Jan 5, 2008

Aku Jatuh Cinta lagi?

Waduhhh...ari aku jatuh cinta lagi! Cinta pandang pertama untuk kali KEDUAnya!
(PERLUKAH AKU HEBAHKAN PADA KHALAYAK TENTANG APA KATA HATI KECILKU?)



Jam 11.00 pagi tadi aku ke kedai gambar untuk cuci design 2008. Sementara menunggu printing gambar tu, aku membelek-belek apa yang dipamerkan di dalam cermin kaca. Hati aku terdetik bila memandang silau akan sesuatu. Sidia seolah-olah memang menanti kehadiran aku kat kedai gambar tu.

Aku merapati ke arahnya. Sidia seolah menggamit aku supaya aku menghampiri dan menyentuh dan membelainya. Jemariku menyentuh lembut sidia. Sidia mengikut aje gerakan jemari dan tanganku tanpa berdecit sikit pun. Hati aku berdetik lagi!

"Waaaa.... mcm ni le yang aku suka. It's my taste!" kata hatiku lagi. Jemariku masih melurut-lurut sidia.

Ramping tubuh mongelnya, sedap mata memandang, tak jual mahal, easy going je lagaknya. Dup-dap dup-dap jantungku berdegup. YANG PERTAMA dulu pun, jantung aku berdegup mcm ni jugak. YANG PERTAMA pun aku masih sayang lagi, malah tak berubah kasih sayang aku pada YANG PERTAMA. Tapi.....

Adakah aku jatuh cinta lagi? Adakah aku JATUH CINTA PANDANG PERTAMA untuk kedua kalinya?. Kompom....aku jatuh cinta lagi. Mungkin aku ni jenis penyayang...atau kasih sayang aku melimpah ruah pada YANG PERTAMA. Daripada membazir baik aku berikan kasih sayang aku pada YANG KEDUA. Aku berjanji pada diriku bahawa aku takkan bezakan kedua-duanya. Sememangnya antara kedua-duanya ada perbezaan yang nyata! Walaupun kedua-duanya jenis atau type yang aku suka, tetapi bentuk tubuh bada merka kedua ada bezanya! Raut wajah mereka ada bezanya..tetapi....kedua-duanya memang memenuhi taste aku. Itu aku tahu. Aku yakin bahawa aku boleh dan mampu memberikan keadilan yang sewajarnya untuk kedua-duanya.

Adakah aku tamak? Adakah aku rakus? Adakah aku sekadar memenuhi nafsu "serakah yang merekah" aku? Apa-apa pun aku yakin bahawa kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing yang berjaya menarik hati aku untuk memiliki kedua-duanya. Aku tidak memandang pada kelemahan yang ada pada mereka kedua.

Aku juga yakin bahawa aku tahu bila aku nak membuatkan YANG PERTAMA tidak disisihkan atau terlalu melebihkan YANG KEDUA!. Yang pastinya aku akan melibatkan kedua-dua mereka dalam apa jua keadaan agar mereka fahami bahawa aku memerlukan kedua-duanya!. Yang penting YANG PERTAMA memahami kenapa dan mengapa aku perlukan YANG KEDUA. Itulah yang paling penting. Manakala, YANG KEDUA memahami mengapa dan kenapa aku memerlukannya! Agar mereka menjadi akrab-seakrabnya!

Apa-apa pun yang penting ialah kestabilan emosi dan minda aku untuk mencorak warnakan demi masa depan mereka berdua. Aku nekad! Aku memerlukan mereka berdua!

Aku mengambil sebatang rokok WINSTON. Aku nyalakan lighter dan mencucuh rokok yang tersedia di bibir aku. Aku sedut dalam-dalam. Aku hembus perlahan-lahan. Asap keluar lembut daripada hidung dan mulut. Ketika itu aku memikirkan baik dan buruk untuk aku memiliki kedua-duanya. Aku paling lagi ke arah sidia. Sidia seolah-olah memahami kenapa dan mengapa aku memandangnya lagi... Itu yang membuatkan aku berasa puas dan lega. Sidia mengerti dan memahmi tanpa perlu aku meluahkan kenapa aku memerlukannya. Aku benar-benar puas!

Kebetulan, penjaga sidia adalah kenalan lama aku. Walaupun penjaganya dah berumur, dia tahu bahawa aku memerlukan apa yang dijaganya... Penjaganya juga mengerti bagaimana aku menjaga YANG PERTAMA. Terfikir juga dibenak aku.... adakah aku menkhianati YANG PERTAMA? Adakah YANG PERTAMA akan berkecil hati... AKU NEKAD akhirnya. Pasti aku memilikinya!

(AKU TAHU...RAMAI LAGI LELAKI YANG MERASAI SEPERTI TU..CUMA MEREKA TIDAK BERANI MEMPERKATAKAN TENTANGNYA...KERANA MENJAGA HATI...KONTROL MACHO LA KONONNYA! ) piiiiirrraaaahhhhh! ikut gerak hati sendiri le beb!

bersambung nanti....

p/s nak ke bengkel selepas ni sbb ada projek baru! Barang dah sampai...pastinya aku akan ceritakan..apa projek baru aku ngan pomen-pomen aku!

54 Coretan Lain:

PUTRAGABAN on 1/05/2008 3:04 PM said...

ni mesti kes kamdera ni...

Orked on 1/05/2008 3:09 PM said...
This comment has been removed by the author.
azlanlin on 1/05/2008 3:15 PM said...

