah. Dia itu pandai cakap saja. Dia bukan faham apa yang berlaku di pejabat.

A : Apa yang berlaku di pejabat?

B : Saya peninglah. Kerja banyak sangat. Semua saya perlu uruskan.

A : Awak sudah beritahu bos awak hal ini?

B : Belum lagi. Saya risau dia tidak percaya yang kerja saya memang banyak.

A : Jadi, apa awak mahu buat?

B : Entahlah. Awak belum kenal bos saya. Dia teruk. Saya sedih dia buat saya macam ini.

Ciri-Ciri Problem Talk : Memfokus kepada masaalah, mencari punca ke akar umbi, mencari siapa yang bersalah, situasi bertambah buntu, terasa payah hendak menyelesaikan isu.

Solution Talk

A : Apa masaalah awak?

B : Saya sedih sangat. Setiap hari saya balik kerja lewat tapi bos saya masih tidak puas hati.

A : Apa yang awak mahu sebenarnya?

B : Saya mahu seorang pembantu. Kerja di pejabat banyak. Saya tidak larat buat seorang.

A : Bagaimana awak mahu yakinkan bos awak yang awak layak mendapat seorang pembantu?

B : Saya kena beritahu dia beban kerja saya banyak tetapi saya takut dia tidak percaya.

A : Saya akan gunakan ukuran skala 1 hingga 10. Katakan pada skala 1, beban kerja awak tidak banyak dan pada skala 10, sangat banyak. Macam mana beban kerja awak sekarang?

B : Hmmm, saya rasa sekarang beban kerja saya pada skala 6.

A : 6 saja? Bukankah tadi awak kata beban kerja awak banyak?

B : Ya, saya baru sedar kerja saya tidaklah banyak sangat sebenarnya!

A : Apa perlu awak buat sekarang?

B : Saya akan uruskan masa saya dengan lebih cekap.

Ciri-Ciri Solution Talk : Memfokus kepada jalan keluar, matlamat yang diingini ditetapkan, skala diguna bagi melihat isu dengan perspektif lebih jelas, bertanya soalan yang menimbulkan kesedaran, nampak jalan penyelesaian.

Sumber: BisnesKeluarga

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi aku:

Dialog ini seringkali berlaku ketika stress apabila diri kita atau orang di sekeliling kita yang merasakan terbeban dengan kerja yang menimbun-nimbun dan tak tahu nak urus yang mana satu.. Begitu juga dengan permasalahan dan gangguan komunikasi antara pasangan dalam sesebuah keluarga.
Bagi aku, aku suka menggunakan teknikPROBLEM TALK terlebih dahulu apabila menghadapi orang sekeliling agar kemelut di hati mereka terasa puas dengan penyediaan ruang untuk meluah dan merintih. Selepas "sebu" di hati terluah, barulah disusuli dengan pendekatan SOLUTION TALK agar mereka nampak apa sebenarnya yang berlaku.
Namun, semuanya ini bergantung kepada kemahiran individu untuk mengendalikan situasi yang sebegitu... walahu'alam


Continue Reading...

May 28, 2008

Yeppi Beshday!


Selamat Menyambut
Hari UlangTahun Kelahiranmu

ROZITA BT HJ PAIMAN

"Segala Onak dan Duri, Bayu dan Badai
Terus Ditempuhi Bersama
"

Continue Reading...

Ermmm.. menarik..

Semasa aku mendengar RadioKita, ada permintaan lagu pendengar dari Sabah yang memang menarik dan tertarik untuk aku mengetahui dan merenungi lirik tersebut. Lagu itu di didendangkan ole The Zikry yang bertajuk, Isteri Solehah. Aku meminta bantuan PakCik Google, dapat le jugak lirik tu...

Lirik ini amat baik di renungi oleh semua pembaca blog ini..

Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan)

Isteri Solehah

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )

Continue Reading...

May 27, 2008

Dj DakLan 2

RadioKita
secara online yang berkumandang seluruh dunia
selagi memiliki talian internet


Dj Daklan akan menjayakan Studio5 (Stesyen Johor) pada:


Hari : Rabu (28 Mei 2008)
(Hadiah Khas : Sempena Birthday Mem Besar)
Masa : Jam 9.00 - 11.00 pagi


Siaran ulangan pada 9.00 - 11.oo malam pada hari yang sama

Sila KLIK DI SINI untuk mendengarnya...

Sama-sama kita nikmati halwa telinga menggunakan internet!

