Pengenalan
Saban tahun, bilangan kanak-kanak yang mengidap ADHD di seluruh dunia semakin meningkat. Ramai ibubapa semakin mendapat kesedaran bahawa ubatan ADHD mempunyai risiko kesihatan yang boleh memberi impak negatif di masa depan anak mereka. Maka, ibu bapa mula mencari alternatif dengan melakukan terapi sebagai tindakbalas kepada kebimbangan mereka tentang kesan-kesan dadah dalam ubatan moden terhadap kesan fisiologi dan psikologi anak mereka.
Semakin ramai doktor menyokong amalan terapi alternatif dalam kehidupan dengan alasan bahawa mengharapkan kepada perubatan semata-mata hanyalah menumpukan kepada pengawalan gejala penyakit dan tidak membantu pembentukan kemahiran tingkahlaku dan sosial (Zametkin & Ernst, 1999).
Justeru, rawatan alternatif seperti yoga, meditasi, senaman, diet khas dan pemakanan tambahan dimanfaatkan untuk merawat kanak-kanak dengan ADHD menjadi semakin popular apabila keberkesanannya bersifat positif dapat dikesan. Beberapa badan NGO yang melaksanakan penyelidikan tentang kesan-kesan positif hasil pelaksanaan meditasi terhadap kesihatan badan, fakrot-faktor psikososial dan perkembangan otak. Namun demikian, amat kurang penerbitan kajian tentang amalan meditasi terhadap ADHD.
Stres, kebimbangan dan ADHD
ADHD dikaitkan dengan kegagalan fungsi otak mentadbir tingkahlaku (Bush, et.al, 2005; Durston, et.al, 2004; Zametkin, et.al, 1993). Kegagalan kefungsian otak ini membawa kepada perlakuan ikut gerak hati (keinginan melampau) yang di luar kawalan dan kerencatan tingkahlaku sosial. Hal ini memberi impak kepada fokus terhadap setiap perlakuan dan tindakan, menjadi malas dalam melakukan sesuatu kerja dan pengurusan hidup yang semakin terjejas.
Stres pula mengganggu aturan tingkahlaku (McEwen, 1998). Stress mampu menjejaskan tingkahlaku terhadap tujuan bekerja, pelbagai keinginan semakin mengurang, deria mental kurang fleksibel untuk membentuk strategi dalam menghadapi tugas kehidupan (Lupien et.al, 2005).
Perbandingan simpthom stres dan ADHD mempunyai kesamaan yang ketara. Penyelidikan terkini membentuk halatuju baru perkaitan antara stres dan ADHD. Vance, et.al (2007) mendapati bahawa kegagalan otak kanan gagal berfungsi dengan baik terhadap kanak-kanak ADHD.
0 Coretan Lain:
Post a Comment