Aku PASRAH. Aku menerima ketentuanNya. Aku redha dengan tindakanmu meninggalkan aku buat selama-lamanya. Alhamdulillah, sepanjang bersamamu..sungguh banyak yang kau ajar diriku yang naif ini.
Tidak kusangka, harapkan panas hingga ke petang, hujan di tengahari. Mengapa begitu? Tiada langsung bayangan-bayangan bahawa kau akan meninggalkan aku tanpa sebarang tanda. Dikau pergi tanpa menoleh ke belakang. Tiada kau kenang saat-saat kita bersama. Malang sungguh aku rasakan kerana kau merajuk di kala bulan gelap. Aku seumpama tidak bernafas lagi. Aku sukar menerja ke mana-mana. Apa silap aku?
Pemergiaanmu tanpa bayangan. Pemergianmu di kala aku amat memerlukanmu. Adakah sebarang kesilapan yang aku lakukan? Tanpa kau berkata apa-apa, kau berlalu meninggalkanku. Bila dikenangkan saat mula aku bertemu denganmu di Bukit Beruang, Melaka pada tahun 2007. Aku kagum dengan rupa bentuk dan uniknya namamu. Walau ketika itu, masih banyak pilihan-pilihan lain, aku tetap memilihmu.
Hari Ahad, lebih menyukarkan aku. Aku tidak mampu ke mana-mana tanpamu. Pemergianmu, benar-benar aku terasa. Hari Ahad juga menyukarkan aku untuk mencari ganti. Hari ini (Isnin) aku terpaksa mencari yang lain untuk menggantikan tempatmu. Aku pasrah. D-Link-300 penggantimu. Terima kasih Zyxel P-320W!!!!! Itulah dinamakan PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI....

4 Coretan Lain:
Lain kali pasang 2. Satu buat masalah... guna yg satu lagi. hehe.
Bagus gak idea tu... cuma takut tak berlaku adil. hehehhe. Akan ada pulak yang terasa "tak dihargai". hehhe. Tak gitu?
hehe.. romantis abis!! lentuk beb..
Nak buat camne bro, kehilangan yang di luar jangka.... sesekali nak jadi "mat bunga"...heheh
Post a Comment