Apr 30, 2009

Mampukah aku mengubah dunia...?

Jom kita mengubah dunia. Dunia di alam maya. Apa-apa pun terpulang pada kita untuk mengubahnya atau tidak. Kini, aku sedang berusaha untuk mengubah dunia maya aku dari blogspot ke azlanlin.com. Minggu lepas, aku berjumpa dengan seorang sifoo. Dia sarankan untuk aku membeli hosting / webserver, jika aku berhasrat untuk mengubah dunia aku.

Sebenarnya, amat mudah untuk membeli hosting sendiri. Sebelum ini, tak pernah aku pedulikan langsung tatacara pembeliannya. Aku beli di Internet-Webhosting milik anak muda melayu berpusat di Selangor. RM120 jumlahnya iaitu RM80 untuk hosting dan RM40 untuk nama yang dipilih.

Perinciannya seperti di bawah:

Surfers Std Hosting Plan : RM 80/Year

(US$22.4/Year)

  • 10 GB of webspace

  • 50 GB of monthly bandwidth


Specification Summary :

  • Cpanel Hosting Control Panel

    (LINUX Platform Only)

  • PLESK 8.6 For Windows

    (Windows Platform Only)

  • Support Up to 15 Add-On Domain (Linux Platform Only)

  • Unlimited Subdomain

  • Unlimited Email Aliases

  • Unlimited MYSQL Databases

  • Unlimited MSSQL Databases (Windows Platform Only)

  • Unlimited MS Access Databases (Windows Platform Only)

  • All our features, and

  • All our guarantees


Apabila mendapat username dan password, aku cuba buka dan godak. Waduuuhhh, tak nampak jalan langsung!! Aku try cari maklumat di Youtube dan forum-forum yang berkaitan. Aku tak tahan. Aku perlu berguru semula dengan sifoo.

Cikgu Mahfuz di bilik ICT SMKA Slim River

Hari ini, aku pelajari yang asas saja untuk mengenali view template joomla. Aku akan godak lagi, insyallah...azlanlin.com. Ini baru permulaan.. Aku sendiri nak lihat, tahap mana yang aku mampu mengubah dunia aku sendiri. Sebenarnya, aku ada motif untuk 2-3 tahun daripada sekarang. Insyallah. Aku ada tempoh masa untuk itu.....



Continue Reading...

Apr 23, 2009

Aku keliru...

Siapa aku? Di mana aku berada? Ke mana akan aku pergi? Kenapa ke sana? Untuk apa? Ishhh.. Itulah aku. Aku keliru. Aku termanggu. Aku keliru. Aku terkedu.

Adakah aku ingin merujuk kembali? Adakah aku ingin melamar semula? Aku hampir jadi sasau... Sasaukah aku? Kelirukah aku? Adakah aku sasaukan yang lama. Ambikkk ko. Itulah bahananya.

Rasanya baru seminggu aku bergelar mr.mama. Nak kata aku buat semua kerja rumah, tidak juga. Nak jaga budak2, tidak juga sebab semuanya sudah bersekolah. Aku termanggu. Aku terkeliru.

Pepagi lagi, gian aku datang semula. Aku capai baju batik kegemaran aku. Aku gosok perlahan-lahan. Maklumlah, hari Khamis. Semua kakitangan awam akan memakai pakaian batik. Aku tidak terkecuali. Dari bahagian hadapan, lajak ke bahagian belakang. Aku luruskan bahagian lengan, aku terus menggosok. Seterika kejap panas, kejap sejuk. Aku semacam dah lupa untuk menggunakan seterika. Aku semacam tak ingat untuk adjust penggunaan tombol sejuk-panas tu. Aku keliru...aku keliru...

Aku makin keliru. Aku mencari stoking di tempat biasa seperti yang mem besor sediakan. Aku berpakaian lengkap, singlet, berbaju batik coklat, seluar hitam, stoking dan berkasut polo coklat. Aku mencari bedak dan minyak wangi. Name tag aku mana? Aku makin keliru....

Aku nak ke mana? Aku keliru...

Aku tak kira, aku mesti pergi juga. Aku tak boleh dalam keadaan sebegini. Aku mesti biasakan diri aku seperti selalu. Aku nak rasa juga suasana itu. Aku makin keliru. Jam di tangan aku dah hampir 8.15 pagi. Alamak, aku dah terlewat ke sekolah ke? Aku keliru...

