Jul 13, 2010

PETUA : Sakit telinga berair atau bernanah

13.07.10 - Selasa:

Sebarang penyakit, tidak kenal usia. Setiap penyakit yang kita alami, mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah.


Berkaitan gambar di atas ialah gambar pokok lidah jin. Pokok lidah jin memiliki hampir 70 spesis. Maka, terdapat pelbagai jenis dan rupa. Namun, bentuk daunnya adalah hampir serupa. Pokok ini terdapat pelbagai kegunaan untuk merawat penyakit sakit telinga (bernanah @ keluar air bisa).

Oleh itu, dapatkan daun lidah jin sama ada di nursery atau ambil lidah jin yang tumbuh meliar. Jika kita mengambil daun lidah jin yang tumbuh meliar, asasnya haruslah kita memohon kebenaran terlebih dahulu dengan niat untuk mengubati penyakit. Bagi yang memahami perkaitan konsep kehidupan di alam nyata dan alam ghaib akan mengetahui tujuan memohon kebenaran tersebut. Hidup biar bersopan dan memahami hak orang lain!

Setelah itu, daun itu disalai kulit hijau itu hingga keperangan. Perah dan ambilkan airnya. Titiskan air daun lidah jin ke dalam telinga 3 kali sehari. Air tersebut berfungsi sebagai antibiotik yang cukup mujarab.

Itulah anugerah alam (flora & fauna) milik Allah SWT kepada manusia tetapi manusia seolah mengabaikannya... Wallahualam

Sumber : 1. Melur.Com 2. WanNura.

8 Coretan Lain:

Chenta on 7/13/2010 4:34 PM said...

Info yang menarik .

Biasa digunakan utk masakkan dan lendir dia digunakan utk tatarias wajah . Biar nampak berseri dan awet muda .

So, kepada sesiapa yang ada sakit telinga , silalah ..jangan malu-malu untuk mencuba .. :)

JEJAKABANJARTERAKHIR on 11/04/2010 10:56 AM said...

Tuan terima kasih banyak dengan petua ini... dan Allah jualah sebaik-baik pemberi balasan... citer ckit.. dekat sebulan lebih telinga sya berair..memang tak selesa...nk keje.. mkan.. metin..gie klinik 3klinik.. kali...telinga melecur smpai mcm berkeping kena ubat titik...Doktor tanya knpa bnyak air kat dlm telinga.. lps buat petua ni Alhamdulillah... dah kering..dlm dua hri...Alhamdulillah..dan kesejahteraan buat Nabi SAW.. dan keluarganya... TK tuan..

JEJAKABANJARTERAKHIR on 11/16/2010 12:15 PM said...

lagi satu. ..kalau telinga masih berair jgn terlalu kerap guna ubat titik dr klinik kerana akan menyebabkan kerosakan kekal dan kehilangan pendengaran ... bakar seulas bawang putih...tak perlu smpai lembik atau terlalu hangus...nk rebus pun boleh tp jgn lembik... mskan dalam kapas..lps tu lekatkan kat telinga sbrpa yg boleh...ulang stiap hari.. smpai dsembuhkan Allah..InsaAllah..tk

JEJAKABANJARTERAKHIR on 11/16/2010 12:15 PM said...
This comment has been removed by the author.
azlanlin on 11/18/2010 8:57 PM said...

To Jejak Banjar :

Alhamdulillah dan terima kasih atas makluman berkaitan dengan penggunaan bawang putih itu. Jika yakin dan dibaca selawat, InsyaAllah..
~ Kongsi-kongsilah lagi jika ada apa-apa info yang berguna...

Norshah on 7/20/2012 3:59 PM said...

Tip yang baik

Ummi Nur on 3/22/2018 10:56 PM said...

Assalamualaikum...Jazakallah khairal jazak atas ilmunya ..Nak cuba utk anak dan diri sendiri...

Ummi Nur on 3/22/2018 10:57 PM said...

To Tuan Jejaka Banjar,terimakasih juga...Jazakallah khairal jazak

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template