Continue Reading...

Pusingan Akhir...Hari ni dan esok

DSAI..bakal Perdana Menteri kita...

Dalam blog aku ni, tak pernah aku komen tentang senario politik negara. Cuma aku semakin nampak hala tuju dan arah kita akan datang. Sama ada teori aku ni betul ke idak, aku peduli apa....kan? Sebab ini adalah pandangan aku....

Senario politik negara kita yang dikatakan semakin caca-merba ini ialah yang hanya melihat dari sudut mata kasar. Kutuk-mengutuk, tembak-menembak, taji-menaji...semuanya adalah asam garam berpolitik. Bukan mudah untuk menceburi kancah ini. Pastinya, muka tebal dan hemoi, senyum yang sentiasa di bibir, mulut manis, gerak hati sendiri yang amat kuat hingga orang lain tak boleh membaca tindakannya...serta sentiasa cool... maka, bolehlah mencuba!

Jika tidak, hentikan je ler...sebabnya, telinga kita akan cepat panas, hati kita sentiasa tak tenteram, kepala hotak kita jadi bengang... sebab ruang ini sangatlah rencam dan di luar jangka hasilnya... hari ini kawan, esok boleh jadi lawan dan hari ni lawan, esok boleh jadi kawan! Hakikatnya, orang yang berwatak lurus dan bendul, dok diam-diam.

Bagi aku DSAI adalah seorang tokoh perancang yang hebat. Susunan strateginya penuh tragis. Hanya DSAI saja yang mampu menyaingi aura kepimpinan Tun Mahathir. Namun, oleh kerana sikap tidak sabarnya, maka terjunam di penjara walaupun tilam-tilam menjadi bukti yang diusung ke sana-kemari. Aku yakin, semasa beliau beristiqomah di penjara, membuatkannya berfikir bahawa sabar adalah elemen penting dalam politik!


>> bersambung<<
Continue Reading...

Mula Menyimpul....


Diharapkan agar majlis pertunangan
Ainul Amla bt Mohammad
berjalan lancar hendaknya. Dan dijauhkan segala
musibah yang datang melanda.

Amin ya rabbal 'alamin.

Tarikh : 1 Jun 2008
Tempat : Tabuan Jaya, Kuching
Masa : 3:00 petang



.: Selamat Bertunang :.

daripada :


MakLong & PakLong Sekeluarga
PakLang & MakLang Sekeluarga
MakNjang & PakNjang Sekeluarga
PakNdak & MakNdak Sekeluarga
PakTeh & MakTeh Sekeluarga
PakTam & MakTam Sekeluarga

Continue Reading...

May 26, 2008

Yeppi Beshday!

Yeppy Beshday 2
... MamaRanggie ...


Semalam dah wish kat blog MamaRanggie dan janji nak buat
kad ucapan khas (limited edition) utk
:: MamaRanggie ::

Harap2 ada kesudian MamaRanggi menerimanya...

:: Just For You ::
MamaRangie

Continue Reading...

May 25, 2008

Wanita yang terbaik

Dari Abi Hurairah (RA. ) Rasulullah ( SAW) pernah ditanya:


“Siapakah wanita terbaik” (solehah) .

Jawabnya:

“Ialah wanita yang menggembirakan kamu bila dilihat kepadanya dan sentiasa patuh dan taat bila disuruh, tidak menyalahinya pada dirinya dan hartanya dengan apa yang dibencinya (Hadis Riwayat Nasai dan Baihaqi).

Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah saw menggambarkan bakal isteri yang solehah itu ialah wanita yang menawan dan pandai menggodanya. Disamping bersikap taat dan patuh kepada arahan suaminya dan tidak akan menyalahinya dalam sebarang kemahuannya (yang tidak bertentangan dengan agama) dalam pergaulan dan perbelanjaan hartanya. Itulah wanita solehah yang harus menjadi pilihan hati kaum lelaki.

Kesimpulannya:

Wanita terbaik bakal wanita pilihan itu ialah wanita yang solehah iaitu mereka menarik pandangan suami dan sentiasa taat dan mengikut kehendak suaminya.

Sumber: UtusanOnline

Continue Reading...

May 24, 2008

Dj DakLan

Nampak gayanya, DakLan dah lama tak mencoret di sini. Maklum le, minggu sebelum cuti sekolah bermula, adalah minggu peperiksaan di sekolah...anak-anak juga agak sibuk untuk menghadapi peperiksaan. Maka ayah dan mama juga perlu ngadap anak-anak untuk membantu apa-apa yang patut.