Aku capai telepon cokia aku. Aku mencari nama kawan aku. Hariri. Sahabat lama aku di MPIP. Aku bertemu semula di Tanjong Malim. Dia menjalani praktikum di SK Tanjong Malim. Aku dail nombornya.

"Di mana ko?" tanya aku.

"Aku di bilik guru." balasnya.

"Ok, dalam 5 minit lagi aku sampai. Dah ready ke?



...bersambung...


Continue Reading...

Apr 18, 2009

Jom ke sana...

Teringin aku ke sana lagi. Hati berbunga-bunga untuk berkunjung ke sana. Tambahan pulak, Isnin cuti di Perak. Ada tiga hari, Sabtu, Ahad dan Isnin. Aku dan mem besor mula merancang perjalanan. Aku udah call biras yang ada di KL. Boleh bermalam di sana.

Pagi hingga tengah hari Sabtu, mem besor ada seminar kajian tindakan di SMK Bidor. Teruskan, itu dah minatnya. Mana le tau kalau-kalau boleh menyinar juga di Perak seperti sebelum ni ketika berada di Kluang. Boleh ke?

Petang ni aku akan ke KL bermalam di sana. Ahad pagi akan jenjalan yang akan dirancang apabila ada di KL kerana aku tak cekap di KL untuk ke mana-mana. Tengah hari hingga petang, sefamili akan ke PWTC untuk meramaikan rakyat di Pesta Buku Antarabangsa.



Malamnya, aku akan lajak ke Putrajaya di rumah PakLang. Bermalam lagi.. Isnin pagi, aku akan ke Parcel E, ada urusan di sana. Moga-moga, takde halangan apa yang dirancang. Jom ke sana...
Continue Reading...

Apr 17, 2009

Garam dan laut?

Setiap kali aku onkan laptop putih aku ni, software dewan eja pro akan diaktifkan secara automatik. Yang menariknya, akan muncul satu peribahasa baru yang tak pernah aku baca sebelum ini pada paparan dewan eja pro. Menarik software tu!! Tambahan pula untuk aku sebagai seorang pelajar akhir remaja tua. Sesuai banget dong...

Hari ni, bukannya aku nak ceritakan tentang software tu tetapi tentang peribahasa yang dipaparkan melalui software tu.

Peribahasa :
" Bagai mencurah garam ke dalam laut"

Maksud:
:: berbudi kepada orang kaya ::

Jika dilihat pada maksudnya, kita lebih menjuruskan minda kita pada perbuatan membantu pada orang yang kaya. Hasilnya bantuan yang diberikan akan dilihat sebagai tidak menambah apa yang tiada dan tidak mengurangkan apa yang ada.

gambar hiasan

Mari kita tengok pada sudut lain iaitu orang yang kaya banyak cakap. Kelompok yang banyak cakap ini meminta pandangan kita tentang sesuatu isu yang menimpanya? Pernahkah terjadi pada diri kita... seseorang yang banyak cakap meminta pandangan kita?

Kita berkemungkinan cuba memberi pandangan dari sudut pandangan kita sendiri berdasarkan pengalaman atau pembacaan kita berkaitan isu itu. Malangnya orang yang meminta pandangan, terus memberi seribu alasan kerana tidak cuba mendengar dan menganalisis apa yang diperkatakan. Untuk itu, apa gunanya meminta pandangan...

Jika itu keadaannya, mungkin juga ada baiknya kita perkatakan, "buat le apa yang ko dah buat..betul le dah tu...". "teruskan..." Mungkin itu ayat yang cuba nak didengar untuk menyokongnya..

Oleh itu, sewajarnya cubalah untuk ... mendengar, memahami dan menapis (3M)... bukannya mendengar dan menepis (2M)... ermmm. Kedua-dua konsep ini sangat berbeza. Mungkin juga aku jenis mendengar, memahami dan menapis.. tentunya tak berapa selesa dengan kelompok yang mendengar dan menepis.

Konsep 3M dan 2M seharusnya diguna pakai mengikut situasi-situasi yang berbeza. Malangnya jika konsep 2M je yang jadi pegangan, membuatkan orang sukar dan malas untuk memberi pandangan.. Jika konsep 2M jadi amalan dalam komunikasi, rugi loooo.. tentunya, tak dapat sedut ilmu yang ada pada orang lain kerana sifat dan sikap 2M itu...

