Jun 16, 2008

Banyak caranya....

Lain orang lain caranya. Ada yang melihat hanya kepada satu cara dan cara itu sahaja yang difikirkannya betul sehingga menutup pintu hatinya kepada cara-cara lain atau orang lain.

Ada orang yang bersedia dengan pelbagai alternatif. Mereka ini apabila gagal dengan satu cara, bersedia pula berpindah kepada cara yang lain.

Ada orang yang melihat kita harus bergerak dengan pelbagai cara supaya lebih besar sasaran yang dapat dilibatkan dan kesannya juga lebih menyeluruh.

Tegasnya tidak ada satu cara yang lebih betul atau lebih buruk daripada yang lainnya sebelum hasilnya dapat dilihat.

Sumber : GuruBashid

+++++++++++++++++++++++++

Komen Aku:

Memang benar atas pandangan GuruBasid itu. Aku pula lebih gemar semasa perlaksanaan sesuatu perancangan atau penyelesaian masalah, perlu ada banyak alternatif agar apa matlamat yang nak dicapai, akan tercapai jua. Jika kita hanya menyediakan satu pilihan jalan penyelesaian sahaja, dan diandaikan tertutupnya pintu penyelesaian itu...jem le kita.... Apa-apa pun..bergantung pada kekuatan kita untuk mengawal suasana sekeliling agar memihak kepada kita...ermmm.

Ada pandangan lain?

6 Coretan Lain:

Aleeya on 6/17/2008 8:47 PM said...

tul tu dlm hidup kita kena ade plan a, b dan c he he

Anonymous said...

sorilah uncle terkeluar dari tajuk. n3 lama uncle berkenan dgn pak budin dan pramugari azi tu memang bawa maut kerana azi tu betul2 kejar uncle saya.mereka bercinta di alam maya. goyang juga rumahtangga mereka disebabkan azi. setiap hari telefon hinggakan masih di atas katil pun telefon uncle saya. bersayang2an lagi. mestilah anti saya kecewa, siap dgn antar gambar dia, anak dia semua. kita org tengok dia buat lesung batu dari plastersine, bayangkan lesung tu macam apa ....siap dgn ukir nama dia - lawa dan uncle. bila anti saya tanya azi tu, dia kata tak da apa2 tapi telefon siang malam, anti saya masih simpan bil telefon, di ym pun tak putus2. lain kali uncle jgn kaitkan suami orang dgn azi tu. dia boleh bayangkan dia berguling2 dgn uncle saya. miang betullah perempuan tu. dlm blog dia pun sama, mesti ada nama uncle dgn dia. walaupun sekarang mereka tak da apa2 tapi hati anti saya dah terguris disebabkan azi gila bayang tu. saya sekadar mengingatkan uncle aja betapa BAHAYAnya mengaitkan suami org dgn azi tu.

Cikgu Hakim on 6/18/2008 10:47 PM said...

selalu jugak dengar, matlamat menghalalkan cara, tapi biar kita pilih cara yang paling halal untuk capai matlamat tue...

azlanlin on 6/20/2008 1:02 PM said...

To Aleeya:

Dalam pada byk plan, tentunya menghala ke arah matlamat. Misalnya, jika hadapi jalan jem utk pulang ke rumah pada waktu selepas kerja, tentunya byk jalan-jalan alternatif lain yang akan dilalui utk mengelak jem tersebut.. org KL tentunya cekap hal-hal sebegini...kan?

azlanlin on 6/20/2008 1:06 PM said...

To Anonymous :

UBAT: yang pahit itulah akan memberikan kebaikan... dengan pahit itu jugalah, berkerut2 muka untuk menelannya, hasilnya.... badan jadi sihat, akan berusaha mencegah, akan mengelakkan makanan yang bakal mengundang penyakit... yang tentunya..akan segera beringat utk menuju ke arah kebaikan... keep in touch!

azlanlin on 6/20/2008 1:11 PM said...

To Cikgu Hakim:

KATA ORANG: matlamat menghalalkan cara...adakah cara yg dilakukan itu dikatakan sebegitu kerana org lain tidak mampu melakukan sedemikian?

TERINGAT;
1. Semasa melalui highway utara-selatan di musim perayaan...kenapa ramai yang melalui lorong motosikal utk memotong apabila highway jem...

2. Ada juga dikatakan, selagi tidak ditangkap polis...orang itu tidak dikatakan salah, walaupun tindakan itu adalah salah.. penin gak tu..hehehhe

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template