Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kegagalan ibu bapa menyesuaikan diri dalam usaha mendidik anak-anak menyebabkan mereka sukar menerima teguran dan nasihat yang diberikan.
''Ibu bapa perlu memperbanyakkan komunikasi dengan anak-anak selain sentiasa membuka pemikiran agar setiap tindakan dapat diikuti oleh mereka," katanya.
Beliau berucap pada majlis Konvensyen Keibubapaan dan Kekeluargaan 1Malaysia yang dianjurkan oleh Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa (Mapin) Kebangsaan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini semalam.
Menurut Zambry, dalam usaha memastikan hasrat melahirkan anak-anak cemerlang dapat dicapai, ibu bapa juga harus memberi tumpuan pada empat komponen penting iaitu institusi kekeluargaan, pelajar itu sendiri, sekolah dan persekitaran.
''Kita ingin melihat generasi yang berkualiti sebagai pelapis pemimpin akan datang. Untuk mencapainya empat komponen ini wajar diberi keutamaan," katanya.
Menteri Besar Perak itu turut mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Mapin sebagai tanda sokongan bagi menjalankan pelbagai aktiviti terutama yang berkaitan dengan seminar dan forum kesedaran keibubapaan.
''Saya menyarankan kepada Mapin supaya mampu menjadi satu suara yang benar-benar efektif dalam menyampaikan hasrat ibu bapa tanpa mengira kaum demi mengukuhkan lagi sistem pendidikan negara," katanya.
Mapin yang telah mencapai usia lapan tahun, merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) permuafakatan merangkumi seluruh persatuan ibu bapa di negara ini.
Utusan Malaysia : 27.12.09 - Isnin
5 Coretan Lain:
zaman dan berubah
pendekatan juga harus berubah......
mari kita kongsikan bacaan seterusnya di blog jinggo......
isu yang sama.
To Jinggo:
Ianya bergantung pada pengalaman dan personaliti seseorang.
Ini komen saya dlm blog saudara:
Salam,
Pendekatan 'keras' memang saya setuju. Kekerasan yang diselang-selikan dengan komunikasi yang 'hebat' bagi menjelaskan kenapa dan mengapa kekerasan digunakan akan memurnikan dan pemahaman terhadap situasi.
Anak-anak perlu dirotan jika tidak sembahyang, tetapi berapa ramai ibu bapa yang mampu menjelaskannya?
Oleh itu, pendekatan untuk generasi terdahulu dan sekarang adalah berbeza. Zaman kita kanak-kanak, memang dihukum tanpa penjelasan membuakan kita boleh berfikir...tetapi menimbulkan dendam!!!
Maka untuk generasi sekarang, dengan pendekatan yang sama harus ADA KOMUNIKASI untuk menjelaskan situasi.
Bagi saya pendekatan menjelaskan sahaja (psikologi) tidak mencukupi!!!.
Kesimpulannya, pandangan setiap orang adalah berbeza dan bergantung pada matlamat masing-masing dalam mendidik. Oleh itu, proses mendidik bergantung pada personaliti dan pengalaman hidup.
Sewajarnya 'didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya'- Umar Al-Khatab.
Salam cikgu,
Memang benar kita perlu mendidik sesuai dgn zamannya. Tapi rasanya pendidikan yang paling baik telah di ajar oleh Rasulullah...
Seperti anak yg perlu dirotan jika tidak solat ketika usia 10 tahun. Itu tetap pendekatan yg paling baik.
Saya teringat 3 peringkat pendidikan anak-anak yang sering diperkatakan oleh pakar motivasi.
7 tahun pertama (0-7 thn)= bergurau dan bermainlah dengan anak-anak.
7 tahun kedua (8-14 thn) = ajarlah anak dgn tegas. Kalau perlu, pukul, tapi nak pukul kena ada cara.
7 tahun ketiga (15-21 thn) = bersahabatlah dengan anak-anak. Jadilah pendengar yang baik, dan jangan mudah melenting jika anak buat salah.
Paling penting, pendidikan melalui pemerhatian adalah yang paling berkesan. Maksudnya, ibubapa perlu menjadi contoh yang paling baik dan tak boleh dipertikaikan oleh anak2.
To Suara:
Setuju..setuju..setuju...yesss! yesss!
Become stress-free from any kind of technical problems of the software. Now, you can focus on your work efficiently due to the presence of QuickBooks Support Number 1-833-325-0220. Our dedicated team of experts deployed on the support to give reliable assistance. For More: https://g.page/qb-support-number-hawaii
Post a Comment