May 28, 2009

Kenapa kita resah dan gelisah?

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :



1. Pemarah
- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
- amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah.

Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.



Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Sumber :
Continue Reading...

May 26, 2009

Kaki belit atau kaki terbelit?

Kadang-kadang dalam berurusan dengan manusia, kita jadi banyak belit. Belit sana belit sini, akhirnya kita jadi berbelit-belit dan terbelit diri sendiri. Mudahkan segala urusan, berterus-terang dan elakkan maksud dua atau tiga lapis.

Kaki belit atau kaki terbelit?

Kalau salah atau silap, minta maaf dan kita tanggung risiko/kerugian kerana kesilapan atau kecuaian kita . Apabila urusan menjadi mudah dan lancar, semua hati menjadi tenang dan lenang. Berlebih kurang apa salahnya. Jangan biarkan ego kita berada di puncak gunung dan kita pula bersembunyi di balik bayang-bayangnya. Janganlah menganiayai diri sendiri. Kesian.
Continue Reading...

May 25, 2009

Urggghh...pakai botox ka?

Nampak gayanya, dah bersawang, berhabuk, daki dan macam-macam lagi yang mula melekat kat blog ni. Ini kerana mood cuti menyerap keseluruhan perjalanan hidup. Hehehhe (Alasan!)

Sejak semalam (Ahad), aku mula menggodak isi perut blog ini. Aku usik dan solek-menyolek rupa paras blog ini. Aku pakaikan botox untuknya. Saja nak tengok apa yang berlaku. Sekali usikkk...haaaaaaa...... macam ni pulak jadinya? Entah hapa-hapa. Aku masih gunakan template yang sama. Cuma script tentang saiz layout berbeza. Akhirnya, aku nak adjust apa lagi pun dah tak reti. Abis semua jadi center dari atas ke bawah, kiri dan kanan. Hahhaha.

Cuma aku telah masukkan translator untuk blog ini. Negara-negara yang terpilih saja yang dapat membacanya. Apa nak jadi dengan botox yang aku gunakan. Heheheheh.
Continue Reading...

May 16, 2009

Kita semua GURU...

Selamat Hari Guru. Kalimat itu adalah ketentuan yang diterima ramai. pada 16 Mei setiap tahun. Sebelum ini, setiap kali tiba tarikh 16 Mei, sememangnya aku juga merasainya. Kini, aku yang bergelar MahaSiTua, sadis rasanya. Layakkah aku menerimanya kalimah Selamat Hari Guru daripada OneZ. Terima kasih OneZ!!!

Dalam cuti-cuti sebegini macam CikgoOden, aku mula meronggeng ke sana dan ke mari. CikgoOden, untung la jugak..boleh kelebek kartunnya. Aku nak kelebek apa kebenda? Aku cuma mampu kelebek Lappy aku dan mengharungi dunia ICT. Merata-rata ceruk aku meneruskan laluan aku di alam maya. Entah ke mana pun aku tak tau, yang pasti semakin nampak hala dan tuju, tidaklah meronggeng lagi sehingga terciptanya logo avatar khas aku!

Klik Avatar

Sempena 16 Mei ini, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada warga pendidik di Malaysia, khususnya kepada MemBesor aku, guru-guru di SK Seri Intan, Kluang, rakan-rakan blog juga pembaca-pembaca blog ini yang terlibat dengan dunia pendidikan. Ibu-ibu juga dianggap guru di rumah. Jadi sesuai juga menerima kalimah tersebut.....
Continue Reading...

May 12, 2009

Anda tetap bagus..cuma saya belum cukup bagus

Pernah tak Anda dengar frasa perasan bagus? Bagi saya, itu boleh disamakan dengan temberang, menunjuk-nunjuk, riak, membesarkan diri atau ‘cocky’ dalam Inggeris Amerika.

Perasan bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Ada ada orang yang merasa dia sangat bagus dalam sesuatu, tapi lebih suka diam-diam.

Sikap merasa diri amat bagus dan perasan bagus adalah penghalang terbesar kepada kecemerlangan. Anda akan terhalang dari menjadi cukup kreatif, kemudian ia akan menjejaskan perhubungan Anda dengan orang sekeliling, kawan-kawan Anda, ahli keluarga mahupun dengan kekasih Anda.

Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Anda semakin tidak cemerlang, prestasi Anda terjejas dan emosi Anda jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Anda menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Anda sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya.

Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya langkah demi langkah.

Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri Anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang Anda lihat lebih mahir dari Anda dan jangan pernah merasa diri Anda sudah cukup bagus.

Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan Anda akan semakin bagus dalam apa yang Anda usahakan tanpa Anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan Anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.

Jika Anda student, Anda akan jadi student yang makin bagus. Jika Anda pekerja, Anda akan jadi pekerja yang semakin bagus. Jika Anda usahawan, Anda akan jadi usahwan yang semakin bagus, lebih bagus dari usahawan-usahawan seangkatan Anda!

Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!

**********************

Aku tertarik dengan entrinya kali ini. Isu yang sama, pemahaman yang sama, cuma cara dan kaedah sahaja yang berbeza. Apa yang dikatakan oleh penulis ada benarnya. Perasaan merasakan kita sudah cukup bagus membuatkan kita berhenti mencari ilmu. Bagi aku, tetap dengan prinsip buat-buat bodoh untuk mendapatkan ilmu. Dengan itu, ianya mencabar diri kita untuk mendapat dan menempatkan diri dalam ruang yang ingin kita masuki..

Dalam pada itu, bagaimana cara dan kekuatan kita menggunakan pendekatan komunikasi untuk mendapatkan ilmu daripada orang lain. Adakah kita bertanyakan soalan dalam bentuk ingin tahu atau ingin menguji tahap pengetahuan orang lain. Itu bergantung pada niat dan kuasa kata-kata. Walau bagaimanapun, orang sekeliling aku tetap lebih bagus daripada aku. Suasana itu mampu mencabar aku untuk terus menerokai terhadap apa yang ingin diketahui... Wallahualam.

Continue Reading...

May 11, 2009

Kau merajuk dan pergi di kala bulan gelap

Aku PASRAH. Aku menerima ketentuanNya. Aku redha dengan tindakanmu meninggalkan aku buat selama-lamanya. Alhamdulillah, sepanjang bersamamu..sungguh banyak yang kau ajar diriku yang naif ini.

Tidak kusangka, harapkan panas hingga ke petang, hujan di tengahari. Mengapa begitu? Tiada langsung bayangan-bayangan bahawa kau akan meninggalkan aku tanpa sebarang tanda. Dikau pergi tanpa menoleh ke belakang. Tiada kau kenang saat-saat kita bersama. Malang sungguh aku rasakan kerana kau merajuk di kala bulan gelap. Aku seumpama tidak bernafas lagi. Aku sukar menerja ke mana-mana. Apa silap aku?

Pemergiaanmu tanpa bayangan. Pemergianmu di kala aku amat memerlukanmu. Adakah sebarang kesilapan yang aku lakukan? Tanpa kau berkata apa-apa, kau berlalu meninggalkanku. Bila dikenangkan saat mula aku bertemu denganmu di Bukit Beruang, Melaka pada tahun 2007. Aku kagum dengan rupa bentuk dan uniknya namamu. Walau ketika itu, masih banyak pilihan-pilihan lain, aku tetap memilihmu.



Hari Ahad, lebih menyukarkan aku. Aku tidak mampu ke mana-mana tanpamu. Pemergianmu, benar-benar aku terasa. Hari Ahad juga menyukarkan aku untuk mencari ganti. Hari ini (Isnin) aku terpaksa mencari yang lain untuk menggantikan tempatmu. Aku pasrah. D-Link-300 penggantimu. Terima kasih Zyxel P-320W!!!!! Itulah dinamakan PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI....
Continue Reading...

May 3, 2009

Dah jemput kengkawan, bang?

Moga-moga dirahmati dan diberi hidayah sepanjang hayatnya. Insyallah. Hari ini, diawalkan sehari untuk Amirul. Sepatutnya esok, 04.05.09. Memandangkan hari ni hari Ahad, diawalkan sehari. Boleh la.. maka seawal pagi lagi, Amirul dan Amir ada tugasan yang mesti diselesaikan. Jam 10.00 dua beradik dapat tugasan yang sememangnya mereka suka. Dapat naik basikal menjelajah beberapa taman perumahan untuk ke rumah kawan-kawan Amirul. Peluang itu, sememangnya mereka tunggu. Merdeka..sesi jelajah taman perumahan dapat mereka laksanakan.

Amirul, dah buat senarai kengkawan yang dia kenal. Ada 10 orang katanya. Maka, Amirul dan Amir mulakan sesi jelajah taman perumahan untuk menjemput kawan-kawannya untuk ke rumah pada jam 4 petang nanti. Sempena Hari Lahir Amirul yang ke10. Tahap keyakinan Amirul agak sederhana, maka dia perlu menjalani praktikal. Dia harus menjemput rakan-rakannya. Aku dapat agak tentunya ramai yang tak dapat datang..maklumlah, cuti panjang. Tentunya ibu bapa masing-masing punyai perancangan tersendiri.

