Aug 31, 2010

MAJALAH PENDIDIK : WWK menghiasi kolum Blog Guru



31.08.10 - Selasa

Minggu lepas, 3 hari aku berada di Kedah. Memandu seorang diri dari Tanjung Malim ke Sungai Petani, Kedah. Pelbagai lakaran ceritera baru dalam sejarah kehidupan aku dan sejarah negeri Kedah sendiri telah tersingkap. Perjalanan aku ke Kedah berkisah pencarian "Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan". Sedikit sebanyak, ceritanya ada di sini.

Mercu Tanda di Bandar Sungai Petani, Kedah.

Pada hari kedua, sewaktu aku memandu ke Sik bersama Bang Jan dan Tengku Zainol Rasyid, MissBerry aku berbunyi. Nombor yang tertera, tidak aku ketahui. Aku menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, Cikgu Azlan ke?"

"Ya, saya," balas aku.

"Saya, XXXXXX. Wartawan daripada Majalah Pendidik. Saya berminat untuk membuat kupasan berkaitan blog cikgu untuk Majalah Pendidik keluaran Oktober 2010 nanti. Apa pandangan Cikgu?" jelas sekali suara lelaki itu di corong telefon.


Contoh paparan muka hadapan Majalah Pendidik.

"Ermmm...blog yang mana satu? Saya memiliki beberapa buah blog untuk beberapa tema yang yang saya garapkan. Boleh saudara sebutkan tema blog yang sdara pilih tu?" aku bertanya lagi.

"Warna-warni Kehidupan," katanya.

"Ok. Itu blog peribadi saya. Apa yang boleh saya bantu?" balas aku.

"Begini cikgu, saya akan hantarkan beberapa soalan untuk cikgu jawabkan. Saya akan hantar melalui email cikgu. Saya harap, cikgu dapat hantarkan beberapa keping gambar berdasarkan situasi yang bakal saya nyatakan. Boleh cikgu?", jelasnya lagi

"Baiklah, tapi sekarang saya berada di Kedah. Weekend nanti saya akan balik ke Tanjung Malim. Saya akan ke jawab soalan-soalan yang bakal sdra nyatakan nanti. Errmm..jika siap editing untuk dimuatkan dalam majalah tu, saya MINTA sdra hantar kepada saya dulu untuk pengesahan. Biar saya baca terlebih dahulu sebelum disiarkan. Boleh sdra ?" Pinta aku sebelum terjadi sesuatu diluarjangka. Langkah berjaga-jaga adalah lebih baik sebelum terlambat.

Pada 29.08.10 baru-baru ini, aku telah menjawab beberapa soalan yang telah dihantarkan ke email. Boleh tahan jugak soalan-soalan yang ditanya.


Malahan beberapa keping gambar yang dipintanya telah ditunaikan. Salah sekeping gambar bersama laptop, telah digayakan di Proton City. Offline saja. Janji memegang laptop..hahhah.

Gambar yang diedit semula menggunakan teknik HDR (High Dynamic Range)

Aku sendiri pun belum pasti bahawa WWK ini akan disiarkan dalam Majalah Pendidik untuk keluaran Oktober 2010. Selagi belum tiba waktunya, selagi itulah ketidakpastiannya belum terjawab. Sama-samalah kita nantinya.....

Beberapa buah kedai menjual buku/majalah Tanjung Malim yang telah aku riki, belum jumpa kedai yang jual majalah itu. Mungkin aku belum temui. Kedai mana yang ada jual Majalah Pendidik di area ini....? Kut-kut, Mr Dun, Ust PowerRangers di Kalumpang ada idea dan pandangan?.Heheheh
Continue Reading...

Aug 10, 2010

RAMADHAN 1431H : Menjelma lagi untuk semua



100810 : Selasa -

Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk mendapat keberkatan di bulan Ramadhan 1431H ini.. Semoga kita beroleh keberkatan bulan ini seperti mana yang telah dijelaskan seperti di bawah ini.

Sila KLIK DI SINI untuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa mengikut negeri dan zon masing-masing.

Kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Sumber : Ibnismail

Continue Reading...

Aug 4, 2010

Majlis APC 2009 : Guru-guru dihargai dan diraikan...

04/08/2010 - Rabu :

Kemuncak setahun hasil penat lelah guru akan dihargai oleh warga Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Para guru yang dianugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk setiap tahun akan diraikan kehadiran mereka. Guru-guru umpama VIP. Kehadiran mereka disambut. Itulah nikmatnya berkhidmat sebagai guru. Kerjaya yang mulia untuk mendidik anak-anak bangsa.

Hakikatnya, ketua jabatan telah memberikan penilaian berdasarkan merit dalam kerjaya sebagaimana yang telah ditentukan. Pencapaian dan sumbangan guru untuk profesion, kejayaan pelajar, interaksi guru sesama rakan setugas dan anak-anak didik, penerapan disiplin dalam diri anak didik, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan segala macam lagi diambil kira. Penilaian secara holistik akan diambilkira.

Akhirnya, pihak pegawai dan staf sokongan di PPD akan bertungkus-lumus untuk menyediakan segala kelengkapan untuk Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang agar berlangsung dengan jayanya.

Para Pegawai PPD sedang menyelia tugasan

Bagi daerah Batang Padang, esok 05/08/10 (Khamis) akan termetrai majlis tersebut di MRSM Trolak dalam keadaan yang sederhana namun tetap memberi impak yang cukup berkesan agar semua guru dalam daerah tersebut terus berkhidmat dengan cemerlang.

Pengkisahan entri ini ada kaitan dengan ENTRI INI.

Continue Reading...

Aug 1, 2010

KMJ 2010 : Kenangan Mengusik Jiwa

1/8/2010 - Ahad

Tarikh keramat mengumpulkan semula rakan-rakan yang telah terpisah hampir 20 tahun yang lalu. Rumah Pn Fazidah di Shah Alam menjadi lokasi pengumpulan semula rakan-rakan yang membawa haluan masing-masing dalam kehidupan tersendiri. MukaBuku (Facebook) menjadi penghubung dan penyambung semula. Sebagai langkah mula, masing-masing akan cuba menyediakan sedikit masa untuk mula berkumpul dan bercerita. InsyaAllah.


Rumah ASP Pn Fazidah Mohd Yusuf
(Anak PakNgah Coh - kedai di simpang 3 d Kg Hj Ali, Pantai Remis)

Pengumpulan semula rakan-rakan yang terlibat dan berkaitan dengan SMKDI (Sek. Men Dato Idris), SMAB (Sek Men Ahmad Boestamam. Kononnya, Club39.. hehheh. Peta ke rumahnya telah diuploadkan dlm FB...untuk makluman rakan-rakan.

Jumpa di sana..... Club39 : KMJ 2010
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template