TO Budin:
Walaupun apa-apa juanya, terpalit juga dengan yang tersirat!

azlanlin on 1/05/2008 3:18 PM said...

To Jie:

Bukannya dasar penanam sahabat @ penternak lebah madu...tetapi akulah pencari dan pengerat SAHABAT..bukannya pencari dan pengerat MADU seperti yang umum ketahuinya... MENCARI SAHABAT untuk YANG PERTAMA

echah_syed on 1/05/2008 5:46 PM said...

mmmm...ini hg tulis khas tuk abg bud ker daklan??atau tuk bro UJ skali...huhuhu

gumbiranyerr jd org lelaki ekk..ade yg 1st..ade yg 2nd..tp combi tabik dgn lelaki yg berkeinginan.. masih tidak melunaskan hajat sbb menjaga hati seorang isteri,anak2,mertua,ipar duai,sahabat dan yg sewaktu dgnnyerr..

bkn 'kontrol macho' daklan..tp dia lah seorang lelaki yg sgt penyabar & penyayang..bkn nafsu yg handle kita tp...kita guna akal handle nafsu..tol dak daklan ku...

nafsu serakah ni...kalau tidak dikawal..bkn 1st,bkn 2nd,bkn 3rd & 4th lagi...tp akan bertalaQ lah diantara mereka kerna ramai sgt listing yg sedia menanti...isteri dan anak2 adalah anugerah..rahmat melimpah utk lelaki yg pandai menjaga keluarga mereka...amin

~ combi bkn fanatik poligami tauu..uhukss

echah_syed on 1/05/2008 6:22 PM said...

sori..pembetulan huhuhu

~ combi bkn ANTI poligami..

~ fanatik tu bkn aku..budinn kot !!

Tirai Hidup on 1/05/2008 9:59 PM said...

aku rasa berat Daklan menulis ni untuk lelaki yg ingin berpoligami!aku sokong poligami sejak azali lan!Cuma aku nak jangan sekali sorok dari isteri pertama!Jgn ada rahsia...sebab nak jumpa dgn bini no 2 pon kene men sorok sorok.macam hide n seek!!kalau daklan berkeinginan untuk melampias hajat terpendam lama tu cepat cari je berkenan je go on la!!kalau aku lelaki dah lama aku pasang 4 wakakkaa...layan nafsu serakah betoi..aku beri idea kat hampa..kawen dgn pompuan:
1)yang bekerja
2)Yang cun dari bini pertama
3)yang x kisah bermadu
4)yang x kisah dgn giliran
5)yang bukan pilih harta dan rupa
6)yang dahaga kasih sayang
7)yang cool x sker gaduh/berebut
8)yang suka share pen
cukup dulu..tambah satu je dgn bini muda lepas tawen p proses supaya x dpt anak atau kalau dpt anak sorang cukup!Supaya hampa tenteram dan enjoy life!Kalau semua bini muda ada ramai anak penin..so pandai adjust la..

echah_syed on 1/06/2008 5:54 AM said...

wat ever laaa lawa...isteri pertama jarang yg memberi izin tp redha kehendak tuhan..tp isteri kedua dan seterusnyer susah nk redha sbb biasanyer tamak..tp utk pengajaran kpd isteri kedua,ketiga,ke empat dan seterusnyerr..combi rase suami patut kawen dan kawen sehingga kehujung nyawa..baru rase puas kan kan..

apa kena mengena dgn keja dan cantek puan lawa oiii..

aper??nk letak batu kt atas kepala ker??yg cantek pula..sampai bila??hilang madu sepah kena buang jugak dlm lori sampah !!!

~ kalo sume pompuan sukakan suami org..byklaa isteri dan anak mkn ati..plzzzz laaa

~ bujang trang tang2 byk..naper suami org jugak yg nk direbut??pelik aku :(

~ kalo suami org yg dok mengeteh siang mlm,pagi ptg kt bwh pokok jambu...xmo pulak ekk

bijak,bijak..huhh

Pak Ngah: on 1/06/2008 6:16 AM said...

:: salam... hati wanita dan kewanitaan telah dicuit oleh entri ini... untung kau KAMERA...

azlanlin on 1/06/2008 10:48 AM said...

To Echah:

:: Memang kebanyakan wanita mendambakan lelaki yang penyabar...itu hakikatnya. MENDAMBAKAN lelaki yang penyabar & penyayang! Tetapi sedarkah wanita bahawa ada juga kesabaran lelaki yang mencecah ke tahap gaban membuatkan lelaki memerlukan wanita yang memahaminya...

:: Bukankah wanita mcm Echah membuatkan lelaki terasa dikongkong sedangkan lelaki tak perlu dokongkong dan digari hinggakan mereka sukar bergerak. Keadaan Echah juga membuatkan lelaki akan sentiasa 'mencari' seperti apa yang diingininya!

:: Juga wanita ke2,3 & 4 mencari lelaki yang dikongkong oleh wanita seperti Echah....kerana lelaki seperti itulah yang dicari oleh wanita-wanita lain juga... alaaaa, kongsi-kongsi je ler Echah!

:: Lelaki yang 'dikongkong' oleh orang seperti Echah adalah lelaki yang terlalu disayangi oleh wanita...

:: Benarkah begitu Echah?

azlanlin on 1/06/2008 10:55 AM said...

