Dec 31, 2011

2012 - Mencari Diri..

31.12.2011 - Sabtu :

Tiada kata, tiada ucapan, tiada cerita. Harapan demi harapan, garapan demi garapan. Merancang apa yang terancang, harungi apa yang terentang. Mencari diri untuk dikenali.Semoga kehadiran 2012, membawa sinar baru dalam proses pencarian itu.


Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
Continue Reading...

Dec 21, 2011

DIA : Aku mula jatuh hati....

Aku selalu nampak DIA tetapi aku tak ambil peduli. Aku tak berminat dan belum terbuka hati untuk menyentuhnya. Jauh sekali untuk membelek-belek. Biasanya aku hanya akan sentuh, belek dan kelebek pada kawan-kawan DIA yang aku minat. Kali ini, minat aku sudah beralih arah kepada DIA. Siapa DIA? Kenapa DIA?

Siapa DIA?

DIA, hanyalah sebuah buku. Buku yang nipis. Sebelum ini, DIA belum berjaya menarik minat aku untuk membelek, kelebek dan jauh sekali untuk membelinya. Harganya bukanlah mahal berbanding dengan jumlah harga rokok yang aku peruntukkan untuk seminggu. Kali ini, DIA (rujuk pada buku) yang berkaitan dengan jual-beli hartanah/rumah, aku mula berminat.

Kenapa DIA jadi pilihan ?

Baru-baru ini, sedikit pelaburan aku 5/6 tahun lalu berkaitan hartanah (harta atas tanah ker?) telah menampakkan hasil. Keuntungannya dikirakan agak lumayan. Istilah lumayan itu hanyalah bagi aku dan mungkin kurang lumayan bagi orang lain. Mari kita congak mudah. Misalnya, dengan bermodalkan rm2.00, dijual dengan harga rm8.00. Maka, aku mendapat untung rm6.00 Mari pula kita gandakan nilai '0' di belakangnya sebanyak 5 digit. Bermodalkan rm20,000 dan dijual pada harga rm80,000 dan sudah pasti keuntungannya sebanyak rm60,000. Itulah situasinya, sedikit pengalaman aku berkaitan hartanah.

Itulah puncanya DIA menjadi pilihan aku. Makanya,aku berminat untuk meneroka dalam proses pembelian rumah lelong. Aku tak ada pengalaman langsung akan hal itu. Aku perlu mencari sedikit info sebagai gambaran umum untuk aku mula meneroka. Kiranya, aku agak terlewat untuk memulakan penerokaan dan menimba pengalaman baru. Bagi aku, walau aku agak terlewat tetapi belum terlambat dan terlepas untuk berjinak-jinak dalam bidan ini pula.



Aku membeli DIA

Akhirnya aku mula order online pembelian buku-buku menerusi laman web PTS Sdn Bhd. Buku-buku tersebut berkaitan dengan DIA. Aku perlu ada pengetahuan sebelum aku meneruskan langkah untuk terus melangkah. Semoga berjaya.

Continue Reading...

Dec 10, 2011

OKU : PBT Diarah Lantik OKU Dalam Jawatankuasa Perancangan



KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini diarah melantik sekurang-kurangnya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai anggota jawatankuasa perancangan dan pembangunan dalam PBT masing-masing.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata dengan adanya OKU dalam jawatankuasa itu, setiap PBT dapat meningkatkan aksesibiliti OKU kepada bangunan dan kemudahan awam seterusnya menggalakkan persekitaran mesra OKU.

"Pada hari ini memang dah ada dah kod amalan kalau bangunan itu tidak mempunyai kemudahan untuk OKU tak boleh bagi kebenaran...tapi perkara ini masih berlaku juga.

"Jadi bagi membantu untuk memastikan hak OKU itu terjamin, kita minta pada kabinet dan kabinet bersetuju supaya OKU dilantik dalam jawatankuasa PBT," katanya.

Shahrizat berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel dalam 'Forum Khas Karisma OKU: Melonjak Potensi' yang disiarkan secara langsung selama sejam melalui BernamaTV dari Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, Ahad.

"Kementerian akan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan setiap PBT mematuhi arahan yang dikeluarkan itu," katanya.

Katanya inisiatif itu merupakan usaha kerajaan membela kesejahteraan dan memperjuangkan hak OKU agar mereka dapat melibatkan diri dalam arus pembangunan negara sekaligus meningkatkan kualiti hidup OKU.

Shahrizat berkata seramai 331,606 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga November tahun ini.

Sementara itu, Penasihat Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Zaliha Omar berkata selain keanggotaan OKU, setiap PBT juga perlu menubuhkan audit akses supaya kemudahan OKU tidak terlepas pandang.

"Kementerian sedia membantu PBT tentang bagaimana cara menjalankan audit akses itu dan kita telah pun membantu 83 PBT menjalankan audit akses itu melalui seminar pada bulan lepas," katanya.

Malah, kata Zaliha terdapat beberapa PBT telah mula melantik OKU dalam jawatankuasa mereka sebelum arahan itu dikeluarkan, antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sehingga kini telah bekerjasama dengan lebih 400 OKU.

Katanya persekitaran mesra OKU yang berdasarkan konsep reka bentuk sejagat, bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh OKU bahkan semua lapisan masyarakat seperti warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak.

Ketika sesi dialog pada forum itu, Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia Mohamad Sazali Sha'ari berharap pihak PBT memandang serius perkara itu dan memastikan kemudahan itu benar-benar digunakan dengan mudah.

"Saya juga agak sedih apabila ada segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan kepada OKU, seperti tempat letak kereta," katanya, yang diterjemah oleh Presiden Juru Bahasa Isyarat, Wan Zuraidah Abu.

Antara panel lain ialah Presiden Persatuan OKU Malaysia Datuk Mah Hassan Omar dan Ahli Majlis Kebajikan OKU Anthony Arokia. - BERNAMA

Sumber : MStar - Ahad, 4 Disember 2011

Continue Reading...

Dec 7, 2011

Tokoh OKU Negeri Johor - Karisma OKU: Melonjak Potensi



Entri hari ini adalah entri yang ke-600. Makanya, aku sisipkan satu entri khas khusus untuk aku berkaitan Perjalanan Seorang OKU. Hakikatnya, perjalanan kehidupan seorang OKU, rata-ratanya berasaskan semangat yang kuat, usaha yang gigih, kehendak dan keinginan untuk mencapai sesuatu agak tinggi. Semua ini berkaitan SEQ diri seorang OKU.

Bergambar sebelum majlis berlangsung

Dalam blog ini, aku telah sisipkan beberapa cerpen berkaitan sejarah hidup seorang OKU yang masih belum sampai ke penghujung cerita. Ianya masih tergantung. Rentetan itulah, satu demi satu dunia perihal OKU cuba diterokainya. Untuk setakat ini, satu pencapaian tertinggi yang telah aku terokai berkaitan dunia OKU untuk seiring dengan tema Hari OKU 2011 iaitu Karisma OKU: Melonjak Potensi. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah dinobatkan dengan Anugerah TOKOH OKU Peringkat Negeri Johor 2011 yang berlangsung semalam.

Menerima sijil dan wang saguhati daripada YB Dr Robia Dato' Hj Kosai,
EXCO Pemb. Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor.

