Sudah lama aku tidak update blog ini. Senak dan sesak juga apa yang dilalui. Pelbagai pengalaman yang ditempuh. Menyentakkan minda. Yang paling menyentak dan meningkatkan aliran darah ialah terdapat gangguan pada fail word 2007. Senak kepala juga jadinya.
Kebiasaannya, kita akan memasukkan nombor mukasurat/halaman dalam fail word pada header @ footer. Semuanya untuk memudahkan sistem penulisan. Sistem mukasurat/halaman adalah salah satu contoh link yang dibuat secara code sebenarnya. Bayangkanlah jika anda memasukkan link untuk paparan bibliografi antara word dan endnote. Akhirnya, apa yang dilakukan telah menjadi kucar-kacir hanya dengan kesilapan kecil yang dilakukan.
Misalnya paparan mukasurat 8 telah dipaparkan sebagai "\* MERGEFORMAT". Mana pergi nombor mukasuratnya? Manakala, paparan sistem endnote juga telah menjadi kucar-kacir. Cobaannnn...
Seawalnya, aku buat semakan fail word tersebut pada 2007, memang masalah itu terjadi. Kemudian aku buat semakan pada fail word 2003, masalah itu tidak timbul. Aku hairan dan tidak tahu untuk menyelesaikan amsalah itu. Aku ambil langkah lain dengan telah uninstall dan install office 2007.Masalah tersebut masih tidak selesai.
Aku cuba minta bantuan pada pakcik google. Alhamdulillah, pakcik google telah membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pertamanya, aku klik di sini untuk menyelesaikan masalah pertama. Keduanya, aku klik di sini untuk memahami mengapa hal tersebut terjadi kepada aku.
Rupa-rupanya, baru aku ketahui bahawa terdapat sistem shortcut pada keyboard yang telah aku tekan. Sebelum ini, apa yang telah aku tekan pun aku tak tahu... Ini memang pengalaman yang betul-betul menyentak minda!!!!
2 Coretan Lain:
jadi problem bila nak buka format 2007 dalam pc/laptop yg takde office 2007.. nak tak nak, kena convert balik ke 2003 nyer.. leceh gak huhu
Heheh..takpa, yang penting ada kerana word 2007 boleh buka yang mana-mana ajer sama ada 2007 atau 2003. Kalau guna 2003, ja...geng2 2007 kata...pi main jauh-jauh..hehheh
Post a Comment