Jan 31, 2008

Rangkaian Ngetop!

Kali ini aku gemar membuat promosi rangkaian baru kita. Kekadang apa yang aku temui, korang tak jumpa. Ada juga, apa yang korang temui, aku pulak yang tak jumpa. Maka, apa salahnya, jika apa-apa yang difikirkan menarik setelah kita temui, marilah kita kongsi-kongsikan bersama...

Blog ini lebih dikenali sebagai Kak Dah. Blog ini banyak memaparkan rentetan perjalanan sehariannya sebagai seorang suri, permaisuri, ibu dan kakak dan rakan kepada kehidupan disekelilingnya. Rentetan perjalanan kehidupannya dicoretkan di sini. Banyak moral yang cuba dipaparkan untuk tatapan pembaca dan rakan blog. Marilah sama-sama kita menambah rangkaian kita. Jom cari rangkaian ngetop!
Continue Reading...

Jan 27, 2008

Meeting

Meeting Pengurusan
Jitu Auto Service Centre
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pelan Pembangunan Fizikal
Jitu Auto 2008

Bertempat : Rest House, Kluang
Hari : 26 Januari 2008
Jam : 9.45 malam


Dah selesai dan bersantai

Continue Reading...

Jan 22, 2008

Al-Fatihah...

Khas buat Along Kecik - sahabat pomen-pomen aku dan dianggap mcm adik-adik aku di Simpang Renggam. Malam td baru aku berborak dengan arwah di bengkel. Innalilla...

Continue Reading...

Jan 21, 2008

Tali..


Aku ada berbincang dengan rakan maya yang baru aku kenali. Mindanya mantap, setiap bait katanya, penuh makna. Salah satu perbincangan aku dengan dia ialah berkaitan konsep 'tali' dalam kehidupan:

Jika "tali" lembut >> kuat jerutnya...
Jika "tali" keras >> jerutnya akan menjadi longgar...

Persoalannya:

1. Bagaimanakah konsep "tali" itu dikaitkan dengan kehidupan?
2. Apakah kaitan "tali" dengan kekuatan jerutannya?

Marilah sesama kita fikirkan...apa komen anda?
Continue Reading...

Jan 19, 2008

Kembali semula....

Jam 11.30 pagi aku sefamili mula bergerak ke Muar. Aku melalui YongPeng, Sri Medan dan terus ke Muar. Tujuannya, aku akan menemui Najib yang menjumpai HP aku. Berdebar-debar juga rasanya dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Aku memandu secara bersantai saja... xde nak pecut2 macam selalu.

Dalam perjalanan ke Muar, aku ternampak signboard Parit Jawa. Kepala aku mula teringat akan kedai Asam Pedas Parit Jawa. Perut juga mula mengeluarkan bunyi keroncong. Anak-anak asyik dengan vcd Doraemon dalam kereta. Aku mula ngajak mem besar untuk 'merasa asam pedas' Parit Jawa. Kebetulan juga aku sememangnya perlu berjumpa dengan Cikgu DinKaya (member sekuliah di IPPM dulu)

Aku terus membelok dan menghala ke Parit Jawa. Apabila melintas pekan Parit Jawa, aku mula memerhati arah kawasan perumahan untuk ke rumah DinKaya. Aku meneruskan perjalanan untuk mencari Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa. Aku pernah ke sini suatu ketika dulu dan memang dah tahu ada salah sebuah kedai di sana telah dilawati pihak media seperti Majalah 3 dan TV3. Cuma aku belum merasakan masakannya.




Aku singgah di Kedai Pak Yahya. Siap ada signboard lambang TV3 lagi! Hari dah lewat, lebih kurang jam 2.30 petang. Alhamdulillah, masih ada rezeki aku sefamili. Kepala Ikan Patin! Terus je order, asam pedas kepala ikan patin, nasi putih, sambal belacan dan telur dadar. Untuk minuman, anak-anak punya citarasa tersendiri....masing2 bagi order!

Setelah selesai, aku bergerak untuk mencari Dinkaya. Aku ke rumah barunya yg pernah aku pergi dulu. Nampak gayanya xde orang. Mem besar tolong tanyakan jirannya. Dapat juga aku maklumat tentang rumah ibu mertuanya. Aku bergegas ke sana. Atibanya di sana, dia sedang rehat-rehatkan diri..maklum le ada gotong royong di sekolahnya tadi pagi. Mengganggu pulak aku nih..tapi takpe sebab dah buat appoinment. Aku serahkan cd IrfanKhairi - berkaitan bisness internet yang aku pinjam dalam cuti sekolah dulu. Ilmu tu mungkin aku belum gunakan sekarang ni kut! errrmmmm...bila tu yek?