Berhubung anugerah ini, aku titipkan setingi-tinggi penghargaan atas usahasama PDK Dun Penggaram dan Jab. Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat. Kedua-dua agensi inilah yang mencalonkan nama aku ke peringkat Negeri Johor. Terima kasih semua atas sokongan padu kalian.


Continue Reading...

Dec 5, 2011

06.12.2011 - Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Johor 2011



05.12.2011 - Isnin :

Beberapa hari lalu, aku dihubungi pegawai JKM Batu Pahat. Beliau membuat pengesahan tentang Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri 2011 bakal berlangsung pada hari Selasa (06.12.2011). Cuma lokasi sambutan belum dapat ditentukan secara sahih. Gambaran awal yang dimaklumkan ialah sama ada di Segamat atau Johor Bahru. Bagi aku, lokasi tidak menjadi masalah kerana walau di mana jua sambutannya, aku tetap menghadirinya.



Awal pagi tadi, aku dihubungi semula oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru. Beberapa maklumat berkaitan majlis tersebut sudah dimaklumkan. Aku mencapai pen di poket baju. Aku keluarkan buku catatan dalam poket baju. Aku membuat catatan agar aku tidak lupa.

Lokasi : Hotel New York, Johor Bahru
Masa : 02.00 ptg
Pakaian : Formal

Kehadiran aku ke majlis atas jemputan bagi mewakili Tokoh OKU Terbuka daerah Batu Pahat untuk mengetahui keputusan pertandingan kategori itu di peringkat negeri pula. Dua bulan lepas aku mendapat JOHAN untuk kategori itu di peringkat daerah Batu Pahat. KLIK DI SINI. Berasaskan itulah, dibawa pula ke peringkat negeri Johor. Segalanya telah diaturkan dan disusun olehNya. Kita hanya sekadar melaksanakan apa yang telah Dia rancangkan yang terbaik untuk kita.

Continue Reading...

Dec 3, 2011

KENA SKODENG : KuJie dan Ain Fathihah diintai





Hari ini hari Sabtu. Hari ini masih dalam cuti semester pesekolahan. Aku keseorangan di Batu Pahat tanpa hilai ketawa 3 orang anak yang miliki 3 jenis fe'el. Juga tiada usikan manja isteri pertama aku.

.....................................

Appointment yang sepatutnya berlangsung hari ini dibatalkan. Tertunda keesokan harinya. Makanya, hari ini aku melapangkan diri daripada keboringan dengan membaca blog-blog rakan lain. Aku tertarik dengan cerita-cerita yang mereka lakarkan. Ada yang melakarkan kisah lama dalam versi baru. Ada cerita keinginan dalam versi harapan menggunung. Dalam dua blog yang kerap aku baca coretan mereka aku tertarik dengan penulisan dan garapan cerita yang mereka lakarkan. Sungguh. Memang menarik dan itu pandangan aku. Jika para pembaca tidak percaya, bacalah...lakaran penulisan mereka dalam entri ini..

KISAH SATU : Dedikasi buat Orang Serendah di kawasan tanah tinggi.



Entri yang menarik : Saya Tak Akan Lupa Sampai Mati.

Dalam satu blog, suami dan isteri melakarkan cerita yang mengimbau kisah kelahiran anak pertama mereka sebagi entri khas sempena hari kelahiran anak sulung mereka yang ke -19. Tu dia... cerita 19 tahun dulu. Aku sefamili pernah temui penulis blog ini. Pertemuan ini berlaku seawal perpindahan aku sefamili ke Tanjong Malim. Pertemuan ini disusun atur setelah kami kenali lama di alam blogger. Aku sefamili bertandang ke rumahnya. Sejuk dan nyaman suasana dan panaroma persekitaran rumahnya...seindah tuan rumahnya.

Entri yang beliau garapkan pasti dibaca oleh anak sulungnya. Anak sulungnya akan ketahui kisah-kisah di saat kelahirannya. Bagaimana situasi-situasi genting yang dihadapi oleh ibu dan bapanya. Aku sungguh kagum akan entri tersebut. TAHNIAH Makcik Cleaner (itu gelaran yang sering digunakannya).

KISAH DUA : Dedikasi buat Ain Fathihah...


Entri Menarik : Ilmu pun takda hang gatei pi bercinta

Pemilik blog SriKandiPuteri ini adalah Si Kenit (panggilan aku padanya) yang bernama Ain Fathihah. Blog ini menceritakan pelbagai kisah suka, duka, ceria, sedih, dan kekadang entah apa-apa yang diceritanya. Aku minat membaca lakaran ceritanya kerana miliki sense of humor dalam penulisan. Bersantai dan bersahaja dan kekadang menggedik-gedik. Yang bagusnya dia, dia tak peduli apa kata orang tentang blognya kerana dia hanya cerita tentang cerita dirinya kepada yang mahu membaca cerita itu. Sempoi betul tag line dia. Huh!

Si Kenit ini juga aku pernah temui sewaktu aku bergelar mahasitua di UPSI. Dia pelajar Bio. Jika dilihat orangnya macam student form 3 sahaja. Sebab itulah aku memanggilnya Si Kenit. Berbual dengannya sering terkeluar jawapan spontan daripada mulutnya. Misalnya apabila dipanggil namanya sebagai Si Kenit, dipanggilnya aku CheLan, Bapak Gula. Bertuah sungguh. Itu kisah-kisah yang membuatkan aku mengenalinya. Terima kasih Ain, bila masa nak bertemu lagi pun, saya tidak diketahui. Terima kasih sekali, kerana di awal kenal, Ain belanja saya minum air sirap!!!

Kisah entri yang bertajuk di atas membuatkan aku menyeringai seorang diri apabila membaca penulisannya. Ilmu pun takda hang gatei pi bercinta. Itulah tajuk entrinya. Cuba baca entri tersebut. KLIK DI SINI.

Akhirnya, aku mengucapkan terima kasih kepada dua orang blogger yang aku kenali ini. Entri kalian berjaya memecah keboringan aku untuk hari ini. Entri kalian berdua juga tercetusnya entri ini yang aku garapkan sebagai satu hadiah buat kalian berdua. Ain Fathihah dan Makcik Jie.

Continue Reading...

Nov 22, 2011

PENCARIAN : Kutemuinya... adakah ianya satu kepastian?

22 Nov 2011 - Selasa :

Pencarian demi pencarian sepanjang perjalanan hidup, pastinya apa yang dicari akan ditemui setelah berusaha, berdoa dan bertawakkal. InsyaAllah. Dia lebih memahami akan kehendak hambaNya.

Kekadang, pencarian "sesuatu" dalam hidup adalah berbeza-beza antara setiap orang. Ada yang mencari harta kekayaan, ada yang mencari kebahagiaan, ada yang mencari kesenangan dan ada yang mencari kesejahteraan hidup di sini dan di sana. Kepelbagaian inilah yang memberikan Warna-Warni Kehidupan. Perbezaan ini jugalah yang membezakan setiap orang di dunia fana ini.

Pencarian terhadap "sesuatu" dalam diri seseorang bergantung pada indikator-indikator tertentu. Hanya yang diberikan indikator olehNya akan menggerakkan isi hatinya untuk mendapatkan pencarian seseorang. Bagi memenuhi pencarian itulah, seseorang akan berusaha tanpa kenal erti jemu.

