May 30, 2010

TAHNIAH : Kejayaan berganda

Situasi - bualan telefon. ( Rabu- 26.05.10)

"Yang, majlisnya diawalkan. 7.30 pagi perlu ada di sana. Asalnya, jam 8.00 pagi", jelas sekali suara mem besor di corong handphone Miss Berry.

"Takpa aihh... cuma awal setengah jam ja.. Kita gerak awal setengah jam juga. Boleh kan?" balas aku.

"Kalau gitu takpa la..." kata mem besor dalam nada lega.

Itulah bualan awal berkaitan kejayaan berganda pada Khamis lalu khusus untuk mem besor. Dua anugerah dalam satu masa. Tahniah. Syukur.. dengan apa yang diperolehi, kejayaan itu juga seumpama hadiah birthday pada keesokannya pula (Jumaat -28.05).



Ada dua orang wakil Batang padang yang berjaya menggondol kejayaan mengikut kategori masing-masing. Kategori mem besor ada di sini dan sorang ustaz pula ada diceritakan di sini. Tahniah untuk kalian.. Aku menumpang 'tui' ajerrr..




Continue Reading...

May 24, 2010

BANGGA : Walau tidak secantik mereka

24.05.2010 - Hari ini aku mula buat editing gambar. Ramai yang teror, sedangkan aku baru nak mula langkah. Ini dikatakan cubaan pertama walau tidak secantik hasil mereka yang pakar. Meneroka tanpa guru, hanya berpandukan langkah-langkah editing yang dibantu oleh pakcik google. Klik di sini.

Gambar asal

Hasil editing 1
Hasil editing 2

Aku masih perlu belajar lembutkan tangan sewaktu mula melakar warna pada photo sebegini.. Jika ada kelapangan, pasti aku mula menggodak lagi...
Continue Reading...

May 21, 2010

OKU : Pekeliling terbaru, bantuan pengajian peringkat IPT

Pagi ini aku aku hubungi Cik Yeoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan JKM di Jabatan Pembangunan Orang Kelainan Upaya, Bahagian Pendaftaran dan Bantuan. Beberapa makluman penting telah aku ketahui. Terima kasih Cik Yeoh.



Fokus aku ialah berkaitan bantuan kewangan untuk

1. Pembelian kenderaan nasional - 50 % daripada duti eksais
2. Pengualian cukai pendapatan - RM14k utk OKU dan RM8k untuk suami/isteri OKU.
3. Menyambung pengajian peringkat tertinggi.

Khusus berkaitan menyambung pengajian peringkat tertinggi di IPT boleh dirujuk di sini. Terdapat pekelililing terbaru yang dikeluarkna oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu KPT.B(S)600-10/1 (11). Lihat Surat Pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi 1/2010 : Pelaksanaan Dasar Baru Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya(OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
  1. Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  2. Diploma - 3 tahun
  3. Sarjana Muda - 4 tahun
  4. Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
  5. Sarjana - 2 tahun
  6. Ph.D - 4 tahun
Sewajarnya, inilah dikatakan konsep rakyat didahulukan. Jumlah pembiayaan yang diberikan mengikut beberapa ketegori iaitu Pelajar sepenuh masa dan pelajar separuh masa. Maklumat ini boleh didapati di sini.

  • Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :

    - Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun (jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.

  • Ini bermakna, aku berpeluang mengikuti pengajian PHD di Upsi dengan secara separuh masa dengan yuran yang dikeluarkan oleh KPT. Berikut adalah contoh yuran yang harus dibayar oleh pelajar PHD di UPSI:


    Kadar Yuran Pengajian Tempatan

    Program Bidang Kadar
    Sarjana

    Sains & Teknikal
    RM 5 640.00 (untuk 4 semester)
    Bukan Sains & Teknikal RM 5 240.00 (untuk 4 semester)
    Doktor Falsafah Sains & Teknikal RM 12 920.00 (untuk 8 semester)
    Bukan Sains & Teknikal RM 12 120.00 (untuk 8 semester)

    Untuk maklumat berkaitan yuran di UPSI boleh lihat di sini.

    Maka, untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai terlibat di KPT agar terjawab segala persoalan yang ingin diketahui...

    BilNamaTel. Email (@mohe.gov.my)
    1.Wan Ahmad Hilman b. Wan Adam (Dasar Bayaran)
    hilman
    2.Cik Noorhalyza bt. Mohammadin (bayaran)
    halyza
    3.En. Muhammad b. Mohd Yusof (wang saku)03-88844626mamatkpt
    4.En. Mohamad Khuzairi b. Ahmad Suhaime (yuran) 03-88844793 zairi

    Continue Reading...

