Jan 14, 2008

Hebatnya....

Minggu lepas, aku terbaca entri sahabat aku. Menarik entrinya! Alaaaaa.....tag-mengetag! Aku ingatkan aku memang tak kena sebab masa aku scan wording nama-nama yang terkena jangkitan tu...alhamdulilah...aku tak kena! Aku siap bubuh komen lagi dan ucapkan terima kasih kerana tak kena jangkitan virus tu! Last-last minit, minah tu dah bubuh notis kat chatbox. Walllaaamakkk...kena jugak aku! Aku memang kurang minat bab-bab mcm ni. Terutamanya bila kena jawab soalan-soalan yang dibagi..waduhhh, pening kepala!

Rating Combi yang sentiasa teratas jika dibandingkan dengan aku..jenuh aku nak ngejornya!

Aku pelik juga virus yang disebarkan oleh Combi ni...bukan apa, dia punya virus ni pesen (fesyen) lain sikit! Rupa-rupanya pesen bubuh printscreenkan desktop, then pastekan kat sini...rupa-rupanya terselit juga wajah combi kat dlm entrinya...senyum aku kat dia...sebab aku terasa macam... DakLan "masih boleh merima ibu mertua"(reverse ayat budin...)...Jangan marahkan Daklan ye Combi!

Sebenarnya, aku kenal combi kat alam maya juga! Orangnya ceria dan suka bersosial (mempunyai rangkaian rakan di mana jua dia wujud). Entrinya banyak berkisar tentang kehidupannya yang ceria, geram, marah, suka, benci dan macam-macam lagi! Ramuan perasaan yang dipamerkan itulah yang memberikan warna-warni dalam kehidupannya. Combi juga berjaya menguatkan ikatan persahabatan dengan rakan taulan walaupun baru dikenali. Tak gitu Combi?

p/s :

Combi...teruslah campakkan gam UHU kat kengkawan lain yang mampu membuatkan kawan-kawan lain sentiasa tertarik dengan Combi... DakLan nak belajor ngan Combi..boleh?


5 Coretan Lain:

echah_syed on 1/15/2008 12:37 PM said...

cyg daklan laa..cecece :p

combi ingat x sudi..dah 2 3 kali masuk sini..tp xde pun lagik...

tp arini combi masuk dah siap pun..TQ daklan ekk..tq so much daklan ku.. :D

~ gam UHU ??? combi guna tepug kanji jer.. :p

echah_syed on 1/15/2008 1:29 PM said...

daklan puji bagai ni nak minta belanje ker?? mai sini combi blnja mcD jajan kegemaran ku.. :p

buat malu kt org jer..manader rating tinggi..uishh :(

ceria cm astro ceria..cecece :D

combi harap perkenalan ini kekal sebagai kwn yg mane bole bertukar idea & pendapat.

tp yg combi x bole lupa..bila kena provok n3 'aku jatuh cinta lagi'huhh !!

sedeh sgt bila daklan ckp 'kenapa x membenarkan pasangan mencari yg lain' sensitif nii tauu :(

itu yg combi jwp ikhlas dr hati yg sgt terpilu..huhuhu

ko mmg noty!!(copy paste perkataan dak lawa)

azlanlin on 1/15/2008 2:17 PM said...

To Combi:

:: Apa yang dilalui sepanjang kita kenali antara satu sama lain, adalah satu "gam" yang membuatkan kita sentiasa saling berkunjungan blog! x gitu combi?

:: Hal n3 'aku jatuh cinta lagi'..bukan apa...sekadar tolong sebutkan 'apa yang ada' dalam minda combi! Provokasi tu le yg digeruni oleh wanita... hahahhahahah

Tirai Hidup on 1/15/2008 6:58 PM said...

haku memang rasa nak bunuh je daklan ni...geram!!!!

azlanlin on 1/15/2008 7:16 PM said...

To Tirai Hidup:

::alaaaa..daklan rasa Azi cuma "rasa" je utk nak bunuh daklan....belum tentu nak membuatnya...daklan tahu sebabbbbbbb...ngeh..ngeh..ngeh...

:: jangan mareeeee!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template