May 30, 2007

lain rancang, lain jadinya

Planningnya pagi ni, lepas subuh aku akan ke pantai timur. akhirnya ubah plan atas sebab-sebab yang terpaksa aku tempuh juga...not ready. Maka, terus buat keputusan..

"Yang, kita balik Melaka dululah. Esok pagi (Khamis) baru kita ke Pantai Timur...lebih selesa sikit bila semuanya dah ready", kata aku sambil tolong semak-semakkan barang yang sememangnya belum dikemaskan lagi...Aku nengok mem makin menyengih jer...maklum le boleh balik Melaka dulu.

Dalam kepala aku, terus buat plan baru...apabila sampai di Tangkak nanti aku akan singgah d Kolej Komuniti Ledang, nak jumpa ngan lecturer unit automotif...saja nak riki2 kalau ada budak simpang renggam yang boleh buat praktikal kat bengkel aku bulan 7 nanti...cantik gak.. saja plan banyak-banyak utk memenuhkan ruang dalam setiap perjalanan.

So kejap lagi aku sefamili mula gerak ke Melaka... Start the journey... jeng-jeng..jeng

Harapan:
Esok menjadi le kut perjalanan ke pantai timur...sebenarnya, plan asal aku ialah pada isnin lalu (28/05/07) utk mula bergerak. sayangnya...mem masih kesibukan...x jadi le... Tujuan aku memilih tarikh tu ialah, hadiah birthday mem pada hari itu...ermmmm...saja nak buat gempak la sikit...
Continue Reading...

Rentetan Gangguan

Cadangan awal :

Hari ini terus nak ke pantai timur, bermalam di terengganu dan kelantan, kemudia lajak ke Grik then terus ke pantai. Apa nak dikatoooo...

Ptang smlm:

Petang smlm aku ke bengkel nagn mem dan anak2. Nak jengah sunny130Y aku tu sama ada dah siap bikin top overhaul ke belum. Nampak gayanya mcm aku "kena" lagi ngan staff aku...hehehhe. Diaorang tak sempat nak menggayakan kete tokenya. Sabo jer ler... Aku minta mem dan anak-anak balik dulu ke kluang naik kancil. Tambhan pulak jam 9.00 mlm rozita kena ke sekolah sbb ada banner yang nak dipasang.

Mlm tadi:

Sementara kete aku mula dibikin jam 9.00 mlm, just utk pasang semula dan setting jer, aku g ngeteh ngan mamat baru (cikgu SKSR2-Din)...yang baru aku kenal sbb dia bikin Wajanya kat bengkel. Lepas tu Cikgu Zamri pulak call aku ajak ngeteh..layannnnn.

Jam 12.00 mlm kete aku pun siap di setting. Then aku bodek ijan utk betulkan audio system kat kete aku juga. Maklum le, dah setahun radio dan vcd dlm kete aku tak berfungsi semnjak aku pasang audio system kat kancil mem aku. Maka kat Sunny, aku dah tak amik hirau lagi...heheh...janji jalan...Lepas tu si Sham SAJ datang bengkel...Nak kenenkan Citroen (dlm entri sebelum ni) dia tu...ada ka patut...dia nak tolak kat aku RM11,000. Tak mau la aku sbb...taste aku bukan pada kete...Taste aku pada......?????...eerrrmmm apa yek?

Bagi aku kete just utk keperluan, bukannya kemewahan. Selagi aku boleh bawa famili aku ke mana saja diaorang nak pegi. orang lain boleh sampai...aku pun boleh sampai, kira orait la tu...hehehe...Cuma orang cepat sampai dan aku tertinggal sikit kat belakang. Yang penting aku tetap sampai.

Pagi:

Jam 2.30 pagi...siap setting audio plak...aku pun test run kete aku semasa nak balik ke kluang. Aku naik higway Machap turun ke Air Hitam. Ok la...kete lama...hehehhe.Janji sampai, mana aku nak pegi. sampai umah aku chatting jap ngan member aku di seberang sementara aku nengok dia pun online.

Then, aku sempat gak nengok forex aku..alhamdulillah, close 7 lot, hampir 120 pips. Aku pasak pulak utk esoknya..heheh...Tidurrr...arap2 esok menjadi la perjalanan aku. Alamak, mcm tak jadi jer sbb aku negok, barang2 keperluan mcm belum dikemaskan lagi jer....PASRAH!!!

