Jun 29, 2009

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia..


Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.


Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya
.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Continue Reading...

Jun 27, 2009

Bagaimana menghadapi pergeseran...

Konflik atau pertelingkahan sering berlaku dalam sesebuah hubungan. Puncanya ialah berlakunya komunikasi yang kurang berkesan. Terdapat beberapa gangguan komunikasi seperti pemahaman makna sesuatu maklumat yang berbeza, cara dan kaedah menyampaikan maklumat, penggunaan bahasa dan nada yang berbeza antara keduanya dan beberapa punca lain dalam komunikasi.

Selain itu, kedapatan juga tentang perbezaan pendapat dalam sesuatu isu. Jika masing-masing terus dengan pendapat tersendiri akhirnya pergeseran akan berlaku. Tambahan pula, rakan kita yang gemar menitik beratkan abahwa pendapatnya sahaja yang betul, pastinya menjadi masalah. Lebih rencam adalah rakan kita sukar menerima pendapat dan pandangan. Ketika inilah menguji persahabat yang terjalin.

Perasaan memendam dan sukar melupakan pergeseran akan merobek tali persahabatan itu. Akhirnya, siapa yang akan memulakan mohon maaf... Keadaan akan lebih parah sekiranya, masing-masing mula memikirkan apakah kepentingannya persahabatan itu terjalin...

Marilah kita ikuti cerita yang dapat memberi sedikit pengajaran untuk difikirkan bersama. Ingatlah, jalinan talian persahabatan amat sukar dibentuk, tetapi untuk memutuskan jalinan tersebut akan berlaku walau hanya dengan beberapa perkataan sahaja..

Fikir-fikirkanlah...


************************

Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Mior dan Megat namanya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menampar Pipiku”

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkanlah oleh Mior.

Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menyelamatkan Nyawaku”

Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya , “Kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?”.

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar ‘angin kemaafaan’ akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas ‘batu hati’ kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.

Sahabat-sahabatku sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!

************************

Ketika situasi ini berlaku, mampukah kita mengawal emosi dan minda kita? Mampukah kita melupakan pergeseran yang berlaku? Wajarkah kita menempelak atau mengungkit-ungkit punca berlakunya pergeseran?

Bagi aku, menelan lebih lunak berbanding meluahkan. Menelan mampu melenyapkan apa yang berlaku. Malangnya berapa ramai antara kita yang mampu menelan? Cukup kuatkah anggota penghadaman kita? Adakah meluah adalah pilihan yang terbaik? Kita mungkin berasa lega setelah kita meluahkan tetapi mampukah rakan kita mendengarnya? Akhirnya, BACK TO BASIC...


Tentunya kita boleh berkongsi info dalam menghadapi situasi pergeseran sebegini... Silakan...

Continue Reading...

Jun 24, 2009

Leraikan pentengkaran

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan/perhubun gan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.

1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu `kuasa' memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap "anda adalah betul" dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

***********
Ramai antara kita lebih gemar bersyarah berkaitan masalah yang berlaku. Malangnya, bersyarah yang menjurus kepada 'membebel'. Lebih banyak cakap-cakap mengisahkan kenapa dan mengapa masalah itu berlaku. Percayalah, ramai antara kita yang gemar "kita lebih tahu" dalam hal itu. Maka, keadaan lebih kritikal. Lambat-laun, situasi itu lebih 'meletup'. Untuk itu letakkan perbincangan berfokus kepada 'punca masalah' bagi selesaikan masalah yang berlaku.

2) Jangan Balas Dendam

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya "sedar" bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu, tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus, sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah--hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

*********************
Ermmm...puas hati aku! Apa yang sudah dilakukannnya, dia juga dapat merasakan bila aku buat sebegitu. Itulah bait-bait ayat yang berdetik dalam hati. Kepuasan emosi mendahului daripada akal fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Membalas dendam menjadi keutamaannya. Salah dan betul juga menjadi titik-tolak sesuatu masalah akan berlarutan. Sekilas pandang, seumpama masalah telah diselesaikan tetapi remuk-dendam dalam hati siapa yang tahu. Jika suami isteri melakukan pendekatan membalas dendam, suasana akan menjadi seperti hipokrit dan terlalu berjaga-jaga membuatkan hilang keharmonian rumah tangga.

3) Jangan Tinggikan Suara

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat "terasa", jangan terlalu sensitif atau "take it too personal". Keadaan yang tengah "panas" boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja "melepas" cakap tanpa berfikir panjang.

5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil

Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah...3-4 bulan lepas contohnya--jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti

Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira, malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa

Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar...fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!

Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun "naik angin"...bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.


