Sms daripada PakNgah, bertandang ke hp aku. Info terbaru udah diperoleh. Malangnya, membeku diri daripada internet apabila aku ke kampung mertua di Melaka. Itulah ruang aku merehatkan segala-galanya. "Salam, dah menjenguk ke http://............". Hati aku terdetik, pastinya, ada gambar perkahwinan untuk tatapan saudara-mara secara maya. Terima kasih Along.
Nampak gayanya majlis ini telah berlangsung 5 Disember 2009 lalu. PakTam dan Maktam tidak dapat menghadiri kerana beberapa aral yang melintang. Majlis di Sarawak berlangsung dengan meriah dan menukil nostalgia.
Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Itu ucapan daripada PakTam dan MakTam sekeluarga untuk Along, selaku anak menakan yang ke-5 telah melangsungkan perkahwinan dan melayari bahtera kehidupan.
Bahtera tersebut pastinya akan menempuhi badai yang tak berhenti menguji kebijaksanaan nakhodanya. Insyallah, segalanya akan dilalui dengan tenang dan menempuhinya dengan bijaksana demi matlamat keluarga yang dibentuk. Kisahnya ada di sini dan di sini.

1 Coretan Lain:
Salam sahabatku,
Bila dah tua-tua, sementelah mak dan ayah dah tak ada, kendurikendaralah tempat bersua muka dengan sedara mara.
Aku usaha juga datang kenduri sedara mara, sebab tak mahu hubungan tu terpisah. Itulah pesan ayah yang aku pegang sampai sekarang. Tapi tengok tempat jugaklah. Kalau jauh, idakle gamaknya.
Post a Comment