Bermula dengan membelek-belek gambar kereta di laman mudah.my. Sebuah demi sebuah kereta aku membeleknya khusus kereta-kereta lama yang memiliki 2 pintu. Agak menarik dan uniknya kereta lama. Itu pada tanggapan aku dan barangkali berbeza dengan tanggapan orang lain.
Aku terpandang sebuah kereta Ford Laser TX3 (Lynx) yang kelihatan sporty. Warna meroon dan nombor plate yang menarik. Aku menghantar mesej menerusi aplikasi whatsapp kepada pemiliknya. Kami berbalas mesej dan berkeputusan positif. Aku mengambil keputusan bahawa pada hari Jumaat (04.08.2017) akan ke Seremban untuk bertemu dengan pemiliknya sambil melihat kereta itu.
Pada hari Jumaat, aku sekeluarga (4 beranak) menuju ke Seremban. Hari Jumaat lebih mudah untuk bergerak kerana hari cuti bagi negeri Johor dan Negeri Sembilan pula hari bekerja. Situasi ini mudah untuk menguruskan setiap urusan yg melibatkan jabatan kerajaan di Seremban.
Tiba di Seremban, terus berunding dengan empunya kereta Ford TX3. Sudah siap urusan pupakom katanya. Aku hanya perlu berikan salinan IC sahaja untuknya menguruskan pemotongan nama pada kenderaan Isnin (07.08.2017). Manakala, aku hanya uruskan pembelian insuran dan roadtax baru.
Kereta Ford Laser TX3 berwarna meroon. Berkaitan body kereta, cat, tayar, dalamannya masih baik. Cumanya masih ada beberapa hal tentang enjin yang perlu dibaiki. Ada kesan lelehan minyak hitam pada enjin. Distributor perlu ditukar. Gasket head enjin juga perlu ditukarkan. Sikit hal sahaja, berbanding dengan umurnya yang lahir padatahun 1996. Rundingan selesai, bayaran juga diselesaikan.
Amirul memandu kereta itu dari Seremban menuju ke Johor. Biarlah doktor kereta (bakal pemilik bengkel kereta - suatu masa nanti) yang memandu, boleh juga dikesannya masalah-masalah lain sepanjang pemanduannya. Bolehlah dibaiki semula nanti apabila tiba di Batu Pahat.
Selang beberapa hari, proses pembaikan bermula. Amirul mengembangkan bakat/ potensi dan minatnya tentang enjin kereta. Distributor untuk Ford Laser TX3 telah dibelinya. Distributor untuk Ford ini sama dengan Mazda. Kedua-dua jenis kereta ini menggunakan distributor yang sama saja. Rocker caver head juga dibuka untuk melihat getah gasketnya sama ada masih lembut atau sudah keras. Beberapa getah berwarna hitam untuk salur air dan minyak telah keras dan perlu diganti. Sudah pasti pasti getah jenama 'Samco' berwarna biru menjadi pilihan.
|
Doktor Kereta (Amirul) sedang memulakan projek. |
|
Rocker cover sudah disembur cat berwarna merah.
Gunakan cat dalam tin aja untuk semburan. |
|
|
Siap pembaikan. Dalam tempoh seminggu perlu dipantau enjin ini
untuk melihat sama ada masih bocor atau tidak. |
Seminggu sudah berlalu. Urusan JPJ sudah selesai, elemen major pada enjin juga sudah selesai. Hanya beberapa hal lain yang masih dalam perhatian untuk proses pembaikan dan solekan. Getah bush kiri sudah koyak dan perlu ganti. Absorber juga sudah kurang memuaskan, sistem brek perlu ditambahbaik dan sistem alarm perlu dinaiktarafkan. Tunggu masa doktor kereta yang sesuai sahaja.
Hari Sabtu (12.08.2017), berhajat untuk membuat solekan untuk TX3 ini. Aku dan Mem Besor lajak ke Ayer Hitam untuk menempah sticker kereta. Beberapa pilihan rekabentuk sticker sudah dilihat, pastinya warna sticker tidak mahu yang terlalu ekstrim. Hanya perlu warna dan corak yang simple. Keputusan sudah dibuat. Pasang aja...
|
Gantikan tulisan jenama kereta agar kelihatan lebih bertenaga |
|
Pilih design dan warna yang simple untuk sticker pada badan kereta |
Isnin (14.08.2017) nanti, urusan skirting depan, tepi dan belakang kereta akan mula dipasang. Tunggu..