    May 20, 2010

    CILIK : Rombongan tahlil di rumah

    "Assalamualaikum Ustaz, apa khabar?" sapaan aku pada ustaz Selamat, guru mengaji anak-anak yang membuka kelas mengaji di taman perumahan aku.

    Kami berbual panjang. Banyak perkara kami bualkan. Mulai punca perpindahan kelas mengaji hinggakan penyusunan aktiviti yang ingin dijalankan olehnya untuk memberikan pendedahan awal kepada anak didiknya. Aku cuba menyokong mana-mana yang termampu.

    "Apa kata, kalau mulakan di rumah saya, ustaz. Boleh jugak diberikan pendedahan awal untuk mereka..kan?" balas aku terhadap keinginan ustaz untuk memulakan ziarah rumah untuk membeca surah Yassin di malam Jumaat.

    "Alhamdulillah, kalau begitu, kita mulakan malam Jumaat minggu ini, boleh cikgu?" tanya ustaz kembali seteleh aku memulakan ruang untuk memberi pendedahan kepada anak didiknya.

    Itulah bicara ringkas antara aku dan ustaz dalam menyemarakkan aktiviti yang ingin dilaksanakan dalam memberi pendedahan awal pada anak-anak didiknya. Alhamdulillah, malam ini terlaksana impian anak-anak didiknya. Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang telah 'naik Al-Quran' dibawa oleh Amirul dan Amir ke rumah.


    Mereka membaca Surah Yassin dan sedikit tahlil ringkas. Pendedahan awal. Manakala, pelajar yang masih membaca Iqrak, masih berada di kelas mengaji bersama ustazah untuk meneruskan bacaan.

    Alhamdulillah. Mereka dibekalkan sedikit jajan dibawa pulang.

    Continue Reading...

    DUA MINGGU : Satu Punca pelbagai tafsiran

    Salam sejahtera. Lama tidak menulis. Memudahkan, perlunya aku copy and paste je seperti entri sebelum ini. Hampir dua minggu, jari tidak mengetuk keybord untuk memaparkan kisah perjalanan WWK.

    Dua minggu berlalu. Banyak dugaan yang dilalui. Satu punca, pelbagai tafsiran yang menerpa. Aku kebuntuan. Aku harus berfokus untuk menyelesaikannya. SAKIT PINGGANG, itu puncanya. Imbas kembali sewaktu tahun 2007, aku ikuti KSPK TMK selama setahun di Melaka. Lihat di sini dan di sini. Duduk memanjang mengadap laptop. Aku berurut dengan seorang rakan yang dikenali melalui rakan sekursus. Setahun itu berlalu dengan tiada masalah perihal SAKIT PINGGANG. Urutan mampu menyelesaikannya. Alhamdulillah.



    Mulai akhir 2008, aku mula mendaftar di UPSI. Jadi student tua. Aku kembali duduk sambil mengadap laptop. Pergerakan semakin kurang. Jadi, duduk tegak mengalaskan bantal di pinggang.

    Maka, beberapa elemen diterokai tradisional dan moden. Satu-persatu menyingkap persoalan punca. Akhirnya pelbagai tafsiran dibuat terhadap punca itu.... Dengan tradisional, pelbagai tafsiran dibuat. Macam-macam ada. Seperti yang dijangkakan..buatan orang. Hasad dengki, busuk hati, khianat dan sebagainya. Wallahualam.

    Berbalik kepada perubatan moden, cuba dilihat keadaan buah pinggang. Tiada apa-apa tanda kesakitan buah pinggang. Walaupun sedikit sebanyak terdapat simptom sakit buah pinggang. Hospital Slim River di unit kecemasan membuat kesimpulan atas urin test, tidak ada kompilasi sakit buah pinggang.


    Rutin harian mula berubah. Setiap petang, jika tidak hujan..Proton CIty akan jadi sasaran. Gegar dan bugarkan urat saraf. Kekadang berjalan, kekadang berlari anak. Kerap-kalinya ialah berjalan saja sambil menikmati pandagan menarik di sana.

    Malam tadi, rujuk internet berkaitan sakit pinggang. Ada maklumat lain yang harus aku mencari jawapan terhadap dugaan Allah SWT ini. Sdra Shamsul membina forum sendiri berkaitan penyakit pinggang. Ada nombor telefon yang diletakkannya. Aku hubunginya pagi tadi. Beberapa maklumat berkaitan simptom sakit pinggang, tetapi apa yang aku alami bukanlah ditahap kritikal. Mahupun begitu, sakitnya sungguh terasa.

