"Amirul, apa yang awak tulis ni?"
"Saya suka lukis bentuk kereta di tahun 2050 nanti."
"Kan saya suruh tulis karangan tentang suasana bandaraya negara kita di tahun 2050 nanti. Saya suruh tulis. Siapa yang suruh lukis?"
"Ya, cikgu. Saya tak pandai nak mengarang ayat tentang bandar. Tetapi saya boleh melukis kenderaan di bandar. Maafkan saya cikgu..." semakin merendah suara budak kurang pandai itu.
Budak kurang pandai itu terus menyuap nasi lemak yang dibeli di kantin sekolah. Berbekalkan air sirap yang dibawa dari rumahnya. Sambal nasi lemak yang pedas di tolak ke tepi pinggan. Telur goreng mata kerbau dirincik halus itu, digaul dengan nasi lemak.
Loceng sudah berbunyi. Murid mula bergegas beratur di tepi bilik darjah. Suasana sedikit keriuhan dengan suara kanak-kanak. Itulah penanda selesainya waktu rehat.
"Assalamualaikum Cikgu" lantang suara Ketua Kelas 5 Amanah dan diikuti pelajar-pelajar lain.
Cikgu Rozita menguntum senyuman di bibir. Lirik matanya terus memerhati wajah-wajah suci anak muridnya. Wajah yang dahagakan ilmu demi mencungkil bakat dan potensi diri mereka.
"Hari ini kita akan buat model kerete futuristik. Bentuk kereta masa akan datang di tahun 2050. Cikgu tahu, murid cikgu memang bijak melukis model kereta. Ketua kumpulan, sila ambil kertas A4 di atas meja cikgu", lantunan suara Cikgu Rozita yang memang lembut dan mengasyikkan.
Ketua kumpulan mengambil kertas A4 dan mengagihkan kepada pelajar lain. Amirul, budak kurang pandai itu mula senyum dan mencapai pensel dan pemadam.
"Bestnya. Aku nak lukis kereta ada sayap. Enjin turbo. Lampu ada LED," hati Amirul mula berkata tanpa huruf. Mindanya mula memasuki ruang imaginasi. Melakar gambaran kereta furutistik.
May 8, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Coretan Lain:
We have a panel of Quickbooks Support Phone Number 800-986-4607 experts who can help you to solve your Quickbooks related issues. The solutions we deliver will take only few seconds of you. We have the availability 365 days a year and 24 hours a day!
Post a Comment