Lepas tu aku mula hubungi En Najib berkaitan HP tu. Dia minta aku ke bandar Muar jer sebab aku x berapa mahir area Bakri Batu 2. Aku pilih Bangunan Mara, Muar. Bandarnya di tepi sungai Muar...bleh gak anak-anak aku melihat area situ ditemankan mama....

Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan En Najib. Manis orangnya...berbeza sungguh dengan aku..Brutal! Berborak la jugak aku dengan dia. Nak tau la jugak...mcm mana aku boleh cuai sampai camtu sekali...akhirnya, tahu le aku. Aku dan mem besar ada ke kedai makan selepas tamatnya program di sekolah. Beli lauk utk nak makan tengah hari. Dah tak sempat nak masak... Maka di situlah HP aku terjatuh. Aku mula dapat ingat, aku ada berborak kejap ngan member yang tengah ngeteh kat situ. Nasi Ayam PJ! Tu diaaaa aihh..

Inilah kali pertama aku jumpa dengan orang En Najib tu. Baik orangnya. Peramah dan senang diajak berborak. Akhirnya, dapat juga aku tahu bahawa, dia juga sejabatan dengan aku. Mudah le sikit nak berborak....alhamdulilah... Akhirnya, beri le juga sedikit saguhati untuk anak-anak dia... itu je yang mampu tanda terimakasih atas keikhlasan dia.



Selepas itu kami ke Giant Muar. Saja nak tengok2 apa yang ada. Sekejap saja kami di sana. Aku terus ke Batu Pahat melalui Semerah, jalan lama. Di Batu Pahat, aku membelok ke Carefour. Saja nak layan-layan anak-anak. Diaorang memang jenis membelek-belek..... tak beli pun takpa. Di situ aku menjumpai sahabat lama Wak Sapari. Dia dah berhenti kerja/pencen awal. Demi tugas dan tanggungjawab, dia sambut seruan Pegawai Daerah. Ambil tanggungjawab jadi Ketua Kampung. Sempat juga berborak itu dan ini. Wak Sapari ni aku kenal sebagai Ketua Cawangan Kg Palembang.


Komitmen dia dengan jawatan tu..bukan mudah untuk ramai orang lakukannya. Aku memahami situasi tu. Maklum le, mengawal dan melayan karenah manusia bukan mudah tambahan pula keinginan dan ketidakpuasan hati orang kampung, dia berjaya tangani dengan senyuman yang paling manis. Tuturkatanya memang lembut dan bersahaja. Dia juga berjaya membuang egonya demi anak-anak buah. Maklum le...macam-mcam ada dalam menghadapi karenah orang kampung!

Continue Reading...

Jan 18, 2008

Berdebarnya....

"Hello, boleh bercakap dengan En Azlan?"

"Ya, Saya Azlan. Dengan Siapa saya bercakap ni?" balas aku.

"Ini Zack la", rupa-rupanya sahabat lama aku dalam barisan Pemuda Kluang.

"Lain benor suara ko Zack? Apa halnya Zack?", tanya aku lagi

"Lan, HP awak ada hilang tak? Ada orang call aku tadi. Katanya dia jumpa HP dan ada nama awak", katanya dengan nada bersungguh - sungguh.

"A'a Zack. HP aku hilang minggu lepas. Aku pun tak ingat di mana hilangnya", balas aku.

"Kalu mcm tu, awak hubungi no ni. 019-6XXXXXX. Orang Muar. Namanya Najib", kata sahabat lama aku.

Terima kasih Zack. Nanti aku call dia"

Itulah berita yang mengejutkan aku jam 10.00 pagi tadi. Aku terus call Najib yang kebetulannya dah waktu rehat. Sempat juga aku bertanya serba sedikit tentang bagaimana HP aku dijumpainya. Agak pelik juga dengan kenyataan Najib tentang lokasi yang dijumpainya. Maklum le, selepas selesai tanyangan montaj, aku tak de la pulak pegi ngeteh di mana-mana kedai itu hari.

Katanya, sebelum melawat anaknya di SMA Kluang, dia menyinggah di kedai untuk makan. Dia terduduk atas HP. Setakat ni, belum terlintas di otak aku tentang aku ada singgah kedai makan hari Sabtu lalu.