    Pagi tadi, aku rujuk pula melalui telefon di Unit Fisioterapi, Hospital Slim River. Aku perlu dapatkan pengesahan doktor untuk ke unit fisioterapi itu. Selesai berbual ditelefon, aku bergerak ke Klinik UPSI untuk mendapatkan pengesahan doktor. Alhamdulillah, perbincangan di Klinik UPSI berjalan lancar. Ini kerana data aku terdapat di sana dan simptom sakit pinggang telah di buat awal tahun ini. Situasi ini lebih menguatkan sokongan tersebut.



    Aku akan ke Hospital Slim River untuk buat temujanji dengan Cik S. Gunasundari di Unit Fisioterapi. Moga-moga, aku temui jawapan untuk kesakitan ini. Moga-moga, InsyaAllah..... Kekentalan minda mula diperkemaskan...


    Balik ke rumah, singgah di farmasi untuk mencari sesuatu yang difikirkan sesuai untuk kesakitan yang dialami..... Wallahualam...
    Continue Reading...

    May 16, 2010

    SANTAU : Kesan dan rawatan




    Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama






    Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

    Jenis-jenis Santau:
    Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:
    • Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

    • Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

    Tanda-tanda Terkena Santau:
    Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
    • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

    • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

    • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

    • Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

    • Lenguh seluruh anggota badan.

    • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

    • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

    • Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

    • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

    • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.

    • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

    • Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

    • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

    Kesan-kesan Santau:
    Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
    • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

    • Hilang daya ingatan.

    • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.

    • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.

    • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

    • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.

    • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.

    • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.

    • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

    Continue Reading...

    May 14, 2010

    GURU : aku sentiasa belajar..

    16 mei - GURU : orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh. Itulah maksud guru dalam Kamus Dewan. Apabila diimbas kembali - ilmu, pengalaman dan pengetahuan akan diperolehi sepanjang perjalanan kehidupan kita. Bukanlah dalam kelas formal sahaja. Setiap detik, pengalaman akan bertambah. Pengetahuan akan bertambah. Ilmu perbagai bidang juga akan bertambah. Situasi sebeginilah yang akan mematangkan kita.


    Terima kasih semua yang berada di sekeliling aku. Mak, ayah, mertua, guru-guru, adik-beradik, ipar-duai, saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga, rakan sekerja dan keseluruhan masyarakat amat banyak memberikan ilmu baru. Namun demikian, dalam menulusuri batas-batas kehidupan, mem besor dan anak-anak adalah tunjang untuk aku terus bergerak ke hadapan. InsyaAllah.

    KALIAN ADALAH GURU AKU YANG TERBAIK......

    :: SELAMAT HARI GURU ::

    Continue Reading...

    May 8, 2010

    Selamat Hari Ibu...


    Selamat Hari Ibu - 2010

    Continue Reading...

    May 6, 2010

    REZEKI : Yang tersimpan, tidak kita ketahui..bongkarlah

    Alhamdulillah, sambil mengklik surat khabar online di ruang tamu, hon motorsikal berbunyi berkali-kali. Aku menjengah ke luar. Seorang posmen bermotorsikal sedang mengeluarkan sampul plastik besar daripada beg sandangnya.

    "Besarnya bungkusan. Sapa yang antor kat aku ni?" hati aku berkata.

    "En. Azlan ya?" tanya posmen itu.

    "Ya. Bungkusan ni dari mana ni bang?" tanya aku lagi.

    Posmen itu membelek-belek alamat penghantarnya. Aku semakin tertanya-tanya.

    "Shah Alam, encik. Tolong tuliskan nama dan no kad pengenalan di sini encik", katanya posmen itu lagi.

    "Ada ke aku order apa-apa barang melalui online? Ada sebelum ni aku belum terima barang daripada mana-mana syarikat? Ada ke member-member aku hantarkan apa-apa barang kat aku? Eh, aku ada ke member di Shah Alam?" aku masih tertanya-tanya sendirian sewaktu menulis nama dan no ic berserta tandatangan.

    "Terima kasih, bang", balas aku kepada abang posmen sewaktu dia mula hendak ke rumah sebelah untuk menghantar surat.

    Agak besar bungkusannya. bukan surat. Pastinya ada sesuatu yang aku tak jangka. Tengok pada alamat, aku tidak ketahui. Aku membuka bungkusan perlahan-lahan.

    "Ada topi?" sapa bagi pulak ni. Aku semakin kompius. Aku mula keluarkan beberapa barang lain yang masih ada dalam bungkusan itu.

