Mar 1, 2011

KAPSUL MASA : Sekadar ramalan, jangkaan atau impian?

01.03.2011 - Selasa :

Kapsul masa - antara sedar atau tidak, telah hampir 24 tahun, Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia menanam kapsul masa di Komplek Membeli Belah The Mall pada tahun 1987 lalu. Tahukah kita apa yang digarapkan tentang jangkaan-jangkaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir?

Berdasarkan bacaan aku dalam sebuah blog INI, penulisnya seumpama berkeyakinan dengan ilmu ramalan @ ilmu falak yang dialaminya sendiri. Kepercayaan akan situasi ramalan itu berdasarkan kejadian yang dialaminya sendiri. Berbalik semula kepada kapsul masa yang telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir akan dibuka semula pada tahun 2087.Ini bermakna, Tun telah memikirkan 100 tahun kehadapan. Apakah yang difikirkannya dalam tempoh 100 tahun itu, tidaklah kita ketahui. Namun, berdasarkan pengalaman penulis yang bergaul dengan ramai ahli ramalan, beberapa ramalan berkaitan kapsul masa itu ialah :

1) Kita akan berperang dengan Singapura pada tahun 2012
2) Singapura akan menyertai Malaysia pada tahun 2015
3) Malaysia akan berpecah pada Utara dan Selatan pada sekitar tahun tersebut
4) Satu kejadian akan berlaku dan Malaysia akan menjadi kuasa besar ekonomi dunia pada tahun 2017 dan menjadi kuasa utama ekonomi menggantikan USA menjelang 2020
Sumber : Klik DI SINI.


Berkisar tentang kapsul masa ini, ingin aku perjelaskan bahawa kita seharusnya meletakkan target dalam kehidupan kita sama ada dalam situasi kerjaya, kehidupan dan sebagainya. Pembinaan KAPSUL MASA untuk diri sendiri, seolah-olah membuatkan kita bergerak ke arah apa yang kita impikan.

"Kata orang jawa di kluang ni...."life begin fourty". Betul ke? Entah le... Walau bagaimanapun, kehidupan mesti diteruskan. Bermakna aku ada 5 tahun lagi mulai sekarang (2011) untuk aku terus membentuk diri aku ke arah apa yang diingini dan dihajati. "

Situasi ini mengingatkan aku akan satu entri khas yang aku bina pada 17.10.2006 lalu. Klik DI SINI. Selama 5 tahun aku nantikan saat itu. Pastinya banyak garapan yang akan aku catatkan apabila tibanya tarikh 17.10.2011. Dalam tempoh itu, banyak pengalaman-pengalaman yang ditempuhi. Namun, untuk tiba tarikh itu, aku sendiri tidak tahu sama aku masih bergelar seorang pengembara di mukabumi ini? Wallahualam.


3 Coretan Lain:

suara on 3/01/2011 5:30 PM said...

Salam...
Satu-satunya kapsul masa yang pasti menjadi nyata untuk setiap individu adalah kematian. Cara kematian pun tak tahu. Sakit tua ke, sakit jantung ke, accident ke, kena bunuh ke... Masuk syurga ke... masuk neraka ke... Tak mungkin ada yang tahu masa depan, walaupun harapan dan matlamat telah kita tanamkan dalam fikiran, tapi perjalanan dan kesudahan impian itu bukan 100% dalam kawalan kita.

Menanam kapsul masa bagi saya hanyalah untuk kita menanam azam. Satu ketika kita akan mengenang kembali harapan yg pernah di tanam satu ketika dulu. Andai berjaya, alhamdulillah, tapi jangan sampai kita membenarkan ramalan yg pernah di buat. Jika tidak berjaya, harusnya ia menjadi satu iktibar yg harus di renungi. Mungkin ada yg tak kena dalam diri.

Semoga berjaya menggapai impian. Tapi jangan lupa, destinasi kita sama... akhirat.

Zuwairi Aiman on 3/03/2011 10:16 AM said...

Saya bersetuju dengan komen suara.. kapsul masa yang nyata ialah kematian

Eiza Jaafar on 1/02/2016 7:59 PM said...

Tahun yg dijangka di ats telahpun berlalu. Takde ape yg berlaku. Utk thn 2017 tu ekonomi skrg pun kucar kacir jgn haraplah kita nk jd kuasa besar ekonomi.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template