9) Mesti Hormat

Perbalahan/pertelin gkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks "learning experience" atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat "eye contact", tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan

Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan
pasangan, bermaksud terus keluar dari "medan" konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi "tergantung" macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan sorang. Okay, walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, "tension" ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke...kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

Sumber : Taman2 Syurga. - biru, komen pemilik blog.
Continue Reading...

Jun 23, 2009

Ketika kita...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS


Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Continue Reading...

Jun 21, 2009

"Tak nampak apa2" segala yang dilakukan

Sebuah kapal karam di tengah lautan dan hanya dua lelaki yang berjaya berenang ke sebuah pulau kecil. Masing-masing bersepakat mencuba nasib sendiri-sendiri setelah menyedari tiada tanda-tanda akan selamat.

Mereka berdoa agar diturunkan makanan. Dan esoknya bahagian di mana lelaki A berada ditumbuhi pohon . Pohon itu tumbuh dengan cepat sehingga mengeluarkan buah-buahan yang ranum, sedangkan bahagian lelaki B masih kosong.

Dengan itu , lelaki A berpendapat bahawa doanya lebih diterima tuhan berbanding lelaki B. Dia berdoa lagi agar diberi pakaian dan makanan. Dan terdapat sebuah beg hanyut dan perlahan-lahan menghampiri tebing lelaki A. Nampaknya semua doa lelaki A dimakbulkan , manakala lelaki B masih tidak mendapat apa-apa. Dia hanya dapat melihat temannya menikmati makanan dengan lahapnya.

Lelaki A memutuskan untuk meninggalkan pulau itu dan menyelamatkan dirinya. Dia berdoa semoga mendapat sebuah perahu. Tidak lama kemudian ada sebuah perahu hanyut terdampar di tepian pulau. A dengan segera hendak meninggalkan B sebab berpendapat bahawa lelaki B tidak di kasihi tuhan. Doa B tidak pernah dimakbulkan tuhan. Jadi pada kiraannya tidak salah meninggalkan lelaki B seorang diri menemui ajalnya di situ.

Tatkala selamat, dia bertemu seorang yang tidak dikenalinya.
"Wahai hamba ALLAH , mengapa kamu meninggalkan rakan kamu itu?"
Dengan hairan A pun menjawab, "Dia tidak dikehendaki tuhan. Doanya tidak satu pun diperkenankan tuhan."
"Kau salah."
"Aku salah? Tuan tahukah, doa aku semuanya kabul. Tiada satu pun yang ditolak oleh Tuhan."
"Tahukah engkau dia hanya ada satu doa dan semua doanya kabul? Dan engkau mendapat sesuatu daripada doanya itu?"
"Hah, tak mungkin. Apa doanya?" soal lelaki A sambil mencekak pinggang.
"Dia berdoa agar semua doa engkau dikabulkan!"

Sumber : Tinta Semalam

*******************************************************
Aku teringat perbualan dengan rakan aku yang juga mr. mama macam aku di Lekir. Aku singgah di rumahnya untuk bertandang. Dalam perbualan dengannya sebelum aku bergerak ke Tanjung Malim semalam.

"Aku tak mau la, jika aku berjaya.. ahli keluarga aku tertinggal. Biarlah sama-sama merasa nikmat kejayaan", katanya.

"Erm..." sahut aku.

"Apa yang aku boleh bantu mereka, aku akan bantu. Biarlah aku tak semewah mana seperti sepatutnya tapi biarlah saudara-mara aku dapat merasa juga.", tambahnya lagi.

**** Aku berasa kagum dengan impian, niat dan keinginannya berkaitan ahli keluarganya. Kekadang, masih kedapatan dalam kalangan kita yang membiarkan saudara-mara kais pagi, makan pagi..sedangkan kita dilimpahi nikmat dan anugerah yang berlebihan. Itulah moralnya cerita di atas.. sangat menarik!!!
Continue Reading...

Jun 14, 2009

Di Mana Kita?

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..


Janganlah menjadi begitu masin.. sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu

begitu saja...

Continue Reading...

Mengembalikan mood yang hilang

TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.

Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.

Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.

Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.


Ketawa ubat terbaik

Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.

Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan.. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.

Terapi sentuhan

Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan.

Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa.

Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.

Jana 'hormon muda' anda

Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.

Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul

Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.

Hidu bauan yang sesuai

Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.

Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.

Khasiat bunga

Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama lima minit tanpa henti pada kekunci komputernya dan di tepinya pula terdapat jambangan bunga akan lebih rileks berbanding individu yang hanya mempunyai tumbuhan hijau biasa di tepi komputernya.

Continue Reading...

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga



ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

*******************************************************

Adakah benar urutan dalam kekeluargaan mempengaruhi sikap dan tatacara kehidupan sehinggakan mempengaruhi bentukrupa perjalanan dalam rumah tangga?

