Oct 13, 2007

AKTIVITI SYAWAL

Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
AKTIVITI RAYA :

Raya Pertama : Sabtu / 13.10.2007
* Beraya di rumah mertua / sendiri

Raya Kedua : Ahad / 14.10.2007
* Masing-masing mula berkumpul di umah Bt 51, Pantai Remis, Perak
* Mula mengatur untuk majlis Tahlil.

Raya Ketiga : Isnin / 15.10.2007
* Siang - aturkan majlis Tahlil
- pomen-pomen Jitu Auto Service Centre tiba ke Perak.
* Malam - Majlis Tahlil untuk arwah Mak & Ayah

Raya keempat : Selasa / 16.10.2007
* Berkelah ke Teluk Akuan (ada air katoq - air terjun)
- Abg Mansor kompomkan ngan Pak Ndak Non - berkelah ikut laut, naik bot pukat harimau.
- masa kecik2 dulu je yg pergi berkelah naik bot...la ni asyik berkelah ikut jalan darat jer...
- nak bagi pengalaman pada anak-anak naik bot...nak bagitau yg ayah dia pernah jadi nelayan!

Raya kelima : Rabu / 17.10.2007
* Mungkin sanak-saudara telah kembali ke rumah masing-masing semula
* Jengah tanah sawit di Matang Acheh (projek YCM - Yayasan Che Mah) & Sg Rotan (projek aku ngan Lebai Yan) - arap2 BangNdak free!
- My birthday - 36 tahun!

Raya keenam : Khamis / 18.10.2007
* Ke Sitiawan - uruskan urusan tanah pusaka... arap2 Lebai Yan, ada free

Raya ketujuh : Jumaat/ 19.10.2007
* Ke Seri Iskandar - uruskan rumah - ambil kunci! mungkin utk disewa! - sapa nak tolong uruskan?

Raya kelapan : Sabtu / 20.10.2007
* Uruskan mana-mana urusan yang belum selesai
* Jika tiada urursan - bergerak semula ke Johor.

Raya kesembilan : Ahad/ 21.10.2007
* beraya di Melaka sekejap
* lajak ke Batu Pahat, beraya umah nya'i dan ya'i

jika ada aktiviti tambahan, boleh dimaklumkan utnuk memerihakan suasana. Sudi2 le balik beraya di Umah Batu 51, Pantai Remis, Perak.

* Aku usahakan selagi terdaya dan termampu untuk sanak-saudaraku!


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Maaf Zahir & Batin

drp: PakTam Sekeluarga


6 Coretan Lain:

Bangchik and Kakdah on 9/21/2007 10:31 PM said...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. Kami nampak gayanya beraya di Sabah saja.

azlanlin on 9/22/2007 5:45 AM said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI: Kepada semua sanak saudara dan pengunjung blog. Kunjung mengunjung amalan kita yang makin terhakis kesan modenisasi dan urusan duniawi. Amalan lama yang kian dilupakan!

azlanlin sekeluarga

Anonymous said...

Salam Aidilfitri juga buat Azlan sekeluarga. Ni mesti dah siap beli baju raya.

Azuna
West Midland,
England.

aQQim on 10/07/2007 3:47 PM said...

buat paktam sekeluarga: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MOHON AMPUN DAN MAAF..
jupe di pantai nanti, insyaallah.. (100% nie :-))

azlanlin on 10/07/2007 4:30 PM said...

re: BANGCHIK - selamat berkumpul anak dan cucu...di Sabah. Laksa Mee ke menu utama di pagi raya?

re: AZUNA - selamat berhari raya di perantauan. Semoga cekal dan tabah menghadapi kesayuan dan kesyahduan di pagi raya? Usah lupa hubungi keluarga selagi ada....

re: CIKGUHAKIM - berjumpa kita di Pantai, jika diizinkanNya. Insyallah. Nak tergelak pun ada bila ada tanda 100%. Kita je yang tau ...dan sesapa yang pernah ditanya PakTam...hahahha

Bangchik and Kakdah on 10/11/2007 10:22 PM said...

Laksa mee ada dua ketul je lagi. Stok baru tunggu kakak bawak. Nampaknya laksa mee terkeluar dari senarai menu raya pertama.

Kalau raya ketiga sebelah malam dan hari-hari raya seterusnya, insya allah.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template