May 24, 2007

Nostalgia muncul kembali

Ketenangan yang menghampiri diri..amat terasa. Mengimbau kembali sejarah silam di kampung.
Petang-petang, rajin juga aku menyapu daun-daun mempelam air yang melata di tanah. Bersepah, semak dan sakit mata memandang. Kekadang, daun-daun mempelam berterbangan ke bawah rumah Pak Lang Jit. Aku capai penyapu yang digantung di bawah rumah, terus aku bergerak ke bawah pokok mempelam.
Daun-daun dikumpulkan pada lunggok sampah yang hampir dengan penyidai kain. Mancis dinyalakan. Dihalakan ke lunggokan daun-daun. Satu persatu daun-daun mempelam terbakar. Sememangnya, pandangan yang menyakitkan seawal tadi telah selesa dilihat. Daun-daun terus membakar diri mereka.
Kini, bila dikenang-kenang, sememangnya aku puas. Daun-daun mempelam tua sudah tidak melata lagi di bawah pokok. Sedap mata memandang! Cuma persoalan baru difikirkan.
Adakah asap-asap daun itu menyesakkan nafas orang di rumah-rumah sekeliling?
Pak Lang Jit tak pedih mata ke?
Pak Ngah Can tak batuk ke?
Perlukah aku membawa daun-daun tu ke tempat lain untuk dibakar? Sedangkan tempat membakar dah memang sedia ada di kawasan itu.....
Itulah...kekadang jika terlalu memikirkan hal-hal orang lain, takut batuk, takut lemas...akhirnya semak masih kelihatan, sakit mata memandang.
Ermmm....

1 Coretan Lain:

Pak Ngah on 5/27/2007 2:02 AM said...

:: bagaimana dengan imbauan dan imbasan kisah silam... roti canai Bang Leman... dan Cak Satey...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template