Oct 15, 2007

Tahlil untuk arwah

Raya ketiga:

Jam 3.00 petang, PakNdak, MakNdak and the gang tiba dari Sungkai. Petang tu, Akim ketuai gerombolan cucu-cucu untuk mengemas rumah atas/anjung. Serambi juga telah dikemaskan. Pandai-pandai le Akim agih-agihkan kerja, yang penting clear!

Aktiviti memasak telah dimulakan lepas zohor. Menu disediakan dengan KakYah jadi chiefnya! Air tangan KakYah sememangnya diketahui ramai orang....sayangnya......ermmmm

Jam 5.00 petang, PakTeh, MakTeh dan Syahmi juga tiba dari Lekir. MakTeh juga semakin rancak menampakkan keterorannya dalam perihal masak memasak. MakTam pula ambil peluang mempelajari mana-mana menu yang disukainya untuk dibawa pulang ke Kluang nanti...dapat juga le aku merasa!

Jam 6.30 petang, ipar aku (Ijan) - 2nd Manager Jitu Auto tiba dari Melaka! Dia drive sorang-sorang.

PakTeh dan Abang Mansor dah ke masjid Sg Batu untuk menjemput jemaah agar hadir ke Majlis Tahlil. Aku dan BangNdak kontrol di unit dalaman. Hahahhha. Nampak gayanya PR PakTeh, PakNdak dan abng Mansor jelas kelihatan mantap dan kukuh! Aku juga ambil peluang belajar dari diaorang dan mengenali lebih ramai orang. Maklumle, aku dah hampir 12 tahun merantau ke Johor!



Tahlil berjalan lancar.....terima kasih semua, agar perlaksanaan majlis itu diberkati dan 'sampai'.

Inilah pengalaman yang kami semua perolehi. Yakin dan usaha adalah jalan kejayaan. Insyallah!

Sayangnya hanya 5 beradik je yang dapat berkumpul untuk raya tahun ini. PakNgah dan famili beraya di Sarawak, Paklang dan famili beraya di Sabah.

Continue Reading...

Mencekau di Air Tawar

Lepas Zohor, aku, abang Mansor dan Ilah ke Air Tawar. Kami memborong alatan pinggan mangkuk untuk majlis tahlil. Keputusan dah dibuat untuk pembelian stok alatan dan disimpan dirumah pusaka. Maklum le rumah bertanggak adik beradik dan anak-anak buah.


Ilah memang cekap bab membeli alatan ni. Aku jadi tukang susun dalam bonet kereta je le. Abang Mansor juga memang expert dalam belek membelek untuk menentukan kualiti alatan yang dibeli. Maklum le, setiap orang memiliki kekuatan masing-masing. Gabungan kekuatan tenaga dan idea mampu mengukuhkan perancangan besar dan menjayakan diluarjangkaan. Hebat tu, anak-anak dan cucu-cucu Tok Che Mah dan Tokwan Lin.

Aku cuma reti cuit-cuit jer...itu je le yang aku reti! Nak buat camne, adik bongsu... hahahhahaha.
Continue Reading...

Tugasan dan Ziarah

Raya ketiga:

Pagi: Jam 9.00 pagi

Seawal pagi, jam 7.00, PakTeh, Abang Mansor dan Ilah bergelut mencari bahan-bahan untuk menu yang dirancang. Lama juga di sana. Sempat juga PakTeh jumpa Aji Wan Posmen yang kebetulan ada di Pasar Pantai. Maka dapat juga mereka menjeput Aji Wan kerana Aji Wan salah sorang imam di Masjid Sg Batu.

Bila semuanya selesai, barang-barang disimpan dalam peti ais. Aku mula kejan anak-anak buah untuk ke kubur Sg Batu. Surah-surah Yassin telah dikumpulkan sejak malam tadi lagi.



PakTeh, MakTeh dan Syahmi bergerak semula ke Lekir kerana di sana akan pengumpulan sedara mara sebelah MakTeh. Bergegas le diorang ke Lekir pulak. Macam filem "Rush hour" le PakTeh dan Makteh ni. Memang sepadan dan sepasang sepatu... good looking!
Continue Reading...

Oct 14, 2007

Merancang yang dirancang

Raya kedua:
Jam 9.00 malam.