Kebetulan pulak, internet ada problem. Alhamdulillah, pihak Telekom Kluang dah buat rumah baru untuk pengguna internet di kawasan perumahan DakLan. Lajuuuuuu..... hehhehehe

Pagi ni dpt gak chat ngan Putera Idris. Nampak gayanya urusan DakLan dgn Putera Idris dah selesai. Sebenarnya, DakLan di offer utk jadi DJ RadioKita secara online. Setuju ajer...dapat gak ilmu baru. Maka DakLan diberikan skrip utk rakaman suara. Sayangnya ada harming sikit semasa rakaman. Oleh kerana Putera Idris ni pakar orangnya bab urusan edit mengedit...dapat juga cover dengan muzik latar.

Anda boleh klik pada gambar di atas atau
klik di sini


DakLan juga diberitahu, Studio 5 (Channel Johor) RadioKita yang DakLan kendalikan akan berkumandang pada hari Selasa dan Rabu. DakLan juga masih tertunggu-tunggu siaran itu. Maklum le, inilah kali pertama suara sendiri berkumandang di alam maya. Sama-sama kita dengar yer.....

Di sini ada sedikit rakaman suara DJ DakLan:

1. Download - Susunan Rancangan
Continue Reading...

May 16, 2008

Insentif Guru


:: Kemelut DG41 di sekolah rendah terjawab ::


MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk guru dalam usaha kerajaan memperkasakan profesion perguruan.

Perdana Menteri berkata bertepatan dengan gagasan kerajaan membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah D.G.A 29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara "time-based" setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari D.G.41 kepada D.G.44.

"Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di Gred D.G.A.29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di Gred D.G.41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman D.G.41.

Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan satu hadiah kenaikan gaji," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di sini Jumaat.

Pengumuman beliau disambut dengan tempukan gemuruh lebih 3,000 guru yang hadir. Yang turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Abdullah berkata bersandarkan kepada asas-asas pertimbangan sama iaitu menggalakkan guru melanjutkan pelajaran, kerajaan bersetuju meluluskan cadangan supaya guru Gred D.G.41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred D.G.44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada Gred D.G.41.

>> Baca selanjutnya <<
Continue Reading...

Kenalilah pasangan anda.....

Pabila hampir musim cuti sekolah, maka musim "bertemu pusat" akan bermula. Pastinya beberapa keping kad jemputan ke majlis walimatul-urus telah kita terima. Tak ketinggalan juga jemputan secara lisan oleh tuan punya diri atau tuan rumah atau wakilnya. Bersedialah juga kita dengan "salam keruk" yang mula diterima pakai oleh masyarakat kita.



Awal minggu ini, aku ditanya oleh seorang ustazah J-Qaf di sekolah aku yang akan berlangsung majlis perkahwinannya dalam cuti sekolah ini. Beberapa orang guru wanita lain yang dipanggil kakak juga ada bersama di meja panjang dalam bilik guru. Aku pula jenis orang yang suka menyampuk "mesyuarat meja".

"Saya risau la cikgu. Macam mana saya nak masuk dalam keluarganya nanti", soalnya apabila kakak-kakak disekelilingnya meminta tanyakan aku untuk mendengar pendapat seorang lelaki.
Pernah aku terbaca di satu artikal yang aku dah lupa sumbernya.

"Apa la yang nak dirisaukan. Semua orang alami hal yang sama dulupun. Gerun, risau, gemuruh, kekok...semuanya orang akan risau. Sebelum nak fikir cara kita masuk dalam keluarga mertua...fikir dulu cara nak masuk dalam kehidupan dengan bakal suami", balas aku sambil menyengih-nyengih.

"Yang penting, MATLAMAT PERKAHWINAN! Apa perancangan yang nak dibuat dalam perkahwinan nanti. Apa yang nak dicapai dalam tempoh masa-masa tertentu. Kita tak boleh main harung jer tanpa ada arah dan tujuan. Tu yang membuatkan alam perkahwinan semakin menjemukan! Contohnya, dalam tempoh 5 tahun..apa nak capai? Dalam tempoh 10 tahun, apa nak capai? Bantu dan sokonglah perancangan suami, dalam apa yang dilaksanakannya", balas aku lagi. Si kakak-kakak sekelilingnya pun mula pandang kat aku.