To DatinLawa:

::DakLan suka dengan statement DatinLawa kerana...lelaki sukakan:

1. Wanita yang openminded.
2. Wanita yang memahami kehendak dan naluri lekaki.
3. Wanita yang boleh berkongsi termasuk "pen" yang dikatakan tu...
4. Wanita yang mampu menjayakan visi dan misi lelaki dalam apa jua keadaan sekalipun.
5. Wanita yang tahu kenapa dan mengapa lelaki 'mencari' lagi...

DakLan suka DatinLawa.....

azlanlin on 1/06/2008 10:58 AM said...

To PakNgah:

:: Kekadang 'sesuatu' diletakkan sebagai proksi utk difahami yang tersiratnya PakNgah....

:: Nampaknya ramai wanita yang memahami maksud "tersirat".. kerana mereka takut ditinggalkan...

:: Pelik sungguh wanita ye PakNgah? Betul ke PakNgah?

azlanlin on 1/06/2008 11:03 AM said...

To All Reader:

Aku paling lagi ke arah sidia. Sidia seolah-olah memahami kenapa dan mengapa aku memandangnya lagi... Itu yang membuatkan aku berasa puas dan lega. Sidia mengerti dan memahmi tanpa perlu aku meluahkan kenapa aku memerlukannya. Aku benar-benar puas!

:: Adakah itu yang lelaki cari selama ini dalam diri wanita? Kenapa wanita tidak memahami keadaan ini?

>>> Apa pandangan Echah, Lawa, Opah Dangdut (OD), MakSu, Intan dan lain-lainnya?

>>> Betul ke mcm tu? Apa pulak kata UJ, PakNgah, PakTeh, Budin, Abg Putra dan lain-lainnya? @ korang pun kontrol macho? hehehheheh

echah_syed on 1/06/2008 2:24 PM said...

combi x phm laaa..aper maksud dikongkong??tlg paham betol2 ekk.jgn nk manipulasi statment combi..

hg bole ckp lawa sporting..hg kena tanyer alasan dia buat mcm gitu??mayb dia diantara org2 yg akan dipoligami atau telah dipoligami..tp bkn combi..ahakz

plzzz laa org yg duduk disituasi itu akan setuju ngn aper yg hg ckp..termasuk hg sendiri sbb hg pun 'kontrol macho'kan kan

daaaaaaaaaaaa..kalo nk mkn nasik minyak lagi..jgn lupe jemput combi ekk :)

nnt combi masukkan hg dlm news paper...calon suami mithali..uhuks

azlanlin on 1/06/2008 3:24 PM said...

To Combi :

Dikongkong bukannya naik kok'ko (bahasa utara - tentu combi paham..heheeh). Mungkin dikongkong bermaksud x membenarkan pasangan 'mencari' lagi... kan gitu kan combi kan?

:: Combi seorang pemberi yang hebat, caring hingga daring...mmg hebat! Tetapi kalu combi, kenapa combi tak cuba membenarkan pasangan 'mencari dan memiliki' lagi?
KENAPA YEK?

To Lawa :

hg bole ckp lawa sporting..hg kena tanyer alasan dia buat mcm gitu??mayb dia diantara org2 yg akan dipoligami atau telah dipoligami..

>> bab ni DakLan tak berapa paham...boleh ke DatinLawa tolong jelaskan? Macam mana tu yek Lawa?

Jie on 1/06/2008 4:06 PM said...
This comment has been removed by the author.
echah_syed on 1/06/2008 4:07 PM said...

sory...combi x phm laa daklan.sume dah jwp kt atas tu..

~ combi bkn ANTI poligami..

~ seandainyer tertakdir suami combi nk kawen lagi..combi redha..kerana redha ALLAH adalah segalanyerr..hidup,mati,kawen,cerai sume kerja yg diatas...kalo ALLAH nk ambil kebahagiaan combi..ambil lah sbb ini hanya pinjaman dan nikmat sementara didunia..insyaALLAH disana akan dikira rahmat dan berkatnyer nnt..amin ya rabbul alamin !!!

norzailina on 1/06/2008 4:14 PM said...

Aku paling lagi ke arah sidia. Sidia seolah-olah memahami kenapa dan mengapa aku memandangnya lagi... Itu yang membuatkan aku berasa puas dan lega. Sidia mengerti dan memahmi tanpa perlu aku meluahkan kenapa aku memerlukannya. Aku benar-benar puas!

Sdr Azlan, pada pendapat saya, situasi di atas hanya logik SEBELUM berkahwin atau lebih tepat SEMASA asyik dilamun percintaan. Selepas berkahwin (mungkin setahun-dua) keadaan akan berubah dgn kelahiran anak, tekanan utk mencari rumah yg lebih besar & selesa, membeli kereta yg lebih luas & lebih powerful, tekanan terhadap isteri/suami di tempat kerja, kemudian bila usia sudah meningkat terpaksa berhadapan pula dgn penyakit2 org2 tua...Jadi, kesimpulannya janganlah kita hidup dlm ketaksuban terhadap "PUAS & LEGA" kerana terbinanya sesebuah perkahwinan & the ability to sustain it in happiness for many many years adalah bukti sebenar kewibawaan seseorang lelaki.

ps: I'be been married for more than 25 years. Believe me, I know.

Tirai Hidup on 1/06/2008 6:23 PM said...