Aku juga bersyukur kepadaNya apabila menerima indikator tersebut. Indikator itu jugalah menyebabkan pencarian itu bermula. Sepanjang perjalanan dalam pencarian itu, kita akan diuji dengan ujian demi ujian. Kekadang ujian yang diberikan olehNya kepada kita agak berat namun segalanya bergantung kepada kemampuan kita sendiri untuk mengharungi. Dia lebih ketahui akan kemampuan hambaNya.



Pertemuan aku dengan En Misnon, Ketua Kampung Sungai Nibong, Semerah memberikan satu laluan untuk aku memulakan pencarian tersebut. Pencarian yang ditemui itu masih dalam perkiraan dan perhitungan langkah demi langkah. Berasaskan pengetahuan sedia ada aku, pencarian aku itu harus ditelitikan seteliti mungkin agar menepati seperti mana yang aku kehendaki. Hanya dia lebih ketahui segalaNya...

Langkah mula adalah bermula di Batu Pahat...!

Wallahualam....
Continue Reading...

Nov 10, 2011

11.11.11 : TAHNIAH.. Cikgu Rozita


11.11.11 - Batu Pahat :

Tarikh 11.11.11 hanyalah angka yang berulang. Ulangannya akan berlaku seratus tahun lagi. Angka tetap angka. Hanya kita sahaja yang membuat justifikasi tersendiri terhadap angka tersebut. Makanya, pastinya tarikh ini membawa maknanya yang tersendiri kepada sesiapa yang melakarkannya sebagai tarikh yang bermakna.

Bagi aku, tarikh ini memberi satu makna yang besar dalam melakar Warna-warni Kehidupan. Aku titipkan satu penghargaan buat Cikgu Rozita yang telah berjaya meloloskan diri dari Perak untuk ke Johor. Ini kerana keputusan pertukarannya mengikut suaminya telah berjaya. AHNIAH diucapkan.....

Dikhabarkan menerusi blog peribadinya (KLIK DI SINI), seramai tiga orang guru yang memohon berpindah antara negeri atas alasan dan keperluan masing-masing, hanya beliau seorang sahaja yang berjaya dan diluluskan permohonannya. Semoga perpindahan tersebut akan menambahkan lagi lakaran demi lakaran kejayaan dalam kerjaya beliau. Selamat kembali ke pangkal jalan. Kembali ke JOHOR.



Asalnya, beliau mula berkhidmat di daerah Kluang, Johor mulai 1995. Mulai tahun tersebut beliau mengukir laluan kerjaya sebagai guru permulaan di SK Kampong Melayu, Kluang. Itulah sekolah pertama dan sekolah terakhir sebelum berpindah keluar pada akhir 2008 ke daerah Batang Padang, Perak. Perpindahan tersebut kerana mengikuti suaminya menyambung pelajaran di UPSI. Di kesempatan itu juga beliau menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di UPSI. Sepanjang 3 tahun di daerah Batang Padang, beliau berjaya menambah kilauan laluan kerjaya dengan mencipta nama setelah berjaya menggondol anugerah demi anugerah di peringkat daerah dan negeri.

Sepanjang 3 tahun perjalanan kerjayanya di daerah Batang Padang, pastinya banyak pengalaman yang berjaya beliau sisipkan dalam kantung kerjayanya sebagai seorang PENDIDIK. Gumpalan pengalaman itu akan terus digalas sebagai "GURU" dalam kerjayanya...dan terus bersinar di daerah Batu Pahat sekiranya daerah itu menjadi tempatnya bertugas...!

TAHNIAH....selamat kembali ke JOHOR....
Continue Reading...

Oct 27, 2011

CUTI : Memenuhkan pengisiannya

27 Okt 2011 - Khamis : Tanjung Malim

Aku bercuti seminggu sempena sambutan perayaan Depavalli 2011 ini. Mem Besor dan anak-anak hanya bercuti sehari sahaja. Aku perlu memenuhkan masa sepanjang cuti ini agar tidak menambahkan jumlah tahi mata yang sedia ada menimbun.

Kad matrik sebagai pelajar UPSI masih aktif. Aku manfaatkannya. Aku telefon member yang masih bercuti utk pengajian PhD di UPSI. Kebetulannya beliau ada di Perpustakaan Bainun. Aku bergegas ke sana. Ada perkara yang ingin aku pelajari drpnya iaitu tatacara membina model berdasarkan item soalselidik kita. Ini kerana aku akan menjalankan kajian tinjauan yang berasaskan pendekatan kuantitatif. Ini semua untuk seiringkan dengan Misi 5 tahun yang digarapkan dalam entri terdahulu. Klik DI SINI.

Bagi aku, untuk pengajian di peringkat PhD, kekuatan pelajar terletak pada tahap pengetahuan yang tinggi terhadap metodologi kajian. Menjadi trend terkini, pembinaan model dengan memahami proses pembinaannya akan menjadi kekuatan dalam proses viva dan pembentangan jurnal nanti. Justeru aku telah memuatturunkan perisian SPSS Amos v18 untuk aku pelajari di peringkat awal ini. Permulaannya, aku pening dan tidak fahami satu apa benda pun walaupun cuba explore software itu.

Makanya, pertemuan aku dengan sahabat di library dapat memberikan sedikit cahaya untuk situasi itu. Baru aku fahami sepintas lalu sebagai panduan untuk proses ke arah pembinaan model. Namun, aku perlu banyak membaca untuk menguatkan pengetahuan berkaitan metodologi. Aku pinjam beberapa buah buku untuk dijadikan koleksi (duplikasi - harap jangan tiru). Buku terbaru edisi ke3 berkaitan Structural Equation Modeling (SEM) keluaran 2010 telah aku pinjam.
Malam ini, aku expolre di internet. Dengan sedikit teknik dan trick, aku menjelajah alam maya untuk mencari ebook berkaitan buku tersebut. Alhamdulillah, aku peroleh ebook untuk buku tersebut tetapi keluaran edisi ke2.


Itu pun dikirakan OK. Aku tidak perlu lagi duplikasi buku yang dipinjam. Ebook itu aku jadikan koleksi sebagai kitab meneroka ilmu duniawi.

Bagi mana-mana pembaca yang ingin menyambung pengajian di mana-mana peringkat, tahap pengetahuan anda dalam ICT sangat-sangat membantu anda. Oleh itu, tingkatkan tahap pengetahuan dalam ICT bagi memudahkan proses pengetahuan anda......
~ Itu sahaja pandangan aku untuk kali ini.

Anda boleh layari Warna-warni Kehidupan dengan klik DI SINI.
Continue Reading...

Oct 15, 2011

BAKAL GURU : Pendedahan realistik berkaitan OKU

BATU PAHAT - Beberapa siri lawatan dan latihan amali telah diberikan khusus untuk bakal guru IPHTO opsyen Pendidikan Khas. Bakal guru ini telah diberi pendedahan sebenar berkaitan kanak-kanak istimewa.