Apa-apa pun kemungkinannya:
1. Hp tu bukan aku yang punya.
2. Mcm mana boleh jumpa HP di kedai makan pulak dah!

Yang pastinya, esok pagi aku akan ke Muar sefamili untuk jumpa Najib! Aku dah buat appoinment dengannya.

Apa komen korang?
Continue Reading...

Jan 16, 2008

Bakal Menyengat!

Untuk tahun ini, isu bayaran yuran sememangnya menjadi isu besar kepada para ibubapa. Jika dilihat, apa la sangatnya! Maklum le melibatkan duit sendiri. Malangnya, demi pelaburan untuk anak-anak sendiri yang dipertikainya. Jika bayaran yuran di sekolah rendah, hanya RM4.20 saja yang dihapuskan. Justeru, utk lain-lain program demi kecemerlangan anak didik, tentunya memerlukan peruntukan yang besar. Sayangnya, ada segelintir ibubapa yang mempertikaikan kutipan bayaran utk program-program yang telah dirancang utk sepanjang tahun 2008 khususnya para pelajar yg akan menduduki UPSR.

Atas dasar menampung budget, cikgu-cikgu yang ramai kenalan di kalangan korporat, akan menjadi "peminta sedekah terhormat" dengan menebalkan muka untuk memohon sumbangan demi anak didik. Maka, pagi tadi, Cikgu Faizal minta tolong aku dealkan utk berjumpa dengan Pengerusi KGGMMB Johor melalui telefon. Aku sentiasa membantu rakan-rakan setugas demi anak-anak didik. Kami telah dapatkan persetujuannya untuk berjumpa di sebelah petangnya. Sebenarnya, Ckgu Faizal sedang arrangekan program utk pelajar thn 6 - Kem Bestari Sains dan Matematik di Pusat Kecemerlangan Minda Sekakap, Mersing utk 3 hari 2 malam. Untung budak-budak sekarang ni yer...berbeza dengan zaman persekolahan kita dulu!

Jam 4 petang, kami ( 5 orang) berjumpa dengan JK KGGMMB Johor di Restoran Jentayu, Batu Pahat. Yang datang ialah Pengerusi, S/U dan Bendahari KGGMMB Johor. Alhamdulillah, ada sebahagian peruntukan yang diluluskan. Atas dasar itu, baru aku sendiri ketahui banyak maklumat dan fungsi KGGMMB dalam khidmat sosial mereka ini. Ermm..banyak info yang aku perolehi. Kami dimaklumkan bahawa wakil JK dari Kluang telah tidak wujud kerana wakil itu telah berpindah tempat bertugas, maka Kluang menjadi ruang yang bersawang!

Dalam perbincangan itu, Pengerusi KGGMMB berhajat utk menyemarakkan semula daerah Kluang dengan melantik wakil Kluang utk duduk sama dalam JK KGGMMB Johor. Kebetulan GPK1 aku yang datang utk berbincang juga adalah salah seorang ahli KGGMMB, termasuk aku! Bila Pengerusi KGGMMB Johor menyuarakan hasrat untuk mencari wakil Kluang, aku terus mencadangkan GPK1 aku utk memegang jawatan itu. Malahan, secara informalnya, GPK1 aku menjadi "Pengerusi KGGMMB Daerah Kluang"



KGGMMB : Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat

Continue Reading...

Jan 15, 2008

Hilang lagi...

Sabtu lalu...aku tension sungguh! Banyak perkara emergency yang perlu aku selesaikan. Montaj - satu perkara yang aku tension jika pihak pengurusan nak aku buatkan montaj dalam tempoh yang singkat! Bayangkan, hari Jumaat, aku dimaklumkan majlis parenting skill akan dilaksanakan di sekolah. Kelam-kabut aku jadinya! Banyak gambar yang sesuai untuk majlis tu ... x de! Mampos aku!

Walau aku tersenyum saja untuk memenuhi permintaan tu, hati aku dah tergerak. Jenuh aku kali ni.... banyak bahan-bahan untuk montaj, ada dalam external hdisk aku yang dah terjatuh...punah! Jumaat petang, aku ke sekolah, mencari mana-mana gambar yang difikirkan sesuai. Ramai yang aku gegorkan untuk keluarkan gambar-gambar aktiviti pelajar thn 2007. Maklum le, tahun lepas aku xde di sekolah! Mcm berehat, membuncitkan perut! hehehhehehe.