Malam ni kami berpakat-pakat sesama sanak sedara untuk Majlis Tahlil arwah Mak dan Ayah. Ilah (cucu - generasi kedua) secara tak langsung ambil peranan jadi naib setiausaha Yayasan Che Mah (YCM). Secara automatiknya dia jadi pembantu aku. Terima kasih Ilah. Dia mencatat menu dan individu yang dipertanggungjawabkan ikut perlaksanaan tugasan. Masing-masing dah faham. Sayangnya, tukang masak utama (PakLong Mail - tak dapat ikut serta majlis tahlil tu. Maklum le partner projek lembunya tak sihat di Nenering. Kena le dia ambil peranan untuk menjayakan projek diaorang.

Planning:
- PakTeh dan abng Mansor akan mencari bahan-bahan masakan di Pasar Pantai.
- Kak Yah dan ipar-duai akan memasak
- Anak-anak buah membantu mana-mana yang patut.
- KakYah dan MakTam menjemput jiran tetangga dan sedara berdekatan.
- BangDak jemput jemputan lelaki jiran di keliling rumah.
- PakTeh dan abng Mansor menjemput 'kariah masjid' Sg Batu.
- Aku akan kejan anak-anak buah untuk ke kubur arwah tok dan tokwan diaorang esok pagi dan memantau perjalanan majlis. Boleh ke gitu atau buat-buat bodo dan tak reti je lagaknya! Maklum le, adik bongsu...hehehheeh, kena ikut apa yang dirancangkan, kan?

Makluman abang Mail, macam mengingatkan aku tentang lembu yang dah aku tak ikuti perkembangan. Beberapa tahun dulu. Aku ada menyambut peluang yang dibuka oleh abang Mail. Aku beli sepasang lembu (jantan dan betina).. ada yang mati dan hidup anak-anaknya. Sekarang dah ada berapa ekor pun aku dah lupa (ada juga abang Mail sebutkan malam tu)

Jam 2.00 pagi, mata aku dah tak tahan...ngantuk sesangat sebab keletihan. Kak Azizah dan abang Mansor masih "melabun"...
Continue Reading...

Meninjau Projek

Raya Kedua:
Jam 5.00 petang

Jam 3.00 petang, aku dan abang Mansor memborong keperluan alatan dapur untuk stok beberapa hari kat kedai runcit depan tanah arwah tok dekat jalan JKR. 2 kotak penuh, maklum le nanti ahli keluarga Kak Azizah pulak akan tiba. Semua ni perlu difikirkan agar sedara mara yang tiba dalam keadaan selesa dan tak perlu "menyebut sesuatu yang tak tersebut".

PakNgah Kaq dan menantunya tiba di rumah. Selepas "beraya", aku, KakYah dan abang Mansor membontoti kereta PakNgah Kaq untuk Kolam Keli terbesar di daerah Manjung dekat Ladang Sagomana, belakang kilang kelapa sawit. Kolam ni adalah adalah projek anak angkat Jabatan Perikanan Manjung. Khidmat nasihat dan pemantauan sering dibuat agar sentiasa mengikut skala dan spesifikasi yang ditetapkan...

Agak besar ruang kolam-kolam tersebut. Banyak perkara yang rombongan kami kongsikan dengan pemilik kolam itu. Pemiliknya adalah berbangsa India. Projek tu adalah projek famili. Setiap individu yang terlibat ada tugasan masing-masing dalam pengendalian proses ternak sehingga mencari psaran. Menarik tu jika sekepala dan mengetahui dan memahami tugas masing-masing...kan? Yang penting jiwa, misi dan visi semestinya sehaluan dalam merencana dan melaksanakan projek seperti itu. Mampukah dalam sebuah keluarga yang memiliki sehati dan sejiwa? Tepuk dada tanya minda! Rancangan yang BESAR pasti berjaya jika pelaksana2nya memiliki JIWA BESAR!



Memori ini akan kekal dalam lipatan minda aku!
Continue Reading...

Air tanah di tanah air

Raya kedua:

Semasa keluar dari rumah TokCik, teringat pulak aku tentang sebuah bahan klasik yang menjadi ingatan aku hingga kini. Dulu-dulu, abang Mansor rajin sungguh bawa aku naik motor Vespa Coklatnya (no plate: AM ****) ke rumah TokCik. Aku akan berdiri dilantai Vespa, antara penunggang dan handle. Muka aku memang paras meter Vespa. Maklum le aku ni kemetot versi 'ayam serama'. Maklum le adik ipar bongsu, kena pula ada orang melayan aku..hehheheh... Kekadang aku juga bermalam di sana. Arwah PakPutih (suami TokCik) juga rajin melayan aku dibawa meronda-ronda duduk atas palang basikal tua keliling kampung. Juga PakPutih tolong aku semasa nak mandi dekat-dekat maghrib. Seronok lorrr..

