Jul 14, 2010

KESIHATAN : Jaga dan baikpulih

14.07.10 - Rabu

Hari ini, aku membaca penulisan seorang sahabat maya, Blog Kadhi Kluang. Klik di sini. Catatannya berkaitan ubat titis di mata dengan pengalamannya akan penggunaan ubat titis tersebut. Kesannya amat menarik perhatian aku. Aku membuka website pengeluar ubat titis tersebut. Klik di sini.

Aku melihat paparan yang ada dalam website tersebut. Bertepatan dengan keperluan semasa akan kesihatan aku, aku melihat senarai agen yang berhampiran dengan Tanjong Malim. Senarai agen yang berhampiran ialah di Slim River, Sungkai dan Kampar. Aku hubungi satu persatu bermula dengan Slim River, telefon tidak berangkat. Pengedar di Sungkai pula sudah tidak berada di Sungkai dan berpindah ke Kelantan. Sempat aku berbual berkaitan pengalamannya dengan produk tersebut. Akhirnya aku hubungi pengedar di Kampar - sebuah farmasi yang pasti tidak berubah. Aku berbual dengan pengurusnya. Alhamdulilah, stok keperluan jenis-jenis ubat yang aku perlukan masih ada dengan harga yang standard.

Pilihan kedua untuk aku peroleh keperluan stok ubatan tersebut ialah melalui order secara online. Pilihan ini tidak menjadi pilihan aku. Aku membuat keputusan untuk ke Kampar sahaja. Ini kerana ada beberapa perkara lain yang boleh aku lakukan di Kampar nanti.

Sekejap lagi aku akan ke sana. InsyaAllah, aku akan menziarahi sahabat lama di Kampar jika berkesempatan. Amin, tunggu aku di Kampar jika berkesempatan nanti. Hehehhe.

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template