Malam sabtu tu aku masih boring, sebab software nak buat montaj, aku belum install lagi. Maklum le aku baru format laptop aku! Akhirnya, jam 11.30 malam, lepas anak-anak aku dah dibuai mimpi masing-masing, mem aku ngajak aku pergi "ngeteh" sebab dia tau bila aku tengah resah atau gelabah bewak!

Lepas abis ngeteh, aku ngan mem besar selongkar semula cd aku yang lama-lama kat bilik library kecik kami di bilik tengah. Mem aku ingatkan aku bahawa aku pernah burn cd segala maknenek tentang bahan-bahan montaj lama aku sebelum aku ke kspk dulu. Alhamdulillah... jumpa! TQ mem!

Tak tidur aku malam tu hingga subuh! Mem aku tolong temankan. Kalu idak, taktau le aku... hehehhe..kompom tertidur kat depan laptop!

Pepagi lagi aku dah sms kat member aku utk sampai awal di sekolah utk setting segala skrin dan lcd! Kena standbye awal-awal sblm parent tiba! Suara dan gambar perlu jelas, baru ngam!

Alhamdulillah, semua berkaitan montaj berjalan lancar! Program juga berlangsung dengan tenang dan terkawal. Tahniah utk penyelaras program!

Sementara nak habis program tu, aku ada call member aku. Then aku masukkan hp aku ke dalam poket...seingat aku la. Bila selesai je majlis tu lebih kurang jam 12.00 tengahari, aku bergegas ke rumah. Aku banyak tugasan lain kat umah.

Tiba waktu petang, aku nak call pomen aku atas urusan tertentu.....jenuh aku mencari, tapi di mana ya? HP aku hilang pulak dah! Dalam kepala aku dah tak ingat di mana aku letakkannya!

Hari ini, aku dan member ke kedai hp, dapat juga hp lama aku semula...jeng-jeng-jeng!

Yang aku gunakan sebelum ini. Hilang jugak pada tahun lepas

Handphone yang baru hilang. Akhirnya aku mencari semula seperti hp yang lama.
Petang itu juga aku gunakan hp mem besar aku utk matikan simcard lama!

P/S : Kepada kengkawan blog...no hp korang semuanya, xde dalam simpanan! sorry yek! Bleh tolong update?

Continue Reading...

Jan 14, 2008

Hebatnya....

Minggu lepas, aku terbaca entri sahabat aku. Menarik entrinya! Alaaaaa.....tag-mengetag! Aku ingatkan aku memang tak kena sebab masa aku scan wording nama-nama yang terkena jangkitan tu...alhamdulilah...aku tak kena! Aku siap bubuh komen lagi dan ucapkan terima kasih kerana tak kena jangkitan virus tu! Last-last minit, minah tu dah bubuh notis kat chatbox. Walllaaamakkk...kena jugak aku! Aku memang kurang minat bab-bab mcm ni. Terutamanya bila kena jawab soalan-soalan yang dibagi..waduhhh, pening kepala!

Rating Combi yang sentiasa teratas jika dibandingkan dengan aku..jenuh aku nak ngejornya!

Aku pelik juga virus yang disebarkan oleh Combi ni...bukan apa, dia punya virus ni pesen (fesyen) lain sikit! Rupa-rupanya pesen bubuh printscreenkan desktop, then pastekan kat sini...rupa-rupanya terselit juga wajah combi kat dlm entrinya...senyum aku kat dia...sebab aku terasa macam... DakLan "masih boleh merima ibu mertua"(reverse ayat budin...)...Jangan marahkan Daklan ye Combi!

Sebenarnya, aku kenal combi kat alam maya juga! Orangnya ceria dan suka bersosial (mempunyai rangkaian rakan di mana jua dia wujud). Entrinya banyak berkisar tentang kehidupannya yang ceria, geram, marah, suka, benci dan macam-macam lagi! Ramuan perasaan yang dipamerkan itulah yang memberikan warna-warni dalam kehidupannya. Combi juga berjaya menguatkan ikatan persahabatan dengan rakan taulan walaupun baru dikenali. Tak gitu Combi?

p/s :

Combi...teruslah campakkan gam UHU kat kengkawan lain yang mampu membuatkan kawan-kawan lain sentiasa tertarik dengan Combi... DakLan nak belajor ngan Combi..boleh?


Continue Reading...

Jan 11, 2008

Terujanya aku....

:: Gambar Hiasan : :
Mana pi IC aku?