Bab mandi di waktu petang tu la yang agak menarik dan mengimbau memori aku tentang bahan klasik tersebut.. Pam Air!. Tu la yang menyentuh memori apabila aku terpandangnya. Pam air ini perlu dipam ke atas dan ke bawah, baru le air dari dalam tanah akan disedut dan keluar ikut muncung yang disediakan. Aku cuma bertinggung dibawah muncungnya aje. Arwah PakPutih akan tolong mengepamnya. Jika mandi sorang-sorang pula, kena pam laju-laju untuk penuhkan air di dalam baldi yang ditadah dibawah muncung air. Kemudian mandi gunakan 'cebok' atau gayung.
Pam air dalam kenangan
Continue Reading...

Memancing TIN-TIN..

Raya Kedua
Jam 12.45 tengah hari

Tiba di umah pusaka, PakTeh sibuk mengemas bilik air yang belum sempat dikemaskan sebelum raya. Siap memberus dan mengemop...caya la bro! Wa caya lu!

AjiMan yang khusyuk "menyembur" tanpa menyedari situasi 'candid camera'.

Anak-anak aku pula tak melepaskan peluang bermain pasir. Maklum le kononnya "anak bandar", mana ada ruang dan peluang bermain pasir semacam ayahnya dulu-dulu.

Amirul bermain di depan laman di tengah rembang.

Amir pulak pilih lokasi bawah rumah, tempat sejuk ... bijak..bijak.

Sempat juga aku mengajar cara anak-anak aku mencari TIN-TIN. Tin-tin ni sejenis binatang dalam pasir. Rupanya macam kutu tetapi berkulit lembut. Besar saiznya.

Rupa tin-tin, agak kabur...

Masa aku kecik-kecik dulu rajin juga mencari tin-tin dengan PakTeh, siap menunjuk-nunjuk juga jika perolehi tin-tin yang besar. Bangga woooo..Kalu nak tin-tin yang besar, perlu cari lubang tin-tin yang besar..hahah. Dulu, bawah rumah PakNjang Mat Ston dan bawah serambi rumah lama yang menjadi 'mangsa' longgokan bebudak pencari tin-tin..maklum le tanah berpasir lembut dan sejuk menjadi sasaran.

Cara mencarinya ialah..perlu cari kerengga sebagai pengumpan. Ikat kaki kerengga dengan sehelai rambut. Masukkan kerengga itu ke dalam lubang tin-tin. Pastinya kerengga akan 'kerabat' @ melarikan diri dari lubang tersebut.

Kerengga yang sedang 'kerabat' dinding lubang.

Ketika itulah, apabila tanah tebing dalam lubang tin-tin bergerak-gerak, tin-tin akan menangkap kerengga tersebut. Maka, rambut yang dipegang akan ditarik untuk mengeluarkan tin-tin dari dalam tanah. Kepuasan ketika menarik itulah nikmatnya memancing tin-tin..
Anak-anak aku khusyuk memerhati sebelum memulakan aktiviti memancing tin-tin.

Amirul berjaya mendapat 5 ekor dan Amir perolehi 3 ekor dalam masa 10 minit. Amira sebagai pemerhati saja...sayangnya anak-anak aku pengeli orangnya. Amirul siap menangis-nangis bila aku letakkan tin-tin ditalapak tangannya. hahahah. Pengalaman itu tak mungkin mereka perolehi jika kita tidak perkenalkan kepada mereka. Tentunya pengalaman itu akan melekat di minda mereka dan dikenang-kenang suatu masa nanti.

Itu aku pasti!
Continue Reading...

Join Raya...

Raya kedua
Jam 9.00 pagi

Kami 3 keluarga bergabung raya! Aku sefamili, Kak Yah + Abg Mansor dan Farah+ Ramli...

Mulanya, kami bergerak ke umah Tok Cik. Anak menantu dan cucu dah ramai di rumah TokCik. Nampak gayanya TokCik dah memang sah tak nampak!. Ingatannya kuat dengan cam nama dan suara. Kenangan lampau juga masih tersemat diingatannya cuma penglihatannya dah tak ada!
Paktam dan Maktam melayan TokCik yang masih kuat ingatannya.

Dah nak bergerak ke umah orang PakNgah Kaq

Kemudian kami bergerak ke Umah PakNgah Bakag (abang kepada AbgMansor). Nampak gayanya, udah lama aku tak jengah ke umahnya. Aku berminat dengan projek barunya berkaitan bela ikan keli dalam kolam! Banyak perkara juga aku merisik khabar berkaitan projek tu. Walaupun kecil projeknya...masih lepas cover modal... dalam tempoh 3 bulan je, modal dah balik dan boleh cover untuk pusingan modal akan datang...waaaa...