Langkah mulanya Lawatan Kerja dilaksanakan ke PDK Dun Semerah dan Penggaram. Klik DI SINI. Berita ini juga telah disiarkan dalam Sinar Harian. Klik DI SINI. Setelah itu, termetrailah Perkongsian Pintar antara kedua-dua PDK bersama dengan IPG Kampus Tun Hussein Onn khususnya Unit Pendidikan Khas di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan. Akhirnya bakal guru mendapat pengalaman sebenar dalam menyelami isi hati kanak-kanak istimewa (OKU) sebelum mereka mencurahkan bakti di sekolah-sekolah yang bakal ditetapkan.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Layari : Warna-warni Kehidupan
Continue Reading...

Oct 13, 2011

ANUGERAH : Hanya ditentukanNya, kita perlu berusaha.

Ketika Majlis Konvokesyen Pra Sekolah di IPTHO awal pagi, aku menyibuk dengan Cik Nikon. Ke hulu dan ke hilir menghalakan muncung Cik Nikon untuk merakamkan memori berkaitan majlis tersebut. Tiba-tiba, aku tersentak dengan bunyi Miss Berry.

Pn X : En Lan, dapat datang tak ke majlis petang nanti?
Aku : InsyaAllah, jika tiada aral petang nanti.. Kita jumpa..

Rentetan itu, jam 2.30ptg aku mula bergerak ke Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Rakan aku juga mengikut merangkap sebagai cameraman untuk petang itu. Rakaman peristiwa sangat penting dalam melakar memori.

Asasnya aku mengenali beberapa orang pegawai di PDK Dun Penggaram dan Semerah setelah melibatkan diri dalam Program Bakti Siswa guru pelatih di tempat tersebut. Guru Pelatih opsyen Pendidikan Khas tersebut dapat persekitaran sebenar dengan mendekati kanak-kanak istimewa di PDK. Klik di SINI.


Tiba di Dewan Jubli Intan, tetamu telah memenuhi ruang meja yang disediakan. Kami berteleku seketika. Aku hubungi Pn X. Akhirnya kami di bawa ke arah sebuah meja yang berlabel. Label yang penuh makna buat aku pada hari ini.


Barulah aku ketahui bahawa dalam daerah Batu Pahat, memiliki 9 buah PDK. Makanya, ada 9 calon untuk Anugerah Tokoh OKU Kategori Terbuka. Aku bersyukur dengan apa yang telah ditentukanNya. JOHAN untuk kategori anugerah tersbut untuk daerah Batu Pahat dan akan dicalonkan ke peringkat negeri Johor. Alhamdulillah.
Continue Reading...

Oct 11, 2011

MISI : Jangkaan 5 tahun

11.10.2011 - Selasa

Setiap tindakan atau perancangan yang dirancang dan dilaksanakan, sebaiknya refleksi harus diaplikasikan terhadap perancangan yang telah terlaksana. Tujuannya ialah untuk membuat penilaian semula dan melihat suatu nilai tambah terhadap hasil yang terlaksana. Semua ini adalah melihat perkembangan dan pelunjuran yang telah digarapkan.

Jika direnungkan terhadap perancangan atau misi 5 tahun lepas, aku benar-benar bersyukur terhadap apa yang telah ditentukan olehnya. Merujuk pada entri tentang misi aku untuk 5 tahun lalu dan telah dibuat refleksi, aku benar-benar bersyukur akan situasi sekarang. Hakikinya, sesuatu yang berlaku telah ditentukan olehNya, namun daya tahan dan motivasi dalaman individu memainkan peranan penting dalam mencapai misi yang diingini.



Sebelum tarikh 17.10, aku menetapkan jangkaan untuk 5 tahun akan datang. Misi yang jelas dan digarapkan untuk mudah difahami dan dicapai. Makanya, dengan kapsul masa yang cuba aku tetapkan dalam diri berkaitan misi tersebut. Aku ingin memiliki 2 perkatakaan di hadapan nama. Dr.
Continue Reading...

Oct 2, 2011

ROHANIAH : Menerobos ke alamnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.

Lama sudah blog ini menyepikan diri. Tiada entri terbaru, tiada cerita terbaru, tiada pengalaman menarik untuk dikongsikan. Namun, hati tertarik-tarik untuk terus menulis dan berkongsi. Perkongsian ini sekadar cerita-cerita kosong tetapi sukar untuk difikirkan dek akal manusia biasa. Namun, kita harus percaya akan kewujudannya. PERCAYAKAH KITA AKAN ALAM BATIN?


Alam batin ini sukar dilihat dek mata kasar tetapi dapat dirasai dek kekuatan gerakan hati. Alam batin ini lebih menjurus kepada menerobos ke alam rohaniah. Menerobos ke alam rohaniah melalui bisikan-bisikan hati. Tiada suara didengari di telinga tetapi terlintas kata-kata di hati sendiri. Lintasan di hati ini menjurus kepada bisikan yang harus kita ketahui jenis-jenisnya. Penjenisan bisikan ini mampu kita cerakinkan mengikut kriterianya. InsyaAllah.

Berdasarkan laman sesawang ini, mampu kita ketahui jenis-jenis bisikan yang terlintas di hati kita. KLIK DI SINI.

Bersama ini juga diringkaskan berkaitan penjenisan bisikan di hati. Sama-samalah kita renungi dan fahami. Kupasan selanjutnya, pembaca boleh layari laman sesawang yang diberikan di atas.

=========================

Sumber : KLIK DI SINI

Asy-Syekh Abdul Qodir al-Jailani R.A di dalam kitabnya al-Ghunyah; 1/101, menyebutkan: “Di dalam hati manusia terdapat dua ajakan: Pertama ajakan malaikat. Ajakan malaikat itu mengajak kepada kebaikan dan membenarkan kepada yang benar (haq); dan kedua, ajakan musuh. Ajakan musuh itu mengajak kepada kejahatan, mengingkari kebenaran dan melarang kepada kebajikan”. Yang demikian telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud R.A.

Al-Hasan al-Bashri R.A berkata: “Sesungguhnya kedua ajakan itu adalah kemahuan yang selalu melingkari hati manusia, kemahuan dari Allah dan dari musuh, hanya dengan sebab Rahmat Allah, seorang hamba mampu mengawal kemahuan-kemahuannya tersebut. Oleh kerana itu, apa-apa yang datang dari Allah hendaknya dipegang oleh manusia dengan erat-erat dan apa yang datang dari musuh, dilawannya kuat-kuat “.

Mujahid R.A berkata; Firman Allah s.w.t:

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ

Dari kejahatan bisikan setan yang biasa bersembunyi”. (QS. an-Nas; 114/4)

Bisikan itu mencengkam hati manusia, apabila manusia berzikir kepada Allah, maka syaitan itu akan melepaskan cengkamannya namun apabila manusia kembali lupa, maka setan itu akan kembali mencengkam hatinya.

Muqotil R.A berkata: “Dia adalah syaitan yang berbentuk babi hutan yang mulutnya selalu menempel di hati manusia, dia masuk melalui jalan darah untuk menguasai manusia hingga ke hatinya. Apabila manusia melupakan Allah Ta’ala, dia menguasai hatinya dan apabila manusia sedang berzikir kepada Allah dia melepaskan dan keluar dari jasad manusia itu“.

Asy-Syekh Abdul Qodir al-Jailani R.A berkata, bahwa di dalam hati ada enam bisikan (khotir): (1) Bisikan nafsu syahwat; (2) Bisikan setan; (3) Bisikan ruh; (4) Bisikan malaikat; (5) Bisikan akal; dan (6) Bisikan keyakinan.

