Apr 14, 2009

Apa tajuk sesuai?

Cuti semester dah terbuka pintu. Aku akan masuk dan melaluinya. Aku fikir, aku akan lalui satu suasana yang cukup asing untuk aku. Aku akan jd Mr. Mama dan househusband sepenuh masa. Nak tunggu bulan enam utk buka semster baru..lama lagi tu. Apa aku nak buat ek?

Aku pi cari buku yang boleh aku kelebek dalam cuti-cuti ni kat library UPSI. Aku rasa, aku je macam gangster masuk library. Dengan seluar jeans, kasut kulit Lee (nasib baik aku tak pakai kasut kulit utk naik Chentahati aku..), t'shirt takde kolar dan berjaket jeans, spek itam, rambut botak ala mawi ... fuhhh, macam samseng kampung dusun jer..

Biasanya, student yang nak masuk ke library UPSI kena berpakaian formal. Walamak.. aku kira, nak masuk library bukannya time kerja. Biasanya, kalu aku berpakaian ala-ala samseng kampung dusun macam tu, ramai student yang muda-muda dok jeling aku .. 'sapa la mamat ni'. Mesti depa ngumpat aku. Aku jenis tak ambil kira apa persepsi orang. Heheheh. Yang penting, akak guard di kaunter depan pintu masuk library udah kenal aku. Hehehe.

Rasa-rasanya, aku nak buat cadangan kat library UPSI tu la. Pakaian takyah le formal sangat. Dok library nak kena dalam keadaan bersantai. Baru relaks sikit. Aku ke sana, nak cari tempat yang ada air-cond, baru sedap tidog... hehehhehe.

Buku ni aku pinjam. Saja nak tau tentang bagi orang keliling kita enjoy bekerja semasa dalam jagaan kita. Juga nak tau, ada ke ganggual seksual di sekolah? Macam mana ghupanya, kalu gangguan seksual berlaku kat aku... CikLah..cepat ganggu aku. muhahahaha..!

Komentar :

ada 12 Coretan Lain ke “Apa tajuk sesuai?”
xiiinam said...
pada hari 

Astaghfirullahal'adziiiim.

Errrrr....tumpang lalu ye bang. Aku nak pi ajar anak-anak jiran aku ngaji muqadam ni......

Aku meneruskan perjalanan, mengatur langkah behati-hati sambil tertunduk sopan......
.
.
.
.
.
.
.
.
OPOCOT MAK KAU!!!!
.
,
,
,
Ehhhhh....maaf, aku terlanggar bendul pintu rumah tadi......

AnnDee72 said...
pada hari 

Tajuk sesuai??

samseng kampung dusun boleh??.. har har har!!

azlanlin said...
pada hari 

To CKLah:

Tu la ko..banyak le ko punya sopan sampeii terlanggar bendul... last2 kepala aku yang benjol..

Ko tau tak, apa yang ko terlanggar sebonarnya? Ko nihhh...

Samap ke sudah, ko tak bagi tajuk ekkk.. tersadung?

azlanlin said...
pada hari 

To Andee:

Nak kata, "samseng kampung dusun".. ermmm, skrg udah dpat status tanah kekal.. "samseng Kampung Tersusun..sesuai tak?

*SiRibenMerah said...
pada hari 

chenta hati incik samseng...
amacam??
sesuaiiii ke??

Marniyati said...
pada hari 

Letak tajuk 'tidoq' la, heheheee...

Cemburunya rasa hati bila tahu En. Azlan berpeluang lepak-lepak di library. Saya cuma berpeluang ke library UPSI sebulan sekali, bila berjumpa penyelia. Ini pun sudah 2 bulan saya tidak ke UPSI kerana berjumpa dengan penyelia di Lembah Kelang sahaja (penyelia banyak 'kerja luar').

Saya cuma dapat lepak di library UKM, UPM, UM atau Perpustakaan Negara sajalah. Apakan daya, menumpang di kampus orang! hehehee

DUN Behrang 2020 said...
pada hari 

Bro...cadangkan skali kt pihak pengurusan tu tilam bantal...santai tuuuuuuuuuuu!!!!Hihihi!

sonata anak kancil said...
pada hari 

ikut aje le peraturan tu, tak rugi pun!ada kata,peraturan dibuat untuk dilanggar - kalau tak, tak ada keje lak - keje menyaman.

azlanlin said...
pada hari 

To Si Riben Merah:

Sesuai banget dong... lebih sesuai jika SRM naik chentahati dengan si samseng tu.. kan?

azlanlin said...
pada hari 

To Marni:

Tidog..pun boleh..

Tambahan pulak kena tempat yang sejuk2 nyaman... ermm bestnya ok dalam bilik karel..

Senenarnya, dlm UPM, UKM,UM dan PN.. pelbagai yang tenatu ada macam2.. kalu setempat jer, apa yang ada saja tanpa pilihan..kan?

azlanlin said...
pada hari 

To DUN:

Goooddddd ideaaaaa... hehehhe. Kena plak ada port isap rokok..fuuhhhh..bestnya!

azlanlin said...
pada hari 

To Sonata:

Mmg akan diikuti..tetapi sesekali nakal, xnak ikut..tu yang best bila melihat reaksi apabila tak diikuti.. hehehhe.. saja pesen nakal ek..

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Archive

 

© 2009-2010 Fresh Template. Powered by AzlanLin.

MasterUpsi by azlanlin