Jul 25, 2008

Rezeki.... Mem Besar!

Setelah berbincang dgn mem besar, kami ambil keputusan Kancil Black Metal mem besar tu, kami upgrade enjinnya. Enjin asalnya Daihatsu 660 (Jepun) perlu dilondehkan. Sepanjang 3 tahun digunakan, memanglah mem gunakan untuk ke sekolah dan kami sefamili round2 bandar di masa terluang...

Then, bincang pulak dengan pomen. Diaorang cadangkan enjin L200s Turbo je dah cukup. Aku gemarkan gearbox manual. Boleh le melaram. Jangan le terlebih tekan pedal minyaknya, berdecit2 enjinnya.. Jenuh la mem aku. Hahahah.

Tujuan upgrade ialah untuk mudah pergerakan jarak jauh aku sorang-sorang untuk tahun depan nanti. Itupun jika perlu aku berkenderaan. Jika tidak, naik bas le jawabnya... Apa-apa pun tengok situasi nanti.

Berbalik semula pada enjin...memang aku order enjin halfcut Mira L200S Turbo. minggu lepas. Payment aku sattlekan.. Rabak juga RM3000.00. Esoknya, pomen call aku bahawa enjin dah sampai. "Tokey, bila nak mai tengok enjin ni..apa dah jadi?", kata taucu aku sambil gelak-gelak. Boring betul aku.

Petang tadi aku ke kedai halfcut ambil tangki minyak untuk enjin tu. "Tokey, manyak untung la lu. Lu dapat itu enjin maaaa.." kata tokey halfcut tu. "Apa ke halnya pulak dah!" gerutu hati aku sambil nyengih-nyengih. Sebenarnya, aku sendiri pun belum tengok halfcut yang dah sampai di bengkel. Aku mesti checking...apa ke halnya dengan enjin L200s turbo yang aku order tu...

Rupa-rupanya, halfcut enjin L200s tak de kat bengkel aku...yang ada cuma enjin halfcut Mira L500S Turbo...fuiiyoooo.... rezeki beb! Enjin L500S di Jepun ni adalah hasil upgrade daripada L200S Turbo. Lawa gak kat dashboardnya...tak le memetak mcm kancil asalnya... Kalu dashboard Mira L200S mmg sebijik macam kancil.. Alhamdulillah!

Continue Reading...

Jul 24, 2008

Mudah, ketepikan ego.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


(koleksi pribadi dipetik dari majalah) Artikel Lain..

Continue Reading...

Jul 21, 2008

Mana satu.....antara kita

Suatu ketika dahulu, seorang pedagang keluar berniaga dengan membawa dua ekor keldai. Keldai hitam dan keldai putih. Keldai hitam ini berasa dirinya lebih bertenaga berbanding kawannya. Untuk itu, ia sentiasa cuba menarik perhatian tuannya dengan mengangkat beban yang lebih banyak serta berjalan lebih pantas berbanding keldai putih.

Sebaliknya, keldai putih berjalan pada kelajuan yang biasa dan mengankat barang dagangan setakat yang termampu sahaja. Pedagang mula marah kerana keldai putih tidak setangkas keldai hitam, lalu dia pun memukulnya.

Malam itu, sewaktu mereka berehat, keldai putih datang mendekati keldai hitam.

"Kawanku, hanya kita berdua saja di sini, jadi kenapa kita nak bersaing sesama sendiri? Bukankah elok kalu kita bawa barang yang sama berat, berjalan sama-sama..." ucap keldai putih sambil menggosok badannya yang teruk dibantai tuannya.

Tetapi keldai hitam tidak mengendahkannya, malah esoknya dia berjalan lebih laju lagi dan membawa lebih banyak barang. Dia tersenyum bila dipuji tuannya dan gembira apabila melihat keldai putih dimarah serta dipukul kerana tidak berjalan pantas dan membawa barang sebanyak dirinya.

