Apr 4, 2008

Tarik-menarik

Aku tertarik untuk membuat entri ini setelah membaca coretan yang dibuat oleh Combi. Entrinya memiliki suatu kuasa tarikan yang kuat untuk pembaca. Tahniah Combi! Tahniah ini adalah kerana Combi berjaya memberanikan diri untuk meluahkan 'sesuatu' di mindanya berkisar hidup dan kehidupan di sekeliling.

Malahan, salah seorang pembaca di blog itu seolah-olah selari chemistry mereka berdua tentang isu yang sama. Agak menarik luahan SuaraDiMinda berkisar isu hidup dan kehidupan di sekeliling cuma berbeza corak dan teknik garapan idea mereka itu. Nice Blog!. Terdapat beberapa perenggan di blog itu yang cuba aku titipkan di sini utk renungan dan perbincangan:

==============

“Jamil dah kawin dengan perempuan tu.” Kata Siti dengan tenang.
“Apa!!!? Kau ni biar betul Siti.” Rina menjerit kecil. Terkejut. Sementara mulut Aini melopong mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Siti. Siti hanya tersenyum tawar sambil memandang wajah kawan-kawannya silih berganti, mengangguk perlahan dan kemudian tunduk. Mungkin sedang berusaha menahan tangisan.

==============

“Kalau nak diikutkan syarat, memanglah tak wajar dia kawin lain. Tapi aku dah penat Rina... penat nak menyedarkan dia tentang hakikat perkahwinan dan tanggungjawab. Aku dah cuba menjadi isteri yang baik untuk dia. Kalau dalam usaha aku untuk menjadi sempurna dimatanya tak berjaya, kalau aku ada kekurangan dan kekurangan itu tak mampu dia terima, biarlah orang lain yang menyempurnakannya.” Katanya lemah.
==============

“Siti, aku tanya kau jangan marah ye. Kau selalu harap Jamil faham kau, tapi kau ada cuba faham Jamil?” Aini bertanya dengan berhati-hati, bimbang temannya itu terguris dan salah faham.

“Apa maksud kau?” Siti membalas pertanyaan Aini dengan pertanyaan juga.

“Maksud aku, kau dah cuba teliti apa yang kurang pada diri kau sehinggakan Jamil beralih arah dan cari perempuan lain? Maksud aku, kau dah tanya dia apa yang dia tak puas hati tentang kau, mungkin dari segi layanan ke? Atau ada sikap kau yang buat dia kecil hati tanpa kau sedar? Ye lah, kita ni kan manusia biasa yang boleh lari dari buat silap.”

“Aku dah tanya, tapi macam tu lah, dia buat tak tahu, buat tak dengar... diam, beku macam batu. Abih-abih dia akan cakap 'semuanya ok'. Itu yang buat aku jadi lagi sakit hati dengan dia.”

“Mungkin kau kena bagitahu dia yang kau harapkan jawapan ikhlas dan jujur dari dia sebab kau nak baiki apa yang dia rasakan kurang.” Kata Aini lagi.

“Alah... kau ni macamlah tak kenal Jamil tu macam mana. Dari zaman belajar sehingga dia kawin dengan Siti, kau bukannya tak tahu sejarah casanova dia tu dulu. Kau ingat lelaki macam tu senang nak berubah? Dia mungkin setia pada Siti untuk 15 tahun yang lepas, tapi tak mustahil dia kembali keperangai lama dia tu.” Kata Rina menyampuk. Tak senang dengan sikap Aini yang seolah beralih untuk cuba mencari salah Siti.

=======================

Komen Aku:

Adakah kewujudan perbezaan matlamat seperti di awal perkahwinan?

Kebiasaannya, ramai pasangan yang semakin renggang dan longgar ikatan perkahwinan setelah melalui onak dan badai dalam melayari bahtera. Ketika merasai kerenggangan dan longgar dalam perjalanan kehidupan, saat inilah seharusnya langkah drastik oleh pasangan perlu diambil untuk memberikan gam dan glu akan kembali rapat dan erat semula. Malangnya, ada juga pasangan yang mengambil tindakan mendiamkan diri daripada berkata-kata kerana takut atau terlalu menjaga hati atau tak berani meluahkan....

Sebenarnya, bukanlah perbezaan matlamat perkahwinan yang dibina itu telah berubah. Tetapi, isu keinginan dan selera pasangan adalah berubah mengikut peredaran masa, tempat dan usia sama ada di awal, pertengahan dan penghujung pelayaran bahtera... Perbezaan ini amat ketara khususnya mengikut jantina. Bertambah kritikal pula pasangan itu tidak mampu memahami kehendak dan naluri pasangannya, maka titiktemu sukar dirapatkan.

Impak perbezaan ini amat jelas jika diperhatikan yang hidup dan kehidupan sekeliling kita.