Boleh ke konsep 'tidak menerima pandangan' itu dikaitkan dengan 'bagai mencurahkan garam ke laut?". Hahhaha.. saja nak akit-mengait, kut-kut terkait di akhirnya... Anda yang tentukan!!!



Continue Reading...

Apr 14, 2009

Apa tajuk sesuai?

Cuti semester dah terbuka pintu. Aku akan masuk dan melaluinya. Aku fikir, aku akan lalui satu suasana yang cukup asing untuk aku. Aku akan jd Mr. Mama dan househusband sepenuh masa. Nak tunggu bulan enam utk buka semster baru..lama lagi tu. Apa aku nak buat ek?

Aku pi cari buku yang boleh aku kelebek dalam cuti-cuti ni kat library UPSI. Aku rasa, aku je macam gangster masuk library. Dengan seluar jeans, kasut kulit Lee (nasib baik aku tak pakai kasut kulit utk naik Chentahati aku..), t'shirt takde kolar dan berjaket jeans, spek itam, rambut botak ala mawi ... fuhhh, macam samseng kampung dusun jer..

Biasanya, student yang nak masuk ke library UPSI kena berpakaian formal. Walamak.. aku kira, nak masuk library bukannya time kerja. Biasanya, kalu aku berpakaian ala-ala samseng kampung dusun macam tu, ramai student yang muda-muda dok jeling aku .. 'sapa la mamat ni'. Mesti depa ngumpat aku. Aku jenis tak ambil kira apa persepsi orang. Heheheh. Yang penting, akak guard di kaunter depan pintu masuk library udah kenal aku. Hehehe.

Rasa-rasanya, aku nak buat cadangan kat library UPSI tu la. Pakaian takyah le formal sangat. Dok library nak kena dalam keadaan bersantai. Baru relaks sikit. Aku ke sana, nak cari tempat yang ada air-cond, baru sedap tidog... hehehhehe.

Buku ni aku pinjam. Saja nak tau tentang bagi orang keliling kita enjoy bekerja semasa dalam jagaan kita. Juga nak tau, ada ke ganggual seksual di sekolah? Macam mana ghupanya, kalu gangguan seksual berlaku kat aku... CikLah..cepat ganggu aku. muhahahaha..!
Continue Reading...

Apr 12, 2009

Kena buka pintu...

Isu 1:

Beberapa hari kebelakangan ini, isu KJ tidak dilantik dalam kabinet Najib menjadi perbualan di merata-rata dalam media alternatif. Ada yang positif, ada juga yang negatif. Malangnya, ada sesetengahnya hanya memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan pemikirannya sahaja. Seolah-olah mereka memberi pandangan tanpa memahami situasi sebenar. POLITIK - berkaitan dengan persepsi... Maka DS Najib memberi penjelasan akan perkara itu.

************************************************
PATTAYA 11 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya. [Selanjutnya]

************************************************

Isu 2:

Aku percaya bahawa sebilangan besar masyarakat Melayu masih sayangkan UMNO. Malangnya "banyak kemelut" yang menimpa UMNO telah menjadi satu tsunami politik negara. Tapi...percayakah kita bahawa untuk bergiat/menyumbang tenaga dalam parti politik tidak semudah disangka seperti badan sukarela yang terbuka kepada sesiapa sahaja.. Ini kerana tidak ramai pemimpin setempat dalam UMNO tidak cuba membuka pintu seluas-luasnya kepada golongan muda yang berbakat....

Aku terbaca komen Sinatra_Z dalam blog Dr Khir Toyo untuk kupasannya berkaitan PRK di Bukit Gantang [Selanjutnya].

************************************************
Membuka peluang lebih, kepada golongan muda untuk masuk dalam Pemuda UMNO dengan lebih mudah, cepat dan dialu-alukan. UMNO nampakna kekurangan pemimpin muda lantang yang pandai berpidato untuk menangkis serangan dakyah-dakyah pembangkang.

Teringat saya tentang pengalaman sendiri ketika memasuki pemuda UMNO di Gombak. Saya ternampak papan tanda Pemuda Umno Gombak di atas rumah kedai di Taman Permata dan naik ke atas. Sejurus masuk ke dalam pejabat saya pun bertanya bagaimanakah boleh saya mendaftar sebagai ahli?