"Biasanya, lelaki mempunyai banyak perancangan dalam mindanya. Jika suami yang bukan jenis pencerita, jangan harap le si isteri nak tau apa jua perancangan hidup dan kehidupan hanya dengan menadah telingan semata-mata untuk mendengar. Belajar-belajar le apa jua teknik komunikasi untuk mencungkil maklumat yang berlegar-legar dalam minda suami tu.."kata aku yang makin galak nak berceloteh... Kakak-kakak sekelilingnya juga mengangguk-angguk kepala.

"Kita kena ingat, tolak ansur untuk faham-memahami sangat penting. Sikap dan cara kita kena berubah ikut perkembangan masa. Jangan le statik dari dulu hingga sekarang atau akan datang. Banyakkan membaca tentang ilmu kehidupan berumah tangga. Bacaan santai yang menarik... cuba beli majalah Mingguan Wanita. Jangan la pulak sorang je baca, tapi pasangan kita tak membaca.... bijak-bijak le guna kata-kata untuk merangsang pasangan kita membaca untuk menambah ilmu pengetahuan," sambung aku lagi...

"Alamak, anak saya dah balik sekolah agama... nanti kita sambung lagi yek.." kata aku nyengih-nyengih sambil bergerak keluar dari bilik guru...


Continue Reading...

May 15, 2008

Terus melangkah

Melangkah dan terus melangkah. Langkah ke hadapan.....

KEJAYAAN adalah suatu PERJALANAN, BUKANLAH suatu DESTINASI!

Nak dijadikan cerita, urusan di Putrajaya kali ni, xdpt juga nak jumpa bangcik dan Kakdah. Diaorang ada urusan di Melaka. Aku tiba di Putrajaya jam 8.30 mlm. Sunyi sepi..Hanya bermalam di rumah bangcik.

Pepagi jam 7.30, aku dan mem besar mulai keluar dr rumah bangcik dan terus ke tempat bertarung!. Anak-anak dibiarkan aje memerap di rumah. Pesanan-pesanan dah ditinggalkan. Tiba di sana, payah juga utk cari parking di laluan itu. Sukar juga jika berkenderaan di kawasan itu. Dengan muka hemoi, aku berborak kejap dgn sorang "mamat" untuk bertanyakan perihal lokasi yang dicari dan kawasan parking.

Aku tak kira, aku masuk juga parking di kawasan "staff only" tetapi bukanlah di kawasan yang sudah digazetkan dengan nombor plat kereta. Aku mengesot kereta aku di tepi dinding...lepas.... siap test dulu dengan membiarkan beberapa buah kereta lain sama ada boleh melepasi kereta aku atau idak. Lepas....maka aku kompiden untuk meninggalkan kereta aku.


Agak ramai juga yang datang untuk temuduga. Sempat juga aku nyakat beberapa org guru lain yang berwajah "keroh" dan standard.... terkekek-kekek diaorang ketawa. Bukannya apa, untuk realese tension! Mr Veloomoney, guru Sek Men juga mengambil course untuk pengurusan dan pentadbiran pendidikan (rendah)..hairan aku. Tapi takpa, sesiapa jua boleh mencuba!

Setelah selesai sesi temuduga, aku dan mem besar bergerak pulang. Anak-anak dok melayan astro di rumah bangcik. Jam 2.oo petang, kami bergerak pulang ke Johor. Sempat singgah di Bangi, pekena satay kajang Hj Kasmuri...
Continue Reading...

May 9, 2008

Syukur setelah TERKENDON!

Hati-hati dengan persepsi sendiri dalam minda kita!

"Rasbee, keputusan untuk temuduga biasiswa Master dah keluar ke belum?", tanya aku semasa dalam dewan MITC sempena konvo semalam.

"Dah, 2 minggu lepas....kat laman web Kementerian", jawabnya dengan selamba.

"Ye ke?" balas aku semula.

Aku mula terkedu. Alamak..kenapa aku terlepas pandang. Sedangkan aku sentiasa layari laman web tersebut. Malam tadi, tiba di rumah aku terus layari laman web itu lagi. Aku klik untuk ruangan PEMBERITAHUAN. Aku terkendon lagi. Maklumat yang dipaparkan pada 5 Mei ialah rayuan temuduga. So...apa keputusannya dengan permohonan aku yang lalu? Takkan tak ada apa-apa berita.