Percintaan itu indah,tambah indah jika bakal suami atau isteri itu orang yang kita cintai!Walau kelak masing masing telah berusia namun cinta tetap mekar di hati.Berbeza jika mengahwini org yang tidak kita cintai...walau ada kasih sayang namun keserasian dan kecintaan yang tetap kita dambakan!Biar bertahun bersama namun cinta masih tiada!Apa gua....Kemesraan,bahagia yg kita butuhkan!Isss aku syok plak guna perkataan indon ni ...
Terima kasih Daklan kerana menyukaiku..suka aku atau suka pendapatku?Atau kedua duanya?
Aku membenarkan jika aku di madu,dan jika larat nak tambah madu lagipun tambahlah!Mengenai suami orang yang kesepian..kesian sebenarnya...begitu juga halnya isteri orang yang kesepian...keduanya sepi dalam riuh!Kita nampak macam tak ada apa masalah dalam rumahtangga mereka..sebenarnya ada yang tidak kene...tu..
Contoh:Isteri mengatakan sudah cukup layanan yg dia berikan...tetapi layanan yang bagaimana?Maaf jika aku maksudkan soal seks.Kalau isteri hanya memberi macam nak tak nak?lebih baik tak usahh beri..Aku tahu nafsu lelaki yg serakah ini..Jadi jika isteri ingin bahagiakan suami sedangkan dia tidak berdaya,relakanlah biar suami kawin lain.Biar suami kecapi nikmat Allah pada dia!Sebagai isteri kita tahu layanan kita mampu setakat mana...Kita memahami suami dan kehendaknya..jika kita dah tidak berdaya relakanlah suami cari pasangan baru...sah Daklan,budin,UJ,abg Putra dll setuju dgn pendapat lawa ini!
Lepaskan dia dari derita jiwa...beri dia peluang merasai nikmat dunia!Makin panas...

norzailina on 1/06/2008 11:50 PM said...

Quote:...beri dia peluang merasai nikmat dunia!

Masalah bagi sesetengah lelaki, bila dah MERASAI NIKMAT DUNIA, akan terus karam dan melupakan isteri pertama yg telah bersusah payah sama2 membina kehidupan dari rumah kecil ke rumah besar dsbnya. Kalau suami berpangkat CEO lain cerita la, kut?

Dah ler sama2 susah, bila isteri pertama dah tua, makin sunyi kerana kerap ditinggalkan sebab suami masih gagah mencari NIKMAT DUNIA. Inikah 'bayaran' atas segala pengorbanannya selama ini?

Tolong cakap berapa ramai isteri2 di luar sana yg kejutkan suami masing2 bangun sembahyang Subuh?

Maaf, Sdr Azlan. Oleh kerana sdr dah menyediakan ruang utk berdebat, saya kira semua org berhak meluahkan pendapat... Ia bukan pendapat yg mencerminkan idealisme saya tapi sekadar melihat dari scenario sekeliling.

azlanlin on 1/07/2008 12:55 AM said...

To Jie:

saya hanya membaca....sbb ade org kata, org berpengetahuan dia lebih mendengar, org bijaksana dia lebih diam..kahkahkah....:p

saya tertarik dgn pengakuan Jie ttg org bijak sana dia lebih diam...cuba bayangkan jika semua org yang bijaksana mendiamkan diri tanpa mengeluarkan pandangan dan idea bernas ttg isu ni...panas nihhh!

:: Jie, takkan nak harapkan orang yang bijaksini je yang menyatakan pandangan mereka.... rasanya, Jie lebih suka "play save" kut... ada komen Jie?

azlanlin on 1/07/2008 1:01 AM said...

To DatinLawa:

:: Agak daklan le, lawa ni mmg memahami naluri terpendam lelaki nih... tetapi byk perkara lagi yang lelaki 'butuh'kan daripada wanita....bukanlah sekadar memenuhi 'nafsu serakah yang merekah' ajer...

:: Kata nenek daklan, tak kira lelaki atau perempuan, menginginkan "sesuatu" yang pelbagai dan mengikut peribadi orang itu sendiri.. Nenek daklan juga kata bahawa sesuatu itu adalah tertumpu kepada keperluan spiritual yang jarang-jarang diambil kira oleh pasangan mereka..

:: masa nenek daklan terangkan tentang tu, daklan terasa pening lalat kerana kurang paham bab tu...>>>> mungkin DatinLawa @ Combi @ Opah Dangdut @ Jie @ Norz bleh terangkan sikit...

:: benar ke keperluan spiritual jarang dipenuhi oleh pasangan? Fenin-fenin...

azlanlin on 1/07/2008 1:14 AM said...

To Norza:

:: Masing-masing berhak menyatakan apa yang difikirkan patut dan perlu dinyatakan mengikut keperluan masing-masing.. xde salahnya sbb daklan mmg orng yg agak openminded!

:: Nenek daklan pernah nyatakan bahawa....jeng-jeng-jeng

>> wanita yang terlalu sayangkan pasangannya agak sukar menerima hakikat bahawa suaminya mencari lagi!

>> wanita yang kurang feel pada suaminya..hanya skdar memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai isteri... mcmmana plak tu yek?

>> lelaki yang 'menerima' segala keperluan yang dingininya drp pasangannya takkan mencari lagiii..

>> lelaki kebiasaanya, menerima sebahagian drp keperluannya drp pasangan...maka matanya akan liar 'mencari' lagi...sememangnya lelaki redha dgn apa yang dipilihnya ttp ,mata' mereka sering meliar jerrr.. mcmmana plak tu?

Bleh Norza terangkan situasi tu bg senario kedudukan wanita diluar sana... amacam?

:: Betul ke kata nenek daklan tu?