Continue Reading...

May 29, 2007

Citroen Xantia

Mlm tadi aku gi ngeteh ngan Sham Simpang Renggam...yang bestnya mamat ni mau gak turun ke kluang nutk negteh sama2 ngan aku. Aku call dia masa aku gi pekena roti canai ngan famili...


Dia set saja... aku tau dia, dia nak ngendeng DATACARD aku... aku rasa mcm belum perlu stakat nih...mgkin akan datang amat perlu kot jika hasrat aku tercapai...insyallah.


Data card aku dah x maching lagi ngan laptop baru aku ni...maklum le laptop baru..hehhehhe... TWINHEAD (dua kepala?)..hahhahha..macam selera! Yang pastinya aku pinjamkan dia datacard aku utk seminggu, bagi dia test sampai tahap gian...akhirnya berapa ghega aku letak pun kompom dia setuju...hahahha...


Kebetulan malam td dia bawa kete citrion...nak tunjukkan kat aku le tu...dia dpt murah .siut betul..aku pun cuba2 kenen gak...siap test lagi...BEST!!!!... tengah2 test, temprecture naik tinggi..gelabah bewak juga kami berdua... Isikan air semula dlm tangki radiator...


aku racun dia bahawa..bahaya kalu terus balik ke simpang..maka iman dia tergugat juga...hahhahah. Akhirnya, dia parking dlm garage umah aku..aku nganto dia ke smpang renggam jam 1.30 pagi...aku pulak kena tido kat bengkel....


Pagi td aku balik semula ke kluang ngan ijan, utk bawakan kete tu ke bengkel...pandai2 le ijan.





Yang tensionnya aku, jam 10.00 pg, mamat tu siap sms aku..."cikgu, 3 lot saya dah close". Tau la aku...maknanya, dia guna datacard aku dan dibawa ke opis dia sambil jenguk2 forex... ahahaha....
Continue Reading...

May 24, 2007

Nostalgia muncul kembali

Ketenangan yang menghampiri diri..amat terasa. Mengimbau kembali sejarah silam di kampung.
Petang-petang, rajin juga aku menyapu daun-daun mempelam air yang melata di tanah. Bersepah, semak dan sakit mata memandang. Kekadang, daun-daun mempelam berterbangan ke bawah rumah Pak Lang Jit. Aku capai penyapu yang digantung di bawah rumah, terus aku bergerak ke bawah pokok mempelam.
Daun-daun dikumpulkan pada lunggok sampah yang hampir dengan penyidai kain. Mancis dinyalakan. Dihalakan ke lunggokan daun-daun. Satu persatu daun-daun mempelam terbakar. Sememangnya, pandangan yang menyakitkan seawal tadi telah selesa dilihat. Daun-daun terus membakar diri mereka.
Kini, bila dikenang-kenang, sememangnya aku puas. Daun-daun mempelam tua sudah tidak melata lagi di bawah pokok. Sedap mata memandang! Cuma persoalan baru difikirkan.
Adakah asap-asap daun itu menyesakkan nafas orang di rumah-rumah sekeliling?
Pak Lang Jit tak pedih mata ke?
Pak Ngah Can tak batuk ke?
Perlukah aku membawa daun-daun tu ke tempat lain untuk dibakar? Sedangkan tempat membakar dah memang sedia ada di kawasan itu.....
Itulah...kekadang jika terlalu memikirkan hal-hal orang lain, takut batuk, takut lemas...akhirnya semak masih kelihatan, sakit mata memandang.
Ermmm....
Continue Reading...

May 23, 2007

Pintu baru...