PakNgah Kaq menangkap keli besor utk dimasak gulai keli.
Air tangan KakYah sememangnya dinantikan..

Merancang plan petang untuk lawatan projek

Sempat juga aku buat appoinment dgn PakNgah Kag untuk meninjau projek keli terbesar di Manjung. Lokasinya di belakang kilang Kelapa Sawit di Jalan Air Tawar, berhampiran dgn Ladang Sagomana! Jam 5 petang kami akan ke sana..bestttt....!

Selepas tu kami lajak pulak ke umah PakNdak Non (abng AbgMansor) di Batu 17. Sambil beraya aku nak merisik sebab sebenar knapa dia xnak bawa kami berkelah di Batu Akuan...hehehhe. Akhir hasil korekan secara perlahan, dapat juga aku hal sebenarnya. Alasan Tapak Harimau di Batu Akuan sememangnya wujud tetapi itu dan berbulan lamanya!

Sebenarnya, dia agak berat nak bawa botnya ke Teluk Akuan kerana 2 sebab:
1. Botnya besar:
- pernah pecah lantai bot kerana "parking" terlalu rapat dengan pantai.

2. Masih beraya:
- suasana raya masih terasa. sebab tu dia agak keberatan untuk ke sana.

Kan senang jika dia ceritakan perihal sebenar. Walhal aku orang yang mudah berbincang. Jangan le diberikan alasan yang kurang logik pada fikiran aku. Aku akan korek hingga aku dapat punca sebenar kenapa dia tak nak bawa kami semua untuk berelah. Alhamdulillah...boleh le aku ngan Abg Mansor susunkan semula aktiviti berkelah tu. Abg Mansor dah bagi beberapa nama lain untuk aku riki dan berbincang!

Akhirnya kami ke rumah pusaka untuk berkumpul. Teh dan Makteh dan telefon aku berkali2 utnuk mengetahui lokasi kami. Akhirnya, dia tiba dulu di rumah itu sambil mengemas apa-apa yang patut. TQ Aji Man & MakAjah Nurul!
Continue Reading...

Oct 13, 2007

Raya Pertama

Mula Bergerak

Jam 11.00 pagi:

Aku ke Tangkak.Betulkan bearing tayar belakang sebelah kanan. Nak buat camne, aku dah tak sempat nak betulkan semasa berada di bengkel semalam. Kebetulan pulak, stok bearing tayar dah abis...alamak...berdengung la jawab sepanjang perjalanan aku ke Melaka.

Aku perlu betulkan segera supaya perjalanan aku selesa. Aku ke kedai spare part dan beli barang2 dan terus ke bengkel yang dibuka dipagi raya....
Bearing tayar Sunny sebelah kanan (belakang) yang perlu dibetulkan!

Jam : 3.00 petang

Aku bergerak ke Utara! Panggilan kampung! Cadangnya aku nak lintas Tol Sg Besi. Boleh juga lintan bandaraya Kuala Lumpur...nak kompidenkan diri lagi. Hujan agak lebat, aku perlahankan kereta. Sampai di Tol Sg Besi, aku berehat sebentar di Petronas yang ada McDonals...jamu perut, pekena burger dan bersilang tangan ngan anak2 dan mem...hehhe..
Orang makan kuih raya, aku pulak pekena burger dan ayam goreng...janji perut terisi!

Selepas itu, perjalanan aku terpesong laluannya... Jenuh juga sebab aku "terpedaya" dengan signboard "Ipoh"...aku termasuk laluan Lebuhraya Elite. Tergelak juga aku kerana aku terpaksa bertanyakan mamat bangla yang bekerja di stesyen minyak di laluan tersebut. Pelikkan! Rakyat malaysia bertanyakan laluan perjalanan pada rakyat asing!. Hahahaahahh...

Aku memandu perlahan jer... singgah merata2 tempat kat hentian RnR termasuk Tapah. Boleh online free... Jam 9.30 malam, aku tiba di tol Simpang Pulai. Melilau mencari simpang ke Batu Gajah danterus menghala ke Parit dan menghala ke Beruas. Aku sefamili selamat tiba di Kg Bumi Hijau jam 11.30 malam. Kak Yah...aku dah sampai!.....
Continue Reading...

