May 16, 2007

Penyapu Sawang

:: iNtRo ::
Sedih, pilu & hiba pabila aku memandang blog yang aku miliki sejak tahun lepas. Bersawang, berhabuk macam dah berkerak je rupanya. Kenapa begini? Aku fahami keadaan aku. Sibukkah aku? Dahagikah aku? atau malas dah mula menguasai diri aku.

Bila direnung semula, semakin aku merasai apa yg aku alami. KEKANGAN MASA. TAK DE MOOD. TAK DE IDEA. dan yang paling utama ialah MALAS MENGUASAI DIRI. Masa nak menulis, idea takde. Masa ada idea pulak, masa dan mood pulak yang takde...akhirnya..BERSAWANGGGGG....
:: 2007 ::
Awal tahun lalu, aku bersyukur kerana ada le sikit "cuitan mesra" Bang Mad dengan pegawai d BPG membuatkan laluan aku ke kursus KPSK-TMK di IPPM Melaka menjadi terbuka. Pada halnya, gate ke kursus tu dah tertutup, maklum le mungkin rezeki belum sampai. Akhirnya aku menjadi student semula walaupun dalam kategori "panggilan kedua". Aku org yang last sekali mendaftar untuk kursus tersebut. Terima kasih Bang Mad. Terima kasih daun keladi tau....heehhe.

Alhamdulillah, dapat le juga aku dapat ilmu baru...ICT... bunyinya macam bagus jer...Walaupun aku ni ada le basic untuk ilmu ni, tetapi semakin aku pelajari...semakin aku terasa bahawa makin byk perkara yang aku tak tahu...mcm tu le jika kita menjerumuskan diri dalam bidang keilmuan ni... makin kecik je rasanya diri kita.....ermmm.

Tahun 2007 ni juga membawa banyak perubahan dalam hidup aku. Aku mula semakin menjadi seorang yang berani tentang hidup. Errrmmm...bunyinya mcm menarik je..eheh.

Isu 1:

Nampak gayanya, sepanjang tahun 2007 ni...aku jadi masyarakat IPPM (Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka). Dalam tahun ini juga byk ilmu yang akan aku timba untuk bekalan strategi aku untuk tahun 2008. Insyallah. Sebenarnya, aku ada planning dengan kawan aku untuk terus ke depan dalam kerjaya. Tak tau la macam mana nanti... takut planning tinggal planning...hahhahaah.. Doa-doa le, semoga apa yang di planning, menjadi!. Insyallah. dah dapat restu drp mem besar. alhamdulillah kerana faham....thanks my dear.

Isu 2:
Mem besar aku d kluang menjadi semakin tabah, kental & semangat waja. Maklum le, banyak perkara dia pelajari dalam mengurus anak-anak dan hal-hal pengurusan rumah d kluang. Aku kagum gak, maklum le daripada takut-takut bawa kereta, dah jadi berani. Walaupun dah 2 kali kete masuk longkang....ermmm...
Selalunya, banyak perkara hal-hal urusan rumah yang aku uruskan. Sebelum ni, mungkin silap aku gak sbb tak pernah bagi peluang utk dia uruskan...bila ditengok cara pengurusannnya mcm ok jer...Biasanya, weekend aku balik. Nampak juga letihnya. Kesian...tapi byk pengalaman gak yang dia dapat.

Isu 3:
Ijan, 2nd bos di bengkel...dah semakin matang dalam menguruskan hal-hal bengkel. Masalah pekerja, pelanggan, stok dah mula handle sendiri. Bengkel dituutp pada hari Khamis, banyak perkara yang dia boleh uruskan hal-hal berkaian bengkel. Urusan 'pengeluaran cek' juga, mula dia yang uruskan. Aku makin percaya. Insyallah. Bisnes ni pun untuk dia juga. Niat aku ialah dapat juga aku sediakan platform untuk anak-anak buah belajar-belajar bisness.

Dalam tempoh aku jadi student ni, terasa mcm bos pulak bila ke bengkel...hehhe. Maklum le, bila hari jumaat petang je, aku mula bergerak dar melaka ke bengkel kete. Kalu nak balik terus ke rumah..sapa-sapa pun takdak. Boring la pulak. Maka, aku selalunya terus ke bengkel. Bila ke sana, aku cuma membuat kira-kira je ler...dan buat apa-apa yang patut. Selalunya buat bodoh je ler...Mana aku reti bab-bab pomen ni...

kita sambung nanti pada entri akan datang...

1 Coretan Lain:

Sharifah Hassan on 5/16/2007 7:36 AM said...

Looking through an eye of a teacher with a great vision... I can understand why life seems so lifeless...We always look for something...the essential question is.."Did we ever find what we are looking for?"

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template