Any comment?

PUTRAGABAN on 1/07/2008 4:34 AM said...

150 kali aku fikir sama ada nak sertai perdebatan ini atau tidak. akhirnya aku buat keputusan untuk tidak. Tetapi sekadar nak bagi pandangan pada yang jarang memandang. Tak salahkan dakLan.

Semasa aku nak tulis ni, dah lima kali bini aku tawarkan aku supaya kawin lain. Cuma dia tidak mahu aku abaikan dia kelau aku bertemu jodoh nanti. Bukan kerana hendakkan payung emas, tetapi ada masalah lain yang tak perlu aku sebutkan di sini.

Aku terpranjat dengan tawaran itu sebab aku tak pernah mintak. Mungkin kerana dia sedar tentang kegelisahan aku yang sentiasa kesepian dalam kebisingan. Aku hanya tau pergi kerja, dan balik rumah. Sampai rumajh aku berjga, tgengok tv atau merapu kat blog sampai betul-betul mengantuk baru masuk tidur. Sebab kalau masuk tidur awalpun aku tak akan dapat apa-apa.

Tetapi oleh kerana keikhlasannya membenarkan aku berkahwin lain, aku jadi lelaki yang amat baik. Tak mahu kecewakan dia dia walaupun diri aku yang kecewa.

Namun sejak beberapa waktu ini aku bertemu dengan wanita yang aku rasa sesuai; sama ada dari segi usia, dan status. Dari situlah aku terbuka hati untuk memenuhi tawaran isteri aku. Dan kamipun mulalah main jeling-jeling. Namun aku masih meragui hidup ini. Wanita itu mengaku suka dan sayangkan aku tetapi belum bersedia untuk tukarkan huruf 'a' pada kawan kepada 'i' pada kawin. Jadi kedaan aku masih tergantung.

Lan... dan sesiapa sahaja yang mungkin terbaca coretan aku ini, ketahuilah bahawa akulah manusia yang sering merungut kesepian dalam kebisingan. N3 aku mendapat sambutan meskipun sekadar n3 telur goreng. Aku bangga. Kata-kata ku lucu jenaka dan menghiburkan. Tetapi dalam diam-diam, burung ku sudah bertahun-tahun tak mandi..

Aku tak tahu nak sebut isteri aku dalam kategori mana mengikut penilaian Combi, Norz, Azi dan lain-lain. Begitu juga dengan wanita yang mengaku sayang padaku itu. Aku tidak tahu sejauh mana sayangnya padaku...

Lan...kita sahabat. Bukan sekadar kawan. Say sometihing...

azlanlin on 1/07/2008 6:15 AM said...

To Budin:

Patut la dah 151 kali aku terfikir kenapa blogger lelaki yang sewaktu dengannya masih menyepi? Adakah masih kontrol macho? Akhirnya persoalan ini terjawab...BRAVO BRO!

SEPI DALAM KEBISINGAN @
SUNYI DALAM KERIUHAN

Apa-apa pun aku ucapkan TAHNIAH pada sahabat aku kerana sememangnya macho. Sanggup dan bersedia menerima hakikat dan BERDIRI DI BUMI YANG NYATA! Kuat dan gagah berani untuk MENYATAKAN & MENYEBUT SATU PERSATU isihati yang mungkin tidak difahami oleh orang lain...tentunya sahabat aku berasa lega dan selega-leganya kerana sebu dihati telah dihamburkan melalui gerak tari jari-jemari untuk paparan dan perbincangan.

:: Marilah kita berbincang dan bertukar pandangan agar KEMELUT ini terlerai jua. Maklum le, isu ini kurang difikir dan dibincangkan secara terbuka oleh masyarakat kita khasnya... come here to OPENMINDED discusion!

HAKIKAT 1:

:: Sdra Budin semeangnya seorang yang penyayang dan PEMBERI yang hebat. Berjaya mengawal suasana dengan tuturbicara dan tindakan dalam apa jua situasi. Aku YAKIN BENAR akan keadaan itu sbb aku pernah lalui "saat bersamanya" (aawww) walau seketika cuma. Sdra Budin sememangnya mempunyai 'KUASA TARIKAN (MAGNET DIRI)' yang kuat!

HAKIKAT 2:
:: Kebiasaannya, jika si isteri memberikan ruang dan peluang untuk 'mencari lagi', secara automatiknya, si suami yang mencari akan termempan (petua utk para isteri) untuk menjeling-jeling pada wanita lain. Jika si isteri 'menghalang', INI BERMAKNA, si isteri takut 'ditinggalkan'...pastinya situasi itu tidak akan berlaku!

HAKIKAT 3:
:: Sebenarnya, Sdr Budin 'tidak mencari lagi', bukanlah 'tidak mencari' secara totalnya. Sebaliknya kerana bukan mudah untuk mencari yang serasi dan seiringan dari segi JERI - jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

PANDANGAN DAKLAN:
:: Jika menemui apa yang dihajati, serasi-serasikan le buat permulaannya. Yang pentingnya, tiada GANGGUAN KOMUNIKASI dalam hubungan.

:: Pastikan boleh berkata apa saja yang ada dlm hati terhadap pasangan (hanya sekadar utk bergurau - bukannya menyakitkan hati!). Bukanlah menyimpan lagi kerana atas dasar 'menjaga hati'. Kekadang ada pasangan yang kurang openminded sering 'terkucil' dengan apa yang diperkatakan... keadaan inilah yang membuatkan lelaki sering mencari rakan-rakan "ngeteh" untuk bersenda gurau! Kenapa situasi ini tidak diwujudkan dalam rumah sendiri bersama pasangan? (harap-harap kaum hawa dapat memberikan jawapannya..)