1. Bisikan Nafsu Syahwat
Bisikan nafsu syahwat adalah bisikan yang secara qudroti tercipta untuk memerintah manusia mengerjakan kejahatan dan memperturutkan hawa nafsu.

2. Bisikan Syaitan
Bisikan setan itu adalah perintah agar manusia menjadi kafir dan musyrik (menyekutukan Allah), berkeluh-kesah, ragu terhadap janji Allah s.w.t cenderung berbuat maksiat, menunda-nunda taubat dan apa saja yang menyebabkan kehidupan manusia menjadi hancur baik di dunia maupun di akherat. Ajakan setan ini adalah ajakan paling tercela dari jenis ajakan jelek tersebut.

3. Bisikan Ruh
Bisikan ruh adalah bisikan yang mengajak manusia mengikuti kebenaran dan ketaatan kepada Allah s.w.t dan juga kepada apa saja yang bersesuaian dengan ilmu pengetahuan sehingga menyebabkan keselamatan dan kemuliaan manusia, baik di dunia mahupun di akhirat. Ajakan ini adalah dari jenis ajakan yang baik dan terpuji.

4. Bisikan Malaikat
Bisikan malaikat sama seperti bisikan ruh, mengajak manusia mengikuti kebenaran dan ketaatan kepada Allah s.w.t dan segala yang bersesuaian dengan ilmu pengetahuan dan juga kepada apa saja yang menyebabkan keselamatan dan kemuliaan.

5. Bisikan Akal
Bisikan akal adalah bisikan yang cenderung mengarahkan pada ajakan bisikan ruh dan malaikat. Dengan bisikan akal tersebut sekali waktu manusia mengikuti nafsu dan setan, maka manusia terjerumus kepada perbuatan maksiat dan mendapatkan dosa. Sekali waktu manusia mengikuti bisikan ruh dan malaikat, maka manusia beramal sholeh dan mendapatkan pahala. Itulah hikmah yang dikehendaki Allah s.w.t terhadap kehidupan manusia. Dengan akalnya, supaya manusia mempunyai kebebasan untuk memilih jalan hidup yang dikehendaki namun kemudian manusia juga harus mampu mempertanggungjawabkan atas kesalahan dan kejahatan dengan siksa dan neraka dan menerima balasan dari amal soleh dengan pahala dan syurga.

6. Bisikan Keyakinan
Bisikan yakin adalah Nur Iman dan buah ilmu dan amal yang datangnya dari Allah s.w.t dan dipilihkan oleh Allah s.w.t. Ia diberikan khusus hanya kepada para kekasihNya dari para Nabi, ash-Shiddiq, asy-Shuhada’ dan para Wali-wali-Nya. Bisikan yakin itu berupa ajakan yang selalu terbit dari dalam hati untuk mengikuti kebenaran walau seorang hamba itu sedang dalam lemah wiridnya. Bisikan yakin itu tidak akan sampai kepada siapapun, kecuali terlebih dahulu manusia menguasai tiga hal; (1) Ilmu Laduni; (2) Ahbārul Ghuyūb (khabar dari yang gaib); (3) Asrōrul Umur (rahasia segala urusan).

Bisikan yakin itu hanya diberikan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang yang dicintaiNya, dikehendakiNya dan dipilihNya. Justeru, orang-orang yang telah mampu fana di hadapanNya. Yang telah mampu ghaib dari lahirnya. Yang telah berhasil memindahkan ibadah lahir menjadi ibadah batin, baik terhadap ibadah fardhu maupun ibadah sunnah. Orang-orang yang telah berhasil menjaga batinnya untuk selama-lamanya. Allah s.w.t yang mentarbiyah mereka. Sebagaimana yang telah dinyatakan dengan firman-Nya:

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذِي نَزَّلَ الْكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِي

“Sesungguhnya Waliku adalah Allah, dan Dia mentarbiyah (memberikan Walayah) kepada orang-orang yang sholeh”. (QS. al-A’raaf; 7/196)

Orang tersebut dipelihara dan dicukupi dengan sebab-sebab yang dapat menyampaikan kepada keredhaanNya dan dijaga serta dilindungi dari sebab-sebab yang dapat menjebak kepada kemurkaanNya. Orang yang setiap saat ilmunya selalu bertambah. Iaitu ketika terjadi pengosongan alam fikir, maka yang masuk ke dalam bilik akalnya hanya yang datangnya dari Allah s.w.t. Seorang hamba yang ma’rifatnya semakin hari semakin kuat. Nurnya semakin memancar. Orang yang selalu dekat dengan yang dicintainya dan yang disembahnya. Dia berada di dalam kenikmatan yang tiada henti. Di dalam kesenangan yang tiada putus dan kebahagiaan tiada habis. Syurga baginya adalah apa yang ada di dalam hatinya.


Wallahualam...
http://azlanlin.blogspot.com
Continue Reading...

Sep 19, 2011

JALAN : Hala tuju sebenar...

Aku tertarik dengan satu artikel di alam maya yang menjelaskan konsep jalan pulang yang sebenar. Setiap insan miliki jalan pulang masing-masing walaupun arah destinasinya adalah sama. Asasnya, sebelum dijemput pulang ke tempat hakiki, semoga kita ketemui lorong-lorong sebagai jalan pulang kita.

Selain itu, konsep...MENCARI atau DICARI juga menjadi satu konsep asas menemukan JALAN PULANG masing-masing. Saya kira, bahan bacaan ini sekadar ingat-mengingat sesama kita. Yang amat saya yakini, sekiranya para pembaca melalui proses MENCARI dan DICARI...tentunya entri di bawah ini dapat menjelaskannya. Entri ini saya dapatkan daripada laman sesawang lain yang telah dinyatakan sumbernya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

APABILA TUHAN MEMBUKAKAN BAGIMU JALAN UNTUK MAKRIFAT, MAKA JANGAN HIRAUKAN TENTANG AMALMU YANG MASIH SEDIKIT KERANA ALLAH S.W.T TIDAK MEMBUKA JALAN TADI MELAINKAN DIA BERKEHENDAK MEMPERKENALKAN DIRI-NYA KEPADA KAMU.

Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qadak dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t.

Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘diri-Nya’. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal orang lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Ada orang yang mengetuk pintu gerbang makrifat dengan doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula orang yang berpegang dengan janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalan-Nya kepada hamba-Nya yang berjuang pada jalan-Nya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janji-Nya. Dia menggunakan kekuatan amalannya untuk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.

Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t.

Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.

Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua.
Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan;
jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari.

JALAN ORANG YANg MENCARI,

Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah s.w.t. Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."


( Ayat 69 : Surah al-‘Ankabut )

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya)."


(Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )

Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.

GOLONGAN YANG DICARI.

Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu.

Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t.

Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.

Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.

Continue Reading...

Aug 28, 2011

PENGISIAN : Penuh maknanya tersendiri



Selamat Hari Raya Aidil Fitri
dan
Salam Perjuangan Kemerdekaan


Segalanya bergantung pada diri kita semua untuk melaksanakan pengisian penuh makna.

Continue Reading...

Aug 5, 2011

TERSESAT : Carilah panduan diri...