Yang menariknya, beberapa rakan anak-anak jiran akan datang untuk sesi makan-makan. Ingat lagi malam tadi. "Mama, nak masak apa untuk hari jadi Amirul?", tanyanya. Kompom, maklumat dah bocor daripada Amir yang memaklumkan pada abangnya. Bertuah ko Amirrrrrr.

Majlis simple jer. Maklumlah, ini juga ruang untuk anak-anak mengenali sesama mereka. Itu ruang mereka. Yang penting kita menyokong dan memantau selagi baik untuk mereka.

Happy Birthday untuk Amirul yang ke 10.
Continue Reading...

Penatlah ayah...

Amira, selesailah sudah tugasannya sepanjang Kem Kepimpinan mulai Jumaat lalu. Tepat jam 1.15 petang tadi, para pelajar sudah susut bilangannya di Pusat Pertanian Hulu Selangor. Ini kerana telah ramai ibu bapa yang datang mengambil anak-anak pada jam 1.00 petang.

Sempat juga aku berbual dengan rakan lama aku. Cikgu Hariri. Dialah penyelaras untuk program tersebut. Program ini menjadi projek keduanya untuk sesi praktikum dalam tempoh 5 bulan di SK Tanjong Malim. Maka, bersiap-sedia dengan dokumentasi bagi melengkapkan proses pengajiannya di IAB. Selepas itu, bersiap sedia la pulak untuk sesi temuduganya akan datang bagi menyambung pengajian di UPSI. Insyallah.

Dalam perjalanan pulang dari Kem Kepimpinan itu, banyak cerita yang disampaikan oleh Amira. Dari awal pendaftaran petang Jumaat hingga hari terakhir program itu turut diselang seli dengan ketawa kami dua beranak dalam kereta. Maklum le, sempat juga aku menyakatnya...

Aku membelok ke pekan Tanjong Malim untuk membeli hadiah surprise untuk Amirul. Maklum le, Amirul dah menjemput rakan-rakannya. Apabila tiba di rumah, Amira tak banyak cerita. Almaklumlah, dah penat dia bercerita pada ayahnya. Aku sekadar erm..ooo...ye ker..macam mana boleh jadi macam tu..


"Along, macam mana kat kem tu?" sapa mem besor apabila Amira bersalaman dengan mamanya di dapur.

"Best..tapi, Along dah ceritakan pada ayah. Lain kalilah, along ceritakan", balasnya sambil bersalaman.

"Alaaaa...ayah bukannya nak cerita balik kat Mama", kata mem besor sambil jeling-jeling manja kat aku.

Aku sekadar ha..ha..ha..ha..ha...

Pandai-pandai le korang dua beranak untuk berpakat-pakat dan bodek-membodek. Banyak kerja lagi nak dibuat untuk penyediaan jam 4.00 petang nanti khas untuk Amirul.
Continue Reading...

Menambat hati lelaki

Sumber : Tirana

Aku gemar artikel-artikel yang dipaparkan dalam blog Tirana. Kebanyakannya berkisar tentang hidup dan kehidupan. Diselang-selikan dengan ilmu kemanusiaan dan kejiwaan. Ilmu ini sangat penting dalam kehidupan kerana ramai orang di sekeliling kita yang harus kita kenali dan memahami mereka agar perhubungan sentiasa terjalin.

Isu ini menjadi satu persoalan yang nampak mudah tetapi payah untuk dimengertikan. Ini berpunca kerana perbezaan perasaan, jiwa, hati keinginan dan sebagainya. Marilah kita telitikan bersama...

********************************************************

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki? Ambil sedikit masa dan fikirkan.


Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain "Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.


Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih bayak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri. Fikirkan.


Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukanlah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.


Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.


Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.


Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggungjawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun..


Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.


Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki.
  • kehendak seks (awas kepada yang belum diakad nikah..jangan senang-senang memberi dan menyerah diri..)
  • kehendak untuk menjadi penting.

Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.


Tunjuk minat tulen terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.


Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.


Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.


Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat. Fikirkan.

********************************************
Azlan : Konsep memberi dan menerima seadil-adilnya dalam diri seseorang mampu menyelami persoalan ini. Sekiranya seseorang wanita hanya sekadar ingin dipenuhi keinginannya sahaja, pastinya mereka sukar memahami lelaki. Anda bagaimana?
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template