Jul 27, 2013

MELAYU : Baru & Lama

Assalamualaikum WBT :

Cuti hujung minggu ini, aku sekeluarga tidak ke mana-mana. Di bulan puasa, tak berapa best untuk meronda-ronda cuci mata khususnya di shopping mall. 'Selera' naik mencanak. Baiknya memerap di rumah saja.

Cuti hujung minggu ini juga, dua orang anak aku ada aktiviti di sekolah masing-masing. Amira dan beberapa orang rakan kelasnya terlibat dengan taklimat berkaitan inovasi (katanya). Awal pagi lagi sudah bergerak ke sekolah. Nampaknya, ada bakat seperti mamanya yang gemar mencipta inovasi dalam kerjaya. Satu perkembangan menarik tu. 

Amir pula ada kelas tambahan di sekolahnya. Pecutan akhir sebelum UPSR yang tinggal beberapa minggu lagi. Semua aktiviti yang baik wajar di sokong oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun, perlu dijuga dipantau aktiviti mereka, bukan boleh main percaya sepenuhnya. Amirul pula meneruskan aktiviti melukis gambar kartun. Ketiga-tiga orang anak aku, ada bakat yang berbeza-beza. Begitu juga tahap pemikiran mereka. Kita sebagai ibubapa harus akur akan tahap anak-anak yang pelbagai.

Aku pula asyik mengadap laptop. Ada tugasan mengejut yang perlu aku selesaikan. Kekadang, aku terfikir juga walaupun aku sudah bertukar organisasi/tempat kerja, 'niche' aku tetap sama. ICT. Itulah identiti yang aku bawa walau di mana aku bertugas. Ini kerana tugasan kerja yang biasa dan rutin, semua orang boleh buat. Makanya, dalam biasa-biasa itu kita perlu ada identiti yang dibawa agar diri kita diperlukan dalam organisasi. Idak le dikatakan melukut di tepi gantang. Ada, tidak menambah. Tiada, tidak mengurang. Jika udah jadi melukut, lebih baik dok rumah saja. Makan-tidur, makan-tidur saja kerjanya. Sampai masa, mati. Habis cerita, jika tidak menyusahkan orang lain.

Ada kelainan

Jika diperhalusi, entri aku hari ini agak bersantai. Seperti sedang berbual dengan pembaca. Tidak seperti entri-entri aku sebelum ini yang agak formal, tiada cerita tentang diri dan keluarga. Hanya lebih kepada fakta sahaja. Tapi...hari ini, aku agak sedikit berlainan. Emosi aku sedikit tersentuh apabila aku terbaca sebuah blog seorang anak muda yang memiliki impian, perancangan dan tindakan ke arah mencapai matlamatnya. Beliau berani membuat keputusan untuk mengubah hidupnya. Aku kagum dan teruja seketika. Klik DI SINI.

Dalam blognya juga ada paparan video yang memaparkan realiti hidup yang boleh dijadikan panduan dan sempadan untuk merealisasikan impian dan harapan. Sesuai sungguh untuk orang  Melayu ketahui dan fikirkan untuk generasi akan datang. Di sini, aku muatnaikkan vidoe tersebut yang sememangnya ada di youtube.




video 



0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template