APA KOMEN ANDA?

Continue Reading...

Cukupkah sekadar PETUA?

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan..

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

**************************************************

Kekadang, pelbagai ilmu kekeluargaan dicari, pengetahuan bertambah, apa jua petua disimpan dalam kotak minda... namun, pembentukan keperibadian sedari kecil mendepani segalanya. Akhirnya BALIK ASAL!. Hakikatnya, pemahaman kedua-dua pasangan sangat-sangat diperlukan untuk penambahbaikan hidup berumahtangga. Insyallah.

Continue Reading...

Jun 8, 2009

Pasangan yang puas..

Pasangan-pasangan yang tidak bercerai tidak semestinya puas dan bahagia dengan perkahwinan mereka. Sebenarnya di kalangan pasangan-pasangan yang tidak bercerai itu terdapat mereka yang amat tidak puas hati, tetapi mereka memilih untuk tidak bercerai disebabkan banyak faktor seperti komitmen, anak-anak, harta, nilai agama, budaya dan rasa takut sekiranya nasib mereka lebih buruk selepas bercerai.

Kajian pakar mendapati perkara-perkara yang amat memuaskan hati lelaki ialah apabila dia melihat isterinya puas hati. Manakala bagi perempuan pula mereka amat puas hati apabila suami mereka mahu membantu sedikit sebanyak kerja-kerja di dalam rumah.

Gaya komunikasi suami isteri sangat dipengaruhi oleh faktor kepuasan. Seseorang yang puas hati, menggunakan gaya komunikasi positif, manakala yang tidak puas menggunakan gaya negatif.



Pasangan yang puas banyak berinteraksi dan setiap sesi interaksi mereka adalah lebih lama. Sebagai contoh, mereka lebih kerap menghabiskan waktu bersama-sama, banyak berkongsi aktiviti sosial dan fizikal, banyak berbual-bual dan setiap perbualan mereka adalah lebih panjang.

Apabila bercakap, ayat-ayat yang mereka ucapkan adalah lebih banyak dan lebih panjang. Begitu juga, apabila mereka mengadakan hubungan seksual, sesinya juga lebih lama.

Pasangan yang puas banyak saling setuju-menyetujui kata-kata dan pendapat antara satu sama lain. Mereka jarang sekali berbeza pendapat oleh itu mereka jarang berkonflik. Mengenai hal ini, pakar-pakar tidak pasti yang mana yang menyebabkan yang mana: adakah disebabkan mereka itu banyak bersetuju maka mereka menjadi puas, ataupun adakah disebabkan mereka puas maka mereka banyak bersetuju. Yang penting, ialah persetujuan dan kepuasan jelas sekali hadir bersama-sama. Oleh itu seseorang perlu banyak bersetuju dengan pasangannya dan perlu banyak memberi kepuasan kepadanya apabila mahukan kebahagiaan.

Pasangan yang puas hati kerap saling memberi penghargaan. Mereka banyak memuji dan menghargai pasangannya. Mengenai hal ini pakar-pakar juga juga tidak pasti. Adakah disebabkan seseorang itu berasa dirinya dihargai maka dia berasa puas, ataupun adakah disebabkan dia puas maka pasangannya banyak menghargainya.

Sumber : Komunikasi Intim - Abdullah Hassan & Ainon Mohd.


Continue Reading...

Cover jer....



Ini cuma cover untuk InSMo ( Interactive Science Modul - Animal Level 1). Ianya dah jadi hak milik Mem Besor sempena Anugerah Guru Inovatif 2009 daerah Batang Padang. Insyallah pada 18 Jun 2009 nanti. Jika tiada aral, pada 16 Jun akan ada pemantauan pegawai PPD berkaitan penggunaan MILIS di dalam kelas.

Senyum je mem besor melihat cover ni...hehehhe.

Upah mana? Hehheheh
Continue Reading...

Jun 6, 2009

Ayaahhhh.....GATALLLLLL!!!!!

"Gatalllll....gataaaallll..................", gerutu si Amir malam tadi.

Aku menjeling ke arahnya.

"Ayahhhhh...gataaaallllll", jeritnya makin kuat.

Aku menjeling lagi ke arah anak ke3 aku, si Amir. Aku jeling juga di sekeliling. Kut-kut ada orang lain dengar ke tidak. Kalau orang lain mendengar dengan salah tafsiran, mampus aku. Ayah yang gatal atau Si Amir menyatakan kegatalan di badannya. Heheheh.

Badannya agak panas. Badannya juga mula ditumbuhi bintik-bintik, semacam ruam. KOMPOM, demam campak. Aku tempekkan coolfever kat dahi untuk turunkan suhu badannya. Tuala lembab, dilapkan di kepala dan badannya.

