Nov 24, 2023

24.11.2023 : Klinik Kesihatan Chemor : Temujanji di Klinik Berhenti Merokok

Hari ini aku perlu ikuti temujanji dengan doktor Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor. Ini pertemuan kali ke-2. 

Berada di ruang pendaftaran


Dua minggu lalu, aku telah datang untuk pertemuan utk kali pertama. Ada beritanya yang telah dicatatkan. KLIK di sini.

Malam tadi, aku telah ambil kad temujanji dalam fail rawatan dan letakkan di atas meja di sebelah kunci kereta. Di usia ni, aku sering lupa dan bersahaja (daya fokus hilang). 

Menunggu nombor dipanggil di Unit Pendaftaran


Temujanji kali kedua ini tentunya doktor ingin tahu kemajuan tentang keazaman berhenti merokok dan kesan gula-gula getah yang telah dibekalkan sebelum ini. 

Untuk setakat ini, aku kurang selesa dengan gula-gula getah. Kunyahan gula² getah menghasilkan air liur dan perut berasa kembung (berangin). Kali ini, aku cuba berbincang dengan doktor untuk menggunakan kaedah tampalan di bawah ketiak pula.  

Apa kata doktor?

Kting.. kting..

Loceng berbunyi. Nombor 4005 terpamer di skrin. Aku melangkah masuk ke Bilik 4. Pintu dikuak, doktor menyapa.

"Silakan masuk En Azlan." 
"Terima kasih", doktor, balas aku. 

Aku mula bercerita situasi terkini tentang kondisi badan. Doktor check penafasan. Ada bunyi katanya. 

Doktor cadangkan aku ambil "gas" untuk melegakan pernafasan. Juga ambil darah untuk doktor melihat kandungannya. 


Aku ke bahagian kecemasan untuk ambil tindakan selanjut seperti doktor cadangkan. 

Ambil "gas" bagi melegakan paru-paru.

Ambil darah untuk menghurai kandungannya.

Selesai ambil 'gas' dan darah, aku kembali berjumpa doktor. Keputusan darah sudah di tangan doktor. 

"Cantik, kandungan darah ni. Semua result ni memang bagus", kata doktor.

Begitulah, keputusan darah agak memberangsangkan. Kandungan dalam darah, semuanya dalam kawalan. Aku berasa lega. 

Ubat apa aku dapat hari ni?

Aku bergerak ke Farmasi pula. Aku dapat jajan untuk dibawa balik. Ada "pacth' bernikotin. 1Pacth ini untuk gantikan gula-gula getah bernikotin. Ini berguna untuk membekalkan nikotin dan tidak lagi merokok. 

Juga, semburan gas secara manual (inhaler) sekiranya sesak nafas berlaku.
Sebahagian ubatan yang dibekalkan untuk tempoh 2 minggu.

Selamat menjalani kehidupan tanpa merokok..!!
Continue Reading...

Nov 17, 2023

17.11.2023 - Keguguran : Air ketuban pecah

Malam tadi, jam 10.30 malam aku menerima panggilan daripada isteri. Agak mengejutkan. Aku masih berada di Taman Kinding Permai, Ipoh.

"Yang, Amira berasa sakit perut petang tadi. Air Ketuban dah pecah. Kami ke Hospital Tapah", kata isteri di telefon.


"Okay, kita jumpa di Hospital Tapah. Bantu uruslah mana-mana yang patut dulu", balas aku dan terus mengemas pakaian untuk ke Hospital Tapah 

Hampir jam 11.30 malam, aku tiba di Hospital Tapah. Aku ke ruangan menunggu di Wad Kecemasan. 

"Amira dah ada dalam wad kecemasan. Doktor kata, kemungkinan besar Amira perlu ke Hospital Ipoh (HRPB) untuk selanjutnya. Kejap lagi ambulan ada depan ni", kata MemBesar sambil tunjukkan ruang Ambulan ambil pesakit.

Terima kasih kakitangan Hospital Tapah.

Jam 2.00am, pembantu perubatan hantar mesge ke telefon aku. 

Anak encik masuk wad di hospital ipoh.

Continue Reading...

Nov 10, 2023

10.11.2023 : Cara Berhenti Merokok : Berjumpa doktor di Klinik Berhenti Merokok.