Kenapa pasangan lebih gemar diam membisu seribu bahasa?
Kenapa lelaki akan berjalan di hadapan jauh meninggalkan isteri di belakang?
Kenapa sukar mencari pasangan yang telah lama melayari bahtera bergandingan tangan apabila berjalan di luar rumah?
Kenapa..kenapa dan kenapa?

20 Coretan Lain:

muadzlife on 4/04/2008 11:38 AM said...

setiap pasangan mmg amat perlu mencari kelainan dlm 'memartabatkan' perhubungan. tak boleh di takuk lama.
mcm menghias rumah la..dulu style bali, sekalrang dah tukar ke retro..dan begitulah berterusan...semoga cinta kita terus mendalam. Kerna sebagai manusia kita hya suka explore pada perkara2 yang attractive shj..hiks :)

~mama ranggie a.k.a eira~ on 4/04/2008 1:50 PM said...

kite sebgai isteri harus cari'magic' agar suami x pandang yg lain...bukanlah selalu nak buat magic,at least sesekali pon dah ok agar perkahwinan tu x hambar...x kisahlah wat ever pon janji berkesan di hati die...dan suami pon haruslah faham kehendak wanita..barulah give n take!

silversarina on 4/05/2008 7:55 AM said...

salam,

Perkahwinan adalah ikatan dua hati untuk mendapat separuh dari iman, dan ianya bukan kerja mudah. Bila berkait dengan hati, setiap perlakuan dan kata-kata kena selalu diupgrade agar menjadi lebih baik selari dengan usia perkahwinan itu kerana kita makin mengenali pasangan masing-masing.Pokok pangkalnya hati kena ikhlas dan dizahirkan dengan perbuatan dan perkataan.

echah_syed on 4/05/2008 6:42 PM said...

tatau nak komen ape laa daklan..:)

oh yaa..pasal kes pegang tgn n huby jln didepan..

bkn sume pasangan bole buat mcm kak nita n abg mahathir duduk dekat2 sambil gengam tgn didepan org ramai..jln sambil merangkul pinggang pasangan..esp org melayu mcm kita..

combi rase kita masih typical org melayu yg kaya dgn sikap "malu"(org veteran mcm combi je kot)

tapi da problem ade anak2 org melayu bkn aje berpeluk pinggang sampai dah berkucup didpn org ramai..how come!uishh dah nak jd omputih plak.

apapun setiap 5 tahun perkahwinan mesti kena ade perubahan..baru laa "life"

combi dah standby ni sbb 2 tahun lagi bole dpt 'silver' :p

echah_syed on 4/05/2008 6:54 PM said...

oppss lupe plak..

combi sebenarnyer nak share excited tu sbb dia sahabat kami dah kenal 23 tahun..jd mmg dah mcm adik beradik..

tapi kalo n3 yg sedeh2 atau marah2 combi tak brape suke sbb kita jd "hot" n mood pun swing jerk :(

alaa daklan blog combi besa jer n3 pun simple..malas nak extreme sampai sakit kepala..hanya suke2 bkn nak havoc sgt :)

maceh daklan..nak combi banje mcD???

TIRAI HIDUP on 4/06/2008 12:09 AM said...

ye la Lan..hang memang suka menulis sesuatu yg bakal havoc..
aku tabek spring segala yg hang tulis ni!
Aku akui semua kebenaran dalam tulisan hang!Pasangan yg dah lama ibarat menunggu retak mencari belah!Pasangan yg dah malas nak bising bising bab layanan rohaniah dan batiniah!Org hanya menilai dari luar nampak bahagia..sebaliknya apa yg berlaku di ranjang orang takkan tahu..hanya pasangan terlibat sahaja yang tahu!Jadi bila si suami/isteri beraleh pada si cantik manis atau si macho barulah nak melatah!Dan bila melatah hingga lupa apa yang patut dibuat!
Sepatutnya jika dia isteri kene cuba menangi hati suami dan begitulah sisuami cuba baiki keadaan!Ini tidak bagai tikus baikii labu...
Cuba berpatah balik dan anggap semua ni adalah dugaan dalam berumahtangga!Maafkan jika pasangan pernah buat silap!Manusia mana tak pernah silap?Ampunilah kesilapan dia...
emm..ingin berkongsi pengalaman..ada kawan aku lan,dia layan isteri macam permaisuri..semua kehendak isteri dia tunaikan!Nak pegi shopping mana sebut jer dia bawak?Nak hset baru dia belikan..dan macam -macam lagi..semua aku tahu sebb kami satu tempat kerja.
Nak tahu baru ni aku terkejut dengan pengakuannya dan dia tunjukkan gambar dia berkepit dengan seorang aweks!!!Rupanya ada juga suami yg berlakon depan isteri pijak semut tak mati!!
Bagi aku lebih baik dia 'show'dia punya belang di depan dari dia kenekan kita dengan pura -puranya!
Ingatlah juga wahai isteri,suami kita tempat bergantug harapan...jadi dia penat bekerja dan balik ke rumah mahukan ketenangan...berilah dia ketenangan itu...beri layanan hebat yg belum pernah anda berikan!Dia pasti heran dan terkejut dgn perubahan anda!
Kesihatan perlu di jaga ibarat atlet yg nak berhempas di padang..perlukan supplement so kita juga pasangan muda/tua yg memerlukan tenaga untuk berentap di pentas rumah tangga sendiri...
Susah juga lan...kalau lelaki macam hang yang tak habis habis meninjau belukar cari perigi buta!
hahhaha aku gurau ni jangan marah!