PETUA UTK LELAKI:

:: Pastikan YANG PERTAMA mengetahui keadaan tentang kenapa dan mengapa anda perlu mencari lagi...

:: Pastikan YANG KEDUA memahami kenapa dia dipilih dan tahu bahawa dia adalah memenuhi 'puzzle' yang lompong. Juga fahami dan menerima hakikat bahawa dia juga menumpang ruang dan lorong yang sempit. Usah ketamakan yang berlebihan. Ini akan menambah kepeningan pada si suami baru anda!.

:: Pastikan YANG PERTAMA dan YANG KEDUA duduk semeja dan berbincang empat biji mata dalam mengetahui kewujudan mereka berdua dlm sebuah rumah tangga yang harmoni! Si suami duduk diam je ketika ini... Jika terdapat keserasian dalam perbincangan (tanpa dimonopoli dlm komunikasi antara keduanya), itulah JODOH ANDA! Jika bercakaran @ monopoli komunikasi - kembalilah anda SEPI DALAM BISING, kerana anda akan PENING LALAT nanti!

:: Si suami perlu sentiasa mewujudkan ruang yang sentiasa humor (jadilah diri anda yang sebenar!) dalam komunikasi anda sesama isteri2 anda! Jika si suami jenis lurus bendul dan beremosi yang x stabil,...baik jangan cari PENYAKIT!

DakLan tahu bahawa sdr budin bukan jenis lelaki yang hanya menumpukan kasih-sayangnya pada yang baru je...itu DakLan yakin! Sendiri mau ingat le brader!

Teruskan hajat anda. Walau rezeki, jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi kita diberi ruang dan peluang untuk bergerak ke arah apa yang kita hajati...

Nenek Daklan ada berpesan bahawa:
>> kita akan'jumpa' apa yang kita 'cari'... DakLan amat percaya akan kata-kata itu!

Wasalam, secebis pandangan drp DakLan...tentunya, ada ramai jua rakan-rakan blog yang mempunyai pandangan dan luahan masing-masing....teruskan!

Jie on 1/07/2008 8:44 AM said...
This comment has been removed by the author.
echah_syed on 1/07/2008 10:29 AM said...

ABG BUD...plzz jgn sentuh soal personal disini..combi takut ini akan menjadi bahan ketawa rakan2..'bkn sume org akan menangis bia kita susah dan sebaliknyerr'

combi kesian ngn 'org umah' yg tatau dirinyer dimalukan oleh suami yg mahu mempertahankan diri demi maruah la konon!!

plzzz abg..its too personal.lebih baik jumpa PAKAR & PROFESIONAL yg dpt mendgr problem abg dr diperkotak katikan oleh org2 yg mementingkan diri sendiri..

combi berckp bagi pihak diri sendiri dan rakan2..bagaimana perasaan kita kalo kita ditmpt 'beliau' yakni isteri abg..

mmg combi tipikal kg ULU yg tak 'open minded'..so wat??

sorry abg bud..sorry daklan !!!

muadzlife on 1/07/2008 2:58 PM said...

perghhh hebat soal jawab n3 yang ini..
yg pastinya semua menuntut hak2 terbaik masing2...
apa2pun wanita PERLU dilindungi?!!

Tirai Hidup on 1/07/2008 3:34 PM said...

huh!!bab open minded plak jadi isu...susah nak cakap entah apa yang Budin tulis tu entah benar entah tidak..sebab budin sendiripun jenis open minded dan gaya menulis nampak macam bersahaja jer...sampai bab dalam kain pun ditulis!Makin panas rasanya forum ini!Mungkin kita dah tak heran sebab kes telur kene curi pun kita dah biasa dengar kah kah kah!Aku tak tahu nak kata apa dah sebab ada suruh rilex jer bila baca tulisan Budin..so aku pilih rilex je la..let it be kita tengok respon dari UJ,kasawari,abg putra dan geng tok tok yg banyak pengalaman tu..sila tampil la teringin nak baca komen hampa plak...heheheh!!

PUTRAGABAN on 1/07/2008 4:38 PM said...

Sama ada komen aku tu betul atau tidak, itu tak penting. Hahaha... Yang penting, aku nak bantu n3 kawan aku ni hangat... Lagi banyak komen lagi hangat. kahkahkah....!!!

Jun on 1/07/2008 4:54 PM said...

salam..hehehhe, barang apakah yg teringin dimiliki itu? mesti harganya mahal eh..tp kalu mampu x d salahnyer...jgn lupa yg lama sudah ler...

Qaseh Bidadari on 1/07/2008 4:57 PM said...

mama puas pk apakah barang itu?

Jamal Abd Rahman on 1/07/2008 5:42 PM said...

salam lan...no komen dari saya..dah jadi medan lain pulak dah...

dari terpaut pada kamera , jauh melencong ruang komen disini..dah jadi forum pulak..

i do respect all the views given so far and good luck to all!

Mak Su on 1/07/2008 5:55 PM said...

hempon kamera ker kamera digital? ker walkietalkie?

echah_syed on 1/07/2008 6:54 PM said...

kita tertewas oleh daklan..kureng hg daklan..cesss

~ kalo combi jumpa hg combi cincang 365 kerat masuk dlm guni gandum ..pastu campak dlm sungai sarawak..biar bujang senang ratah daging hg yg penuh muslihat !!!