Musibah Pagi Raya

Terbakar....
13.10.07 - 3.00 am

Jam 1.30 pagi, aku dan mem bergerak pulang ke Melaka. Kancil mem telah dipinjamkan kepada costumer aku yang mana kancilnya terpaksa tuun enjin. Masa dah suntuk untuk nak dibetulkan. Janji costumer happy udah....diaorang dapat beraya.

Jam 3.00 pagi, aku sampai di Melaka. Semasa melintas Kg Pondok Batang, aku berhentikan kereta aku di tepi jalan. Aku juga menuju ke arah orang ramai yang berkerumun. Api makin membuak2. Pasukan Bomba juga bergegas melaksanakan tugas diaorang.

Tak sangka aku rupa2nya, rumah yang terbakar ialah umah atuk adik biras aku. Sempat juga aku berborak kejap dengan bapa biras aku.
Rumah lama pusaka yang terbakar, ketika ni, dapurnya runtuh dimamah api!

Katanya, rumah lama...wiring dah berserabut...bukannya pasal mercun. Maka berkemungkinan besar berlakunya litar pintas!

Bapa biras aku, berbaju 'pagoda putih'.

Continue Reading...

AKTIVITI SYAWAL

Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
AKTIVITI RAYA :

Raya Pertama : Sabtu / 13.10.2007
* Beraya di rumah mertua / sendiri

Raya Kedua : Ahad / 14.10.2007
* Masing-masing mula berkumpul di umah Bt 51, Pantai Remis, Perak
* Mula mengatur untuk majlis Tahlil.

Raya Ketiga : Isnin / 15.10.2007
* Siang - aturkan majlis Tahlil
- pomen-pomen Jitu Auto Service Centre tiba ke Perak.
* Malam - Majlis Tahlil untuk arwah Mak & Ayah

Raya keempat : Selasa / 16.10.2007
* Berkelah ke Teluk Akuan (ada air katoq - air terjun)
- Abg Mansor kompomkan ngan Pak Ndak Non - berkelah ikut laut, naik bot pukat harimau.
- masa kecik2 dulu je yg pergi berkelah naik bot...la ni asyik berkelah ikut jalan darat jer...
- nak bagi pengalaman pada anak-anak naik bot...nak bagitau yg ayah dia pernah jadi nelayan!

Raya kelima : Rabu / 17.10.2007
* Mungkin sanak-saudara telah kembali ke rumah masing-masing semula
* Jengah tanah sawit di Matang Acheh (projek YCM - Yayasan Che Mah) & Sg Rotan (projek aku ngan Lebai Yan) - arap2 BangNdak free!
- My birthday - 36 tahun!

Raya keenam : Khamis / 18.10.2007
* Ke Sitiawan - uruskan urusan tanah pusaka... arap2 Lebai Yan, ada free

Raya ketujuh : Jumaat/ 19.10.2007
* Ke Seri Iskandar - uruskan rumah - ambil kunci! mungkin utk disewa! - sapa nak tolong uruskan?

Raya kelapan : Sabtu / 20.10.2007
* Uruskan mana-mana urusan yang belum selesai
* Jika tiada urursan - bergerak semula ke Johor.

Raya kesembilan : Ahad/ 21.10.2007
* beraya di Melaka sekejap
* lajak ke Batu Pahat, beraya umah nya'i dan ya'i

jika ada aktiviti tambahan, boleh dimaklumkan utnuk memerihakan suasana. Sudi2 le balik beraya di Umah Batu 51, Pantai Remis, Perak.

* Aku usahakan selagi terdaya dan termampu untuk sanak-saudaraku!


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Maaf Zahir & Batin

drp: PakTam Sekeluarga


Continue Reading...

Oct 10, 2007

Alhamdulillah, apabila memantau blog sedara mara aku teringin bebenor menyedut video cucu pertama aku utk dimuatkan dalam entri aku. Maklum le dah jadi atuk.

Nampak gayanya cucu atuk ni ( Nur Adlina Syazana) udah besar dan keletah kelakunya. Pasti TokAyah dan Opah Sabah merinduinya...kan?


p/s : (HASIL MERAYAU-RAYAU)
atuk dah jumpa software utk merakam video flash yang sememangnya kita tak bleh sedut (muat turun/donlot) video itu dari sesebuah laman web/blog utk jadikan simpanan kita. Atuk dah jumpa software yang boleh merakam video tersebut. Inilah video pertama yang atuk muat turun utk jadikan simpanan.....

Continue Reading...