    Aku buat semakan semula pada alamat yang tertera. Di luarnya beralamat Shah Alam tetapi itu alamat syarikat pos laju. Ada alamat lagi di sampul dalamnya. Wow, dari Kepulauan Cyprus. Biar betuulll...

    1, Karyatidon Street,
    Ypsonas,
    4180 Limassol,
    CY Cyprus.

    Aku tersentak. "Aik..ini kali pertama aku terima daripada mana-mana syarikat yang telah aku berdaftar", gerutu hati aku.


    Insyallah, aku akan cuba merealisasikan impian aku terhadap projek ini apabila tiba masanya nanti.









    FX Pro, I'm Comingggg.. Bakat diasah cukup-cukup. Insyallah. Rezeki yang tersimpan, tidak ke mana... heheh


    Continue Reading...

    May 4, 2010

    HATI : dah cuci?

    04.05.10 - Mari kita cuci hati. Inilah petua yang diperturunkan oleh Dr Fadhilah Kamsah.

    1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

    2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

    3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

    4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

    5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

    6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

    7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

    8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

    9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

    10) Kekalkan wuduk

    11) Bersedekah

    12) Belanja orang makan.

    13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

    14) Berkawan dengan ulama

    15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

    16) Pesan pada orang, jadi baik

    17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
    Continue Reading...

    May 3, 2010

    BUMI DAN LANGIT : Pijak dan junjung

    Hampir dua tahun diam di Tanjong Malim. Cukup menarik. Beberapa pengalaman membuatkan kita semakin berani menyusuri onak dan duri. Kononnya orang kampung aku kata KahaQ. Apabila menginjak kaki ke tanah tumpah darah sendiri, ada auranya yang tersendiri. Jiwa tertarik-tarik untuk terus diam di Perak. Bagaimana memungkinkan impian menjadi realiti? Itu bergantung pada kreativiti dalam menangani permasalahan secara berhemah terhadap apa jua yang berlaku dan sanggup menanggung risiko.

    Situasi ini memerlukan kekuatan jiwa dan minda dalam penghadapi kesan keputusan DIAM di Perak. Selongkar segala apa kesan yang bakal diterima sama ada baik atau sebaliknya. Merujuk blog seorang rakan maya, ada benar motto blognya Perantau di perantauan - langkah diatur dan terus melangkah... di rantau atau di lubuk... rasanya sama tiada beza...
    Motto blog perantau di perantauan

    Berkemungkinan apa yang dilaluinya sebagai Perantau di perantauan memberi pengalaman yang amat bermakna. Maka, diamlah di mana jua, apa yang ditempuh, harus diharungi. Di mana jua semuanya ada. Pelbagai warna yang menyerikan Warna-warni Kehidupan.

    Namun demikian, sebuah blog sahabat Dendam Perantau ini juga memaparkan pengalaman pahit manisnya di perantauan yang memberi kesan mendalam pada dirinya yang dialirkan kepada pembaca. Lihat di sini.
    Cukup terkesan dengan motto blognya iaitu 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tragis lagi hujan batu di negeri orang'. Hehhehe..kreatif sungguh dan 'kena' dengan perjalanan hidupnya.

    motto blog dendam perantau

    Persamaan dalam kedua-dua blog itu ialah perjalanan kehidupan yang melibatkan manusia-manusia di sekeliling mereka. Cuma, bezanya cara menghadapi dan menanganinya. Benarlah dikatakan orang tua-tua dulu. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Selagi masih kuat memijak dan menjunjung, di situlah kita DIAM.

    Oleh itu, aku tanya pakcik google yang boleh membantu dalam menguruskan hal yang sewajarnya. Ada satu pertanyaan yang menarik dalam hati kecil aku.

    "Mengapa orang luar, boleh berpetualang dan maustatin di kampung laman aku? Sedangkan aku masih berkira-kira?" hati kecil nakal yang sedang mengomel. Hehehhe.
    Peta lokasi
    Panorama petang matahari jatuh

    PelantaQ

    Hasil laut

    Aku ada jawapan untuk mengiya atau menidakkannya. Namun, aku sedang menguncikan pemikiran positif dalam memberikan jawapannya... Wallaualam.


    Kenapa dan mengapa untuk gambar ini?

    Seharusnya kita bekalkan segala yang patut sebelum kita "DIAM". Wallahualam.
    Continue Reading...
     

    Blog Archive

    About Me :

    My photo

    i'm everywere
    Email : azlanlinn@yahoo.com

    E-Journal

    Pendidikan ::

    * Bahagian Tajaan - Blog
    * Bahagian Tajaan - Rasmi
    * MPM
    * KPM
    * Kemudahan OKU
    *

    target="_blank"

    Text

    Klik Banner

    Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template