May 12, 2009

Anda tetap bagus..cuma saya belum cukup bagus

Pernah tak Anda dengar frasa perasan bagus? Bagi saya, itu boleh disamakan dengan temberang, menunjuk-nunjuk, riak, membesarkan diri atau ‘cocky’ dalam Inggeris Amerika.

Perasan bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Ada ada orang yang merasa dia sangat bagus dalam sesuatu, tapi lebih suka diam-diam.

Sikap merasa diri amat bagus dan perasan bagus adalah penghalang terbesar kepada kecemerlangan. Anda akan terhalang dari menjadi cukup kreatif, kemudian ia akan menjejaskan perhubungan Anda dengan orang sekeliling, kawan-kawan Anda, ahli keluarga mahupun dengan kekasih Anda.

Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Anda semakin tidak cemerlang, prestasi Anda terjejas dan emosi Anda jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Anda menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Anda sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya.

Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya langkah demi langkah.

Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri Anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang Anda lihat lebih mahir dari Anda dan jangan pernah merasa diri Anda sudah cukup bagus.

Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan Anda akan semakin bagus dalam apa yang Anda usahakan tanpa Anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan Anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.

Jika Anda student, Anda akan jadi student yang makin bagus. Jika Anda pekerja, Anda akan jadi pekerja yang semakin bagus. Jika Anda usahawan, Anda akan jadi usahwan yang semakin bagus, lebih bagus dari usahawan-usahawan seangkatan Anda!

Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!

**********************

Aku tertarik dengan entrinya kali ini. Isu yang sama, pemahaman yang sama, cuma cara dan kaedah sahaja yang berbeza. Apa yang dikatakan oleh penulis ada benarnya. Perasaan merasakan kita sudah cukup bagus membuatkan kita berhenti mencari ilmu. Bagi aku, tetap dengan prinsip buat-buat bodoh untuk mendapatkan ilmu. Dengan itu, ianya mencabar diri kita untuk mendapat dan menempatkan diri dalam ruang yang ingin kita masuki..

Dalam pada itu, bagaimana cara dan kekuatan kita menggunakan pendekatan komunikasi untuk mendapatkan ilmu daripada orang lain. Adakah kita bertanyakan soalan dalam bentuk ingin tahu atau ingin menguji tahap pengetahuan orang lain. Itu bergantung pada niat dan kuasa kata-kata. Walau bagaimanapun, orang sekeliling aku tetap lebih bagus daripada aku. Suasana itu mampu mencabar aku untuk terus menerokai terhadap apa yang ingin diketahui... Wallahualam.

6 Coretan Lain:

Mak Su on 5/12/2009 11:26 AM said...

tak... saya tak bagus :(

ONE ZABA on 5/13/2009 6:34 PM said...

kita semua bagus pe....

echah_syed on 5/13/2009 6:38 PM said...

aku bagus tak..??

azlanlin on 5/14/2009 7:25 AM said...

To Maksu:
Anda tetap bagus dalam kekuatan yang tersendiri...kan?

azlanlin on 5/14/2009 7:26 AM said...

To One-Zaba:
Ya, Kita semua bagus. Cuma tinggal nak bermegah-megah dengan kebagusan kita ke idak...heheh

azlanlin on 5/14/2009 7:28 AM said...

To Echah:
Combi tetap bagus mengikut kriteria yang tersendiri..Masing-masing ada kualiti diri masing-masing. Yang membezakan hanyalah menunjuk-nunjuk kebagusan tersednri...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template