Jul 31, 2007

Tahniah! Konvo isteriku




Jumaat : 27/07/07


Pada pagi Jumaat, aku gerak ke umah mak mertua. Mem aku dah sampai dri Kluang. Rehat kejap then kami sefamili termasuk mak dan bapa mertua aku ke KL. Ina (adik ipar) dah tunggu kat Petronas selepas tol Sg Besi. Selamat....Aku bukannya terer sangat jalan d kl tu. Semasa nak ke rumahnya di Jalan Semarak, rupa-rupanya senang je sebab ikut lorong SMART!

Petangnya, aku, mem dan Ina ke Pusat OUM untuk ambil jubah mem. Jenuh juga nak ke sana maklum le.




Sabtu : 28/07/08

Jam 6.30 pagi kami dah keluarrumah Ina untuk ke PWTC. Kalu lewat takut jem pulak jalan nak ke sana. Aku seumpama jadi reporter! Ke hulu dan ke hilir dengan handycam dan kamera digital. Snap sana, snap sini. Semuanya, di mana kedudukan mem aku, di situlah aku. Fuiiyoooo...mem aku dah mcm menteri! Maklum le tengah syiookkk....tambahan pulak dok berborak ngan member2 lama sama belajar kat OUMnya. Aku rakam je di awal pagi sbelum mem aku masuk ke dewan bersama mak dan bapa mertua aku....

Bila semuanya dah masuk dewan, aku jadi 'penjaga' la pulak. Anak2 aku tak boleh masuk dewan. Aku ambil peluang je untuk pergi ronda2 bandar KL. Akhirnya tercapai juga hasrat aku nak ke Petaling Street. Aku terpaksa juga call member aku utk dapatkan parking belakang Watson yang bertentangan dengan Mydin tu. Tempat tu strategik. Tq my friend. Aku berjaya ! Di sana aku cari kasut Adidas 2 pasang untuk hero2 aku dan Nike utk puteri aku. Kira orait le walaupun kat Petaling Street. Yang penting sedap mata aku memandang!...Wakakakka.

Tengah2 sedap dok meronda2 ngan anak2, mem aku call, 'Yang, dah sattle. Jom pergi bergambar!". Alamak...ni yang kalut nih...aku terpaksa cari jalan lagi untuk nak ke PWTC la pulak. Mata aku tak berkedip le sebab takutkan terlepas signbord. Alhamdulillah, selamat sampai dan parking kat Hentian Putra.

Bilasampai je, tugasan aku sebagi reporter di sambung semula. Ini semuanya bertujuan, aku boleh hasilkan movie sempena mem aku konvo nih!. Silap2 boleh aku ajorkan mem aku buat video sendiri sempena konvonya. Rasa-rasanya camtu dah...hahhahahah. Lama gak mem berbaris untuk bergambar untuk dia sorang dan sefamili.

Malamnya, aku gi dating ngan mem aku. Kami berdua ronda-ronda di bandar KL. Macam kompiden je aku. Ada memberaku pesan, kalu nak berjalan2 ke sesuatu tempat, setiap landmark yang ada di sekeliling terutama di sesuatu tempat yang penting...perlu diingat!. Menarik gak pesanan dia....


Dapat juga aku tunjukkan bangunan Low Yat....laluan di Bukit Bintang... Sempat juga aku g ngeteh kat ...(tak ingat la) kerana ada band yang nyanyi!. Best juga. Anak-anak semuanya ditinggalkan di rumah Ina. Bukan senang nak dating semula woiii!... Kami balik ke rumah Ina jam 2.00 pagi. Perggg...semuanya dah tido!
Ahad : 29/07/08

Pepagi jam 9.00, kami bergerak ke PWTC semula kerana urusan penyerahan jubah dan membuat plak ijazah tu di Hotel kat sebelah PWTC...mcm menarik gak plak tu....Aku juga dah bincang dengan owner bisness tu yang aku juga berminat untuk menempah plak utk degree aku. Diaorang juga ada template utk UKM punya. Macam menarik. Ala....sekali seumur hidup, apa salahnya...kan? Hahahahah. Nanti aku berurusan secara email le nanti...hahahha

Selepas selesai, kami g window shopping kat The Mall..sambil cari makan tengahari. Kat sana terserempak pulak au ngan member maktab lama aku. Din (kelas K5) namanya. Dia juga iringi mem dia untuk konvo OUM. Ermmmm...dah ada 4 orang anak rupanya. Kalah juga aku...hahhahah. Berborak le kejap, sempat aku minta no hp dia,mana la tau kalu aku ke Kuantan, Pahang nanti. Boleh le aku lepak umah dia kejap...hahahah.

Setelah selesai, kami bergerak balik ke Melaka. Jam 5 petang aku dn mem bawa kereta masing2 untuk lawati Rozeli (adik ipar aku di Paya Rumput) yang baru keluar hospital Seremban kerana pembedahan kakinya. Jam 9.00 malam, aku bergerak kembali semula ke sarang aku (IPPM) untuk ikuti praktikum aku di SK Peringgit!.

1 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 9/08/2007 6:32 PM said...

:: tahniah kat Mak Tam atas kejayaan... dan syabas kat Pak Tam atas sikap sebagai pendorong, penggalak dan pembimbing.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template