Ramai yang merokok. Ada yang baru memulakannya aktiviti merokok.. Ada yang sedang kesedapan di zon merokok. Ada yang sedang berusaha berhenti merokok tetapi masih gagal. Ada yang pasrah dan dalam menjalani proses berhenti merokok. Pelbagai kategori kelompok manusia berkaitan merokok. 

Hal ini timbul kerana manusia itu terperangkap dalam proses mencuba dan kekal merokok. Akibatnya, menjadi sukar untuk berhenti merokok. Aku juga termasuk dlm semua kelompok itu. 

Minggu lepas, aku telah membuat temujanji dengan Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor. Hari ini, 10.11.2023 (Jumaat, jam 9.00am) adalah tarikh pertemuan dengan doktor berkenaan berhenti merokok. 



Aku memulakan langkah dengan pertemuan pertama dengan doktor untuk usaha ke arah berhenti merokok. Ini kerana hujung bulan September 2023 lalu, aku telah masuk Wad 5B di HRPB, Ipoh dengan suspek jantung. Ada ceritanya DI SINI dan  DI SINI. 

Rentetan itu, aku berhenti hisap rokok bertembakau kerana demam selepas keluar wad. Apabila demam, tekak dan badan tidak dapat menerima sedutan asap rokok. Tekak kurang selesa dan batuk, nafas jadi tersekat-sekat. Situasi ini sebagai pemangkin untuk berhenti merokok. Ada ceritanya dan KLIK DI SINI. 

Apa kata doktor tentang merokok?

Tunggu, kerana aku masih menunggu di kerusi menunggu dan belum ketemu doktor. 

"En. Azlan", nama aku dipanggil oleh doktor lelaki dan masih muda. 

Aku masuk ke Bilik 4. Duduk di kerusi berhadapan dengan doktor. 

"Encik Azlan dah berapa lama merokok ni?" tanya doktor. 

Aduh, soalan ini yang berat aku nak jawab. "Lebih 30 tahun dah doktor. Sekarton seminggu dan kekadang 4 atau 5 hari boleh habis sekaorton tu. Sekarton ada 12 kotak. Satu kotak ada 20 batang. Bermakna jika seminggu habis sekarton, jadinya, sehari lebih kurang 30 hingga 35 batang rokok. Berat rasa dada doktor," aku mohon simpati sambil memberi penjelasan.  

"Apa yang membuatkan En Azlan berasa nak berhenti merokok ni?" soal doktor lagi. 

Jika soalan ini timbul, aku akan menjawab seolah-olah ada skrip dan lancar aja. Seperti selalu, ceritanya perihal masuk wad dan keluar wad.  Ada sentuhan emosi untuk mahu berhenti. 

Kami berdua berbual dan. berbincang dan akhirnya ada 2 keputusan. Pertama, doktor cadangkan gula-gula getah bernikotin sebagai alternatif untuk elakkan menghisap rokok bertembakau. Keduanya, aku dapat tarikh pertemuan kedua pada 2 minggu lagi iaitu  24.11.2023.


Jom ambil ubat di farmasi iaitu gula-gula getah bernikotin. 

Gula-gula getah. 
Namanya, NICORETTE.


Continue Reading...

Nov 6, 2023

06.11.2023 - Rawatan Susulan : Sakit Jantung (2)

Hari ini, awal pagi lagi telah aku bergerak menghala ke Hospital Besar Raja Bainun, Ipoh. 
Siri Pertemuan di Hospital

Mengapa Ke Hospital?

Hari ini 06.11.2023 (Isnin), adalah  tarikh pertemuan dengan doktor setelah hampir sebulan aku keluar wad 5B pada 30.9.2023 lalu. 

06.11.2023 - Tarikh Pertemuan


Isu Parkir lagi..!!
Isnin, parkir awam penuh di kawasan hospital.  Terpaksa aku meletakkan kenderaan di luar kawasan. Jauh juga untuk berjalan kaki ke Klinik Pakar Perubatan HRPB. Namun, dengan aplikasi Park@Perak agak mudah sistem pembayaran dan boleh tambahan masa menerusi telefon bimbit sahaja. 
Aplikasi PARK@PERAK

Bagaimana keadaan aku?

Hampir sebulan aku keluar Wad 5B pada 30.09.2023, pelbagai hal kondisi badan telah aku lalui. Hilang daya fokus, pening, emosi kurang stabil. Hal ini adalah kesan daripada pengurangan jumlah rokok yang diambil. Minggu ini aku tidak lagi membeli rokok bertembakau. Ini, satu usaha yang memberangsangkan.