06.08.2011 - Sabtu :

TERSESATnya aku dalam KOTA METROPOLITAN. Aku seorang anak kampung yang perlu menelusuri sebuah kota metropolitan. Tiada ilmu, tiada pengetahuan. Itulah aku. Betapa lemahnya aku seorang anak kampung. Itulah analoginya. Analogi yang mudah untuk ditafsirkan.

Peristiwa kesesatan di Kota Metropolitan menyedarkan aku bahawa betapa lemahnya aku. Menelusuri Kota Metropolitan tanpa pengetahuan dan panduan menjadi tonggak asas perjalanan. Betapa lemahnya aku. Justeru aku memerlukan 'sesuatu' untuk menjadi panduan agar perjalanan yang selamat di Kota Metropolitan.

Zaman moden ini tersedia pelbagai cara dan kaedah untuk menyelamatkan kita daripada terus tersesat dalam Kota Metropolitan. Asasnya, kesedaran kita untuk tidak terus tersesat memainkan peranan utama. Bayangkan kita seorang anak kampung yang harus ke bandar Kuala Lumpur untuk mencari sesuatu lokasi tanpa ketahui proses perjalanan ke lokasi tersebut. Sekiranya kita tiada panduan yang menjadi asas perjalanan kita, pastinya SESAT adalah hasilnya.

Sistem GPS

Makanya kewujudan 'Sistem GPS' sememangnya berkesan untuk insan yang tiada pengetahuan dalam perjalanan di Kota metropolitan. Walaupun kita terbabas daripada tempat yang dituju, Sistem GPS akan terus mencari dan menghalakan perjalanan kita ke arah lokasi yang dicari.

Kiasan di atas adalah asas analogi mudah. Mari kita renungkan bahawa 'anak kampung' adalah diri kita yang amat cetek ilmu agama. Manakala, Kota Metropolitan pula adalah pentas kehidupan yang menyediakan segala macam cubaan dan ujian. Bagaimana dengan diri kita sebagai 'anak kampung'? Adakah kita tersesat dalam pentas kehidupan ini? Adakah tersasar segala perlakuan kita? Adakah terkawal segala tindakan kita? Segalanya, diri sendiri yang lebih mengetahuinya. Setiap insan, pastinya ada ruang-ruang tersendiri yang disembunyikan.

Justeru, sewajarnya kita harus ada 'panduan' dalam melakonkan watak kita di pentas kehidupan ini. Sistem GPS perlu ada agar kita sentiasa bergerak ke arah lokasi yang dituju. Dalam kehidupan kita, Al-Quran adalah panduan yang lengkap sekiranya kita berfikir akan terjemahan makna yang terdapat di dalamnya. Yang penting, setiap terjemahannya itu cuba kita kaitkan dengan diri kita sendiri. Barulah kita dapat berfikir. Semakin kita berfikir dan kaitkan dengan diri kita, semakin kita kenali diri kita. Semakin kita kenal akan diri kita, makanya semakin kita kenal akan Pencipta kita. InsyaAllah.

Panduan yang hakiki

Walau bagaimanapun, kesesatan di pentas kehidupan adalah proses semulajadi untuk kita mencari panduan. Detikan hati untuk kita mencari panduan hidup itu adalah 'satu cahaya' anugerah daripadaNya. Jika tidak kita cari cahaya itu, sukar untuk kita temuinya... Sekadar berkongsi cerita!
Continue Reading...

Jul 30, 2011

RAMADHAN : Cuci yang menakjubkan



kepada sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat
juga kepada semua pembaca terang dan gelap WWK ini
Selamat menyambut bulan Ramadhan


Continue Reading...

Jul 29, 2011

KAJI SIFAT 20 : Betapa lemahnya kita..

29. 07.2011 : Jumaat -

Marilah sesama kita renungi, fikirkan dan membuat refleksi erhadap 20 Sifat Wajib bagi Allah SWT serta apakah perkaitannya pula dengan diri kita. Betapa lemahnya kita disisiNya. Oleh itu, usahkan mengeluh dengan segala ujian yang berlaku pada diri kita. Malangnya ramai di antara kita yang cuba mencampuri urusan Allah SWT :

Boleh baca DI SINI.
Continue Reading...

Jul 25, 2011

BERTANYA vs JELASKAN : Mengelakkan kekhilafan

25 Julai 2011 - Isnin :

Alhamdulillah, setelah selesai bersarapan dengan rakan lama (En. .........) yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, aku menuju ke Perpustakaan Bainun, UPSI. Dua belas buah buku aku galas ke kereta. Buku-buku itu lebih berkisar kepada Kajian Kualitatif. Satu perkara baru untuk aku. Sebelum ini, aku lebih berfokus kepada Kajian Kuantitatif.

Tiba-tiba Miss Berry aku berbunyi...

Bertanya : Assalamualaikum En Azlan..
Jelaskan : Wa'alaikumusalam. Saya bercakap. Silakan....
Bertanya : Saya En.... daripada Unit Akademik, UPSI.
Jelaskan : Ok...ada apa-apa ke Encik?

Bertanya: Saya ingin bertanya, adakah En Azlan pemegang kad OKU? Saya perlukan penjelasan tentang 'Kod 3' seperti dalam data di tangan saya ini.

Jelaskan : Ya, saya pemegang Kad OKU...tapi kenapa Encik?

Bertanya: Begini....'kod 3' adalah untuk kecacatan fizikal. Maka, ada dua perkara. Pertamanya, adakah Encik Azlan perlukan apa-apa bantuan sewaktu menaiki pentas dalam sesi konvokesyen esok?. Keduanya, saya perlu mendapatkan makluman tentang Encik Azlan kerana kemungkinan Canselor (Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun) atau Naib Canselor (Profesor Dato' Dr Aminah) untuk bergambar dengan pelajar OKU yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen nanti.
Jelaskan : Benar dalam data yang ada pada saudara tersebut. Saya pemegang kad OKU untuk kecacatan fizikal khususnya kecacatan sejak lahir pada kaki saya. Jika dilihat secara kasar, tidak ramai orang akan menyedari kecacatan saya ini. Sekiranya diamati secara teliti, ramai akan ketahuinya apabila sewaktu saya berjalan. Ciri-cirinya ialah, kaki saya............................(penjelasan secara jelas). Makanya, untuk persoalan pertama saudara, saya tidak memerlukan kerusi roda atau bantuan sesiapa sewaktu saya menaiki pentas di majlis konvokesyen itu kerana alhamdulillah, saya masih mampu untuk menyelesaikan tanggungjawab saya secara kendiri. InsyaAllah untuk setakat ini. Berkaitan persoalan keduanya, saya ucapkan terima kasih atas penghargaan dan saya dengan rasa rendah diri menyerahkan semula hal itu kepada pihak pengurusan majlis konvokesyen khususnya hal bergambar itu. Saya sekadar mengikut ketentuan yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan majlis tersebut. Walau bagaimanapun, diharapkan pihak UPSI dapat memaklumkan terlebih awal kepada saya berkaitan hal bergambar itu semoga terlaksana apa yang dirancangkan...

Bertanya : Ok, terima kasih En. Azlan kerana memberi penjelasan tentang persoalan yang saya utarakan. TAHNIAH, saya ucapkan untuk majlis konvokesyen esok hari.