Alhamdulillah, selesai bergegas amik Amir dari sekolah agama petang, kelam kabut aku ke Balai Polis Kluang pula untuk buat repot! Maklum le, di awal persekolahan anak-anak ni, byk memerlukan salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga. Sebelum ni, surat beranak anak-anak, ic aku, mem - semuanya dah di'scan' dan simpan dalam laptop. Senang gitu, jika nak benda-benda tu, print aje...Sayangnya, terdelete semasa aku format dan buang data-data yang tak dipakai lagi. Maka, tersilap la aku.....

Sayangnya, minggu ni, selepas dikejan dek mem besar untuk selesaikan urusan SMM Amirul, terkalut-kalut aku mencari IC aku. Mana la pulak perginya. Maklum le, IC ni sesekali je pakai. Masalahnya bila tiba time nak pakai, aku terkantoi!

Masuk je ke BalaiPolis, aku menceritakan bahawa kehilangan IC atas kecuaian aku. Rupa-rupanya, jika IC je yang hilang (tak termasuk lesen, dan sebagainya), tak perlu lagi buat repot mcm dulu-dulu (maklumle sepanjang aku memegang IC, ini kali ke3 - aku kehilangannya!). Selalunya, bab2 ni mem besar aku akan peringatkan ! TQ mem! Akhirnya, pegawai polis yang bertugas, memberi cadangan aku terus je ke Pejabat Pendaftaran utk buat IC baru.

Jam pulak menunjukkan pukul 4.15 petang. Berdezup la aku ke Bangunan Persekutuan Kluang pulak. Line macam clear, aku bertanyakan pada salah sorang pegawai yang ada kat kaunter.

"Dah berapa kali hilang ni encik?" tanya pegawai tu

"Ermmm, kalu tak silap saya, ini baru kali ke3 encik", balas aku.

"Baiklah, biasanya...RM300.00. Encik tekan butang 7 untuk ambil nombor. ", sambung pegawai tu.

Walaaaamakkkk... mana ada aku sedia duit byk tu! Maklum le, cadangnya aku nak tanya dulu, berapa bayaran yang perlu aku lunaskan. Rupa-rupanya, mak aaaiiii...RM300.00! Mana ada aku sediakan...hehehheh.

Aku nekad untuk ambil nombor. Tak kira apa nak jadi, jadi ler...Sempat la aku duduk ngan Amir kat kerusi menunggu. Dalam 2 minit jer, nombor kat tangan aku "naik" macam nombor yang dipanggil. Aku mengadap perlahan-lahan [egawai bertugas dengan sopan abis. Maklum le dah buat salah....hehhehe

Pegawai tu check no IC aku kat komputer....

"Encik, IC encik dah hilang kali ke3. Bayarannya ialah RM300.00" kata pegawai yang bertugas sambil matanya memandang komputer.

" Ermm... puan, saya faham bahawa saya perlu membuat bayaran sebanyak RM300.00. Tapi Puan, saya ni salah seorang warga O.K.U. Macam mana pulak ni Puan?, tanya aku sambil pamerkan muka sedih..maklum le nak minta belas kasihan... hhuhuuhu...

Pegawai tu terus je memadang muka aku dan memerhati aku apabila aku sebutkan aku ni OKU!
Tentunya tergerak jugak kat hati pegawai tu, apa la mamat ni OKU pulak, ye ke? Tentu punya dia ingat macam tu...

"Encik, ada kad pengenalan OKU?" tanya pegawai tu sambil memandang aku macam ingat aku kaki kencing je gayanya.....

Aku hulurkan kad pengenalan 2 aku. Dia macam tak percaya juga. Tapi ada benarnya, dia nakkan kebenaran. Pegawai tu siap belek depan dan belakang kad aku. Akhirnya, dia memandang muka aku.

"Errmmmm.... encik isi borang untuk rayuan supaya dapat pengecualian bayaran. Kemudian, photostat Kad OKU depan dan belakang. Nanti encik datang sini semula.

"Terima kasih puan. Oooo..nak kena photostat ya Puan?. Nanti saya datang semula ya puan", balas aku dengan menguntumkan senyuman paling manis kepada pegawai tu. Maklum le aku ni OKU!

Alhamdulillah, selesai la sudah. Akhirnya dapat juga kad pengenalan sementara dan akan dapat yang original dalam tempoh 2 minggu lagi. Yang pastinya, alamat di IC baru aku nanti masih kekal alamat kampung aku. Belum nak tergerak hati untuk tukarkan alamat rumah di Johor!