Masih menanti utk pendaftaran.


Misi panggil nama aku?

"Azlan Lin", misi memanggil nama keramat itu. 
Aku terdengar juga nama keramat itu dipanggil. Aku tak jadi bangun untuk ke kaunter. Ini kerana ada wanita di hadapan aku telah bangun dan menuju ke kaunter setelah nama itu dipanggil. Aku lihat wanita itu tersengih kerana kesilapannya. 

"Azlan Lin", nama keramat itu dipanggil lagi. Aku bangun dengan kompidennya dan menuju ke kaunter. Betullah, nama itu adalah nama aku bukan nama wanita tadi... !

"Encik, ambil nombor ini dan boleh ambil bacaan tekanan darah dan buat timbangan berat dan tinggi", kata misi sambil serahkan kertas nombor giliran. 

"Baik, terima kasih", balas aku dengan penuh hormat dan sopan. 

"Wah, bagus bacaan tekanan darah ni. bagus encik", kata pembantu perubatan yang mengambil bacaan tekanan darah.
128/78 
Bacaan tekanan darah untuk hari ini. 

"Alhamdulillah, 128/78. Nadi pula 82. Berkat bimbingan dan nasihat doktor dan pengawai seperti encik juga. Terima kasih yea.", balas aku. 

Timbangan Berat : 72kg (berubah sbb aku snap gambar)
(Bacaan asal : 71.7kg)

Bacaan Ketinggian : 166cm

"Eh, Berat saya bertambah juga la tuan. Sejak keluar hospital sebulan lepas, saya kurangkan merokok. InsyaAllah, ke arah berhenti merokok !", tambah aku lagi. 

Catatan/Bacaan Utama
BP : 128/78
P : 82
Berat : 71.7kg
Tinggi : 166cm


Apa kata doktor?


Tunggu....
Continue Reading...

Nov 1, 2023

01.10.2023 - Rawatan Susulan : Sakit Jantung

Hari ini aku bergegas ke Hospital Raja Bainun. Ada dua hal yang harus diselesaikan. 
Pesakit yang ramai di Hospital Raja Bainun, Ipoh. Ini di kawasan Unit Pengambilan Darah.


Pertama, urusan rawatan susulan sakit jantung yakni proses ambil darah. Ujian darah ini untuk mendapatkan keputusan kandungan darah setelah sebulan aku keluar wad tempoh hari. Barangkali perkaitan kesan ubatan yang hospital bekalkan dengan tahap kesihatan jantung. 


Menunggu lebih kurang 1.30 minit, barulah nama dipanggil utk menerima 3 botol kecil utk mengisi darah. Masih menunggu dipanggil lagi utk proses mengambil darah pula.


Kedua, aku perlu ambil stok ubatan susulan yang sama jenis dengan stok awal keluar wad tempohari. 

Beralih pula ke Farmasi Komplek Pakar untuk mengambil stok ubat. 

Farmasi Kompleks Pakar

Stok ubatan untuk 2 bulan

Sudah hampir sebulan aku keluar wad berkaitan suspek sakit jantung, aku telah ambil beberapa pendekatan untuk menjaga badan diri. Pertama, pengurangan jumlah merokok yang agak ketara. Dulu, seminggu sebanyak satu karton (12 kotak). Kini, seminggu sekotak sahaja. Kedua, selepas pulang dari tempat kerja aku akan bristwalk di tempat riadah Tanjung Rambutan. Badan terasa bersemangat untuk bersenam. Juga tidak lagi berasa lesu.
BriskWalk di tapak lokasi riadah Tamjung Rambutan (berhadapan dengan Petronas)

 Alhamdulillah, terdapat perubahan positif pada badan diri. Apakah perubahannya?
1. Tidur lebih berkualiti (nyenyak dan mudah bangun pagi).
2. Tiada lagi berkahak sebelum dan awal bangun pagi. 
3. Tiada batuk-batuk sewaktu tidur (sebab tidak terjaga lagi ketika tidur akibat batuk).
4. Mula bersemangat untuk melakukan aktiviti kehidupan (sebelum ini berasa seperti mayat hidup shj. Malas dan tidak bersemangat utk melakukan sesuatu aktiviti).
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template