Pagi:
Ari ni ada test ttg java script dalam bilik kuliah. Bab programing tu yang aku tak berapa gemor keadaan tu. Lacturer pun cukup licik, ada ka patut bagi soalan yang berbeza dgn member sebelah. Awalnya, tension jugak...hehhe biasa la beb. Tak boleh nak jeling-jeling ayam... Bila dilihat skrip2 java dlm simpanan komputer, ada pulak yang mengena...alhamdulillah. Bab editing yang lama dijadikan versi baru...serah kat aku la. Apa lagi...tak buang masa la...Canteekkk..skrip untuk soalan tu..alhamdulillah. Sattle.
T/hari :
Ari ni juga mem aku ke Uitm Segamat. Dia menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Johor bagi tempat ke3. TAHNIAH untuknya!.
Dalam kuliah, belajar Sony Vegas untuk membuat montaj, amat menarik. Memang ilmu ni yang ingin aku cari... bukannya bab-bab programer, mantul kepala aku. Banyak ilmu baru yang aku perolehi.
Petang:
Aku bergerak ke FBS, umah mak mertua. Di sana ada anak2 dan mem aku. Apa lagi....laju le aku ke sana. dapat juga pekena mee sup. Rezeki....
Dalam perjalanan ke FBS, aku dpt sms drp Rahman Pangkog yang kini bermesyuarat d Hotel Seri Cortia, Melaka. Dia ni salah sorang pegawai PPK unit ICT.
"Jam 10 mlm, aku abis keje. Kalu ada masa, datang amik aku.Kita pegi Umbai. Borang ada pada aku." SMSnya agak ringkas dan padat ngan maklumat.
Mlm:
Jam 9.00 mlm aku jumpa Rahman. Berderau gak jantung aku bila dia serahkan "borang" yang dipesan. Bawa group Rahman ke Umbai pekena ikan bakar.
Lepas balik dr Umbai, aku, Din (Unit ICT), Man (Unit ICT) dan Zaiton (Unit Bahasa) sambung borak kat restoran depan hotel tu. Banyak perkara juga kami borakkan. Macam-macam isu dan pengalaman yang diaorang dah tempuhi. Ada masam, manis dan pahit. STANDARD laaa.
Jam 2 pagi baru aku tiba ke IPPM. Apa2 pun aku dah standby "milo panas" untuk guard IPPM. Penyejuk tekak telah dibawa pulang dalam bungkusan untuk guard yang kepanasan kerana terpaksa bangun dari tidur2 ayam semata-mata untuk buka gate. Biasa le banggg...
Continue Reading...

Kenaikan Berdasarkan Gaji Pokok Semasa, Kata KSN

22 Mei, 2007 12:39 PM


PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam adalah berdasarkan gaji pokok semasa mengikut gred masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Sebagai contoh, kakitangan dalam Kumpulan Sokongan II yang menikmati gaji pokok RM1,000 sebulan, akan menerima RM1,350 mulai 1 Julai ini berdasarkan kenaikan gaji 35 peratus bagi kumpulan itu, katanya pada satu sidang akhbar ketika diminta mengulas mengenai formula pengiraan gaji baru itu, sama ada ia berdasarkan gaji pokok permulaan atau gaji pokok semasa.

Perdana Menteri semalam mengumumkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus dan 35 peratus bagi kakitangan awam dan kenaikan antara 9 peratus dan 42 peratus kepada anggota polis dan tentera berkuatkuasa Julai ini.Mohd Sidek berkata kenaikan gaji yang diberikan itu besar daripada segi kuantumnya, dan anggota perkhidmatan awam seharusnya berterima kasih kepada kerajaan."Pemberian terima kasih ini perlu diterjemahkan pula oleh anggota perkhidmatan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti bekerja serta berusaha lebih gigih untuk memperbaiki lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya pada sidang akhbar itu yang diadakan khas berhubung pengumuman kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam.Mohd Sidek berharap mutu perkhidmatan dan produktiviti akan meningkat dengan meluas dan ketara setimpal dengan kenaikan gaji itu.


Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.Selain kenaikan gaji, Abdullah turut mengumumkan tambahan 100 peratus bagi kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) juga berkuatkuasa 1 Julai ini.Gaji pokok Kumpulan Sokongan II (Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35 peratus; Kumpulan Sokongan I (Gred 17 hingga 40) sebanyak 25 peratus; Kumpulan Pengurusan Profesional (Gred 41 hingga Gred 54) sebanyak 15 peratus dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama Sektor Awam hingga Ketua Setiausaha Negara) sebanyak 7.5 peratus.Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pula mendapat tambahan 20 peratus lagi daripada peratusan kenaikan gaji yang diumumkan itu.