Jelaskan : Sama-sama

Banner Majlis Konvokesyen UPSI 2011


*******************************************
Cuba kita perhatikan sekeliling kita. Berapa ramai yang bersedia untuk bertanyakan terhadap sesuatu perkara untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Malahan lebih ramai yang akan membuat persepsi dan keputusan awal sebelum mendapatkan penjelasan sebenar tentang sesuatu perkara. Saya benar-benar memuji tindakan pegawai pengurusan majlis konvokesyen.

Alhamdulillah kerana :
1. Semoga majlis konvokesyen esok hari berlangsung dengan jayanya.... InsyaAllah!
2. Juga aku bersyukur kepadaNya kerana telah diberi kemampuan olehNya untuk mengharungi lautan ilmu peringkat sarjana dengan jayanya walaupun pelbagai kisah suka dan duka yang terpaksa ditempuhi bersama keluarga tersayang... Alhamdulillah..
Continue Reading...

Jul 23, 2011

MERANCANG : Proses melaksanakan kata-kata..

23 Julai 2011 - Sabtu :

Program Hati Nurani semakin meluas promosinya di media masa. Semakin kerap diwar-warkan konsep perlaksanaannya. Hakikatnya, hati aku semakin tertarik untuk membuat kajian dalam isu pendidikan tersebut. Beberapa langkah mula telah aku aturkan. Semoga ianya menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Langkah satu :

Rezeki aku telah ditentukan olehNya bahawa aku memulakan kerjaya baru di IPTHO, Batu Pahat. Satu ruang lingkup kerjaya baru yang memerlukan ruang masa untuk aku fahami sepenuhnya bidang tugas dan tanggungjawab. Lokasi IPTHO hanyalah berjarak 10km daripada UTHM, sebuah universiti yang paling hampir dengan tempat tinggal aku.

Ketika aku ikuti Latihan Pembangunan Staf di IPTHO
KLIK DI SINI

Langkah dua :

Aku sudah menemui Dr Wan, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja beberapa minggu lalu. Sempat berbual dengan beliau kaedah urusan pengajian peringkat Phd. Asasnya, ada tawaran khas buat para guru yang berminat menyambung pengajian. Setakat ini, terdapat ramai guru dan pensyarah IPG daripada Johor Bahru yang mengikuti pengajian di UTHM. Pelajar boleh mendaftar di bawah Fakulti Teknik dan Vokasional dan melaksanakan kajian pendidikan masing-masing dengan tidak terikat kepada bidang teknik dan vokasional.

Brosur UTHM yang telah aku simpan kemas-kemas.
Azam dan semangat perlu sentiasa MEMBARA...

Setakat ini UTHM sedang menguruskan Ijazah Kedoktoran Pendidikan (EdD). Setelah lulus urusan tersebut, semua pelajar boleh menukar fakulti. Akhirnya, para pensyarah yang tidak berkaitan dengan Teknik dan Vokasional akan menukar kepada EdD. Semoga perbincangan aku dengan Dr Wan menjadi pencetus semangat aku untuk ke arah tersebut.

Langkah tiga :

Aku akan mencuba meloloskan diri dalam ruang lingkup isu pendidikan terkini iaitu Projek Hati Nurani - Sekolah Dalam Hospital. Aku akan berusaha sehingga aku memasuki ruang itu di peringkat KPM. InsyaAllah.

Langkah empat :

Setakat ini, aku sedang merangka dan menyediakan proposal kajian di peringkat Phd. Beberapa bahan bacaan berkaitan Projek Hati Nurani (Sekolah Dalam Hospital) dalam dan luar negara sedang aku kumpulkan. Sementara jangka hayat keahlian Perpustakaan Bainun, UPSI masih aktif, aku manfaatkan sepenuhnya.

Contoh bahan yang sedang dikumpulkan.

Pencarian kajian literatur berkaitan isu itu dikumpulkan satu-persatu. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aku berazam untuk cuba melengkapkan pengajian Phd dalam tempoh 2 atau 3 tahun sahaja. Ini adalah azam aku sempena bulan Oktober 2011 yang bakal tiba. Genaplah umur aku menjejak angka 40 tahun!. Walaupun aku agak terlewat, seboleh-bolehnya aku tak mahu terus tertinggal...


Langkah lima :

Aku harus selesaikan urusan konvokesyen pengajian sarjana yang lalu. Urusan yang kelima inilah sebagai langkah utama yang harus didahulukan.
Bersama Si Patung dalam gaya berjubah untuk konvokesyen.

Urusan ini jugalaha sebagai langkah pencetus untuk memulakan langkah-langkah yang seterusnya demi mencari ilmu duniawi. Aku berazam untuk bergelar Dr. Azlan sebelum berumur 45 tahun. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan selanjutnya. Amin.........

Bersama rakan-rakan mahasitua yang bakal menghadiri majlis konvokesyen di UPSI.

Tujuan entri ini bukanlah untuk mendabik dada terhadap apa yang dicapai dan yang bakal merancang perancangan untuk digapai. Jauh sama sekali bertujuan sebegitu. Niat di hati sekadar untuk terus membakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan dalam bidang pendidikan dan menuntut ilmu duniawi. Juga terus menjadi pencetus kepada rakan-rakan sekeliling untuk terus mencapai impian dalam bidang pendidikan masing-masing.

Juga, semoga aku berkesempatan untuk meneroka dunia akhirat selepas semuanya selesai nanti. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan semangat yang JITU untuk terus melangkah ke hadapan. Amin...
Continue Reading...

Jul 17, 2011

DURIAN berlaukkan nasi

17 Julai 2011 : Ahad

Durian yang ada masih berbaki. Sebiji saja lagi setelah beberapa biji yang lainnya diratah begitu saja. Durian dapat dimanfaatkan dengan pelbagai cara mengikut citarasa masing-masing.

Teringat aku sewaktu kecil-kecil dulu. Arwah ayah @ emak akan meminta abang-abang aku mengopek beberapa biji durian. Ulas durian akan diletakkan di dalam pinggan. Sungguh menyelerakan. Dalam pada mengopek, ada juga tangan-tangan penonton di sekeliling sesi mengopek durian itu yang menyelinap ke arah pinggan yang berisi ulas-ulas durian.

Kopek durian perlukan skill tersendiri.

Ehem..ehem.. terdengar suara yang berdehem dari mana entah datangnya. Tangan-tangan yang menyelinap kembali tertarik ke belakang. Ulas-ulas durian semakin membukit di dalam pinggan. Kakak aku pula akan mencedok nasik ke dalam pinggan adik-adiknya. Semuanya terhidang.

Emak masih sibuk memerah kelapa untuk mendapatkan santan pekat. Gula pasir menimbun di dalam piring. Air garam juga terhidang. Inilah makanan yang membangkitkan selera apabila tiba musim durian. Makan ramai-ramai dengan adik-beradik yang ramai.

Beberapa ulas durian diletakkan dalam pingan nasi masing-masing. Abang-abang yang bijak mula memicit-micit ulas durian. Tujuannya mencari ulas durian yang berbiji 'kesit'. Isinya banyak. Adik-adik yang masih 'nangoi' memerhati saja untuk sesi pembelajaran.

wow..menyelerakan!