Moral:
Usah le malu nak ngaku OKU kalu kita dah sememangnya OKU. Dan yang membezakan OKU dengan yang bukan OKU adalah kad pengenalan OKU. Maka, sesiapa yang berfikir bahawa anda adalah layak sebagai warga OKU, daftarlah segera...usah malu-malu kerana banyak benefit untuk OKU ni... Aku memang OKU!
Continue Reading...

Jan 8, 2008

Projek baru lagi!

Weekend baru ni, aku ke bengkel untuk memantau perjalanan bengkel secara keseluruhannya. Juga aku memantau perjalanan projek yang sedang dan bakal dijalankan selain drp kerja-kerja rutin! Tu diaaaa..projek baru aku dan pomen-pomen di bengkel JITU AUTO SERVICE CENTRE..


PROJEK 1:
Kete Mr Bean - Cikgu Zamri punya.
(kete anak bapa angkat angkat aku di Simpang Renggam)
Dia dah jual Wolkswagen warna silver, thn beli yang ni pulak dah.
(ada dlm entri sebelum ni)

Kereta Cikgu Zamri yang baru dibelinya. Perlu diubahsuai hiasan dalamannya dan enjin serta beberapa menatang yang lain untuk mencapai kesedapan tahap gaban! Ghega yang dibelinya ialah RM18,000.00 siap tukar nama pada geran! Aku ada mencadangkan untuk tukarkan enjin Mira L200s (turbo). Kini pembaikannya dah hampir mencecah ghega sebiji halfcut Mira L200s. But, coustumer always right! Bayangkan, absorber depan, sebelah aje dah ghega RM300 lebih, siap bleh adjust lagi..sbb dia nak yang baik punya! Absorber asalnya dah kiok!

Hiasan dalamannya sedang dikemaskini...Seat Kancil/Mira TRXX digantikan! panel dashboard disalut dengan kain harimau belang...ngancam beb!

PROJEK 2:

..Sahabat Sunny aku..
- MY MORRIS -

Waaaa.... ini kete MORRIS CLASIC yang baru aku beli di Kota Tinggi! Gheganya cuma RM1,000.00 setelah berbincang semasa tawar menawar dulu. Dalam bab tawar-menawar adalah satu situasi yang paling aku gemari untuk menakluki keadaan dalam keadaan lembut dan mencairkan! Kipas siap tetonggok kat depan!

Pomen aku wiring semula kipas tu untuk dibawa balik kereta Morris ni dari Kota Tinggi ke bengkel aku di Simpang Renggam! hahahahah...Yang menariknya, enjin kereta ni, tuan asalnya dah tukarkan ke C20 (enjin van). Pomen aku cadangkan untuk masukkan enjin Ford 1.8cc yang dah memang ada stok kat store aku! Aku kira jadik jer!

Buah hati aku
....Papaku pulang dari kota....

Projek ni, bila nak siap pun aku tak tau kerana, pomen-pomen aku tak menang tangan setakat ni. Alhamdulillah, syukur sesangat...yang penting para pelanggan selesa untuk datang ke bengel aku. Cadangnya, kete MORRIS ni dicatkan semula kepada warna oren Gen2..aku dah siap belikan cat untuk diaorang kerjanya dan membogelkan kete ni.

Harap-harap, dapat le kut siap untuk aku bawa sewaktu KONVO di IPPM, Melaka nanti...baru kerek sikit...Kebanyakan orang lebih berselera dengan kereta baru dan berkuasa tinggi ...tetapi, aku lebih berselera dengan yang klasik! Don't jugde person by the car! wakakakaka...

Pejon- membuat tuning kat kete honda, tauke transpot di Simpang Renggam
Kodok - kat belakang sekali sdg membuat top overhaul wira, manager kilang di Simpang Renggam

Setakat ni, bengkel aku memiliki 6 orang pomen termasuk aku! Eh..aku ni reti pomen ke? Wakakakaka... nak tolong ambil spanar pun asyik tersilap nombor spanar jer... Walaupun aku tersilap ambil spanar, kompom pomen aku tak berani nak ketawakan aku kerana muka aku sememangnya serius selalu time keje! Atau memang muka aku ni jenis orang yang serius? Hanya orang yang mengenali aku je yg tahu bahawa aku ni apa typenya.... Bengkel ni akan menyambut usia yang ke3 pada bulan Mac ini... alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku suka melihat orang-orang muda yang dapat menumpukan pada kerja tanpa membuang masa dengan melepak!

