Aug 6, 2012

CINCIN : Berbingkai syiling emas seringgit yang dilebur dan diukir

Parit Raja - 06.08.12 :

Selepas terawih di Kg Baru, Seri Gading, aku sefamili sempat menjamu mata di bazar Ramadan Parit Raja. Agak padat gerai-gerai pakaian yang dibuka sempena hari raya. Dari pelbagai jenis kasut, selipar, tudung dan baju dan macam-macam lagi. Hingga ada yang 'buka meja' untuk menjual bunga api dan mercun. Sayangnya, kamera tidak dibawa bersama. Tiada rakaman dibuat.

Akhirnya, aku hanya 'ter'berkenan pada jualan di kaki lima. Hamparan plastik dengan pelbagai jenis jualan yang berjaya menarik perhatian aku. CINCIN. Pelbagai jenis cincin menjadi tatapan dan halua mata dan selera. Sempat aku berbual dengan penjualnya dan mengambil alamat serta nombor telefonnya. Ini kerana, beliau ada menerima tempahan cincin dan membuat bingkai daripada perak dan suasa. Juga boleh bertatahkan batu 'diamond' di sekeliling batu cincin. Harga upahnya agak berpatutan berbanding menempah cincin di kedai emas. Hasilnya adalah sama juga, tiada beza antara tempahan di kaki lima dan kedai emas yang berhawa dingin!

Bentuk cincin yang menawan hati dan selera

Sempat juga aku menyambar sebentuk cincin kerana tertarik dengan bingkai cincin tersebut. Bingkai dibuat hasil syiling emas seringgit yang dilebur dan diukir dengan teliti. Agar pembaca tidak tersalah tafsir tentang wang syiling emas seringgit itu, saya titipkan gambar perihal syiling
tersebut.
Syiling emas seringgit yang dilebur

Perasaan tertarik ini hanya berlaku pada yang berminat dengan cincin sahaja. Jika insan yang tidak berminat, pasti hanya melintasi dengan menjeling sahaja pada hasil jualan yang sebegitu. Lain orang, lain citarasanya. Itulah Warna-warni Kehidupan....

5 Coretan Lain:

Anonymous said...

sahabat yang tidak ku kenali ... berapa arge yang didagangkan bagi sebentuk cincin tempaan dari syiling emas ... nie termasuk batu delima nyer tu .... Jamil.

azlanlin on 8/07/2012 11:18 PM said...

Saya fikir, harga cincin yang 'ready made' adalah mampu milik. RM40 sahaja. Seperti dalam gambar.

.l. on 8/29/2012 12:24 AM said...

ni tuan beli ke atau tuan sendiri ada menjual cincin ni?

Anonymous said...

Salam nak tanya la yg buat cincin tu bangsa cina ke? Ada tak no tel org tu?

Kamal on 11/06/2015 10:32 PM said...

Ada contact tukang cincin tu x ?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template