Jan 21, 2008

Tali..


Aku ada berbincang dengan rakan maya yang baru aku kenali. Mindanya mantap, setiap bait katanya, penuh makna. Salah satu perbincangan aku dengan dia ialah berkaitan konsep 'tali' dalam kehidupan:

Jika "tali" lembut >> kuat jerutnya...
Jika "tali" keras >> jerutnya akan menjadi longgar...

Persoalannya:

1. Bagaimanakah konsep "tali" itu dikaitkan dengan kehidupan?
2. Apakah kaitan "tali" dengan kekuatan jerutannya?

Marilah sesama kita fikirkan...apa komen anda?

11 Coretan Lain:

mama ranggie on 1/21/2008 5:43 PM said...

tali???

mama dok pk lgik ni...

tp ape yer!?

otak mama ni dah penuh so lembab sikit loading...

PakTeh on 1/21/2008 7:12 PM said...

tali biasanya digunakan utk mengikat sesuatu, atau utk menyambung-hubung sesuatu dengan sesuatu yg lain. kekuatan jerutan bergantung kepada keperluan & budibicara si-pengikat, dan sejauhmana kemampuan si-diikat menahan jerutan.

kadar jerutan dalam kehidupan juga mungkin boleh berubah mengikut lokasi, suasana dan ketika. hanya perlu sesekali diubahsuaikan kadarnya, asal tali tak putus atau terungkai, dan yang diikat tak terjerut mati atau terlepas.

allahu a'lam.

Mp3Jiwang on 1/21/2008 8:48 PM said...

Salam bro...
best gak blog ko ni. ade unsur2 life n tauladan.
ape kate kalo link ke blog aku?
http://downloadfreelagu.blogspot.com
tq.

azlanlin on 1/22/2008 12:39 AM said...

To MamaRanggi:

Line streamyx down kot mama... nanti komen le lagi...yer mama!

azlanlin on 1/22/2008 12:41 AM said...

To PakTeh:

Apa pula fungsi keras dan lembutnya tali utk mengikat? Tu yang jenuh tu....Bleh PakTeh beri komentar sikit?

azlanlin on 1/22/2008 12:42 AM said...

To MP3Jiwang:

Boelh aje bro...sesama le kita kunjung mengunjung. Best juga jika bro beri komen sikit ttg entri ni... dok tunggu nih bro!

muadzlife on 1/22/2008 9:41 AM said...

eeee..jgn main2
tali gantung boleh menjerut anda...!

arsaili on 1/23/2008 6:01 PM said...

analogy tali ini bagi sy, kita hendak selalu berlemah lembut dan berhemah apabila berhadapan dengan orang, agar apa yg ingin kita sampaikan lekat dihati (kuat jerutan)..kalau kita berkasar dan berkeras, pasti apa yg cuba disampaikan itu tidak berkesan (longgar jerutannya)

Moral of the story, agaknya org yang dihukum gantung mesti mengguna tali lembut...erkkkk

PakTeh on 1/25/2008 11:40 PM said...

tali keras atau lembut.. tak tau nak kata. ikut yang mana pada waktu tu :)

yang tahu, kalau ikat tengkuk lembu, kena tali besar. kalau tali kecil, memang terjerut. kalau ikat tali gasing pulak, kena tali kecil.

agaknya, selain dari tali keras-lembut, ada lagi kot analogi tali besar-kecil.

echah_syed on 1/27/2008 12:31 PM said...

aku slalu guna tali lembut sbb senang nak ikat dan menjerut..kalo tali beso nmpk cm kuat tp jerut x sendat..akhirnyer terburai..dak gitu daklan ku??? cecece...


dah lame x guna tali sbb guna gam kanji kuat padat tahan lama dan jimat.. :p

lepas ni kita citer pasal benang pulak..benang biasa atau benang kait..bole??

NagaBulat on 2/01/2008 10:24 AM said...

Kalau kita berdegil, keras hati =>> kawan-kawan menjauh, persahabatan jadi longgar

Kalau kita berbudi-bahasa, lembut hati =>> kawan-kawan mendekat, persahabatan jadi akrab

Wassalam

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template