Oct 9, 2007

Mengenyam vs Melaram

Tindakan melaram, selalunya nak melawa-lawa ikut minat! Betul ke? Juga adakah tindakan melaram itu datangnya daripada 'mengenyam'. Mungkin juga yer. Namun melaram bila dah tiba masanya juga ada baiknya. Maklum le, jika manusia yang mencantikkan apa yang dah tak cantik dipandang, tak sedap dibawa atau sesaja nak melaram ikut hati...maka bagaimana pula tindakan yang nak melaram kerana nak mengenyam...perlu difikir juga tu.

Jika nak melaram pada kenderaan pula ni, biarlah ikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh pihak JPJ. Agar senang hati pabila bertemu "cikgu-cikgu" di laluan jalan raya nanti sempena hari raya ni.

Namun semua tindakan melaram sebaik-baiknya perlu juga mengikut lunas yang telah ditetapkan. Jangan main kromo jer... silap-silap terpalit ke muka sendiri juga. Hasil terpalit yang melibatkan orang lain lagi le merbahaya.

Oleh itu, sesiapa yang ada upgrade enjin-enjin kenderaan mereka, sebaik-baiknya cepat le mohon kelulusan daripada pihak berwajib.

Petang td, aku dengan Mat Kelana menjalankan operasi untuk OKU. Kami ke Pejabat Emigresen untuk membuat paspot antarabangsa. Aku sekadar melihat dan memantau maklumat. Mana le tau, satu ketika nanti aku juga akan sebegitu. Rakan sebilik aku membuat paspot antarabangsa utk 64 mukasurat bagi tempoh 5 tahun. Errmmm...macam, satu dunia dia nak pusing! Maklum le hanya setakat 64 mukasurat je yang boleh dibuat, mungkin akan ambil yang lebih daripada itu jika ada ditawarkan. Semuanya FREE! Adakah aku juga akan ikuti langkah tu? Tunggu.....

Selepas selesai urusan paspot, kami bergerak ke JPJ Melaka untuk berjumpa rakan sekursus aku di INTAN Wilayah Selatan 3 tahun lalu. Inilah kali pertama aku berjumpanya di JPJ Bukit Katil, Melaka. Dah alang-alang ke sana, aku merujuknya tentang pendaftaran enjin kereta yang telah diupgrade. Sebenarnya, mudah aje, tinggal bergantung kepada kita utk melakukan sendiri urusan itu atau kita tiada masa @ tak reti, maka ada pihak tengah yang akan tampil memberi perkhidmatan dengan bayaran yang di luar jangka. Maklum le, jika diceritakan urusan tersebut, sedangkan kita sendiri pun tak tahu maka kita akan menganggapnya susah!

Tindakan kita :

1. Ke Puspakom : membuat pemeriksaan berkaitan enjin yang ditukar
- kosnya hanya - RM40.00

2. Ke JPJ : dapatkan kelulusan dan pengesahan

3. Ke Putrajaya : boleh pos atau pergi sendiri

- Pengarah,
Bahagian Kawalselia Teknik,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya


Jika mana-mana pemilik kenderaan yang baru menukar enjin yang lebih berkuasa, perlu menguruskan pengesahan tersebut dengan cepat! Tetapi dalam tempoh ini, agak sukar dilakukan kerana masa amat suntuk.

Oleh itu, pemilik kenderaan yang terlibat, perlulah menguruskan perkara tersebut selepas raya nanti. Oleh itu, hati-hatilah dalam perjalanan anda semasa pulang berhari raya...Pastikan anda membawa SURAT BERANAK, bukti pembelian enjin dan baru ditukar. Pastikan anda bersedia dengan JAWAPAN-JAWAPAN yang rasional jika ditanya berkaitan hal tersebut.

~ SELAMAT HARI RAYA ~


Continue Reading...

Oct 7, 2007

Sesekali menyibuk & kaki dah tumbuh

Jam 9.30 mlm ni, aku sefamili mencari barang2 keperluan dapur di Giant Kluang. Pelbagai stok telah dibeli. Oleh kerana pembeli-pembeli masih ramai sekitar jam 10 malam, ada pengumuman daripada pihak Giant.

"Waktu operasi hari ini dilanjutkan sehingga jam 11.00 malam, harap maklum."

Maka, makin ramai yang memasukkan barang keperluan masing-masing ke dalam troli. Hampir jam 10.45 mlm, MakTam menuju ke kaunter bayaran. Aku melayan anak-anak di kedai mainan. Tiba-tiba aku menerima sms dr Kapit, Sarawak:

Asmkm. Apa habq semua? Mcm plan raya taun ni, jd ke nak berkmpul di Pantai?