Bayangkan ayat pertama yang timbul sebaik sahaja saya bertanyakan begitu

"Siapa hantar awak?"

Saya yang menjawab tiada siapa kemudian menerangkan bahawa saya datang sini kerana saya nampak papan tanda di luar. Tiada siapa yang menyuruh saya ke sini, ketika itu saya hairan mengapa perlu ada orang untuk menyuruh saya masuk UMNO. Rupanya ianya adalah kerana hendak mendapat sokongan.

Tak lupa juga beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke 12. Di hadapan markas PAS di Taman Permata kain rentang besar tertulis "Kami mengalukan sukarelawan pilihanraya PAS" dan menerangkan bagaimana hendak menawarkan diri dan sebagainya. Saya selaku ahli Pemuda yang baru ingin berkerja demi parti namun seolah tiada saluran yang mengalukan saya. Saya dengan muka tebal seolah-olah rusa masuk kampung berdiri di tengah-tengah bilik gerakan yang masing-masing sibuk berkerja berkata

"Assalamualaikum, ehh saya ni nak jadi Sukarelawan pilihanraya, macamana nak jadi?"

Cuba teka apa ayat pertama yang keluar....

macam biasalah...

"Siapa hantar awak?"

Saya jawab "Takde siapa hantar saya."

"Habis tu macamana awak tahu datang ke sini?"

Akhirnya saya menjawab "Sebab dekat luar ada poster BN banyak-banyak jadi saya masuklah."

Kemudian ada beberapa hari yang saya sendiri datang macam muka tebal berdiri situ tanpa diberi panduan ataupun kerja sehinggalah salah satu ketua cawangan menghantar saya ke bilik gerakan cawangan yang berhampiran.

Bayangkan nak gantung poster sukarela pun susah.

Saya ingat, apa kata kita, semua bahagian pemuda Selangor mualakan aktiviti rekrut secara aktif. Jalankan aktiviti perkhemahan dan bengkel untuk memantapkan lagi barisan pekerja parti dan menanam jati diri perjuangan parti kedalam golongan muda. Selangor nampak macam agak lemah dalam bab ini, tak banyak aktiviti pemuda yang telah dijalankan sejak tewas pilihanraya tempoh hari.

Nah kini Pemilihan parti dah habis, apa lagi... Giatkan gerakan Pemuda kembali. Saya ada ramai Pemuda berminat, cuma tiada ruang sahaja.

***************************************

Ramai juga golongan muda yang tertanya-tanya, bagaimana untuk menyertainya....kan?


Ini tugas baru KJ. Beliau akan melalui saat getir untuk melaksanakan tindakan ini (program sukan dsb) dengan tiada peruntukan khas dari mana-mana kementerian. Jika menggunakan peruntukan Belia dan Sukan, pastinya beliau tidak boleh merasmikan program itu kerana Naib Ketua Pemuda Malaysia yang menjadi Tim Menteri. Nanti langkah bendul pulak. Walau bagaimanapun, pastinya beliau ada caranya yang tersendiri. Sekiranya KJ mampu menunjukkan kreadibilitinya, semuanya akan berjalan dengan lancar. Ujian yang dilaluinya tidak seperti ujian-ujian Ketua Pemuda Malaysia sebelum ini. Pastinya ada cara untuk beliau laksanakannya... sama-sama kita saksikan.... golongan muda menjadi penentu arah tuju PRU 13.

Continue Reading...

Apr 9, 2009

Barisan Kabinet 2009

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Sumber : Malaysiakini
Continue Reading...

Apr 6, 2009

Tamat jurus pertama...

Dah tamat jurus pertama. Baru lepas mandi bunga. Berkompromi sudah, berlawan sudah, berperang pun sudah.Entah kebal ke idak aku pun tak tau. Kena tungu keputusannya nanti.

Ini bukan belajar silat ke belajar taekwando ke, taici ke. Ini kisah perjuangan semester pertama. Apa keputusannya aku pun tak tau lagi. Banyak juga cerita dan cerita ini. Yang pasti aku cuma akan ceritakan apa yang aku nak cerita jer....

Semester ni, aku cuma ambil 3 subjek. Kaedah Penyelidikan, Kepimpinan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (PSM). Hanya dua subjek ada peperiksaan iaitu Kaedah Penyelidikan dan Kepimpinan Pendidikan. Untuk PSM, tak ada peperiksaan. Aku cuma perlu sediakan folio iaitu menyediakan bahan bacaan untuk setiap topik yang dipelajari, then buatkan rekleksi sendiri berkaitan tajuk yang dipelajari dan dibaca. Ada 10 tajuk maka perlu dibuat 10 refleksi dan 1 tajuk penulisan ilmiah.