Sesudah ulas durian yang dipilih tercatuk dalam pinggan, masing-masing mula membuat pilihan mengikut selera tersendiri. Ada yang memilih santan yang berlemak masin atau air garam semata-mata sebagai kuahnya. Gula pasir pula ditabur di atas nasi di dalam pinggan. Proses menggaul sungguh menarik.

Proses menggaul durian + nasi

Setiap orang dengan keletah masing-masing. Ada yang melecetkan isi durian daripada bijinya, kemudian digaul pada nasi yang berlembab air santan @ air garam. Ada juga yang menggaul terus isi durian yang masih melekat pada bijinya dengan nasi yang berlembab. Digaul kemas-kemas sehingga terkeluar isi durian di celah-celah jari. Nasi mula melekat di jari-jari yang menggaul. Feel dan keletah itulah memori yang terindah.

Kaedah nasi durian sebegini masih aku amalkan. Malam ini, aku merasainya seorang diri dengan buah durian daripada Segamat. Adakah anda juga memiliki kaedah tersendiri untuk memakan nasi dengan durian mengikut amalan masing-masing? Mari kita kongsikannya..
Continue Reading...

Jul 13, 2011

PENDIDIKAN KHAS : Projek Hati Nurani

13.07.2011 - Rabu

Perbualan rancak antara aku dengan sahabat baru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan masakini yang belum tersebar luas, benar-benar menarik minat aku untuk meneroka. Beliau sebagai pencetus minda aku untuk terus meneroka isu baru ini. Aku juga berkira-kira untuk terus meneroka untuk menjadi bahan penerokaan kajian di masa akan datang. InsyaAllah.

Isu projek pendidikan tersebut ialah Program Hati Nurani. Program ini sebagai projek khas yang sedang dalam 'projek rintis'. Program tersebut berkaitan menempatkan sekumpulan guru yang bertugas di hospital. Program Hati Nurani ini lebih bertumpukan kepada para pelajar yang berada di mana-mana hospital kerajaan.

Setelah perbualan kami berlangsung beberapa jam, aku terus mencari maklumat ringkas untuk memahami program tersebut. Beberapa maklumat yang dapat dikumpulkan sebagai indikator awal untuk terus meneroka isu pendidikan yang baru.

1. Sumber : Cikgu Rozali

MATLAMAT
Program Hati Nurani bermatlamat memberikan pendidikan kepada pesakit kanak-kanak dan remaja berumur dalam lingkungan 4 - 19 tahun yang menjalani rawatan di hospital bagi satu tempoh masa tertentu bagi meneruskan pembelajaran agar tidak mengalami keciciran dalam memperoleh pendidikan.

2. Sumber : Utusan

Program sekolah dalam hospital

Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my


dn 01.1 Program sekolah dalam hospital

NOORAINEE Abdul Rahman (kiri) memberi penerangan mengenai program sekolah dalam hospital yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 15 April – Yayasan Nurul Yaqeen akan melaksanakan program sekolah dalam hospital bagi mengelakkan pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan jangka panjang tercicir daripada pelajaran.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, program yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, projek ini melibatkan beberapa fasa dengan fasa pertama dimulakan Jun ini di tiga buah hospital terpilih iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

“Saya terpanggil menubuhkan projek ini setelah mendapati sebilangan besar pesakit berusia antara lima hingga 18 tahun ketinggalan pelajaran mereka ekoran terpaksa menjalani rawatan di wad dalam tempoh yang sangat lama.

“Di samping itu, program ini juga mampu memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran mereka apabila kembali ke sekolah nanti,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya sini hari ini.

Norainee yang juga Penaung Yayasan Nurul Yaqeen berkata, terdapat dua kaedah pembelajaran yang akan digunakan iaitu pertama secara di dalam kelas dan kedua dengan guru bergerak ke katil pesakit.

“Kita mencadangkan seramai 11 guru bertauliah ditempatkan secara tetap di setiap hospital termasuk seorang guru pendidikan khas, penyelia serta guru di peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Rekod HKL pada tahun lalu menunjukkan seramai 932 pelajar menduduki peperiksaan peringkat sekolah dan awam ketika menerima rawatan di wad dengan 812 daripadanya murid sekolah rendah.

Continue Reading...

Jul 3, 2011

IMAN : Sabar dan Syukur

Sejak dari bangku sekolah lagi, kita sudah biasa mendengar kata-kata ustaz @ ustazah berkaitan IMAN.
Sabar itu SEPARUH IMAN
(SUMBER Hadis Nabi : Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembangi (2006) Siyarus Salikin, Jalan para salik untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Rabbul 'Alamin -Juzuk 4, p.31)

Apa separuh lagi dalam iman?

Apakah separuh lagi untuk memenuhi iman itu? Pernahkah kita tanya ustaz dan ustazah?

Saiyidina Abdullah bin Mas'ud r.a berkata :

Ertinya : Iman itu dua bahagian. Satu bahagian SABAR dan satu bahagian lagi SYUKUR.
(SUMBER : Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembangi (2006) Siyarus Salikin, Jalan para salik untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Rabbul 'Alamin -Juzuk 4, p.31)

Iman seseorang adalah himpunan kedua-duanya iaitu SABAR dan SYUKUR. Ini kerana setiap perlakuan manusia di pentas dunia ini menghasilkan dua kesan hasil sesuatu perlakuan/tingkah laku. Kekadang perlakuan manusia menghasilkan mudarat di dunia dan di akhirat dan kekedang menghasilkan manfaat di dunia dan di akhirat.

Atas dasar itu, apabila ditimpa sesuatu mudharat, kita seharusnya bersabar. Sebaliknya, sekiranya memperolehi sesuatu manfaat (kebaikan), sebaiknya adalah bersyukur kepadaNya.

Ini kerana, sabar merupakan permulaan bagi seseorang yang mengikuti jalan ini sepertimana yang diperkatakan oleh Syeikh Ibnu Raslan :

Ertinya : Permulaan segala maqam itu ialah sabar terhadap kehendak Allah Ta'ala, pertengahan segala maqam itu ialah redha terhadap kehendakNya dan kesudahan segala maqam itu ialah setiap manusia semata-mata mengikuti kehendak Allah SWT dan ikhtiarNya atau pilihanNya.

Sebagai rumusannya, setiap perjalanan hidup kita di pentas kehidupan bergantung pada tindakan dan perlakuan kita. Sekiranya yang dilakukan mendatangkan mudarat, maka kesannya adalah mudarat pada diri kita dan orang lain. Jika perlakuan kita memberi manfaat, makanya mendatangkan kebaikan buat diri kita dan org sekeliling kita.

Namun demikian, perjalanan hidup kita juga bergantung pada kesan perlakuan orang sekeliling kita sama ada perlakuan mereka mendatang kesan mudarat atau manfaat. Itulah indahnya WARNA_WARNI KEHIDUPAN. Akhirnya, segalanya bergantung pada kita untuk menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Pengamalan konsep SABAR dan SYUKUR menjadi tunggak keutuhan peribadi dalam mengharungi kehidupan kita. Percayalah bahawa ada HIKMAH yang tersembunyi yang dianugerahkan olehNya kepada kita.. Kepercayaan itu wujud apabila kita menjadi manusia yang berfikir...

Pesanan saya:

~ HIDUP bukanlah untuk mengeluh dan mengaduh tetapi hidup adalah untuk MENGOLAH HIDUP.... wallahualam.....
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template