Ermmm..aku masih berkira-kira untuk melaksanakan visi aku satu lagi. Macam pelik tetapi tiada yang mustahil bagi aku selagi tidak diusahakan. Yang penting semangat tinggi dan kepala mesti ligat untuk memikirkan apa yang dirancang dalam kepala hotak. Ruang dan peluang perlu direbut. Pedulikan kata-kata negatif yang boleh meruntuh dan meluntur semangat dan iltizam. Walaupun rambut semakin silver! Moga-moga impianku diredhai dan diizinkan olehNya. Insyallah...
Satu hari nanti, aku akan cuba melibatkan diri aku dan keluarga aku berkaitan dengan logo di bawah:
Cara mana aku belum fikirkan sedalam-dalamnya walau ada beberapa tatacara yang berlegar-legar dalam kepala aku. Ada pepatah yang mengatakan bahawa WANG RINGGIT bukanlah boleh dibeli bermacam-macam benda, tetapi perlu diINGAT bahawa bermacam-macam benda yang nak dibeli memerlukan WANG!
Aku tahu bahawa kekayaan dan wang ringgit bukannya satu jaminan untuk mencari KEBAHAGIAN. Bagi aku pula, apakah jenis KEBAHAGIAAN yang dicari. Di dunia atau di akhirat? Salahkah pada fikiran aku, berusaha mencari wang ringgit untuk KEBAHAGIAAN di dunia DAN akhirat? Banyak ruang yang masih boleh difikirkan dan diterokai.....
Fikir-fikirkanlah untuk kita yang bekerja MAKAN GAJI... apa akan jadi setelah berpencen atau berhenti sebelum pencen... ermmm, jenuh jugak tu. Segala perbelanjaan haruslah diseparuhkan. Cukup bersediakah kita menghadapi pencen nanti, pada hal perbelanjaan kos hidup semakin meningkat dan bertambah. Situasi ini mungkin tidak dirasai oleh orang Melayu yang telah lama melibatkan diri dalam perniagaan dan bukannya menghitung hari untuk mengadap tembok dinding bank! (Mesin ATM).
Apa-apa pun untuk melaksanakan sesuatu yang dirancang, kita memerlukan TULANG-TULANG BELAKANG yang kuat untuk terus kita berdiri teguh! Bayangkan sewaktu kita kecil2 dulu semasa ligat bermain basikal. Kita kayuh basikal, ramai pulak orang yang naik kat tempat duduk belakang. Kayuhlah sekuat mana pun, akhirnya akan lelah juga! Berbeza pula dengan basikal yang sedikit pelik daripada orang lain yang mana memberi peluang kepada penunggang di belakang mengayuh bersama. Tentunya lebih laju dan tidak terlalu lelah!
Inilah bezanya, antara kayuh-kayuh dan kayuh-mengayuh!