CikguZue on 4/06/2008 3:30 AM said...

bila crite bab2 ni...
kerap terlintas di fikiran saya...
*sedih teramat*...
bagaimana jika masa dan keadaan itu tetap tiba...
walau bagaimana cara pun dicuba...
andai sudah takdir-Nya...
kasih tetap bertambah wadah...
kerana kasih sudah melimpah ruah...
apa lagi yg mampu kita sbg manusia perlu buat?
*nak nangis nihh*

Adila Bohari on 4/06/2008 5:36 AM said...

nk jgk komen dlm entry nih even umo sy baru sethn jagung jer...hehehe...harap2 xterjadi pd diri sy suatu ari nnt...

arsaili on 4/06/2008 2:38 PM said...

semoga kebahagian milik kita semua..ahaks

azlanlin on 4/06/2008 2:42 PM said...

To Muadzlife:

setiap pasangan mmg amat perlu mencari kelainan dlm 'memartabatkan' perhubungan. tak boleh di takuk lama.

>> memang benar apa Muadzlife utarakan. Sayangnya berapa ramai pasangan yang memahami "mencari kelainan" untuk disama dan diselarikan. Persefahaman pasangan yang selari matlamat dan kehendak serta naluri yang diingini...

mcm menghias rumah la..dulu style bali, sekalrang dah tukar ke retro..dan begitulah berterusan...semoga cinta kita terus mendalam. Kerna sebagai manusia kita hya suka explore pada perkara2 yang attractive shj..hiks :)

>> cantikkkk sungguh analogi yang muadzlife utarakan. Kekadang terfikir juga, berapa ramai pasangan yang sukakan eksplorasi sesuatu yang baru? Bukan ramai jiwa yang sebegitu...ramai yang mudah menerima seadanya saja.... x gitu? hehehe....

azlanlin on 4/06/2008 2:54 PM said...

To Mamaranggie:

kite sebgai isteri harus cari'magic' agar suami x pandang yg lain...bukanlah selalu nak buat magic,at least sesekali pon dah ok agar perkahwinan tu x hambar...x kisahlah wat ever pon janji berkesan di hati die...dan suami pon haruslah faham kehendak wanita..barulah give n take!

>> TAHNIAH... "garang"nya Mamaranggie dengan "MAGIC" yang dilakukan walaupun sesekali. Walau ramai juga para isteri yang sebegitu tetapi masih kedapatan dan memahami ttg peranan "MAGIC" itu.. good talent!

Jie on 4/06/2008 7:14 PM said...

saya sering menunggu perbincangan yang positif dari pihak suami kerana it takes two to tango, kan?

azlanlin on 4/06/2008 8:56 PM said...

To Combi:

bkn sume pasangan bole buat mcm kak nita n abg mahathir duduk dekat2 sambil gengam tgn didepan org ramai..jln sambil merangkul pinggang pasangan..esp org melayu mcm kita..

>> Betul la apa yg Combi cakapkan ttp kenapa tidak semua pasangan boleh buat sebegitu...sedangkan halal!.. ada pandangan lain ttg kenapa jd camtu, Combi?

azlanlin on 4/06/2008 9:03 PM said...

To Silversarina:

Bila berkait dengan hati, setiap perlakuan dan kata-kata kena selalu diupgrade agar menjadi lebih baik selari dengan usia perkahwinan itu kerana kita makin mengenali pasangan masing-masing.Pokok pangkalnya hati kena ikhlas dan dizahirkan dengan perbuatan dan perkataan.

>> Saya setuju dengan pandangan Silversarina utk mengenali pasangan bhw, kita perlu "upgrade" mcm komputer gak nooo... alangkah baiknya kedua pasangan yg upgrade mengikut keperluan pasangan ... x gitu Silversarina?

azlanlin on 4/06/2008 11:01 PM said...

To TiraiHidup:

Org hanya menilai dari luar nampak bahagia..

>> itulah kebanyakan manusia yang hanya mampu melihat apa yang dipamerkan...jarang kelihatan apa yang dosorok-sorokkan...