Ini bermakna anggota polis dan tentera menerima kenaikan gaji antara 9 peratus dan 42 peratus.Turut menikmati kenaikan berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam itu ialah 557,033 pesara kerajaan.Sidek berkata kenaikan gaji itu meliputi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tidak melibatkan gaji anggota Kabinet.Katanya antara faktor utama kerajaan bersetuju untuk memberi kenaikan gaji adalah bagi menarik dan mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam."Semoga dengan pemberian kenaikan gaji ini, kualiti modal insan dalam perkhidmatan awam akan dapat dipertingkatkan, dan lebih ramai dari kalangan yang berkelayakan akan berminat untuk menganggotai perkhidmatan awam," katanya.


Mohd Sidek berkata kerajaan berharap agar sektor awam di Malaysia menjadi antara yang terbaik dan terbilang di dunia, dan kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap kumpulan berpendapatan rendah."Pemberian kenaikan gaji ini pastinya akan dapat membantu meringankan beban yang dirasai akibat kenaikan harga minyak dunia dan kos sara hidup," katanya.


Ditanya sama ada beliau mahu mana-mana kakitangan kerajaan yang melakukan kerja sampingan sebelum ini agar menghentikannya, beliau berkata: "Itulah yang telah dijanjikan oleh Cuepacs"."Presiden Cuepacs, Omar Osman, telah menyatakan demikian, dan semalam beliau menyebutnya sekali lagi, dan saya kira sekarang ini beliau kena memberitahu semua kakitangan supaya bekerja lebih keras," katanya.Mohd Sidek berkata bagi memastikan kakitangan awam menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang, orang ramai boleh memainkan peranan dengan membuat penghakiman."Orang ramai adalah hakim terbaik. Dengan ada kenaikan gaji ini, terpulang kepada orang ramai mengukur kami," katanya.


-- BERNAMA
Continue Reading...

May 20, 2007

Kerusi rotan..kenapa digantung?

Ermmm..balik dari Yong Peng, aku hantar ijan ke bengkel semula. Aku planning nak ke kedai Superior Tailor d Kluang. Aku ada tempah 2 helai seluar slack untuk kerje. Maklum le, sejak2 dok Melaka, dah dapat Pingat PJK (Perut Jalan Ke depan).....


Bila ke kedai tu..aku ternampak 'sesebuah'. Tetiba je teringat aku akan "sesuatu". Ermm...menarik nih jika di ambil gambar untuk kenangan. hhahaha


Tu diaaaa...:



Continue Reading...

Mencari Bas Mini Wilayah?

Jam 8.30 pagi aku tiba di bengkel. Staf dah memulakan kerja masing2. Depa ni mcm tau2 je aku nak datang. Masing-masing dah uruskan kerja. Errrmmm, alhamdulillah. Kalu gini G2 akan makin mantap. Insyallah.

Aku dah set dgn ijan utk nak ke Yong Peng ari ni. Jam 9 pagi kami mula bergerak untuk mencapai misi kami.

Ke Parit Bilal, Tongkang Pecah:

Singgah di bengkel member, ada sebijik bmw 723 - no plat WAY 39. Tak menarik, sbb besor sgt. hahahha.. (terlupa nak amik gambor)

Lajak ke Seri Medan:
Amik member pomen..singgah minum dulu kat warung. Pekena nasi goreng + milo tarik.

Terus ke Parit Muhamad, Smpang Lima, Parit Sulong:
Ada sebijik idaman aku, BMW 320 - 2 pintu - no plat KS 1881. Warna kuning, full leather seat. Bila berbincang ngan tuan rumah..alamak, geran pulak dah takde. Tension, kalu idak...kompom aku sambar..hehhehe (juga terlupa nak amik gambar..sebab teruja..hehhe)

Patah balik ke Sri Medan:
Ada juga BMW 723 - no plat : PBY 6336. Warna gold..full leather seat. Cuma kurang menarik sbb besor sangat. Juga tak jadi. Lajak ke sebuah rumah yang lain...BMW 320 ( 2 pintu). Sayangnya, baru dua hari dijual...alaaaa.... tension beb.