Tertidur.....

******************************

Pepagi lagi, aku ajak mem besor beli sarapan. Amir dan menyeringai menampakkan dua batang gigi kapak kekal. Nampak gayanya, demamnya dah berkurangan. Alhamdulillah. Badannya sudah mula menampakkan bintik-bintik kandung air. Campak!

Kami bersarapan roti canai.... berselera sekali si Amir yang suka-suka dia kata AYAH GATALLLL. Jam 10 pagi, aku ke Farmasi. Dapat le beberapa botol ubat untuk demam campak. Teringat aku sewaktu aku kecik-kecik. Kudis penuh di badan. Nakal, selal main tanah. Ubat akan disapu seluruh badan. Macam "orang putih" jer...



Dulu-dulu, kalu kena demam campa, arwah mak akan mencari daun semambu(mambu). Boleh alas kat tempat tidur. Boleh kibas-kibas kat badan...sedaaaaaap. Hilang gatal! Tapi...sekarang, aku nak cari kat mana daun semambu (Mambu).



Orang tua-tua juga kata, jika dah kena sekali demam campak ni, Insyaallah...tak kena lagi. Nampak gayanya, Si Amir baru first time kena demam campak. Akhirnya, ubat sapu untuk menghilangkan gatal, aku tenyeh di seluruh badannya. Menyengih je dia...eksyen pulak tu. Geram aku!


Continue Reading...

Nak TEST!

Pepagi ni, aku dok meneman mem besor menyiapkan Modul Sains tahap 1 utk sesi pembelajaran dalam kelas. Nampak gayanya, dah nak siap. Bila mem besor dah puas hati, kompom PENILAI bahan (aku le tu..) akan mengecheck keseluruhannya. Insyaallah, naik cuti sekolah nanti, PPD Batang Padang akan memantaunya dan menguji bahan modul tersebut dalam kelas. Nampak gayanya, mem besor udah mengatur langkah di daerah Batang Padang. Surat jemputan ke Majlis Hari Guru daerah BP, udah diterimanya. TAHNIAH mem besor! Anugerah Guru Inovasi 2009.. Tahniah.

Last-last, aku juga yang takdak kerja cari kerja. Merawang-rawang dari satu blog ke satu blog. Jenguk kat blog cikgu Oden. Aku jumpa sesuatu. Maklum le geng takdak kerja!. Mem aku terkejut kerana aku mengetuk keyboard bagai nak rakkk.... Terkekeh-kekeh gelaknya. Maklumle nak testttt...


32 perkataan

Speedtest



Sapa lagi yang berasa nak test? Cuba ler..hehehhehhe
Continue Reading...

Jun 5, 2009

Diganggu VS Mengganggu

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian

KAJIAN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati antara punca utama perceraian hari ini ialah suami curang atau isteri enggan dimadukan membabitkan 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.


Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.

Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.

"Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras", katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.


Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

"Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini," katanya.

Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

"Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini," katanya.

Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

"Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.

Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

"Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah," katanya.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.


Sumber : Email (Tmn2Syurga)

Continue Reading...

Jun 3, 2009

Lidah..oooo..lidah!

DUA perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.

Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud: "Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama." (Hadis riwayat Ahmad).


Pada saat pengaruh kehidupan bersalut kebendaan, didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.

Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Debat nabi jelas beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan.

Sedangkan debat yang dicadangkan adalah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista terkeluar. Keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.

Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, boleh jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga."(Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.


Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: "Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini?" Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: "Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik." Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: "Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Akhir-akhir ini perkataan melaknat dan mengutuk sering menjadi mainan sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah:

"Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: "Berhentilah daripada perbuatan dosa." Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka.

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)

Sumber: Email terkumpul dari Tmn2Syurga

++++++++++++++++++++++++

Bukan kerana LIDAH....

Bagi aku, lidah adalah alat untuk menyampaikan makna kata-kata hasil tafsiran minda kita terhadap sesuatu perkara yang dilihat, didengari, dirasai dan dihidu. Jika kita perhatikan sekeliling kita terhadap apa yang diperkatakan oleh seseorang. Hasil kata-kata mereka telah diterjemahkan oleh minda yang bercas positif atau negatif. Jika seseorang yang berfikiran positif, kata-kata yang dikeluarkan melalui lidah mereka adalah berbentuk positif. Begitu juga sebaliknya. Marilah kita fikir-fikirkan bersama sambil bermuhasabah diri, di manakah kedudukan cara kita berfikir... LIDAH menuturkan kata-kata hasil terjemahan sesuatu makna dalam minda kita! Wallauhalam.



Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template