22.07.10 - Khamis
Salam sejahtera buat rakan-rakan pembaca.
Mari kita renungi siaran akhbar online bertarikh 21.05.2010 lalu yang bertajuk 21 tahun tinggal berjiran tidak sangka adik-beradik. KLIK DI SINI. Apakah perasaan mereka? Bagaimana pula jika kita renungi dalam diri kita. Apakah reaksi kita? Apakah tindakan kita? Persoalan-persoalan ini akan terjawab jika direnungi sketsa itu. Terdetikkah di hati kita?
Lihatlah paparan gambar mereka yang berjiran selama 21 tahun rupa-rupanya adik-beradik tiri.
Situasi ini berlaku kerana mereka adalah adik-beradik tiri. Sudah pasti ada cerita yang tidak diceritakan membuatkan mereka terpisah dan berpisah sekian lama. Allah membuka ruang untuk mereka bertemu kembali. Alhamdulillah..
Bagaimana pula situasi kita sesama adik beradik seibu dan sebapa? Yang bermain, bercerita, bergaduh, bermasam muka, ketawa bersama...semuanya bercampur-baur suatu ketika dahulu. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, pastinya masih ada ruang untuk berkumpul dan menyediakan ruang untuk menjengah ke kampung. Bagaimana pula dengan yang telah ketiadaan ibu dan bapa? Sedekahlah Al-Fatihah agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.
Hal ini, ada juga diutarakan oleh Aki Lok Man. Kenalan FaceBook (FB) aku. Aki adalah seorang yang memilik pengalaman yang cukup menarik dan boleh berkongsi dengan rakan-rakannya di FB. Aku tertarik dengan persoalan yang diutarakannya. Mari kita bersama renungi sejenak... di manakah kedudukan kita....?

4 Coretan Lain:
Ikatan persaudaraan ini perlu sentiasa diperketatkan ..jika tidak ia akan longgar dengan sendirinya. Siapa yang perlu perketatkannya? Jangan tunggu orang lain mulakan..kita sendiri pun perlu menggerakkannya...Persoalannya...jika bukan kita siapa? Jika bukan sekarang...bila? Jika bukan saudara dan adik beradik...siapa?...lu pikirlah sendiri..he he
to Arzone :
Komen yang menarik....
salam,
air dicencang takkan putus..
To Penjejak Maya:
Moga-moga begitu dalam kalangan kita....
Post a Comment