IJAN - lulusan Politeknik Kota Melaka
Pejon - lulusan Politeknik Sult. Ahmad Shah, kuantan
Kodok - lulusan Kolej Komuniti Tangkak
Mie - lulusan Giat Mara Benut
Man - lulusan Kolej Teknologi Johor
Aku - hanya reti tengok & menyuruh pomen buat keje & melayan pelanggan berborak! Itu je le keje aku! wakakakakaka...
Continue Reading...

Menghargai cinta lagi!

Terima kasih pada kengkawan semua yang memberi respon pada entri yang lepas. Entri tu tak boleh dibiarkan lama-lama. Seumpamanya, berhenti makan sebelum kenyang! Berhenti pada tahap klimaks sememangnya menyeronokkan!

Maka, pada awalnya sememangnya ramai yang dapat menjangkakan bahawa kamera yang membuatkan DakLan jatuh cinta lagi... memang benar! Cuma DakLan suka memainkan emosi DakLan dan pembaca dengan menjadikan kamera sebagai sombolik untuk dibincangkan. Maklum le, kitakan kaya dengan bahasa-bahasa kiasan dan simbolik. Oleh itu DakLan amat menghargai kehadiran kalian yang menambahkan WARNA-WARNI KEHIDUPAN dalam blog DakLan! Thanks my friends...

YANG PERTAMA

YANG KEDUA


YANG KEDUA ni DakLan hadiahkan untuk 'mem besar' kerana memudahkan mem besar DakLan merakam segala peristiwa yang melingkari kehidupannya... sesekali bleh juga DakLan ngendeng-ngendeng kamera tu mengikut kesesuaian dan waktu dan ketikanya.... Walaupun murah tetapi memberi seribu makna daripada 'pemberi' dan 'penerimanya'......SESUATU PEMBERIAN TANPA DIMINTA! ... cuba-cubalah membentuk suasana itu kepada pasangan kita!

Continue Reading...

Jan 5, 2008

Aku Jatuh Cinta lagi?

Waduhhh...ari aku jatuh cinta lagi! Cinta pandang pertama untuk kali KEDUAnya!
(PERLUKAH AKU HEBAHKAN PADA KHALAYAK TENTANG APA KATA HATI KECILKU?)



Jam 11.00 pagi tadi aku ke kedai gambar untuk cuci design 2008. Sementara menunggu printing gambar tu, aku membelek-belek apa yang dipamerkan di dalam cermin kaca. Hati aku terdetik bila memandang silau akan sesuatu. Sidia seolah-olah memang menanti kehadiran aku kat kedai gambar tu.

Aku merapati ke arahnya. Sidia seolah menggamit aku supaya aku menghampiri dan menyentuh dan membelainya. Jemariku menyentuh lembut sidia. Sidia mengikut aje gerakan jemari dan tanganku tanpa berdecit sikit pun. Hati aku berdetik lagi!

"Waaaa.... mcm ni le yang aku suka. It's my taste!" kata hatiku lagi. Jemariku masih melurut-lurut sidia.

Ramping tubuh mongelnya, sedap mata memandang, tak jual mahal, easy going je lagaknya. Dup-dap dup-dap jantungku berdegup. YANG PERTAMA dulu pun, jantung aku berdegup mcm ni jugak. YANG PERTAMA pun aku masih sayang lagi, malah tak berubah kasih sayang aku pada YANG PERTAMA. Tapi.....

Adakah aku jatuh cinta lagi? Adakah aku JATUH CINTA PANDANG PERTAMA untuk kedua kalinya?. Kompom....aku jatuh cinta lagi. Mungkin aku ni jenis penyayang...atau kasih sayang aku melimpah ruah pada YANG PERTAMA. Daripada membazir baik aku berikan kasih sayang aku pada YANG KEDUA. Aku berjanji pada diriku bahawa aku takkan bezakan kedua-duanya. Sememangnya antara kedua-duanya ada perbezaan yang nyata! Walaupun kedua-duanya jenis atau type yang aku suka, tetapi bentuk tubuh bada merka kedua ada bezanya! Raut wajah mereka ada bezanya..tetapi....kedua-duanya memang memenuhi taste aku. Itu aku tahu. Aku yakin bahawa aku boleh dan mampu memberikan keadilan yang sewajarnya untuk kedua-duanya.

Adakah aku tamak? Adakah aku rakus? Adakah aku sekadar memenuhi nafsu "serakah yang merekah" aku? Apa-apa pun aku yakin bahawa kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing yang berjaya menarik hati aku untuk memiliki kedua-duanya. Aku tidak memandang pada kelemahan yang ada pada mereka kedua.