Aku terus call kerana aku. Aku menceritakan rentetan aktiviti yang akan dijalankan di Pantai nanti.. aku juga minta dia refer kat blog aku berkaitan aktiviti hari raya!

Dalam perjalanan pulang, aku singgah di warung Mak Esah di Tmn Sri Kluang. Pekena Mee Goreng Kerang. Lama dah aku tak makan di sana ngan famili. Apa lagi..lepas gian le..

Semasa makan, aku call Zahrin, member aku. Lama dah kami berdua tak mengeteh...rasa-rasanya dah berbulan sejak aku ikuti KSPK ni...Apa lagi, buat appoinment le, jam 11.30 mlm utk kami ngeteh!


*****************

Setelah semua barang yang dibeli, dibawa masuk ke dalam rumah. Aku terus keluar mengeteh dengan kawan-kawan. Rindu sama kawan-kawan oiii.. Kebetulan pulak ada Fiman (member PKG & bsnessman) & Sudin (member politik) ...Kami berborak dari satu isu ke satu isu.

****************
Jam 1.00 pagi, kawan2 bergerak balik. Aku dgn Sudin melencong ke Pasar Ramadhan di bandar Kluang. Kali ini Pasar Ramadhan, dikendalikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kluang. Pelbagai rintangan yang perlu ditempuh utk tahun ini. Maklum le kerana seluruh Johor, perniagaan berasaskan pakaian tidak dibenarkan.

Maka, Pemuda UMNO tampil ke hadapan untuk menuntut hak mewakili peniaga-peniaga Melayu untuk terus berniaga seperti tahun-tahun sebelumnya. Isu tidak boleh berniaga ini agak panas untuk disebut. Dewan Perniagaan XXXX menghantar memorendom kepada pihak terbabit agar perniagaan ini tidak dijalankan di seluruh Johor.

Bayangkanlah, sehari sebelum puasa, memo dan arahan tidak boleh berniaga dikeluarkan. Apa nak jadi jika peniaga-peniaga yang telah mengeluarkan modal untuk berniaga? Bagaimana dengan barang-barang yang telah mereka modalkan? Pada awal puasa lalu, FRU dan polis berselerakan di kawasan Pasar Ramadhan Kluang untuk menghalang peniaga-peniaga ini untuk berniaga.

Pemuda UMNO Kluang, mengambil langkah bijak dan tersusun untuk teruskan aktiviti berniaga ini. Pelbagai pihak telah dihubungi termasuk beberapa wakil akhbar telah dipanggil. Akhirnya berjaya juga aktiviti Pasar Ramadhan diteruskan. Namun, di Simpang Renggam, Pasar Ramdhan hanya boleh menjual makanan sahaja. Peniaga pakaian tetap tidak dibenarkan! Sunyi le di kawasan Simpang Renggam.

Meronda le sekejap aku di Pasar itu dengan Sudin. Kami berjumpa dengan rakan-rakan lain yang bertugas mengawal selia keselamatan Pasar Ramdhan di kalangan ahli-ahli Putera yang dilatih untuk berkhidmat.

Jam 2 pagi, kami berkumpul untuk berbual2 di warung bagi melayan "adik-adik" yang sanggup bersusah payah mengawal selia.

***********************

Jam 2.30 pagi, aku dpt call drp pomen2 aku, Ijan dan Pejon. Mereka telah tiba di Kluang. Terkejut juga aku kerana mereka belum tidur untuk merehatkan diri. Maklum le esok, mereka masih ada tugas. Aku minta mereka berhenti minum di Restoran Halim Haris di Taman Intan. Aku pula bergerak ke sana untuk melayan pomen-pomen aku.

Apabila aku tiba di sana, aku parking bersebelahan dengan JCK *555. Dah siap 90% rupanya. Selesai melayan mereka, pomen racun aku utk "test drive". Aku ambil kunci dan melayan kepala kami bertiga menuju ke highway Ayer Hitam. Aku menghala terus tol Simpang Renggam. Errrmmm...kaki aku dah tumbuh semula! Best jugak layan kepala test drive. Maklum le enjin Nissan 1.6, auto. Auto ni amat sesuai le dengan gelaran aku sebagai O.K.U!

*********************

Setelah keluar tol Simpang, aku masuh semula higway, aku menuju semula ke tol Ayer Hitam. Sempat la aku berbual dengan pomen untuk meningkatkan kepoweran enjin tu. Rasanya, macam dah tak perlu kut..sebab aku dah makin bertambah garam dalam usia aku..hehheheh. Cukup2 la tu...kan?

