Dec 2, 2013

Cara kiriman Western Union

Sehingga hari ini, aku tidak ada pengalaman untuk membuat kiriman wang ke luar negeri. Aku ingin menghantar sejumlah wang ke Indonesia untuk tujuan tertentu. Inilah kali pertama untuk aku melakukan sedemikian.Tindakan ini kerana adalah atas satu urusan yang memerlukan aku melakukannya. Western Union. Aku pernah membaca signbord WESTERN UNION di merata-rata tempat tetapi aku tidak pernah mengambil tahu kerana tidak berkaitan dengan perjalanan hidup aku sebelum ini.

Kebiasaannya aku hanya melibatkan diri dalam transaksi wang melibatkan dalam negara sahaja. Lebih mudah aku menggunakan perkhidmatan Maybank2U. Tetapi kali ini, aku memerlukan pengetahuan tentang pengiriman wang keluar negara khususnya Indonesia. Ini pengalaman baru buat aku.


Western Union

Akhirnya, aku akur dengan ketentuanNya. Aku perlu berurusan dengan melibatkan Western Union. DIA menggerakkan aku untuk mula mencari maklumat  dengan bertanyakan pada PokCik Google. Beberapa persoalan ada di benak aku. Apakah itu Western Union? Apakah borang berkaitan Western Union yang perlu aku isi? Apakah maklumat lain yang perlu aku sediakan berkaitan dengan Western Union? Semua soalan-soalan ini barangkali sangat mudah kepada individu-individu di luar sana yang pernah berurusan berkaitan Western Union. Termasuk juga warga Indonesia yang sememangnya mahir akan hal ini kerana kerap kali mereka menghantar wang Malaysia ke negera asal mereka iaitu Indonesia. Aku akui bahawa aku tidak pandai dalam hal ini. Aku tidak mengerti apa-apa akan hal ini. Semuanya pengetahuan ini adalah milikNya.

Ada maklumat berkaitan Western Union yang telah ditulis oleh SharulHairy dan SuteraBlogger. Beberapa info asas telah aku fahami. Bagi mendapatkan maklumat lebih jelas ialah aku menelefon pihak Pejabat Pos Sri Gading. Aku berbual sendiri dengan pegawai yang bertugas di kaunter. Ini bertujuan supaya dapat mengesahkan maklumat awal yang aku peroleh daripada internet. Adakah benar seperti yang ditulis oleh SharulHairy?. Aku bersyukur kepadaNya kerana telah melalui fasa pencerahan maklumat. Kini, hanya tinggal untuk aku melaksanakan proses pengiriman wang menggunakan Western Union sahaja.

 
Credit pic to : ShahrulHairy


0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template