Bergerak ke Yong Peng:
Jumpa sorang pomen otai...x banyak bercerita. Macam pendiam je rupanya. Dia maklumkan geran BMW 320, belum dapat sbb owner tak dpt dikesan.
Tak sangka aku...walaupun dia pomen otai, dia ada sebuah MIRA 660 limited edition mmg ori dari Jepun sebelum perodua amik alih keluaran kancil beb.... CAYA LA BROOOO OTAI.


Frust aku hari ni sbb hajat belum sampai....mungkin belum rezeki kut...saborrr..
Continue Reading...

abfund return!!

Selepas subuh, mcm biasa aku akan check hp yang sentiasa di charge waktu malam. Mana la tau, kalu ada apa-apa info yang masuk sewaktu aku tido mlm tadi.
' 1 message receive'.
dr zahrien :
"abfund dh kembali... http://abfund.ip.net "
Sent:
03:15:23am
20.05.2007
dr faizal:
Salam tuan2...website dh leh buka. tapi MEMBER ZONE masih dlm maintenance : http://abfund.homeip.net. Sama2lah kita berdoa. Tksh. M.Faidzal
Sent:
03.50am
20.05.2007
Alhamdulillah...ada juga rupa paras yang ditunggu-tunggu. Sebenarnya, sejak akhir bulan April lagi aku dah tahu berkaitan abfund akan muncul pada 20.5.2007. Cuma aku belum mampu nak memaklumkan kepada rakan-rakan downline. Bukan apa, takutkan depa terlalu mengharap. Harap-punya harap, tetiba...masih tak nampak rupa bila tiba masanya... kan lagi jenuh.
Aku bergegas edit semula msg faidzal,.... aku sentkan pada sesiapa yang patut..sementara nombor-nombor diaorang masih ada dlm simpanan aku... LEGA!!!..Maka ramai la yang contact aku semula setelah menerima msg aku....Nampak gayanya..ramai yang mengharap untuk transfer.
Aku just maklumkan, "akaun kita semuanya dah lebih 100 hari. Belum buat re-invest. Jadi kita tunggu je le. Kalau ada apa maklumat terkini, i akan inform pada u semula.OK?"
Sebenarnya, ari ni aku ada projek ngan ijan untuk ke Yong Peng. Jeng-jeng-jeng.
Sila check entri selepas ini....
azlanlin
Continue Reading...

May 17, 2007

Memorex le pulak

Aku terasa:
Dahagikah aku!...Tamakkah aku!...Kamikazikah aku!...Kenapa aku suka mencuba benda2 yang pelik dan jarang yang dilakukan oleh orang sekeliling aku..... Aku juga akan sentiasa mencari kengkawan yg seiringan dgn kepala aku nih. PELIK BETUL!...

Bulan Mac:
Sebelum ABFUND buat meragam. Kekadangsakit perut le, skit kepala le, sakit kaki le...hinggakan dia terjelepuk ke lantai tanpa bekas...entah ler.... Kerana dahagi aku ke KL sehari utk ikuti kursus FOREX ngan mamat d KL. Naik komuter d kajang, terus lajak ke kl..turun kat kl central. Ada mamat amik aku dan terus ke ...(apa nama tempat pun aku dah lupa)....kat situ aku belajar ngan beberapa mamat kl ttg FOREX. Kena juga aku bayar fee...mana ada zaman ni free kan?. Macam menarik gak medium nih....maka belajar le aku "memorex".

Skrg:
Aku masih belajar2 lagi guna virtual money kat platform marketiva...mcm dah ada sikit kompiden utk main live usd. maklum le...ada gak aku risik2 kat forum2 forex d internet. Aku juga dpt jumpa sifoo dlm chatting berkaitan forex...

Rasa2nya, kalu benar2 yakin dgn indikator & graf...aku akan pump in usd dlm MV. Insyaallah...
Semoga, aku akan pelajari "sesuatu" dlm membuat keputusan dlm memorex nih... BERANI GAGAL" jgn le sesekali kita "BERANI TETAPI BODOH". hahahha..

pelik ke aku nih...?
Continue Reading...

May 16, 2007

Penyapu Sawang

:: iNtRo ::
Sedih, pilu & hiba pabila aku memandang blog yang aku miliki sejak tahun lepas. Bersawang, berhabuk macam dah berkerak je rupanya. Kenapa begini? Aku fahami keadaan aku. Sibukkah aku? Dahagikah aku? atau malas dah mula menguasai diri aku.

