Alhamdulillah, setting utk pulang ke kampung utk jengah orang tua terlaksana juga. Dapat la anak2 aku bermanja2 dengan atuk dan nenek diaorang. Jumaat lalu, aku tiba di Felda Bukit Senggeh jam 8.00 malam. Berborak la aku dengan mak dan bapa mertua aku, sambil makan nasi di dapur. Malam tu, hujan agak lebat. Mak Bariah dah mula risau kerana mem aku belum sampai.
Lebih kurang jam 10.30malam, mem dan anak-anak tiba pula. Anak-anak dah tidur. Berat juga budak2 ni bila aku angkat diaorang keluarkan dari kereta. Dah besar rupanya... Dulu, masa kecik2 selalu la aku dukung diaorang...tak le seberat sekarang.
Pagi Sabtu, macam biasa aktiviti rutin aku bila baik kampung. Aku capai penyapu dan pencakar sampah, aku bersihkan daun-daun rambutan yang luruh. Tu la keje aku utk ngisikan masa aku. Kalu idak, berdengkur le jawabnya.
Lepas tu sibuk la pulak aku kait buat rambutan. Anak-anak aku tolong masukkan ke dalam bakul. Tersengih juga aku bila teringatkan kisah anak-menantu musim buah. Wakakaka...
Jam 10 pagi Rozeli sefamili tiba. Bersembang le kejap perihal kakinya. Sebabnya malam tadi Wak Paiman dok bercerita ttg kaki Rozeli perlu dibedah utk betulkan lututnya. Kos hampir rm5000.00 kat hospital seremban.
Tengah hari tu aku dan mem ke Pasar Nyalas. Teringat dan teringin pulak aku makan ikan bakar......... Dapat le jugak aku hidupkan kayu arang jadi bara api... jenuh juga dok berkirap sebelum nak jadi bara....Pergghhh macam le aku orang bandor...eksyennya!. wakakkakakka
Petang Sabtu, hujan lebat....aku teringat semasa aku kecik2..selalu gak aku mandi kat pancor (lurah antara bumbung) yang jadi air terjun. Best...aku bagi peluang anak-anak aku dan anak2 menakan aku mandi ujan....bagi diaorang rasa, tapi aku pastikan hujan dah lama turun, baru aku benarkan.... seronok sakan la depa.... macam aku kecik-kecik dulu jugak. Cuma bezanya, masa aku kecik2 dulu, mandi curi-curi...wakkakakkaa....
Dari kiri : Rafiq, Amira, Rafiqah, Amir, Rabbani, Amirul
2 Coretan Lain:
:: mujur Wak Paiman sporting habis... tak letakkan sign "DILARANG MEROKOK" di rumah dan kawasan sekitarnya.
Pastinya setakat ini takkan diletakkan signboard semacam tu krn 'sekepala' dengan menantunya! Wakakkak
Post a Comment