Bagi semester ini, bab membaca dan menulis aku tak kisah mungkin aku suka "menggoreng bawang" hingga naik semerbak baunya. Jadi kalau nak menulis secara kritis pun takpa, yang penting tak ada kira-mengira yang melibatkan nombor, kerana aku bukannya aliran matematik. Mem besor aku yerrr, memang orang matematik.

Bagi semester ini juga, aku dan mem besor tak sama kelas bagi subjek Kaedah Penyelidikan dan Kepimpinan Pendidikan. Masing-masing punya corak study mengikut stail pensyarah. Kami hanya sama kelas untuk PSM sahaja. Mem Besor tak ada peperiksaan untuk subjek Kaedah Penyelidikan dan PSM. Dia cuma bersedia untuk Kepimpinan Pendidikan.

Untuk itu, aku boring jugak untuk subjek Kaedah Penyelidikan kerana melibatkan nombor. Ada peperiksaan pulak tu. Aku plan sesuatu. Aku perlu arrangekan kumpulan perbincangan sebelum peperiksaan. Alhamdulillah, dapat susunkan dengan beberapa orang adik-adik dalam kelas aku yang teror apabila melibatkan nombor. Kami discuss di library dan aku arrangekan bilik yang special setelah berunding dengan staff di library. Setakat ni, takde student pun yang guna bilik itu kerana, bilik itu hanya akan digunakan oleh staff library sahaja. Itulah pentingnya kuasa kata-kata dalam sesuatu perundingan. Terima kasih adik-adik kerana sudi mengajor dan diskusi dengan abang tua yang tak berapa pandai melibatkan nombor...

Diskusi dengan adik-adik cun yang teror apabila melibatkan nombor, aku numpang tui je ler..
Terima kasih daun keladi, sem depan kita jumpa lagi?

Untuk peperiksaan, aku jawab semua soalan yang perlu dijawab. Tak mungkin aku tak jawab langsung. Itu prinsip aku. Cuma, aku tau bahawa pensyarah akan pening dengan skrip jawapan aku. Macam tu gamaknya semasa aku jadi cikgu dulu. Mungkin murid-murid aku juga berprinsip macam aku. Jawab tetap jawab. Biar cikgu yang menyemak saja yang penin menanda skrip jawapan tu. Mungkin jugak ek.... heheee... Hantam la labu.

Kaedah Penyelidikan, xm pada 03.04.09 (Isnin), 8.00 malam dan Kepimpinan Pendidikan pada 05.04.09 (Ahad), jam 9.00 pagi.

Setelah skrip jawapan dipungut....

Esok, aku akan arrangekan dengan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi berkaitan apa subjek yang perlu aku ambil bagi sem depan. Pastikan perjalanan jurus kedua akan berjalan dengan lancar. Dalam cuti semester ini juga aku akan bina hubungan 'mesra alam' dengan penyelia untuk tesis aku. Biasanya untuk semester 3, barulah tesis akan dimulakan. Aku target, aku akan mulakan sedikit-sedikit untuk sem 2. Bila tiba sem 3, aku dah boleh pecut. Sem 4, aku boleh relaks dan arrangekan tempat bertugas baru aku pulak... Apa-apa pun plan tetap tersemat di kepala...
Continue Reading...

Apr 4, 2009

Belajar..

Itulah hidup kita. Setiap detik kita akan sentiasa belajar. Belajar mungkin secara ilmiah atau secara laluan pengalaman hidup. Pastinya kita akan pelajari sesuatu yang bermakna. Kita akan belajar sepanjang hayat selagi nyawa di kandung badan.

Mengikut panduan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tunggak, iaitu: [huraiannya di sini]

>> ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu);
>> ‘Learning to do’ (belajar untuk buat);
>> ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup bersama) dan;
>> ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi).


Proses kita mempelajari sesuatu dan memanfaatkannya


Kita tidak boleh mengelak untuk mendapat sesuatu pengalaman yang bermakna apabila menempuh masalah. Rempuhan masalah itu juga akan membuatkan kita pelajari sesuatu... Insyallah..
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template