Pomen juga sempat order barang utk tugasan esok hari. Aku perlu angkat head utk kancil 850. Turun enjin kata pomen!

Jam 4.00 pagi, aku tiba di rumah...terus kejutkan MakTam dan anak-anak untuk bersahur....

*********************

Selepas itu, belek-membelek pula aku blog sedara-mara dan rakan maya. Blog yang semakin menarik untuk renungan semua blogger ialah Perantau di Perantauan. Silalah ke sana untuk kita menghayati dan meneliti moral yang cuba di ketengahkan oleh penulis...

*********************
Selamat berpuasa...


Continue Reading...

Oct 5, 2007

Serah pada yang pakar

Dalam pada melilau di alam maya ini, aku menjumpai entri dlm blog sahabat maya aku. Aku just copy and paste aje kerana apa yang dipaparkan agak menarik untuk direngi bersama.. Kisahnya ialah:

Pada zaman Saidina Abu Bakar, Islam semakin berkembang melalui peperangan. Ketika hendak menakluki Jerussalem dan tanah-tanah di Persia, Abu Bakar melantik Khalid Bin Walid sebagai ketua panglima perang. Tindakan beliau itu sangat tidak dipersetujui oleh Saidina Umar.

"Saya tidak setuju Khalid Bin Walid dilantik sebagai kepala perang," kata Umar.

"Mengapa? Apa alasan kamu?" tanya Abu Bakar.

"Saya tidak setuju kerana Khalid Bin Walid tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh. Dia cuma dirikan solat wajib 5 waktu tetapi solat tahajjudnya kurang. Dia tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang mula-mula berhijrah ke Madinah, " jawab Umar.

Meski pun demikian, Saidina Abu Bakar tetap dengan pilihannya. Apabila Abu Bakar meninggal dunia, Umar mengambil alih pucuk pemerintahan negara. Antara tindakan yang beliau ambil selepas itu ialah memberhentikan Khalid Bin Walid daripada jawatannya.

Khalid Bin Walid dilucutkan jawatan ketika beliau sedang memimpin satu peperangan. Tempatnya sebagai ketua diganti oleh staf beliau sendiri, Abu Ubaidah. Meski pun kurang selesa mengambil alih tugas jeneralnya, Abu Ubaidah tetap menurut perintah yang dikeluarkan oleh Saidina Umar.

Masa berlalu dan Khalid Bin Walid kemudian meninggal dunia. Setelah beliau tiada, Umar menghitung jasa-jasa Khalid Bin Walid kepada agama dan negara. Umar baru tersedar bahawa tiada lagi dalam sejarah Islam orang yang sehebat Khalid Bin Walid dalam memimpin peperangan.

Khalid Bin Walid pernah menentang dua pasukan musuh dari Rom dan Persia, serentak. Walau pun dilihat kurang warak daripada segi ibadah, beliau terbukti seorang panglima perang yang berani dan hebat.

Khalid Bin Walid sangat cekap mengatur strategi dan taktik peperangan. Di bawah kepimpinan beliau, pasukan tentera Islam mencapai banyak kejayaan. Jasa Khalid Bin Walid terlalu besar untuk diperhitungkan.

"Abu Bakar memang bijak," kata Umar. "Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, sesuatu urusan itu perlu diserah kepada orang yang ahli dalam bidangnya," kata Umar lagi dengan perasaan kagum terhadap Abu Bakar.

Saidina Umar akur bahawa orang-orang yang beliau anggap soleh seperti Abdullah Bin Umar atau Abu Hurairah yang dapat menghafaz beribu-ribu hadis, tidak boleh menjadi ketua panglima perang seperti Khalid Bin Walid. Mereka tiada kepakaran dalam ilmu peperangan.

Kisah ini dipetik daripada buku 'Renungan Tasawuf : Manisnya Iman' tulisan Prof. Dr. Hamka.

MORAL:
1. Mengkaji sesuatu sebelum membuat keputusan, kerana kekadang kita dikaburi dengan pandangan mata. "Usah menilai sesebuah buku melalui kulitnya"

2. Dalam sesuatu visi untuk sesuatu tugas, biarlah sesuai dengan watak dan keparan seseorang. Tidak semua orang mampu melakukan semua perkara yang diingini. "Orang yang hebat akan mencari orang yg hebat utk melakukan sesuatu".

3. Cuba kita perhatikan dalam organisasi di tempat kerja kita, ada baiknya diberi tugas mengikut minat dan kepakarannya..

4. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

5. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati......

sumber : Norlela Zubir>>
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template