Hari ini, lepas solat Jumaat, aku call Kementerian Pelajaran, Bahagian Biasiswa tentang status permohonan aku. Aku perlu tahu keputusannya dahulu, baru aku boleh membuat rayuan. Then, aku bersoal jawab seketika dengan staff yang bertugas untuk berkaitan perkara itu. Oooooooo..betapa muncungnya mulut aku apabila aku mula sedar akan kesilapan aku. Berkali-kali aku mengucapkan terima kasih setelah aku tahu di mana punca kesilapan aku yang membuatkan aku terlepas pandang. Rupa-rupanya, keputusan untuk mengetahui status permohonan itu tercatuk di muka utama laman web Kementerian. Waaaddduuuuhhhh...macam mana aku boleh terlepas pandang sebegitu rupa. Alhamdulillah.....

Dah printscreen...

Aku terus call Rasbee, toce-toce bertalu-talu kepadanya...

Nampak gayanya, aku perlu Rush Hour sikit minggu depan untuk menyediakan semua dokuman yang diperlukan...maklum le 14 Mei, aku perlu ke Putrajaya dan bermalam di rumah BangCik dan KakDah! Selamat bertandang lagi aku di Putrajaya....

Aminnnn....

p/s:

1. Toce-toce Mr. Rasbee...
2. Usah terpedaya dengan PERSEPSI di Minda sendiri.. ingatkan aku dah gagal!
3. OKU yang akan mencorakwarnakan dunia pendidikan di kalangan guru OKU.
4. I'm very proud with all my family.

.... rupa-rupanya, inilah puncanya mood aku agak "gering & sardin!" sepagi nih..heheheh


Continue Reading...

May 5, 2008

IPPM, Konvokesyen 2008

Melaka, akan menerima tetamu lagi. Kehadiran para graduan dengan deretan anak-anak bersama orang tersayang. Kemelut menimba ilmu sepanjang tahun 2007 akan menampakkan hasil apabila Konvokesyen berlangsung. Majlis ini juga menjadi pembakar semangat kepada graduan lain apabila satu-satunya OKU daripada 12 orang yang akan menerima Sijil Cemerlang dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (KSPK - TMK). I'm proud with myself!

Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM), Melaka akan menganjurkan Seminar, Majlis Makan Malam dan Konvokesyen khusus untuk graduan KPLI, KPLI SR LPBS, KDPM KDC PLPS dan KSPK pada 6 – 8 Mei 2008 bertempat di Hotel AnCasa dan Grand Ballroom, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Penyampaian Sijil/Diploma akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Asariah binti Meor Shaharuddin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.

Backdrop yang akan terpampang dimajlis tersebut

Para graduan boleh memuat turun Surat Jemputan dan Buku Panduan Konvoksyen 2008 [Buku Panduan]. Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut Seminar [klik di sini] dan muat turun Brosur Seminar [klik di sini].

++++++++++++++++++++++++++++++++
Perjalanan aku sefamili:

Selasa malam Rabu, kami sefamili akan bergerak ke Melaka. Balik kampung di rumah mertua. Pagi Rabu, kami akan melalui Alor Gajah untuk singgah di rumah Mohd Kelana di Taman Seri Bayu. Selesai di sana, kami akan ke Hotel Ancasa untuk melapor diri dan mengambil jubah. Petang itu juga akan mengikuti raptai yang ditetapkan. Malamnya, ada jamuan makan malam untuk semua graduan. Graduan tua-tua utk KSPK ni..mcm nak memeriahkan keadaan je kot. Lewat malamnya, aku sefamili akan ronda-ronda bandar Melaka. Nak cari Fresh Orange Gelas Besar RM2.00 jer...

Esok paginya, akan ke dewan utk majlis konvokesyen. Selesai saja majlis itu, kami akan bergerak ke Kluang semula.!

>> Semuanya tertakluk pada perubahan semasa. jeng..jeng..jeng.. <<

++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s :

Mr Rasbee (Raszana) ... setakat ini berapa orang yang berani buat keputusan utk ke majlis tersebut? Soalan ini sengaja aku utarakan kerana beliaulah satu-satunya sahabat yang sering bertanyakan rakan-rakan lain sama ada datang atau tidak ke majlis tersebut.! Tahniah utk Mr Rasbee..

Continue Reading...

Baiki nama tercalar...

Ketika aku melayari blog Mem Besar, ada seorang sahabatnya yang baru berkenalan dengannya. Apabila dilayari blog sahabat barunya, terjumpa aku sebuah entri tentang blog/web keluarga Halimahton dan Yusuf.