Tetapi hari-hari berikutnya, keldai hitam berasa tenaganya mula susut. Seluruh badannya sakit-sakit dan dia tidak mampu untuk berjalan selaju dulu. Siatu petang, ketika matahari sedang terik, keldai hitam terjerembap ke tanah. Dia tidak mampu lagi untuk bangun walaupun teruk dipukul dan dimarah tuannya.

Pedagang meradang kerana perjalanan merentas bukit-bukau itu masih ada beberapa hari lagi. Sedangkan keldai hitam sudah tidak mampu lagi untuk bangun. Lantas pedagang pun mengeluarkan pisau.

sebelum keldai hitam disembelih, kawannya si putih datang berbisik.
"Kawan, aku sudah katakan dulu, jangan suka menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan pujian, jangan malukan sahabat sendiri dan jangan berasa gembira bila melihat sahabat ditekan atau ditindas. Aku sudah pesan padamu banyak kali, tapi kau tidak mahu dengar. Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kau lagi...."

Keldai hitam menangis dan beberapa minit kemudian, dia pun disembelih...

>> Fikir-fikirlah....
Continue Reading...

Jul 19, 2008

Gelagat...

Agak keritih kaki aku dalam sebulan dua ni. Ke hulu dan ke hilir saja. Blog ni pun dah nak bersawang... ermm.

Alhamdulillah, hari ni selesai salah satu misi aku sementara aku masih bertugas di sekolah ini. Beberapa ilmu ICT yang mudah diperturunkan kepada rakan-rakan setugas untuk digunakan sepanjang hayat mereka. Insyallah.

Kursus untuk guru di sekolah pada hari ini berkaitan dengan email dan blog. Beberapa blog rakan-rakan setugas telah dipamerkan dalam SKSI Online. Kursus yang sama untuk kumpulan ke2 akan berlangsung minggu hadapan.

Memberi ilmu untuk dimanfaatkan oleh org yg tahu memanfaatkan.

Siap ada sponsor durian dan rambutan drp cikgu2 yang ada kebun ..alhamdulilah.
Continue Reading...

Jul 6, 2008

Mata dan Mata-mata

Agak lama entri ini terbiar kosong. Sibuk dan menyibuk silih berganti. Sedar-sedar hari dah malam. Itulah keadaan sekarang, membuatkan kita dihambat masa kerana pebagai aktiviti seharian perlu dilunaskan. Cuma, bagaimana kita menyediakan masa yang berkualiti utk saat-saat yang penting!

Jumaat lalu, Amirul mengadu bahawa matanya dah mula tak nampak tulisan di papan hitam di sekolahnya. Nampak gayanya dah dua orang anak aku mengikut langkah aku. Amira dan Amirul. Cuma si kenit (Amir) je yang masih maintain macam mamanya - tidak berkaca mata.

Malamnya, lepas berbuka puasa sempena 1 Rejab, kami sefamili meronda-ronda di bandar Kluang untuk mencari kedai cermin mata yang sering aku kunjungi. Amirul diuji matanya. Dia kena pakai cermin mata special.

"Laaa...abang dah jadi macam Inspektor Gadjet la mama", kata si Amir

Kami semua ketawa. Amirul turut menyengih. Sempat juga aku snap gambar Inspektor Gadjet tu untuk kenang-kenangan.



Dah selesai urusan mata.. banyak pula mata-mata yang menjeling. Jelingan itu muncul apabila aku snap gambar si Amirul dan Amir kat kete hitam tu. Kete hitam tu, aku dok layannya seminggu sudah. Mazda Estina 323, baru dibeli utk layan selera pomen-pomen aku yang muda trang tang-tang. Melaram sakan le aku minggu ni layan selera muda aku. Hahahahhaha.

Kemudian, kami pekena Nasi putih + Tomyam + Itik Panggang. Maklum le berbuka cuma milo dan roti bakar jer.
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template