Apr 20, 2008

Jati Diri...

Impian dan wawasan bermula dari dalam diri. Tindakan dan perilaku diri kita bermula dari semangat dan sikap yang kental. Faktor luaran hanya sebagai momentum sampingan saja utk menggerakkan kita ke arah mencapainya matlamat.

Kekadang, apa yang kita laksanakan sering terhenti di pertengahan jalan. Berkemungkinan sesuatu yang dilakukan terdapat masalah-masalah lain yg mengganggu ke arah tercapainya matlamat kita. Terhenti seketika tindakan ke arah matlamat pastinya bersebab. Tempoh terhenti itu dikatakan tempoh bertenang. Tempoh masa itu mampu membuatkan kita muhasabah diri untuk mencari jalan keluar dari kemelut yang melanda. Namun, sikap dan semangat juang yang kental mampu untuk menjurus ke arah matlamat. Oleh itu, walaupun momentum luaran adalah nisbah yang kecil tetapi ia mampu menghasilkan tindakan yang luarbiasa!

Maka, ingin aku ucapkan syabas dan tahniah kepada mem besar. Ucapan ini khusus untuk kesabaran dan semangat juangnya bagi mencapai matlamat. Untuk itu, rentetan masalah demi masalah yang dihadapi, mampu ditempuh dengan senyuman terukir di bibir. Walaupun gelodak di hati, siapa yang tahu.... Gerak kerjanya membuatkan aku benar-benar kagum!

Klik gambar utk ke Weblog

Hakikatnya, aku juga yang sering mengganggu proses pembaikan blognya. Banyak script yang aku ganggu hingga susun atur layoutnya berterabur. Bila timbul masalah, sering aku tinggalkan dengan makluman bahawa perlu dibetulkan semula. Hahahahahah. Pengacau jiwa sungguh aku nih. Bagi aku, tindakan aku ada rasionalnya. Semua ini bagi menguji tahap kesabaran untuk mengadap pc di bilik study! Akhirnya... sebuah weblog yang berwajah baru dan lebih ceria. Maklum ler, warna merah adalah pilihan hatinya yang memang aku tahu semenjak di zaman mengoratnya dulu... hehehhe... I LUV U!

9 Coretan Lain:

~mama ranggie a.k.a eira~ on 4/21/2008 1:44 PM said...

sian mem besar tu..nape kaco die tu?

hehehe...

muadzlife on 4/21/2008 4:51 PM said...

hehhehe..cantik umah baru dia...dah p tengok dah :)

arsaili on 4/21/2008 9:32 PM said...

salam bro..sihat ker?

Mak Su on 4/22/2008 10:23 AM said...

hai... oh ada rumah baru utk mem besar ghupanyer.

CikguZue on 4/22/2008 7:08 PM said...

wah...dah kacau bilau web bini, pandai pulak ambik hati and puji2...akan kekentalan daya juang....heheheh

silversarina on 4/22/2008 8:03 PM said...

Sure mem besar tersenyum lebar dapat kata-kata CINTA dari darlingnya walaupun selepas dikacau..hihi.

Aleeya on 4/22/2008 9:40 PM said...

he he umah baru mem besar cun ler..nak add ler

echah_syed on 4/25/2008 10:10 AM said...

combi pun suke merah..semangat membara !

baru dapat buka pintu gate..selalu mai dok dpn gate jer sbb nmpk mangga beso anak gajah..siap ngn rantai kapai lagik.. :p

TIRAI HIDUP on 5/01/2008 5:21 PM said...

ada per per ke jet semacam ni lan???
gerak hati aku terasa macam ada something la kahkahkah!!
ni..ni aku cari pasal dengan hang ni kahkahkah nakal nya aku..yeyey sonok!
wey lan aku coti ni macam x coti aku pi pangkor beri kursus dan Kroh kursus pemantapan kurikulum guru prasek negeri aku..kuang kuang3x padan muka aku x leh chat dan berblog dah..hahhaha.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template