Bila direnung semula, semakin aku merasai apa yg aku alami. KEKANGAN MASA. TAK DE MOOD. TAK DE IDEA. dan yang paling utama ialah MALAS MENGUASAI DIRI. Masa nak menulis, idea takde. Masa ada idea pulak, masa dan mood pulak yang takde...akhirnya..BERSAWANGGGGG....
:: 2007 ::
Awal tahun lalu, aku bersyukur kerana ada le sikit "cuitan mesra" Bang Mad dengan pegawai d BPG membuatkan laluan aku ke kursus KPSK-TMK di IPPM Melaka menjadi terbuka. Pada halnya, gate ke kursus tu dah tertutup, maklum le mungkin rezeki belum sampai. Akhirnya aku menjadi student semula walaupun dalam kategori "panggilan kedua". Aku org yang last sekali mendaftar untuk kursus tersebut. Terima kasih Bang Mad. Terima kasih daun keladi tau....heehhe.

Alhamdulillah, dapat le juga aku dapat ilmu baru...ICT... bunyinya macam bagus jer...Walaupun aku ni ada le basic untuk ilmu ni, tetapi semakin aku pelajari...semakin aku terasa bahawa makin byk perkara yang aku tak tahu...mcm tu le jika kita menjerumuskan diri dalam bidang keilmuan ni... makin kecik je rasanya diri kita.....ermmm.

Tahun 2007 ni juga membawa banyak perubahan dalam hidup aku. Aku mula semakin menjadi seorang yang berani tentang hidup. Errrmmm...bunyinya mcm menarik je..eheh.

Isu 1:

Nampak gayanya, sepanjang tahun 2007 ni...aku jadi masyarakat IPPM (Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka). Dalam tahun ini juga byk ilmu yang akan aku timba untuk bekalan strategi aku untuk tahun 2008. Insyallah. Sebenarnya, aku ada planning dengan kawan aku untuk terus ke depan dalam kerjaya. Tak tau la macam mana nanti... takut planning tinggal planning...hahhahaah.. Doa-doa le, semoga apa yang di planning, menjadi!. Insyallah. dah dapat restu drp mem besar. alhamdulillah kerana faham....thanks my dear.

Isu 2:
Mem besar aku d kluang menjadi semakin tabah, kental & semangat waja. Maklum le, banyak perkara dia pelajari dalam mengurus anak-anak dan hal-hal pengurusan rumah d kluang. Aku kagum gak, maklum le daripada takut-takut bawa kereta, dah jadi berani. Walaupun dah 2 kali kete masuk longkang....ermmm...
Selalunya, banyak perkara hal-hal urusan rumah yang aku uruskan. Sebelum ni, mungkin silap aku gak sbb tak pernah bagi peluang utk dia uruskan...bila ditengok cara pengurusannnya mcm ok jer...Biasanya, weekend aku balik. Nampak juga letihnya. Kesian...tapi byk pengalaman gak yang dia dapat.

Isu 3:
Ijan, 2nd bos di bengkel...dah semakin matang dalam menguruskan hal-hal bengkel. Masalah pekerja, pelanggan, stok dah mula handle sendiri. Bengkel dituutp pada hari Khamis, banyak perkara yang dia boleh uruskan hal-hal berkaian bengkel. Urusan 'pengeluaran cek' juga, mula dia yang uruskan. Aku makin percaya. Insyallah. Bisnes ni pun untuk dia juga. Niat aku ialah dapat juga aku sediakan platform untuk anak-anak buah belajar-belajar bisness.

Dalam tempoh aku jadi student ni, terasa mcm bos pulak bila ke bengkel...hehhe. Maklum le, bila hari jumaat petang je, aku mula bergerak dar melaka ke bengkel kete. Kalu nak balik terus ke rumah..sapa-sapa pun takdak. Boring la pulak. Maka, aku selalunya terus ke bengkel. Bila ke sana, aku cuma membuat kira-kira je ler...dan buat apa-apa yang patut. Selalunya buat bodoh je ler...Mana aku reti bab-bab pomen ni...

kita sambung nanti pada entri akan datang...
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template