Mungkin mereka terpanggil untuk memaparkan pengkisahan sebenar perihal perjalanan anak-anaknya apabila berita sensasi mereka telah dicemarkan oleh wartawan barat demi melariskan jualan akhbar mereka.

Baca dan renungilah...

Mengenai Kami

Ini adalah website rasmi keluarga Yusof; kami tubuhkan blog ini kerana terlalu banyak berita mengenai keluarga kami dalam media pada masa ini. Sila hubungi kami jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sementara itu jika anda terjumpa website kami dan tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap blog ini, kami sila memperkenalkan ahli ahli keluarga yang membuat sumbangan tersebut.

IKHTISAR PROFIL PENYUMBANG

Puan Halimahton adalah warganegara Malaysia tinggal diUK. Lahir diMuar dan bersekolah rendah selama enam tahun diSingapura (bapanya bertugas sebagai polis British RAF). Ia pulang keMuar berumur 14 tahun dan belajar diKolej Tunku Kurshiah. Selepas SPM ia menerima biasiswa menyambungkan pelajaran tinggi diUK. Ketika peganjian PhD dalam bidang organometallic chemistry diuniversiti Hull, ia dianggap sebagai seorang ahli kajian yang paling baik dalam jabatannya tetapi ia bersara sebab lebih mengutamakan tanggungjawab menjaga empat orang anak anak yang masih kecil sehingga mereka sampai umur persekolahan. Walaupun ia percaya dan sedar akan kemahirannya mengasuh anak anak( terutama sekali ia senang cepat mengikat perhubungan baik dengan kanak kanak), ia tidak sekali menyangka yang empat orang anak anaknya (sekarang lima orang) menjadi kanak kanak pencapai muda (prodigies).

>> Baca Seterusnya <<

Apa kata anda?

Continue Reading...

May 2, 2008

Minda Positif : Petua 10

Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif.

Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan.
Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakon hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.

Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.

10.Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi. Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.


Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan


Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.


Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.


Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.


Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.


Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.


Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.

- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.


Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.

- Mulai hari ini aku solat lima waktu.

- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.

- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!


Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri


Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.


Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.


Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.


Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.


Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.


Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.


Petua 8 : Saranan Diri Positif


Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.


Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”

“I can do it!”



Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.


Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif


Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.


Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?

- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?

- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?


Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.


Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran.

Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.

- Engkau bolehlah aku ni siapa.

- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..

- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..

- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.


Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita

- Mengubah fokus kita

- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita

Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan


Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.


Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.


Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.


Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.


Continue Reading...

May 1, 2008

Gabungan...

Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bikin muafakat!

Ingat lagi aku akan lagu yang sering didendangkan di kaca televisyen suatu waktu dahulu. Cuma kali ini, aku paparkan coretan ini menggunakan sarikata lagu itu untuk makna yang sama tetapi situasi yang berbeza.

Lumrahnya, makna sarikata itu lebih menjurus kepada dua situasi yang berbeza tetapi digabung dalam situasi lain agar menjadi satu situasi yang penuh makna!. Begitu juga dengan aku. Kebiasaannya, tugasan seorang guru tak pernah menemui titik penghujungnya. Ada saja yang mendatang. Malah, sesuatu tugasan sedang dilaksanakan, datang pula tugasan lain. Begitulah kita dalam apa jua pekerjaan pun. Tambahan pula, aku menyibuk juga dalam urusan bengkel JITU AUTO SERVICE CENTRE. Bertambah-tambah keritih lagi kaki dan tangan aku. Di sini, jelaslah bahawa, tugasan seorang guru dan pengurusan bengkel adalah suatu bidang yang amat berbeza. Corak watak kita juga berubah.

Oleh itu, bertepatan dengan sarikata lagu tadi, aku gabungkan kerja seharian aku sebagai pendidik dan pengurus bengkel dalam satu situasi lain. Inilah dia!

TAG : untuk 40 orang Pegawai Teknikal yang bertugas

Kebetulan, sekolah aku selaku Pengelola Pertandingan Bola Jaring dan aku juga salah seorang yang berada di lekasi berkenaan. Kawan-kawan pulak yang dipanggil bertugas. Maklum le, dalam pendidikan, untuk pengurusan pertandingan seperti ini, budgetnya sememangnya ciput. Tapi, seperti kebiasaannya, takkan le nak nak mengurus pertandingan peringkat negeri dalam keadaan yang sempoi! Maka dalam pada dok berbincang dengan kawan-kawan, terhasillah tag itu sebagai sumbangan bengkel kepada masyarakat! Do the best! Done!
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template