~ woooiiiiiiiiiiiii !!!!

~ aku terjangkit virus lawa..bila dah khatam baru aku tau..daklan mmg 'hantu' blog...geram kt daklan thp gaban niii..

~ abis rahsia abg bud ku terurai disini...mai lawa,mai abg bud kita cekik dia...

btw>>>> aku,norz,jie & lawa mmg sengaja buat kontroversi..kesian kt dia nak suruh org ramai2 mai blog dia..cayer laa geng!!!

peeewiiiiiiiiiiiiitt daklan..

Jie on 1/07/2008 7:18 PM said...
This comment has been removed by the author.
Tirai Hidup on 1/07/2008 8:21 PM said...

combi,budin dan aku memang sengaja reka cerita ini demi mempromosikan blog daklan!Daklan adalah teruna hebat di pasaran!Dan masih sunti lagi....sebenarnya semua cerita rekaan di atas tidak ada kena mengena dengan yang masih bernadi dan yang telah lama malas bernyawa!
Tediaa aaaihhh!
Perasan tak kita semua semakin hari semakin mesra alam...???kah kah kah..ooitts combi..hang jgn sampai bonoh Daklan..sian kat bini dia yang masih degil tak mahu menjanda lagi tawww!!!

intansabreena on 1/07/2008 8:54 PM said...

Wah,bukan main hebat perdebatan kat sini ya..Takpelah, masing2 ada pandangan dan pendapat tersendiri.Tapi, hati saya tak tersentuh sbb saya rasa mmg kamera yang menyebabkan azlanlin gila bayang. Takkanlah jumpa perempuan 1st time je dah boleh usap2 dan belai2 kan..tak taulah saya lelaki dan perempuan jenis apa yg jumpa 1st time je dah boleh diusap dan mengusap. Jgn marah ya, cuma pandangan dari saya..

azlanlin on 1/07/2008 10:40 PM said...

To Jie:

Terimakasih atas pdgn Jie, amat daklan hargai secara ikhlasnya. Awalnya, Jie mendiamkan diri dalam hal ini untuk melihat ruang-ruang apa yang boleh mencelah dan dicelah. Akhirnya sedikit terpukul dengan provokasi yang sedikit mencuit jiwa kewanitaan. Walau bagaimanapun daklan amat hargai dengan apa jua yang daklan terima daripada Jie!

:: Susah juga untuk memahami jiwa wanita untuk membenarkan si suami untuk 'mencari lagi!..kerana jiwa wanita adalah berbeza-beza....

TQ MY FRIEND!

azlanlin on 1/07/2008 10:42 PM said...

To Combi:

Combi memang akan mencekik manja kat tengkok daklan bila kita ketemu ketika ini... itu pasti! Ini kerana tergugat jua emosi combi dengan daklan... yaaa ampunnn!

+++larrrriiikkkkk.....+++

azlanlin on 1/07/2008 10:44 PM said...

To Muadz:

Yang pastinya, wanita bergelar isteri sudah pasti akan dilindungi kerana 'wanita' yang lelaki dampingi adalah 'anugerah' yang tiada tolok bandingnya...sama ada anugerah yang pertama, kedua, ketiga dan keempat! Apa-apa jua pun semua tu anugrah untuk lelaki! Boleh gitu Muadz?

azlanlin on 1/07/2008 10:46 PM said...

To Jun:

Itulah keistimewaan lelaki di sekeliling Jun. Yang pastinya, mereka mampu menjaga sama ada yang pertama, kedua, ketiga dan keempat! Yang terlalu pasti adalah, yang pertama akan lebih disayangi kerana tanpa YANG PERTAMA, mana mungkin wujudnya YANG KEDUA, YANG KETIGA & YANG KEEMPAT! Tak gitu Jun?

azlanlin on 1/07/2008 10:55 PM said...

To Mamaranggi:

Semua barang yang diproksikan, tidaklah penting.Yang penting di sini ialah apakah moral yang kita perolehi disebalik perbincangan dan luahan pendapat masing-masing. Bagi Daklan, itulah yang menjadi keutamaannya... YANG PASTI kita menjadi lebih MESRA & AKRAB!

azlanlin on 1/07/2008 11:03 PM said...

To Uncle J:

What ever, memasing mempunyai persepsi dan penilaian yang berbeza antara satu sama lain terhadap apa jua yang terbentang di hadapan mata..

:: Moralnya, kita perlu mencari punca permasalahan bukan melihat siapa salah dan siapa yang betul dalam setiap perbalahan atau pertengkaran! Kebanyakan drp kita, lebih fokus kpd diri sendiri yang betul tanpa melihat sudut lain dalam menyelesaikan masalah! tq my friend!

azlanlin on 1/07/2008 11:09 PM said...

To Maksu:

::Kesian le kat barang yg diproksi tu sbg simbolik... apa-apa pun boleh juga kta pungut2kan yang baik-baik...yg buruk2 dijadikan panduan utk kita di sepanjang perbincangan ini..! Boleh gitu Maksu?

azlanlin on 1/07/2008 11:39 PM said...

To Budin:

:: Ko memang sahabat aku! Itu sudah pasti... ko mmg berjaya menjiwai watak lelaki yg sepi dalam kebisingan... kemasukan budin mmg pencetus suasana utk lebih hangat dan mencecah klimaks.