Aku juga yakin bahawa aku tahu bila aku nak membuatkan YANG PERTAMA tidak disisihkan atau terlalu melebihkan YANG KEDUA!. Yang pastinya aku akan melibatkan kedua-dua mereka dalam apa jua keadaan agar mereka fahami bahawa aku memerlukan kedua-duanya!. Yang penting YANG PERTAMA memahami kenapa dan mengapa aku perlukan YANG KEDUA. Itulah yang paling penting. Manakala, YANG KEDUA memahami mengapa dan kenapa aku memerlukannya! Agar mereka menjadi akrab-seakrabnya!

Apa-apa pun yang penting ialah kestabilan emosi dan minda aku untuk mencorak warnakan demi masa depan mereka berdua. Aku nekad! Aku memerlukan mereka berdua!

Aku mengambil sebatang rokok WINSTON. Aku nyalakan lighter dan mencucuh rokok yang tersedia di bibir aku. Aku sedut dalam-dalam. Aku hembus perlahan-lahan. Asap keluar lembut daripada hidung dan mulut. Ketika itu aku memikirkan baik dan buruk untuk aku memiliki kedua-duanya. Aku paling lagi ke arah sidia. Sidia seolah-olah memahami kenapa dan mengapa aku memandangnya lagi... Itu yang membuatkan aku berasa puas dan lega. Sidia mengerti dan memahmi tanpa perlu aku meluahkan kenapa aku memerlukannya. Aku benar-benar puas!

Kebetulan, penjaga sidia adalah kenalan lama aku. Walaupun penjaganya dah berumur, dia tahu bahawa aku memerlukan apa yang dijaganya... Penjaganya juga mengerti bagaimana aku menjaga YANG PERTAMA. Terfikir juga dibenak aku.... adakah aku menkhianati YANG PERTAMA? Adakah YANG PERTAMA akan berkecil hati... AKU NEKAD akhirnya. Pasti aku memilikinya!

(AKU TAHU...RAMAI LAGI LELAKI YANG MERASAI SEPERTI TU..CUMA MEREKA TIDAK BERANI MEMPERKATAKAN TENTANGNYA...KERANA MENJAGA HATI...KONTROL MACHO LA KONONNYA! ) piiiiirrraaaahhhhh! ikut gerak hati sendiri le beb!

bersambung nanti....

p/s nak ke bengkel selepas ni sbb ada projek baru! Barang dah sampai...pastinya aku akan ceritakan..apa projek baru aku ngan pomen-pomen aku!

Continue Reading...

Jan 4, 2008

Design 2008

Design utk 'mem besar' 2008

Design 2008

Design spt cdgn PakNgah
(ada silau/cahaya
di bahagian atas diamond )

Ini adalah design simple utk nak lekatkan pada kulit depan buku rekod ngajor. Ia amat sesuai utk guru-guru yang membalut buku rekodnya dengan kertas balut hadiah. Kalu tak balut pun masih boleh digunakan design ni...

Sebenarnya, cara sebegini memang aku amalkan sejak 2005 lagi. Akhirnya menjadi ikutan kawan-kawan yang lain.. Apa lagi, aku tinggal ambil order jer... Tahun ni mungkin aku jual sekeping RM5.00 utk kengkawan yang malas nak tulis sendiri guna tangan atau menaip & print komputer kat kertas warna.

Aku suka melihat resam manusia..nak senang dalam apa-apa hal...maka aku wujudkan design tertentu ikut tema yang aku fikirkan sesuai utk tahunnya. Jadi untuk tahun ni, aku ambil design 'diamond' yang menjadi logo utama pada lencana sekolah aku. Createkan bagi nampak profesional sikit...ala...calit-calit jer....

Panduan untuk kengkawan lepasan KSPK IPPM, boleh juga cuba-buat kat sekolah korang. Maklum le lepasan ICT kan? Khusus untuk kelompok 12 di kalangan kengkawan KSPK... bila lagi nak tunjuk garang? Rasanya TokNabe, Raszana, TokMoh & TokNgah tentunya dah ada idea utk buatkan sesuatu .... strategi aku, mudah, simple, dipandang-pandang selalu, dilihat sepanjang tahun!

Cara buat design ni:

Gunakan Adobe Photshop, buatkan saiz 6X4 (inci)...buatla apa-apa design yang patut dan savekan dalam fail - jpg. Then pegi la cuci kat kedai gambar digital mcm cuci gambar digital yang selalu kita cuci tu... biasanya saiz 6X4 tu ialah bersaiz gambar 4R..

Selamat Mencuba!


Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template