Jun 8, 2009

Pasangan yang puas..

Pasangan-pasangan yang tidak bercerai tidak semestinya puas dan bahagia dengan perkahwinan mereka. Sebenarnya di kalangan pasangan-pasangan yang tidak bercerai itu terdapat mereka yang amat tidak puas hati, tetapi mereka memilih untuk tidak bercerai disebabkan banyak faktor seperti komitmen, anak-anak, harta, nilai agama, budaya dan rasa takut sekiranya nasib mereka lebih buruk selepas bercerai.

Kajian pakar mendapati perkara-perkara yang amat memuaskan hati lelaki ialah apabila dia melihat isterinya puas hati. Manakala bagi perempuan pula mereka amat puas hati apabila suami mereka mahu membantu sedikit sebanyak kerja-kerja di dalam rumah.

Gaya komunikasi suami isteri sangat dipengaruhi oleh faktor kepuasan. Seseorang yang puas hati, menggunakan gaya komunikasi positif, manakala yang tidak puas menggunakan gaya negatif.



Pasangan yang puas banyak berinteraksi dan setiap sesi interaksi mereka adalah lebih lama. Sebagai contoh, mereka lebih kerap menghabiskan waktu bersama-sama, banyak berkongsi aktiviti sosial dan fizikal, banyak berbual-bual dan setiap perbualan mereka adalah lebih panjang.

Apabila bercakap, ayat-ayat yang mereka ucapkan adalah lebih banyak dan lebih panjang. Begitu juga, apabila mereka mengadakan hubungan seksual, sesinya juga lebih lama.

Pasangan yang puas banyak saling setuju-menyetujui kata-kata dan pendapat antara satu sama lain. Mereka jarang sekali berbeza pendapat oleh itu mereka jarang berkonflik. Mengenai hal ini, pakar-pakar tidak pasti yang mana yang menyebabkan yang mana: adakah disebabkan mereka itu banyak bersetuju maka mereka menjadi puas, ataupun adakah disebabkan mereka puas maka mereka banyak bersetuju. Yang penting, ialah persetujuan dan kepuasan jelas sekali hadir bersama-sama. Oleh itu seseorang perlu banyak bersetuju dengan pasangannya dan perlu banyak memberi kepuasan kepadanya apabila mahukan kebahagiaan.

Pasangan yang puas hati kerap saling memberi penghargaan. Mereka banyak memuji dan menghargai pasangannya. Mengenai hal ini pakar-pakar juga juga tidak pasti. Adakah disebabkan seseorang itu berasa dirinya dihargai maka dia berasa puas, ataupun adakah disebabkan dia puas maka pasangannya banyak menghargainya.

Sumber : Komunikasi Intim - Abdullah Hassan & Ainon Mohd.


11 Coretan Lain:

Brahim Nyior on 6/08/2009 7:13 PM said...

Yap, makin berusia kita, makin perlukan belaian, tak kira lelaki atau perempuan.

Semakin lama usia perkahwinan, kita sepatutnya lebih mengenali pasangan, tak begitu cikgu Lan?

Tapiu kebanyakan kita tak mengenali pasangan, seolah makin tak serasi. Kebimbangan yang paling ketara dalam masyarakat apabila syak wasangka dan fitnah semakin mencengkam institusi kekeluargaan.

Akibatnya, rumah tangga yang dibina dengan janji setia semasa awalnya menjadi hambar dan akhirnya terlerai..

Sedih, kan...

Moga kita tak begitu, cikgu Lan..

sonata anak kancil on 6/08/2009 11:04 PM said...

ye le tu...pasangan tidak bercerai berai - tidak semestinya puas..tahap kepuasan ini adalah subjektif...bergantung kepada pasangan.

kita patut bersyukur dengan kepuasan kita hari ini...manusia sebenarnya sentiasa tak puas!

suara on 6/09/2009 3:50 PM said...

Salam cikgu...
Bagi saya, kalau hati punya rasa syukur dgn apa jua yang terhidang di depan mata, pastinya makna kepuasan itu mudah ditemui.

Meneliti apa yang kurang dan mencari ciri yang tak dimiliki, hanya akan mengundang rasa tak puas hati.

Adakala langkah diorak sekadar menguji 'harga' diri, tapi tanpa sedar itulah api yang perlu dijauhi.

ONE ZABA on 6/09/2009 10:03 PM said...

musim panas ni...dapat belasah ABC baru puas..hehhh..hehhh!!!

DUN Behrang 2020 on 6/10/2009 11:10 AM said...

Malu lak aku baca entri ko kali nih, ceh kunun! Apapun...kena laici kang kat behrang2020 tu pun puas gak bro!

Pak Ngah: on 6/13/2009 9:24 AM said...

:: salam...

:: begitulah kita... ada kepelbagaiannya selain ada keseragamannya...

:: ada yang hipokrit... terlalu gemar memuji dan mengampu hingga kekadangnya tak bertempat lagaknya... sebab tak semua orang suka dipuji malah ada orang yang telah membina tembok seawal mungkin apabila mengesan seseorang sedang berusaha memujinya... dan jika begitu... bagaimana ye?

:: sekadar mengacah...

azlanlin on 6/13/2009 8:38 PM said...

To Brahim Nyior:

Kebanyakan daripada kita, sebelum berkahwin...banyak buku2 yang dibaca untuk ditimba pengalaman sebelum memasuki gerbang perkahwinan.

Setelah berkahwin, ilmu kehidupan sekadar dipungut melalui pengalaman sendiri dan orang lain, sedangkan TIADA @ KURANG penambahan ilmu untuk kegunaan terkehadapan...

Apabila menempuh sesuatu permasalahan tanpa persediaan.. itu yang membuatkan hati berasa resah, godaan mulai melanda...

Itulah kita antara kita...

Wallahualam..

azlanlin on 6/13/2009 8:41 PM said...

To Sonata:

Itulah hakikat yang semestinya diakui. Masih ada di kalangan kita. Apabila kePUASan menjadi keutamaan, membuatkan jasad dan minda menjadi taruhannya.

Kepuasan berharajalela, nafsu menguasai diri, jasad dan minda menjadi KAKU.

Itu pandangan saya...

azlanlin on 6/13/2009 8:54 PM said...

To Suara:

Meneliti apa yang kurang dan mencari ciri yang tak dimiliki, hanya akan mengundang rasa tak puas hati.

Itulah yang menjadi buruan semua manusia untuk melengkapkan yang tiada... seperti menyiapkan sebuah puzzle..

Kekadang, mencari ciri yang tak dimiliki itulah akan kita terus bergerak ke hadapan...

azlanlin on 6/13/2009 9:12 PM said...

To OneZaba & DUN Behrang:

Abc dan laici kang..sama2 sedap tu..pekena kedua2 serentak lagi PUAS tak? ehehe

azlanlin on 6/13/2009 9:16 PM said...

To PakNgah:

terlalu gemar memuji dan mengampu hingga kekadangnya tak bertempat lagaknya...

:: Kekadang, keadaan itulah membuatkan kita mengenali orang lain, sama ada suka dipuji atau tidak.

:: Yang penting seseorang itu perlu ada skill memuji dan menghargai...

:: Itu lebih baik daripada imej 'muncung guni'....hehhe.

:: Kepelbagaian ragam..itulah menyeronokkan dan menggeramkan, barulah emosi tercuit...hehehe

:: Boleh gitu?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template