:: Itulah aura budin di kalangan blogger..mcm artis gitu..punya la glamer tahap gaban! he's my idol! cheewaaahhh! Caiyok la bro!

:: Semua butiran perbincangan, menjadi panduan dan sempadan utk kita semua! thanks my friend!

azlanlin on 1/07/2008 11:42 PM said...

To datinlawa:

Yang lawa dok cover-cover tu mendenya? Apa ke heee nya? Mcm lawa plak yang dok nyakitkan hati org... apa jua pun lawa juga punay aura tersendiri. Kenotiannya juga berjaya menggamatkan suasana. Thanks my friend!

azlanlin on 1/07/2008 11:44 PM said...

To Intan:

:: Ada gak yg 1st time jumpa dah boleh usap-usap...tunggu di entri akan datang! Apa-apa pun n3 ni dah sampai ke penghujung...kalu dr awal intan masuk juga...SAH, intan juga akan kena provok ngan daklan! Thanks my friend!

azlanlin on 1/08/2008 12:01 AM said...

To My Friends :

ISU yang kita bincangkan adalah berat walaupun nampak ringan!

Terima kasih kehadiran kengkawan semua di blog daklan. Kalian memiliki keunikan dan kelebihan masing-masing.. Kekadang, kita alpa bahawa perwatakan kita terbawa-bawa dgn tatacara penulisan kita. Ramai penilai2 mampu menilai watak dan perwatakan kita melalui teknik penulisan dan kata-kata kita.

Namun, penulis juga mampu membohongi pembaca dan mewarnai perwatakan yg dibawa menggunakan teknik penulisan yang diterbalikkan dengan watak asal penulis itu... Maka..kita ambil panduan dan sempadan dalam segala hal perbincangan kita demi meniti bilah-bilah hari yang mendatang!

:: Pesan nenek daklan

'sayangi dengan apa yang kita milik'..mmg ada benarnya..

ttp daklan tambahkan lagi statement bahawa :

'tak salah juga kalau kita sayangi dengan apa yg kita miliki dan bakal kita miliki dimasa akan datang'

>> kerana Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita di masa akan datang. Kita hanya mampu merancang dan melaksanakan apa yg telah Tuhan rancangkan utk kita...

Akhir kalam, daklan mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga dengan kehadian daklan lebih memberi WARNA-WARNI KEHIDUPAN daklan seadanya!

Thanks my friend!

p/s:
'tak salah juga kalau kita sayangi dengan apa yg kita miliki dan bakal kita miliki dimasa akan datang'

>> ada sesiapa yg nak komen lagi ttg statement daklan tu?

>> apa kata combi, jie, norz, muadz, mamaranggi, intan dan lain-lain lagi? Termasuk juga Budin, UJ, PakNgah dan lain-lain lagi?

Orked on 1/08/2008 7:47 AM said...

Salam saudara Azlan.. semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Semua komen² saya terdahulu telah saya keluarkan kerana saya tidak bercakap hanya untuk gurauan. Ada topik saya boleh bergurau dan ada topik saya berbincang secara matang.

Walaupun segala pendapat saya cuma sebagai seorang suri rumah, tetapi saya tetap memiliki my good self esteem.

Sekiranya kepopularan yang ingin di kejar, saya berdoa semoga saudara akan mengapainya berkat sokongan kawan².

Sekiranya berbincangan yang membuka minda dan dimanafaatkan untuk semua orang ingin saudara terapkan, saya bila² masa bersedia.

Semoga perjalanan hidup saudara akan dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

echah_syed on 1/08/2008 2:49 PM said...

daklan...apapun sume dah selesai..tatau nk ckp aper lagi.tp yg best combi mmg emo mase tu..terpengaruh ngn lawa sket :(

aper yg combi tulis mmg rase dari dlm hati..seorg isteri yg sgt bahagia hidup disisi seorg suami yg sgt penyayang..

dah 23 thn berumah tangga..mcm2 dah dirasai..yg manis,yg pahit,yg suke,yg duka..tak terkira dgn jari jemari..

alhamdulilah redha ALLAH kami masih mcm dulu2..selalu memaafkan aper yg kurang diantara kami..kerna itu yg saling lengkap melengkapi..insyALLAH.

daklan tanyer..'akan memiliki dimasa akan dtg??'

ntah laa..semakin meniti usia..aper lagi yg kita mau sebagai hambanyer..kebahagiaan duniawi dan ketenangan ukhrawi..itu saje !!

daklan sendiri?? org muda tentu byk yg nk dikejar..apapun yg mengikut lunas nyer akan diberkati.amin

p/s combi pun minta maaf sbb emo giler ekk..jgn simpan dihati ya daklan..

doa combi daklan dpt memenuhi impian utk buat MA dlm psikologi..sorry rupanyer daklan pun pakar gak..malunyer aku !!!jumpa nx n3..

Tirai Hidup on 1/10/2008 7:18 AM said...

aahhh..sudah haku malas nak skema skema sah aku memang noti..kan daklan!!Tapi sempena maal hijrah aku minta maaf kat daklan kerana aku yg mula stat kes ni..hahhahha...yg hampa sambung tu wat per????hahhahha.

AnnDee on 8/21/2008 3:50 AM said...
This comment has been removed by the author.
AnnDee on 8/21/2008 4:04 AM said...

aisey..

entry lama rupanya.. ahaks!! comment terdahulu terpaksa delete sebab mcm tak releven dah hehe..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template