>>Begitu juga dengan Sufiah dengan berita gemparnya! Jika dilihat gambar-gambarnya sebelum isu ini...semuanya dlm emosi gembira dan ceria! Tapi.....dalam lubuk dan sudut hatinya... ermmmmm....itu peranan ibubapa pulak...



Nak tahu baru ni aku terkejut dengan pengakuannya dan dia (si suami) tunjukkan gambar dia berkepit dengan seorang aweks!!!Rupanya ada juga suami yg berlakon depan isteri pijak semut tak mati!!
Bagi aku lebih baik dia 'show'dia punya belang di depan dari dia kenekan kita dengan pura -puranya!


>> adakah sang suami seperti itu terlalu sayangkan isterinya (bukan berlakon) sehinggakan si isteri terlupa untuk membuat sedemikian juga agar "suami-isteri" senantiasa tarik-menarik" yang lebih melekat!

>> Pada hal si suami tidak pandai meminta2 utk sedemikian juga dan mengharapkan si isteri memahami dirinya...

Ingatlah juga wahai isteri,suami kita tempat bergantug harapan...jadi dia penat bekerja dan balik ke rumah mahukan ketenangan...berilah dia ketenangan itu...beri layanan hebat yg belum pernah anda berikan!Dia pasti heran dan terkejut dgn perubahan anda!

>> Menarik juga PESANAN TiraiHidup untuk para isteri... "LAYANAN HEBAT" pada pandangan isteri lebih menarik jika ianya menepati tahap ISO si suami agar si suami sentiasa
'sendawa'.... erggghhh! Kekenyangan...barulah tidak 'makan luar'.... Hehehheeh

Susah juga lan...kalau lelaki macam hang yang tak habis habis meninjau belukar cari perigi buta!
hahhaha aku gurau ni jangan marah!


>> itu silap si lelaki juga... kenapa asyik nak pasangannya ajer yg memahami dirinya. Kononnya tak menyukai belukar yang semak-samun di keliling perigi buta... siap marah-marah pulak tu.

>> kenapa le tidak si lelaki tidak tolong tebaskan untuk membantu, barulah bersih dan sedap mata memandang. Barulah perigi buta mudah digunakan... tak gitu TiraiHidup?

>> DakLan memang sedang dan sentiasa belajar untuk openminded dlm apa jua situasi pun... heheeh

azlanlin on 4/06/2008 11:09 PM said...

To CikguZue:

andai sudah takdir-Nya...
kasih tetap bertambah wadah...
kerana kasih sudah melimpah ruah...
apa lagi yg mampu kita sbg manusia perlu buat?
*nak nangis nihh*


>> Jika kasih sudah melimpah... kenapa si isteri tidak melihat yang melimpah itu adalah bocornya saluran paip...bukannya balang yang menadah? Bukan mencari kesalahan tetapi lebih memperbaiki keadaan yang semakin rencam....

>> kekadang si isteri tidak dapat membezakan suasana bersama pasangan bahawa....ada ketikanya, si suami itu adalah suami dan adakalanya si suami itu adalah kawan-kawannya yang boleh bergurau senda semacam kawan di luar rumah!

azlanlin on 4/06/2008 11:13 PM said...

To Adilla:

nk jgk komen dlm entry nih even umo sy baru sethn jagung jer...hehehe...harap2 xterjadi pd diri sy suatu ari nnt...

>>Insyallah Dr Adilla.. perbanyakkan ilmu di dada sebelum masuk gelanggang!

>>Semoga Dr Adilla perolehi ijazah kedoktoran dengan jayanya! Usah lupakan cikgu-cikgu yg lama yang telah mengajar dan mendidik dari kecil hingga bergelarnya seorang DOKTOR!

P/S : Adilla ni x student saya di SKSI.

azlanlin on 4/06/2008 11:14 PM said...

To Arsaili:

semoga kebahagian milik kita semua..ahaks

>> Insyallah....

Adila Bohari on 4/07/2008 1:21 AM said...

sy sedang mengutip ilmu sedikit demi sedikit pd waktu ini...huhuhu!!!...insyaAllah...semoga doa cikgu di'mumtaz'kan olehNya...ameeennnn...

p/s:adeyh...nape cikgu promote sy kat komen atas tuh...malu sy...hehehe!!!

azlanlin on 4/07/2008 1:31 PM said...

To Adila Bohari:

Kutip..jangan tak kutip..

Harap2, dalam pada kutip tu, mana yg boleh dipakai...guna dan praktikkan ler tetapi mana2 yg agak x sesuai dengan masa dan keadaan, jadikan ianya sebagai sempadan laluan hidup.

p/s : chheeewaahhhh ...memalu pulak dia...hik..hik..hik..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template