Feb 27, 2015

LANGIT SEDANG TERBUKA : menggapai pemikiran luar kotak

Batu Pahat : 27.02.2015 - Langit sedang terbuka kembali lagi...

Penulisan ini hanya berkisar seorang tokoh tidak dinobatkan dalam negara sendiri. Dr Halo-N, seorang ahli tasawuf yang mengaplikasikan Al-Quran dan diterjemahkan menerusi disiplin ilmunya. Penterjemahan Al-Quran berkonsepkan kontemporari dengan dunia semasa. Beliau melaksanakan satu anjakan paradigma dalam menterjemahkan Al-Quran dalam disiplin ILMU SAINS MODEN selari dengan pendidikan Abad ke-21. Ini mempamerkan bahawa, beliau memiliki pemikiran yang agak radikal  dalam menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti sokongan terhadap 9 buah teori baru dalam disiplin ilmu sains.

Beliau, tidak lagi membuat penterjemahan dan memaknakan Al-Quran itu seperti pengetahuan sedia ada umat ISLAM di Malaysia yakni sekadar BERLENGKAR DI KAIN SARUNG sahaja. Maksud berlengkar di kain sarung itu ialah kupasan-kupasan hanya berlegar-legar tentang makna tersurat sahaja, akhirnya tercetuslah fenomena DI SITU, KE SITU jua. Bilakah pemikiran umat ISLAM akan berkembang?


Para pembaca yang berminat untuk mengetahui cara pemikiran Dr Halo-N yang mencipta pelbagai teori dalam Sains Atom Neuklear, anda boleh klik DI SINI. Dalam laman web tersebut, anda boleh memuatturun 3 buah buku hasil tulisan yang dimuatnaik untuk tatapan pembaca. Buku-buku tersebut ialah Al-Fathun Nawa Jilid 1 dan 2. Juga sebuah buku lagi yang bertajuk Halawa Al-Fathun Nawa.

Semoga bahan bacaan ini bermanfaat kepada semua pembaca dengan corak fikir di luar kotak dengan mengaplikasikan ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan dengan lebih kontemporari. Juga semoga keluarga penulisan dan para pembaca beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup. InsyaAllah...



Malahan, penulis juga adalah penulis buku Hakikat Insan yang menjadi polemik dalam negara di era tahun 1980-an lalu. Buku tersebut hanya menjadi polemik dalam kalangan agamawan hanya kerana disiplin ilmu yang berbeza dengan kefahaman sedia ada. Itu saja...

Semoga, para pembaca berfikiran terbuka dalam menelaah untuk sesuatu disiplin ilmu termasuk agar mampu membanding beza terhadap sesuatu disiplin ilmu itu. Harapan saya, semoga pembaca tidak terus membuat tafsiran awal tanpa memahami dan merasai apa yang penulis rasai. Maka, duduklah pada disiplin ilmu masing-masing...

Sekian, terima kasih. - Hj Azlan bin Lin

*******
Catatan awal buat renungan...

Percayalah selagi mata dan pemikiran masih bertaut dengan prinsip warga belantara yang melihat pokok di erti pokok. Rotan di erti rotan. Maka selama itulah khazanah rahsia furqan hutan (the soul invention of jungle) tidak akan terwujud. Maka demikianlah khazanah hutan yang bernama Al Quran tidak akan melahirkan rupa furqan kemajuan jika mata pentafsiran masih tertaut dengan cara dan pendekatan lama di wajah balik bahasa tanpa penonjolan mantiq furqannya diserlah ke muka
dunia.  

Sesungguhnya sikap memberanikan diri mengubah pattern pendekatan yang ada kepada satu pattern pendekatan baru perlu dilakukan. Meski pun keheningan environment di hutan terpaksa dibisingkan dengan gergaji baru yang akan menggerak-kejut penghuni rimba. Satu rupa gerak kerja mata gergaji yang seharusnya dizahirkan oleh para intelektual di semua bidang sehingga rupa tamsiliah papan,
meja dan almari terzahir dari lubuk akliah keilmuan yang dituntut selama. Satu tuntutan perubahan baru yang mungkin mengejutkan penghuni rimba di awalnya tetapi akan menzahirkan rupa yang akan diterima kemudiannya. Satu keberanian di atas dasar kesedaran di hakikat tidak ada orang lain yang
akan merubah keadaan kecuali diri sendiri. 

Renung-renunglah. 

*******************

1 Coretan Lain:

Dewi Aja on 4/12/2015 8:01 PM said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template